Tentang Diri Saya: Astro

Mesti klik!

Klik dan daftar! Percuma aje!


Klik dan daftar! Percuma aje!


Jangan tak daftar! Klik di sini dan daftar! Percuma aje!
Showing posts with label Astro. Show all posts
Showing posts with label Astro. Show all posts

Sunday, June 19

TV Pendidikan kini 50 tahun!

Jika malam semalam Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi, pelakon dan pelawak merangkap bekas pemenang Juara Lagu TV3 menerusi lagu Terlalu Istimewa, Allahyarham Adibah Noor menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit kanser ovari. Saya pun turut sama terkejut mendengar berita tersebut yang saya sangkakan ia adalah berita palsu, tetapi rupa-rupanya sahih apabila berita berkenaan disahkan oleh pelakon seksi Emylia Rosnaida iaitu isteri kepada bekas anggota kumpulan rap 90-an 4U2C, Datuk AC Mizal. Terima kasih atas pengesahan dan takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Adibah Noor. Al-Fatihah.

Saturday, March 12

'Dah macam keluarga'

DRAMA Hati Yang Dikhianati (HYD) memecah rekod sebagai drama berdurasi satu jam paling panjang ditayangkan di Astro Prima sebanyak 146 episod.

Episod 138 drama itu yang bersiaran pada 8 Mac lalu mencatat rekod baru di saluran itu sebagai drama rantaian satu jam paling panjang sejak penubuhan slot Tiara.

Friday, March 11

Rekod "Memori Cinta Suraya" tergugat dengan "Hati Yang Dikhianati"!

Drama rantaian satu jam (termasuk waktu iklan) Hati Yang Dikhianati telah melewati kemuncak dalam penceritaan lebih 100 episod dan melabuhkan tayangan dengan lebih 145 episod.

Malah pada episod ke-138 yang ditayangkan pada 8 Mac lalu, ia mencatat rekod baru dalam Astro Prima sebagai drama rantaian satu jam (termasuk waktu iklan) yang paling panjang sejak kewujudan slot Tiara.

Drama adaptasi telenovela terkenal Venezuela Mis Tres Hermanas berkenaan dibintangi oleh Amar Bahaarin, Isyariana, Mona Allen, Zamarul Hisham dan ramai lagi disuntik dengan kehadiran Elizad Sharifuddin dan Iqram Dinzly pada episod 100 ke atas juga membawa perubahan besar pada cerita dan takdir setiap watak.

Hati Yang Dikhiati berjaya sehingga 146 episod mengatasi Memori Cinta Suraya dengan 137 episod, kedua-duanya adalah kepunyaan Global Station dan disiarkan di saluran yang sama, Astro Prima.

Tahniah buat pihak Global Station!

Sunday, October 27

Eloklah drama "Puteri Yang Ditukar" dah nak habis esok!!

Drama bersiri "Suri Katriana"

Drama bersiri adaptasi sinetron dari Indonesia, "Puteri Yang Ditukar" akan memasuki episod kemuncaknya, lewat petang esok dan menjadikan jumlah episod drama tersebut adalah 80 episod x 1 jam (termasuk waktu iklan). Drama ini diterbitkan oleh Orangetree Productions yang pernah menghasilkan beberapa drama seperti Bidadari, Bagaikan Kelip-Kelip, Raisha, Dia dan Cinta Bukan Kristal.

Drama bersiri yang akan menggantikan "Puteri Yang Ditukar" nanti adalah "Suri Katriana" yang akan bersiaran mulai lewat bulan ini. Eloklah drama adaptasi sinetron berkenaan dah habis!

Drama "Suri Katriana" yang akan bersiaran di saluran Astro Prima nanti bukanlah drama adaptasi dari mana-mana medium sebelumnya, kerana drama tersebut disifatkan asli (bukan adaptasi). Dibintangi Ummi Nazeera dan penyanyi Ernie Zakri.

Thursday, September 1

Astro Arena kini dalam format HD!



Semalam warga Malaysia menyambut Hari Kebangsaan buat tahun ke-59 dengan tema 'Sehati Sejiwa'. Tahniah, syabas dan terima kasih diucapkan kepada pihak Astro dan saluran Astro Arena sendiri kerana secara rasminya melancarkan saluran sukan berbahasa Melayu pertama Malaysia ini dalam format definisi tinggi (HD) sepenuhnya bermula hari ini! Sebelum ini saluran Astro Arena HD hanya boleh didapati sempena pelbagai kejohanan sukan terkemuka seperti Sukan SEA dan Sukan Olimpik di Rio baru-baru ini.

Saluran Astro Arena HD ini buat kali pertama dipertontonkan sempena Sukan SEA ke-27 di Myanmar pada 2013 dan ia bersiaran secara sementara (bukan tetap) dan kali terakhir ia bersiaran secara sementara adalah sempena Sukan Olimpik ke-31 di Rio de Janeiro, Brazil baru-baru ini.



Akhirnya pada 1 September 2016 (Khamis) maka secara rasminya Astro Arena HD telah dilancarkan dan akan bersiaran sepenuh masa (secara tetap, bukan lagi sementara) dan dalam masa yang sama juga saluran Astro SuperSport 4 telahpun dinaiktaraf kepada HD dan ia bersiaran dalam format HD sepenuh masa. Tahniah dan terima kasih kepada Astro kerana membangkitkan lagi semangat menonton siaran sukan tempatan dan antarabangsa dalam format HD! Majulah sukan untuk negara!

Monday, May 16

Astro HITZ akhirnya ditamatkan tengah malam ini!



Tepat jam 12.00 tengah malam ini, saluran Astro HITZ yang dahulunya dikenali sebagai HITZ.TV (sehingga 2009) secara rasminya telah ditamatkan setelah 13 tahun ia bersiaran sejak Oktober 2003 yang mana ketika saluran HITZ.TV bersiaran, saluran berkenaan menggunakan khidmat VJ ataupun hos bagi saluran ini. Saluran ini diilhamkan daripada saluran radio berbahasa Inggeris Hitz FM kelolaan Astro Radio (dahulunya dikenali sebagai AMP Networks).

 Montaj bagi saluran HITZ.TV dari 2003 hingga 2009.


Antara program yang tidak harus dilupakan oleh penonton ketika ia dikenali sebagai HITZ.TV ialah program berkonsep undian lagu berikutnya melalui SMS bermula 6.00 petang hingga 8.00 malam setiap hari dan UVJ selain A+ yang bersiaran setiap Ahad jam 5.00 petang selama sejam. Namun begitu, sejak ia dijenamakan semula sebagai Astro HITZ, kebanyakan ruangan muzik video tanpa menggunakan khidmat VJ sehingga beberapa hari sebelum penutupan saluran ini, saluran ini dikategorikan saluran rojak, yakni campuran muzik video dengan siaran bukan muzik video sehingga ia mendapat kecaman kebanyakan penonton yang merasakan saluran ini tidak sepatutnya dicampuradukkan dengan program-program bukan muzik video.

Semoga dengan berkuburnya saluran ini akan meneruskan kesetiaan anda kepada Astro (yang mana Astro masih lagi memonopoli siaran sukan utama). Selamat tinggal Astro HITZ ucapkan buat penonton-penonton Astro!

Sunday, May 1

Astro @15 kini genap 4 tahun dalam kenangan

Gambar ini menunjukkan pengumuman penutupan saluran Astro @15 pada 1 Mei 2012.


Hari ini genap 4 tahun saluran Astro @15 diarwahkan buat selama-lamanya.. Saluran @15 yang dilancarkan dengan nama @17 (saluran 17 Astro) pada 2003 ketika rancangan realiti nyanyian Akademi Fantasia musim pertama (AF1). Beberapa bulan selepas pelancaran saluran berkenaan, saluran ini dijenamakan semula sebagai @15 serentak dengan pertukaran nombor kepada saluran 15 Astro sehingga September 2007. Nama saluran @15 kekal digunakan sekalipun bertukar nombor ke saluran 109 Astro bermula Oktober 2007 sehingga ia ditamatkan siarannya pada 1 Mei 2012.

Sepanjang kewujudan saluran ini, saya pernah berchatting di saluran ini yang mana kali pertama saya berchatting di @15 adalah beberapa bulan sebelum AF2 bermula dalam tahun 2004. Masa itu adalah zaman kegemilangan rancangan realiti hiburan yang mana ia telah menjebakkan saya kepada AF sehingga siri ketiga pada 2005 dan selepas itu ketagihan saya terhadap AF dan yang sama konsep dengannya sudah hilang dari jiwa saya yang mana AF4 pada 2006 pernah bertindih dengan tarikh kejohanan bola sepak Piala Dunia kali ke-18 di Jerman dari 9 Jun hingga 9 Julai tahun itu.

Menjelang penutupan saluran @15 pada 30 April 2012 kira-kira jam 11 malam itu, saya ada meluangkan masa untuk mengadap saluran tersebut yang mana segmen terakhir di @15 sebelum penutupannya ialah muzik video pilihan dan tepat jam 12 malam 1 Mei 2012, akhirnya saluran @15 telah ditamatkan sejurus selepas keluarnya intro @15 (terbitan 2004). Maka terpaparlah mesej "Astro @15 telah ditamatkan. Terima kasih di atas sokongan anda selama ini." seperti dipaparkan di atas. Sesetangah penonton Astro terus menyokong keputusan Astro untuk menutup saluran ini kerana ia akan membawa kepada pembaziran kredit dan bagi yang menggunakan pascabayar, bil akan melambung tinggi sebab ini. Dengan berkuburnya saluran @15 ini maka pembaziran wang (kredit) untuk berchatting dapat dielakkan. Akhir kata terima kasih pada Astro sebab menghentikan saluran @15 dan jasa @15 amat dihargai oleh bekas chatters @15.

Friday, April 1

Portal Murai sudah tutup!



Secara rasminya pada hari ini iaitu 1 April, maka berkuburlah sebuah portal hiburan Melayu yang bernama Murai.com.my! Setelah hampir sedekad portal tersebut beroperasi di bawah kelolaan MEASAT Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. atau Astro akhirnya portal hiburan Melayu berkenaan akan menamatkan riwayatnya bermula hari ini dan kini diambil alih oleh Astro Gempak yang kini membawakan berita dan info hiburan terbaru setiap hari kepada para pelayar yang majoritinya sudah berhenti menonton rancangan hiburan di mana-mana saluran TV Malaysia. Yang masih setia membaca info hiburan terbaru, silalah masuk ke laman sesawang Astro Gempak iaitu www.astrogempak.com.my. Selamat mengikuti info hiburan terkini dan jangan berhenti mengunjunginya.

Saturday, October 24

La Liga akhirnya di Astro SuperSport!



Petang semalam ada Bajet 2016, belanjawan pertama susulan pelaksanaan GST pada 1 April lepas. Terima kasih kepada Astro khasnya pihak saluran SuperSport kerana menyiarkan siaran langsung bola sepak Liga Sepanyol! Satu tindakan yang bagus lagi bijak! Asyik-asyik program realiti nyanyi-nyanyi dan dakwah-dakwah macam AF la, Gegar Vaganza la, Kilauan Emas la, Pencetus Ummah la.. Yang melanggani Super Pack atau Pakej Sukan, boleh la menontonnya di saluran SuperSport!

Friday, April 3

Tiada lagi WWE SMACKDOWN kat TV3!

Malam tadi nampaknya rancangan bersiri berbentuk sukan gusti popular, WWE SMACKDOWN (WWE International Smackdown seperti dinyatakan dalam susunan rancangan) tidak lagi akan bersiaran di saluran TV3. Rancangan tersebut kemudiannya diubah ke siaran Astro menerusi saluran Astro Arena (saluran 801) dan Astro SuperSport 3 (saluran 816 / 834 HD).





Nampak gayanya peminat sukan gusti yang tidak melanggani siaran berbayar Astro kecewa dengan keputusan ini. Tidak mengapalah, kerana siaran WWE SMACKDOWN di saluran TV3 sudah bersiaran sejak tahun 2000 yang lalu, iaitu kira-kira 15 tahun lalu.

Tuesday, June 10

Debaran Piala Dunia 2014 bermula minggu ini!

Tanggal 12 Jun hingga 13 Julai ini merupakan tarikh keramat bukan sahaja bagi kaki bola tegar, malah seluruh peminat bola sepak Piala Dunia termasuk saya. Nampaknya seluruh dunia sudah lama membuat susunan rancangan untuk menikmati semua perlawanan berkenaan secara langsung sambil bersamba sama ada dengan bercakap atau bermain bola ataupun apa sahaja yang berkaitan dengan sambutan demam bola sepak dunia setiap empat tahun sekali. Bagi yang sudah ada Astro, silalah ke saluran 821 (bagi pengguna Astro biasa/Njoi) atau 841 (Astro Beyond) untuk memastikan sama ada anda melanggan Pas Khas Piala Dunia atau sebaliknya (bagi yang bukan pelanggan Pakej SuperSport). Yang tak ada Astro, sila-silakanlah ke kedai mamak atau mana-mana tempat yang ada Astro, itupun kalau anda percaya RTM hanya tayang 24 perlawanan secara langsung saja, selain Media Prima tak tayang Piala Dunia secara langsung. Pengusaha kedai atau restoran nampaknya sudah mula memasang TV atau layar gergasi yang kebanyakannya dipasang Astro kerana mereka kebanyakkannya memilih untuk menayangkan segala acara sukan utama termasuk bola sepak Piala Dunia, bukannya menayangkan segala macam rancangan realiti hiburan yang sudah tidak relevan lagi sejak 2006. Musim Piala Dunia sejak dahulu lagi merupakan masa untuk memulaukan atau menentang sambutan Hari Bapa yang sejak awal lagi sudah tidak relevan lagi dan jatuh setaraf dengan Hari Ibu dan Hari Kekasih serta April Fool. Peringkat kumpulan bagi Piala Dunia kali ini nampaknya akan memasuki bulan Ramadan selepas itu, di mana bermula pusingan kedua peminat beragama Islam bakal bersahur sambil menonton secara langsung kejohanan ini. Akhir kata, selamat menikmati Piala Dunia dan elak-elakkan daripada berjudi sempena Piala Dunia ini. Jangan rosakkan kemeriahan Piala Dunia dengan amalan berjudi.

Wednesday, March 26

Semua jenis rancangan hiburan umum direhatkan sebab tragedi MH370!

Hari ini merupakan hari kedua seluruh rakyat dunia berkabung atas tragedi MH370. Di samping mendoakan agar pesawat MH370 agar dipertemukan, segala jenis rancangan hiburan umum yang biasa disiarkan di semua saluran TV dan radio akan dihentikan buat seketika bagi menghormati insiden besar berkenaan. Karnival Jom Heboh anjuran TV3 dan segala aktiviti hiburan kecuali sukan juga turut ditunda tetapi aktiviti keagamaan tetap diadakan sebagai symbol menghormati ahli keluarga mangsa masing-masing.

Thursday, January 16

RTM, TV3 perlu turut siar bola Piala Dunia demi rakyat





































MELAKA - Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron (gambar) mahu hak siaran program yang diminati ramai seperti perlawanan bola sepak Piala Dunia 2014 anjuran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di Brazil pada Jun depan dikongsi oleh semua stesen televisyen dan bukannya dimonopoli oleh sebuah stesen sahaja.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Amatur Melaka (MAFA) berkata, seharusnya stesen-stesen televisyen awam yang lebih bersifat komuniti seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV3 dan lain-lain harus turut diberi ruang untuk menyiarkan siaran langsung kejohanan bola sepak berprestij itu.

Peminat bimbang monopoli Astro




PASUKAN Brazil merupakan antara tarikan utama pada kejohanan Piala Dunia 2014 di Brazil Jun nanti. - Gambar hiasan





KUALA LUMPUR – Para peminat dan tokoh bola sepak di negara ini melahirkan kebimbangan terhadap monopoli stesen TV berbayar Astro yang merupakan saluran TV tunggal yang berjaya mendapat hak penyiaran secara langsung kesemua 64 perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) 2014 di Brazil pada Jun ini.

Mereka mahu stesen televisyen percuma Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3 turut berusaha menyiarkan perlawanan kejohanan bola sepak berprestij itu secara langsung.

Friday, November 8

Astro Siar Perlawanan Piala Dunia FIFA 2014 Brazil

Stadium Astro akan menyediakan rangkaian siaran sukan terbaik sepanjang tahun 2014 khas untuk para pelanggan Sports Pack Astro. Pastinya acara sukan yang paling dinantikan iaitu Piala Dunia FIFA 2014 Brazil™ yang akan bermula daripada 12 Jun sehingga 13 Julai 2014 ini akan menggungguli pek ini. Astro selaku penyiar rasmi di Malaysia untuk Piala Dunia FIFA 2014 Brazil™ akan membawakan liputan penuh kesemua 64 perlawanan secara langsung dalam format definisi tinggi (HD) dan juga definisi standard (SD).

Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro berkata:
“Tahun 2014 akan menjadi satu tahun yang bermakna buat para peminat sukan. Stadium Astro akan membawakan para peminat sukan di Malaysia merentasi arena sukan di serata dunia bagi merasai pengalaman dan keseronokan liga bola sepak bertaraf dunia, perlumbaan F1 dan Moto GP, golf, tenis, badminton dan pelbagai lagi. Stadium Astro pastinya merupakan pusat liputan secara langsung kesemua bidang sukan dengan kandungan sukan tempatan dan antarabangsa melalui 14 saluran, empat daripadanya dalam format HD”.
“Astro akan menyiarkan acara terbesar di dunia iaitu Piala Dunia FIFA 2014 Brazil™ melalui 10 saluran khusus dalam format HD dan SD, juga dalam Bahasa Malaysia di saluran Astro Arena. Buat pertama kalinya Piala Dunia bukan sahaja boleh ditonton melalui kaca televisyen di rumah anda, malah turut boleh ditonton melalui komputer riba, tablet dan juga telefon pintar pada bila-bila masa dan di mana jua melalui perkhidmatan Astro On-The-Go (AOTG). Kami mengetahui minat rakyat Malaysia terhadap sukan bola sepak dan ia terbukti semasa Piala Dunia FIFA 2010 Afrika Selatan™ yang mencatatkan sehingga 7.5 juta jumlah tontonan. Sebagai penghargaan istimewa buat para pelanggan setia kami, semua pelanggan Sports Pack yang aktif sebelum 1 April 2014 akan dapat menyaksikan kesemua perlawanan Piala Dunia dan mempunyai akses untuk perkhidmatan AOTG.”
Di samping itu, sebagai tambahan khas buat pelanggan saluran sukan, mereka boleh memuat turun Aplikasi Piala Dunia Stadium Astro untuk mendapatkan siaran secara langsung perlawanan Piala Dunia FIFA 2014 Brazil™. Ia akan turut dilengkapi dengan sudut kamera yang berbeza dalam setiap perlawanan, ulang tayang segera untuk setiap jaringan gol, pra dan pasca analisis tentang perlawanan juga statistik pemain dan pasukan.

Bermula 1 April 2014, para pelanggan NJOI dan pelanggan yang tidak melanggani saluran sukan turut dapat menyaksikan kesemua 64 perlawanan Piala Dunia FIFA 2014 Brazil™ secara langsung dengan pembelian pas khas. Rakyat Malaysia yang mendaftar untuk AOTG juga boleh menikmati sebanyak 30 perlawanan secara lansung dan lima perlawanan tertunda Piala Dunia FIFA 2014 Brazil™ melalui telefon bimbit mereka. Buat pertama kalinya, Piala Dunia FIFA 2014 Brazil™ yang merupakan siaran eksklusif di Astro boleh didapati melalui perkhidmatan AOTG Pay Per View (bayaran untuk setiap tontonan).

Selain daripada acara sukan Piala Dunia FIFA 2014 Brazil™, Stadium Astro akan turut membariskan rangkaian acara sukan perdana yang akan berlangsung pada tahun hadapan seperti Piala Thomas, Barclays Premier League, UEFA Champions League, Sukan Asia dan Sukan Komanwel khusus untuk 3.7 juta pelanggan Astro.

Untuk sebarang maklumat lanjut atau ingin melanggan Astro, sila layari www.astro.com.my atau hubungi 1 300 82 3838.

Astro Siar Perlawanan Piala Dunia Fifa 2014 Brazil
Astro Siar Perlawanan Piala Dunia Fifa 2014 Brazil
Astro Siar Perlawanan Piala Dunia Fifa 2014 Brazil

Wednesday, October 23

Benarkah monopoli Piala Dunia di Astro akan tamat??

Dua tahun lepas, pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (kini Kementerian Komunikasi dan Multimedia - KKMM) memutuskan untuk menamatkan monopoli siaran sukan terkemuka (termasuk kejohanan bola sepak Piala Dunia yang datang setiap empat tahun sekali) oleh Astro dan sekitar November 2011 ada pula siaran langsung bola sepak Sukan Sea yang melibatkan pasukan Malaysia di saluran TV1 dan TV3, yang mana seluruh rakyat Malaysia dapat menonton perlawanan bola sepak tersebut tanpa rasa gusar. Ia merupakan permulaan kepada tamatnya monopoli Astro.

Tinggal lebih tujuh bulan sahaja lagi, satu-satunya kejohanan bola sepak dunia yang sentiasa dinanti-nantikan setiap kali berlangsung, iaitu Piala Dunia yang akan memasuki edisi ke-20 dan berlangsung di Brazil dari 12 Jun hingga 13 Julai tahun depan. Apakah semua stesen televisyen percuma iaitu RTM dan Media Prima akan berkongsi hak siaran Piala Dunia dengan Astro untuk sama-sama menyiarkan kesemua perlawanan bola sepak secara langsung? Sama-sama kita nantikan.

Semua sudah tahu, Piala Dunia adalah kejohanan bola sepak untuk semua, sepatutnya dinikmati bersama-sama tak kira kaki bola tegar atau sebaliknya. Miskin kaya mesti boleh menikmati Piala Dunia secara langsung setiap empat tahun sekali. Cuba kita bayangkan pada tahun 1982, RTM yang pada waktu itu tiada tandingannya menyiarkan secara langsung Piala Dunia 1982 di Sepanyol atas tajaan rakyat Malaysia. Kemudiannya, Benson & Hedges memutuskan menaja Piala Dunia sekali iaitu pada 1986, sebelum diambil alih oleh Dunhill selaku penaja rasmi siaran langsung Piala Dunia di TV sebanyak empat kali berturut-turut, iaitu pada 1990, 1994,1998 dan 2002. Mulai tahun 2003, syarikat rokok tidak dibenarkan mengiklankan dan menaja siaran sukan.

Saya baru-baru ini ada melaporkan kepada pihak KKMM tentang monopoli siaran sukan di Astro. Apakah kita dapat dihidangkan semula dengan kesemua perlawanan bola sepak Piala Dunia secara langsung oleh semua saluran TV percuma (walaupun ramai yang punya Astro)? Kalau ya, jom la ramai-ramai tgk bola Piala Dunia secara langsung! Yang tiada Astro mesti tak kempunan/rugi punya, kan?

...bersambung