Tentang Diri Saya: RTM 75 tahun, sudah bertukar logonya

Mesti klik!

Klik dan daftar! Percuma aje!


Klik dan daftar! Percuma aje!


Jangan tak daftar! Klik di sini dan daftar! Percuma aje!

Tuesday, April 6

RTM 75 tahun, sudah bertukar logonya

 

Logo RTM ketujuh sejak 1 April lalu.

Tak sangka logo RTM yang keenam digunakan sejak Ogos 2004 lalu telah bertukar kepada logo baru RTM pada sambutan ulangtahunnya yang ke-75 1 April lalu. Serentak dengan itu juga, RTM melancarkan saluran berorientasi sukan yang sebelum ini dipanggil RTM Sports, dikenali sebagai saluran Sukan RTM yang bertemakan (berslogankan) 'Sukan Untuk Semua' masih lagi eksklusif untuk semua pengguna dekoder DVB-T2 ataupun MYTV buat masa ini.

Logo RTM keenam dari Ogos 2004 hingga Mac lalu.


Beberapa perubahan yang berlaku dalam RTM sempena ulangtahun berkenaan adalah slot Berita Pagi dan kapsul Berita Semasa serta Conty News hanya disiarkan eksklusif di saluran Berita RTM sahaja dan tidak lagi turut disiarkan di saluran TV1. Saluran Berita RTM ketika ini sudahpun mengalihkan satu demi satu slot berita yang disiarkan RTM, secara berperingkat-peringkat dan bertahap. Serentak itu juga RTM mengelolakan rancangan keagamaan Salam Pagi yang baru sahaja mula bersiaran pada setiap hari jam 7.00 pagi melalui TV1.

Saya berkesempatan untuk membuka saluran TV1 sekejap apabila masuk jam 12.02 tengah hari, rupanya dokumentari antarabangsa berbahasa Inggeris. OK la tuh kalau saluran TV1 tanpa adanya slot kapsul Berita Semasa dan Conty News. Lepas ini bolehlah pihak saluran TV1 heret balik pengiklan, termasuk meneroka pasaran Inggeris (sekiranya rancangan Inggeris bersiaran).

Manakala saluran TV2 pula melakukan beberapa perubahan, termasuk jam 8.00 malam diisi rancangan selain berita utama, rancangan travelogue berbahasa Tamil iaitu KL To Dubai yang sebelum ini bersiaran setiap Rabu jam 4.00 petang, diubah ke hari Selasa jam 3.00 petang. Rancangan #HTV dan Hotspot yang sebelum ini masing-masing disiarkan melalui TV1 dan TV Okey telahpun disumbat ke TV2. Semua slot tayangan gambar di saluran yang sama juga digabungkan ke dalam satu slot Screen On 2.

Saluran TV Okey kekal menyiarkan rancangan Infiniteen sehingga kini. Manakala slot berita bahasa etnik Sabah-Sarawak telahpun berpindah ke saluran Berita RTM bermula 1 April lalu.

Saluran Berita RTM sejak dulu lagi ada beberapa rancangan eksklusif hanya di saluran tersebut, iaitu Bicara DR, #Sayang, Cerita Kita dan Pastikan Sahih serta beberapa rancangan majalah/rencana eksklusif di saluran sama. Mutakhir, slot Berita Pagi dan slot kapsul Berita Semasa serta Conty News hanya disiarkan di saluran yang sama bermula 1 April lalu.

Manakala saluran TV6 yang ketika ini masih lagi saluran percubaan, terpaksa menyiarkan rancangan-rancangan lama yang kebanyakannya adalah kelolaan sepenuhnya RTM bagi membuktikan saluran TV6 milik RTM sepanjang siaran ujian bersiaran.

Buat RTM, diharap pihak RTM segera mewujudkan beberapa saluran baru termasuk saluran keagamaan selepas ini. Selamat ulangtahun ke-75 RTM!

No comments:

Post a Comment