MENDENGAR kisah usahawan muda ini, tiada siapa akan menyangka perjalanan hidupnya penuh dengan cabaran dengan liku-liku hidup yang mungkin tidak ramai dapat menghadapinya.


SEJAK pandemik Covid-19 melanda negara dua tahun lepas, banyak sektor
ekonomi termasuk perkilangan dan perhotelan ditutup selepas kerajaan
melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0.
Ekoran itu, ramai yang hilang pekerjaan dan pendapatan disebabkan
sesetengah sektor terpaksa ‘gulung tikar’ selepas tidak dapat menjana
keuntungan selepas ditutup untuk tempoh tertentu.
Noor Azimah Zolkafli, 31, adalah antara salah seorang yang menjadi
‘mangsa keadaan’ itu selepas diberhentikan kerja pada tahun lalu.
Katanya, pada ketika itu, dia berasa tertekan dan hilang motivasi
apabila mengetahui menjadi salah seorang pekerja yang bakal
diberhentikan.
“Dengan komitmen bulanan yang tinggi, saya menjadi buntu seketika
memikirkan nasib diri selepas hilang punca pendapatan,” katanya yang
berasal dari Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Noor Azimah menjawat jawatan sebagai pembantu pengurus
pemasaran dan komunikasi di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Dia menjelaskan, beberapa bulan sebelum diberhentikan, gajinya
dipotong separuh, selain perlu melakukan kerja di luar bidang
sepatutnya.
Ujarnya lagi, ekoran pandemik Covid-19 semakin ‘mengganas’ memaksa pihak
pengurusan memberhentikan pekerja selepas hotel tidak boleh beroperasi
selepas kerajaan melaksanakan PKP 1.0 tahun lalu.
“Pada bulan Julai tahun lalu, saya menjadi salah seorang pekerja yang
diberhentikan,” jelasnya yang memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang
Komunikasi dari Universiti Sains Malaysia.
Setelah diberhentikan, Noor Azimah mengambil keputusan untuk melakukan perniagaan secara online sebagai salah satu usaha untuk mencari pendapatan.
Dia mengerti bukan mudah untuk mencari kerja di saat pandemik
Covid-19, jadi perlu bertindak segera dan tidak boleh membiarkan dirinya
tidak melakukan sebarang pekerjaan.
Jelasnya, beberapa bulan sebelum diberhentikan, dia mengalami masalah
rambut gugur kerana tertekan memikirkan nasib yang akan dia lalui
selepas itu.
Pada waktu itu, dia mencuba satu produk penjagaan rambut.
“Produk itu sesuai dengan saya dan pada waktu itu timbul idea untuk menjadi ejen bagi menjual produk berkenaan.
“Pada bulan Mei tahun lalu, dua bulan sebelum diberhentikan, saya
mengambil keputusan untuk menjual produk ini secara online. Modal
pertama saya sebanyak RM600. Alhamdulillah, dalam masa tiga minggu
sahaja, saya dapat menjual semua produk itu,” terangnya.
Tambahnya, perkara itu memberikan keseronokan kepadanya dan
memutuskan untuk lebih serius dalam perniagaan online dengan menjual
produk penjagaan rambut itu.
Pada bulan kedua pula, Noor Azimah memberanikan diri untuk menambah
modal sebanyak RM2,000 bagi mendapatkan stok yang lebih banyak.
Pada bulan itu juga, dia berjaya membuat jualan melebihi RM6,000.
Sebaik diberhentikan kerja, dia terus menjual produk tersebut kerana telah menjadi sumber pendapatan buatnya.
Noor Azimah kemudian memberanikan diri untuk membuka kios di satu karnival dan berjaya membuat jualan melebihi RM12,000.
“Saya melihat perniagaan ini berkembang dengan baik sekali dan ia memberikan keyakinan kepada saya untuk meneruskan usaha ini.
“Jumlah jualan yang saya dapat hasilkan pada tahun 2020 adalah sebanyak RM61,000. Bagi tahun ini, saya menyasarkan untuk menghasilkan jualan sebanyak RM200,000,” katanya.
Kini dia boleh tersenyum lebar kerana pendapatan yang diperolehnya lebih banyak berbanding dengan bekerja makan gaji sebelum ini.
Dalam pada itu, Noor Azimah menjelaskan, apabila terlibat dalam bidang perniagaan, seseorang itu perlu kuat dari segi mental dan fizikal.
“Berniaga bukannya hari-hari ada jualan. Pernah tiga hari saya langsung tidak dapat membuat sebarang jualan. Ini sedikit sebanyak membuatkan saya berasa tertekan.
“Bagaimanapun, semua itu tidak melemahkan semangat saya untuk terus berusaha. Apa yang penting, kita harus mencari jalan untuk mencapai kejayaan dan kemudian bertawakal kepada Allah,” tegasnya.
JIKA ada kemahuan, di situ pasti ada jalan.
Siapa sangka, wanita yang dulunya hanya bekerja sebagai pencuci kapal
terbang kini boleh berbangga menjadi antara pemandu prime mover wanita
di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor.
Bagi Siti Sukma Drahman, 28, menjadi sebahagian daripada kakitangan
di pelabuhan antara yang paling sibuk di dunia itu bagaikan mimpi
menjadi kenyataan.
Sebelum itu, wanita kelahiran Kota Samarahan, Sarawak itu bekerja
sebagai pencuci kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi,
Singapura dan sememangnya gemarkan kerjaya yang memberi cabaran.
Kata Siti Sukma, sebagai pemandu prime mover (lori terminal), dia
terbabit dalam proses membawa kontena dari kapal ke blok yang ditetapkan
di pelabuhan itu dan sebaliknya.
Katanya, dia bekerja dalam satu pasukan yang terdiri daripada beberapa jabatan lain dan arahan diberikan dari bilik kawalan.
"Biasanya, setiap syif kerja adalah selama 12 jam dan dalam tempoh itu, jumlah kontena yang paling banyak dibawa setakat ini adalah sebanyak 41 buah dalam satu syif.
"Setiap kontena ada pelbagai saiz antaranya 20 kaki panjang dan 8 kaki tinggi, 40 kaki Panjang dan 8 kaki tinggi serta 45 kaki panjang dan 9 kaki tinggi, semua itu perlu disusun di mana ia turun dan naik bagi melancarkan proses pindahan ke kapal.
"Dianggarkan, dalam sehari pelabuhan transit ini menguruskan kira-kira 20,000 kontena yang perlu dipindah turun dari kapal dan dipindah naik ke kapal, " katanya.
Mengulas lanjut pembabitannya dalam bidang itu, Siti Sukma berkata, semuanya bermula apabila dia mendapat tahu mengenai pengambilan pemandu prime mover oleh pelabuhan berkenaan daripada rakannya.
Katanya, kerjaya itu sesuai dengan minatnya yang gemarkan cabaran
lantas dia menghantar permohonan sebelum ditemuduga April tahun lalu.
"Ibu bapa turut terkejut namun pada masa sama mereka gembira dan
teruja selain tidak putus-putus berpesan supaya sentiasa berhati-hati.
"Pesanan ibu bapa sentiasa di ingatan kerana saya sedar, kerjaya ini sememangnya memiliki risiko tersendiri," katanya.
Dalam pada itu, Siti Sukma berkata, semua calon pemandu prime mover
di PTP akan menjalani latihan dan ujian yang disediakan untuk mengenal
pasti kemampuan mengendalikan kenderaan berat.
Katanya, dia dan calon pemandu prime mover lain perlu duduki latihan
selama 28 hari, ujian memandu dan undang-undang sebelum memperoleh
'lesen' yang dikeluarkan pihak pelabuhan.
Jika lebih dari itu, pemandu akan diambil tindakan oleh pihak pengurusan PTP berdasarkan kesalahan yang dilakukan.
"Justeru, kami perlu memandu dengan perlahan dan berhati-hati serta tidak boleh tergopoh-gapah selain perlu mahir mengendalikan kenderaan kerana kawasan pelabuhan sememangnya sentiasa sibuk.
"Alhamdulillah, dari lebih 60 lebih pengambilan pemandu prime mover kumpulan saya, lima adalah wanita," katanya.
Menurut Siti Sukma lagi, dia tidak menyesal memilih kerjaya itu kerana ia bukan sahaja mencabar tetapi pada masa sama dapat memupuk keyakinan diri.
Apa tidaknya, kerjaya yang majoritinya adalah lelaki itu sememangnya memerlukan komitmen dan fokus yang tinggi.
Selain itu, kata Siti Sukma, kerjaya terbabit juga menawarkan peluang laluan kerjaya yang cerah sehingga ke peringkat pengurusan.
Karanya, dia bertuah kerana pihak pengurusan PTP tidak meminggirkan kakitangan wanita di dalam semua bidang termasuk operasi mahu pun teknikal.
"Kami memiliki peluang kenaikan pangkat yang sama rata berdasarkan prestasi dan ada juga dipilih memasuki program 'fast track.'
"Selepas memandu prime mover, saya bercita-cita untuk menjadi operator Rubber Tyre Gantry (RTG) dan ke peringkat lebih tinggi iaitu Quay Crane Operator(QC).
"Semoga impian berkenaan dapat dicapai kerana saya mahu buktikan bahawa wanita juga boleh berjaya dalam bidang ini, " katanya yang turut menggalakkan wanita untuk menceburi bidang yang dikuasai lelaki.
Tak sangka logo RTM yang keenam digunakan sejak Ogos 2004 lalu telah bertukar kepada logo baru RTM pada sambutan ulangtahunnya yang ke-75 1 April lalu. Serentak dengan itu juga, RTM melancarkan saluran berorientasi sukan yang sebelum ini dipanggil RTM Sports, dikenali sebagai saluran Sukan RTM yang bertemakan (berslogankan) 'Sukan Untuk Semua' masih lagi eksklusif untuk semua pengguna dekoder DVB-T2 ataupun MYTV buat masa ini.
Hari ini tanggal 25 Januari 2021, maka genaplah setahun badai Covid-19 melanda Malaysia. 25 Januari tahun lalu juga merupakan hari pertama Tahun Baru Cina disambut warga bumi yang berbangsa Cina sehinggakan keseronokan masyarakat Cina merayakan hari besar mereka bertukar tragedi apabila gelombang pertama Covid-19 melanda Malaysia pada tarikh berkenaan. Gelombang kedua wabak tersebut hanya akan berlaku selepas sambutan Tahun Baru Cina tahun lalu sehingga memaksa sambutan Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha dan Deepavali tahun yang sama juga disambut secara ala kadar di samping sambutan Hari Kebangsaan tanpa acara perarakan dan himpunan beramai-ramai di pagi Merdeka yang mulia itu.
Gelombang ketiga Covid-19 di Malaysia hanya akan bermula beberapa hari selepas sambutan Hari Malaysia tahun 2020. Selagi Covid-19 masih ada, selagi itulah mana-mana perayaan utama sesebuah negara terpaksa disambut secara kecil-kecilan dan ala kadar.
Sepanjang setahun wabak Covid-19 di Malaysia, ada juga rakyat kita di luar negara telah menerima vaksin Covid-19. Antaranya Sasha Saidin (pelakon dan penyanyi). Pemvaksinan di Malaysia hanya akan bermula awal Mac ini dan harapnya vaksin diberi kepada pengiat-penggiat sukan serta warga sukan selepas petugas barisan hadapan agar dunia sukan akan kembali berjalan seperti biasa.
Semoga wabak Covid-19 akan segera beransur pulih. Amin..
Minat pada cabaran, bekerja bawah tekanan dan enggan ‘melepak’ di
pejabat sahaja membuatkan Norhanizah Mahadi, 33, memilih dunia penyiaran
sebagai kerjayanya.
Selain itu, anak kelahiran Tanjung Malim, Perak yang mesra disapa Hunny itu menjadikan aktiviti karaoke bagi melepaskan tekanan selepas memerah otak mencari pelbagai idea untuk slot programnya sesuai dengan dirinya sebagai penerbit rancangan.
Hunny memperuntukkan tiga kali seminggu untuk bersenam bagi memastikan dirinya cergas seterusnya mampu mengekalkan kejelitaannya pada usianya sekarang.
Ikuti temu bual Kosmo! Ahad bersama Hunny yang turut mengusahakan kedai makan bersama rakan-rakan.
KASIH sayangnya terlalu menebal pada penyu hingga sanggup berkorban menghambakan diri pada hidupan laut itu secara sukarela dengan mengadakan pelbagai program pemuliharaan dan kesedaran sejak lebih enam tahun lalu.
Anak jati Pulau Pinang, Sharizan Rosli, 33, atau lebih mesra disapa
sebagai Jebat Jambu mempunyai ceritera tersendiri dalam menyusuri
liku-liku kehidupan demi mengejar impian dan cita-citanya.
Mendekati anggota polis bantuan berpangkat konstabel di Suruhanjaya
Pelabuhan Pulau Pinang ini cukup membuktikan kemampuannya dalam
mengecapi kejayaan yang didambakan sejak kecil lagi.
Selain itu, minat mendalam terhadap bidang permotoran berkuasa tinggi juga telah memberinya kepuasan pada diri.
Gambar di atas merupakan slaid pengumuman waktu solat TV3, kalau tak silap slaid tersebut mula digunapakai oleh TV3 sejak awal kewujudannya lagi. Hanya bermula awal 1990-an barulah slaid berkenaan digantikan dengan slaid waktu solat dengan logo TV3 sekali, tetapi masih lagi mengekalkan grafik fadhilat solat yang sama selepas slaid berkenaan dipaparkan.
Jom baca sedikit komen di bawah: -
Akhirnya bermula 2012 atau 2013, barulah TV3 menyiarkan azan setiap kali waktu solat, kecualilah slot berita (terutama Buletin Utama) dan mana-mana program/acara (termasuk sukan) yang mana TV3 hanya memaparkan notis waktu solat di bawah skrin. Azan yang masih lagi disiarkan oleh TV3 masih lagi digunakan sejak awal 2010-an yang lalu dan belum pernah bertukar gambar sehingga kini.
Jom komen di bawah!
MERIAH… Tidak sampai sebulan Malaysia meraikan stesen televisyen swasta percuma baharu dikenali Awesome TV sejak 3 Ogos lalu, kini pengguna siaran digital teresterial bertambah ceria!
Ia susulan empat saluran radio swasta popular milik Media Prima Berhad (MPB) telah pun boleh ‘didengar’ melalui dekoder MYTV, yang sebelum ini cuma dapat diikuti menerusi gelombang FM.
Saluran itu ke udara mulai pukul 12.01 tengah malam 28 Ogos dan berita gembira ini turut tular dikongsi ramai pengguna media sosial tempatan yang teruja kemunculan siaran stesen tersebut.
MPB begitu popular menerusi dua saluran radio berbahasa Melayu iaitu Hot FM dan Kool FM selain masing-masing satu saluran berbahasa Inggeris, Fly FM dan berbahasa Cina, One FM.
Terdahulu, desas-desus penyertaan empat stesen radio itu ‘memeriahkan’ MYTV mula jadi topik perbincangan hangat netizen ‘kaki sembang’ arena penyiaran tanah air sejak awal bulan ini lagi.
Malah, lawatan Ketua Pengawai Eksekutif MYTV Broadcasting Sdn. Bhd., Mazlan Mahdi ke ibu pejabat MPB di Sri Pentas, Selangor pada 10 Ogos lalu turut menguatkan spekulasi berkenaan.
Semasa ditemuramah DJ AG Azmeer, Haiza Hanafi dan Muaz Mohamed dalam slot pagi di Kool FM secara eksklusif, beliau membayangkan empat stesen radio MPB itu dapat ‘masuk’ MYTV.
Terdahulu, penyedia platform penyiaran digital percuma tersebut sudah pun ada enam saluran radio awam milik RTM iaitu Nasional FM, Traxx FM, Ai FM, Minnal FM, Klasik FM dan Asyik FM.
Mazlan semasa diwawancara itu juga jangka banyak lagi saluran radio tempatan boleh didengar melalui MYTV seperti IKIM FM, Suria FM, Best FM selain stesen-stesen negeri di bawah RTM.
Ia sekali gus bantu lonjak lagi liputan siaran saluran berkenaan merangkumi 98 peratus daripada kawasan daratan di Malaysia berbanding sebelum ini yang agak terhad di lokasi tertentu sahaja.
Bahkan, Mazlan dedah perancangan jangka panjang MYTV untuk pengguna ikuti saluran radio dan televisyen melalui aplikasi khas di tablet, telefon pintar waima papan pemuka dalam kereta.
Peluang keemasan ini ‘direbut’ baik pihak MPB ekoran aduan ramai peminat tegar stesen radio kendaliannya luah perasaan kecewa gagal dapat siaran jika berada di luar zon pemancar FM.
Situasi terbaharu ini bakal beri saingan kepada stesen berbayar Astro yang ada 27 saluran radio, tetapi didakwa ‘tidak buka’ peluang untuk stesen swasta lain dek risau hilang dominasi pasaran.
MPB turut mempunyai tujuh saluran televisyen disiar melalui MYTV iaitu TV3, ntv7, 8TV, TV9, Drama Sangat serta dua saluran CJ Wow Shop masing-masing dalam bahasa Melayu dan Cina.
Ketika ini, MYTV telah pun ada 16 saluran televisyen termasuk TV1, TV2, TV Okey, RTM Sports, Berita RTM, TV AlHijrah, Bernama TV, Astro Go Shop dan paling ‘bongsu’ iaitu Awesome TV.
Projek pendigitalan penyiaran nasional yang dilancarkan oleh bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2016 itu dirancang bagi wujud 80 saluran televisyen dan 40 saluran radio.
Ia diwujudkan susulan pemansuhan gelombang analog pada 31 Oktober 2019 demi rapat jurang digital rakyat miskin yang tidak mampu langgan siaran berbayar satelit Astro dan kabel UnifiTV.
Apa yang pasti, penyertaan empat saluran radio MPB itu ternyata
‘hadiah’ bermakna untuk 6.2 juta isirumah dengan peranti MYTV menjelang
sambutan Hari Kebangsaan 2020 pada 31 Ogos.
P/S: Nampaknya Jumaat minggu ini antara Jumaat yang paling mengujakan apabila kesemua empat saluran radio kelolaan MPB masuk MYTV.