Tentang Diri Saya: Abstrak Nadira warnai lobi hotel dan ruang kediaman

Mesti klik!

Klik dan daftar! Percuma aje!


Klik dan daftar! Percuma aje!


Jangan tak daftar! Klik di sini dan daftar! Percuma aje!

Thursday, July 30

Abstrak Nadira warnai lobi hotel dan ruang kediaman

 


NADIRA bersama sebahagian daripada karyanya. FOTO Aswadi Alias


Lakaran warna berani, bentuk geometri serta unsur 'cubism' kini mewarnai lobi Holiday Inn Kuala Lumpur Bangsar serta ruang kediaman Alfa Bangsar menerusi pameran 10 karya abstrak kontemporari hasil sentuhan pelukis tempatan, Nadira Aaraa.

Berbeza daripada pameran konvensional yang lazimnya berlangsung di galeri, karya berkenaan dipamerkan di beberapa ruang terpilih dalam bangunan itu sekali gus membolehkan tetamu hotel, penghuni dan pengunjung menikmati pengalaman seni secara lebih dekat ketika menjalani rutin harian.

Pendekatan itu diterjemahkan menerusi kerjasama 'City Motors Group' bersama Nadira Aaraa bagi menganjurkan pameran 'Shape-Shifting: Altered Spaces, Shifting Minds' yang berlangsung sehingga 24 Ogos depan.Bagi Nadira, projek itu membuka ruang baharu dalam perjalanan seninya apabila diberi peluang menghasilkan karya yang dipengaruhi suasana serta karakter bangunan itu sendiri.

"Ruang ini memberi inspirasi dan pada masa sama mencabar saya menghasilkan sesuatu yang lebih segar serta berbeza.

"Saya diberi kebebasan untuk meneroka dan suasana sepanjang proses itu membuka dimensi kreatif baharu kepada diri saya," katanya pada pelancaran pameran itu, baru-baru ini.

Menurutnya, siri berkenaan menandakan satu fasa transformasi dalam amalan seninya dengan mengetengahkan penggunaan warna, bentuk dan elemen surealisme bagi menggambarkan bagaimana minda manusia berubah mengikut ruang, emosi dan pengalaman.



PENGUNJUNG melihat pameran ‘Shape-Shifting: Altered Spaces, Shifting Minds’. FOTO Aswadi Alias

Katanya, setiap karya dihasilkan melalui proses yang memerlukan kesabaran serta ketekunan tinggi, namun masih mengekalkan keseimbangan antara struktur dan ekspresi artistik.

"Pengalaman menghasilkan karya di lokasi sebenar ini juga selari dengan aspirasi Alfa Bangsar yang mahu mewujudkan ruang untuk orang ramai terus meneroka, belajar dan berkembang.

"Saya merasakan visi yang dikongsi itu mewujudkan hubungan bermakna antara ruang ini dengan karya yang saya hasilkan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif City Motors Group merangkap Ketua Komersial Alfa Bangsar Foo Yit Loong berkata, sesebuah pembangunan tidak seharusnya berhenti berkembang selepas pembinaannya siap.

Sebaliknya, ia perlu terus hidup menerusi pengalaman yang ditawarkan kepada komuniti.

"Bangunan boleh disiapkan, tetapi sesebuah destinasi terus berkembang melalui manusia, perniagaan dan pengalaman yang menjadikannya unik.

"Kami juga mahu ia menjadi lokasi yang membuatkan orang ramai ingin kembali," katanya.

Beliau berkata, kerjasama bersama Nadira adalah antara usaha membawa kreativiti, karakter dan pengalaman baharu kepada komuniti selain menyokong bakat seni tempatan.



NADIRA (kiri) bersama Foo Yit Loong ketika pelancaran ‘Shape-Shifting: Altered Spaces, Shifting Minds’. FOTO Aswadi Alias

Pameran yang dibuka kepada orang ramai selama sebulan itu menampilkan 10 karya terbaharu Nadira.

Antara karya yang dipamerkan ialah 'Crimson Bloom' yang melambangkan keberanian menonjolkan diri, 'Electric Mind' mengenai tenaga minda yang sentiasa berkembang dan mencipta, 'City Swing' yang menggambarkan keharmonian dalam kesibukan bandar serta 'Center of Gravity' yang membawa mesej keseimbangan emosi.



ANTARA hasil karya Nadira yang dipamerkan di Holiday Inn Kuala Lumpur Bangsar serta ruang kediaman Alfa Bangsar. FOTO Aswadi Alias


Turut dipamerkan ialah 'Urban Pulse' yang meraikan denyut kehidupan kota, 'The SPACE Phase' yang meneroka imaginasi tanpa batas serta 'Place Becoming' yang menggambarkan transformasi ruang sebagai tempat berkembangnya idea baharu.

No comments:

Post a Comment