Tentang Diri Saya: Sepanyol lwn Argentina - Penutup tirai Piala Dunia ke-23

Mesti klik!

Klik dan daftar! Percuma aje!


Klik dan daftar! Percuma aje!


Jangan tak daftar! Klik di sini dan daftar! Percuma aje!

Sunday, July 19

Sepanyol lwn Argentina - Penutup tirai Piala Dunia ke-23

Pada awal pagi esok kira-kira jam 3.00 pagi waktu Malaysia, bekas juara Piala Dunia 2010 Sepanyol akan bertemu dengan penyandang juara dunia Argentina masing-masing mencari gelaran kedua dan keempat dalam aksi penutup tirai Piala Dunia ke-23 kali ini. Awal pagi tadi juga ada perlawanan penentuan tempat ketiga yang menemukan juara dunia dua kali Perancis dengan bekas juara dunia 1966 England yang berkesudahan dengan kemenangan 6-4 ke atas Perancis untuk merangkul tempat ketiga bagi Piala Dunia ke-23 kali ini.

Sepanjang pusingan pertama berlangsung, RTM tempoh hari ada menyiarkan sedikit saja siaran tertunda iaitu 10 perlawanan sahaja, semuanya melibatkan pasukan kurang ternama. Lain-lain (94 perlawanan) semuanya merupakan siaran langsung termasuk pusingan kalah mati bagi Piala Dunia kali ini. Buat kali pertama, UniFi TV bersama-sama RTM menjadi penyiar rasmi kejohanan bola sepak Piala Dunia ke-23 kali ini setelah menolak rayuan oleh orang ramai agar tidak menyiarkan Piala Dunia kali ini.

Namun, sebelum ini Astro pernah menjadi rumah kepada kejohanan bola sepak Piala Dunia dari 2006 hingga 2022 tetapi kali ini tidak mendapat hak siaran kejohanan tersebut, yang mana apabila siaran Piala Dunia ke-23 di RTM melalui Astro termasuk Njoi dan Sooka maka ia tidak disiarkan dan diganti dengan rancangan lain. Mujur dah ganti Astro dengan Njoi sejak pertengahan tahun lalu lagi.

Manakala, melalui MYTV Mana Mana pula, siaran Piala Dunia oleh RTM melalui platform tersebut juga digelapkan dan digantikan dengan hebahan secara bertulis berbunyi Siaran ini tidak diperolehi.

Biarpun tidak semua daripada 104 perlawanan disiarkan secara langsung oleh RTM namun jiwa Piala Dunia sekurang-kurangnya dikembalikan kepada seluruh rakyat Malaysia yang mana sebelum ini Astro pernah merampas jiwa Piala Dunia rakyat Malaysia sejak 2006 hingga 2022 apabila kesemua perlawanan disiarkan secara langsung di samping RTM hanya sebagai penyiar berlesen sepanjang tempoh tersebut.

Sepanjang Piala Dunia ke-23 berlangsung, siaran iklan di RTM semasa siaran kejohanan tersebut makin konsisten termasuk iklan eFootball terbitan Konami, di samping iklan-iklan dari penaja siaran kejohanan tersebut.

Semoga kita bertemu lagi pada Piala Dunia ke-24 pada 2030 sempena ulang tahun ke-100 penganjurannya. Selamat menikmati Piala Dunia ke-23 buat hari yang terakhir!

Majulah sukan untuk negara.

No comments:

Post a Comment