Piala Dunia ke-23 telah melabuhkan tirai. Bekas juara Piala Dunia 2010, Sepanyol akhirnya merangkul kejuaraan kedua setelah menewaskan penyandang juara dunia Argentina yang juga juara dunia tiga kali dengan jaringan 1-0 selepas masa tambahan dalam aksi penutup tirai Piala Dunia pada awal pagi tadi (waktu Malaysia).
Pasukan Sepanyol yang bermain selama 90 minit pertama seakan berdendam untuk England yang ditewaskan oleh Argentina 2-1 yang menjadikan Sepanyol sebagai mangsa terakhir. Ada yang kata Messi ialah anak emas FIFA-lah, Argentina ialah anak emas FIFA-lah, Argentina penjahat paling besar dalam kejohanan inilah.
Biarpun 90 minit pertama berakhir seri tanpa jaringan, aksi penutup tirai Piala Dunia kali ini tetap ramai yang bernafsu menontonnya secara langsung, bukan macam waktu pusingan pertama (peringkat kumpulan) tempoh hari sepanjang 90 minit ia berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.
Dengan berakhirnya Piala Dunia edisi ke-23 di Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada maka berakhirlah episod penduduk di Malaysia yang kurang bermaya kerana kejohanan ini yang sebahagian besarnya berlangsung pada awal pagi iaitu sebelum subuh waktu Malaysia. Bermula malam ini, penggemar bola sepak Piala Dunia sudah boleh tidur malam semula apabila tiada sebarang urusan pada malam hari.
Semoga bertemu lagi di Piala Dunia ke-24 pada 2030 sempena ulang tahun ke-100 penganjuran kejohanan bola sepak tersebut. Akhir kata, majulah sukan untuk negara.















