Tentang Diri Saya: 5 tahun ikat perut beli R6

Mesti klik!

Klik dan daftar! Percuma aje!


Klik dan daftar! Percuma aje!


Jangan tak daftar! Klik di sini dan daftar! Percuma aje!

Monday, December 21

5 tahun ikat perut beli R6


Sharizan Rosli


Anak jati Pulau Pinang, Sharizan Rosli, 33, atau lebih mesra disapa sebagai Jebat Jambu mempu­nyai ceritera tersendiri dalam menyusuri liku-liku kehidupan demi mengejar impian dan cita-citanya.

Mendekati anggota polis bantuan berpangkat konstabel di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang ini cukup membuktikan kemampuannya dalam mengecapi kejayaan yang didambakan sejak kecil lagi.

Selain itu, minat mendalam terhadap bidang permotoran berkuasa tinggi juga telah memberinya ke­puasan pada diri.




Sharizan suka mendengar deruman enjin motosikal berkuasa tinggi yang boleh melepaskan tekanan kepadanya.


Kosmo! Ahad: Kenapa memilih kerjaya anggota beruniform?
Sharizan: Impian menjadi anggota polis bermula sejak dibangku sekolah rendah lagi selepas menjadikan drama Gerak Khas menerusi watak Inspektor Aliza hasil lakonan pelakon, Abby A­badi sebagai inspirasi.

Siapa anda kalau bukan kerjaya sebagai polis?
Mungkin saya tumpu pada bidang perniagaan. Saya ada restoran masakan Melayu di Pulau Pinang.

Bila kenal erti cinta?
Mengenali erti cinta sebenar ketika berusia awal 30-an dan ketika itulah saya mula belajar erti sebuah perhubungan dan per­kenalan.

Pernah digoda atau dilamar semasa bertugas?
Pernah menerima lamaran daripada seorang penumpang kapal persiaran Star Cruise yang berlabuh di Pelabuhan Swetteham, tempat saya bekerja.
Saya tolak cintanya kerana menganggap percintaan jarak jauh akan mendatangkan kesulitan.

Ciri-ciri lelaki idaman?
Mempunyai kerjaya stabil, berpendidikan, memahami kerjaya dan minat saya.

Minat dalam bidang permotoran. Kenapa?
Hobi yang agak mencabar bagi seorang wanita berhati kental dan berjiwa lembut seperti saya. Menunggang motosikal memberi kepuasan dalam diri selain menjadi terapi jiwa di kala duka dan gembira. Diri menjadi bebas daripada sebarang masalah saat de­ruan enjin motosikal dihidupkan.

Ada cerita bagaimana akhir­nya dapat memiliki motosikal Yamaha R6?
Saya mengikat perut hampir lima tahun untuk memiliki Yamaha R6 yang dibeli secara tunai pada tahun 2018. Impian memiliki motosikal berkuasa tinggi ini bermula sejak dari lepasan Sijil Pelajaran Malaysia lagi.

 

Sharizan menganggap percintaan jarak jauh akan mendatangkan kesulitan.


Memiliki motosikal berkuasa tinggi memerlukan bajet yang tinggi?
Ya, saya perlu mempunyai wang pada tangan untuk kos penyelenggaraan dan baik pulih. RM1,000 belum tentu cukup.

Kongsi pengalaman pahit dan manis.
Ibu bapa pernah halang me­ngenai hobi ini (menunggang motosikal) memandangkan mereka masih bersedih dan trauma dengan kehilangan abang kedua akibat kemalangan di jalan raya ketika memandu kereta. Namun mereka akhirnya akur dan memberi dorongan kepada saya.

Suka buat video parodi. Kenapa?
Minat dalam bidang lakonan bermula selepas mengenali seorang rakan iaitu Wan Yoshiki yang turut sama berkongsi hobi dalam aktiviti menunggang motosikal. Video parodi Rock Kapak Vol 2 kini mence­cah 50,000 jumlah tontonan.

No comments:

Post a Comment