Sebagai pengetahuan, telefilem Air Mata Zulaikha yang disiarkan pada malam semalam menerusi TV3 rupanya disiarkan menerusi TV9 pada penghujung tahun 2022, kebetulannya waktu itu seluruh dunia meraikan akhir tahun tersebut dan akan meraikan Tahun Baru 2023. Mungkin disebabkan TV9 sudah lama tidak menyiarkan sebarang telefilem terbaru. Telefilem tersebut juga walaupun bergenre berat, ia adalah antara tayangan gambar yang wajar disiarkan sempena penghujung tahun.
Mesti klik!

Klik dan daftar! Percuma aje!

Jangan tak daftar! Klik di sini dan daftar! Percuma aje!
Monday, July 28
"Air Mata Zulaikha" disiarkan malam semalam menerusi TV3 rupanya siaran semula dari TV9 pada penghujung 2022
Friday, August 6
Waktu siaran beberapa rancangan di MPB yang tidak munasabah!
Bermula awal Ogos lalu, terdapat perubahan beberapa rancangan di Media Prima (MPB) yang saya kira tidak munasabah. Antaranya rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) yang bertukar waktu siaran ke jam 9.30 pagi (TV3) setiap Isnin hingga Jumaat dengan pengurangan durasi kepada sejam sahaja. Manakala slot Berita TV9 yang sebelum ini bersiaran jam 8.00 malam telah diawalkan sejam ke jam 7.00 malam setiap hari bagi memberi laluan kepada drama berdurasi sejam setiap hari bermula jam 7.30 malam di TV9. Sungguh tidak sesuai, memandangkan TV9 sejak awal kewujudannya pada 22 April 2006 menggunakan bahasa pengantarnya iaitu Bahasa Melayu dan pernah menggunakan tema 'Dekat di Hati' sehingga 2008.
Perlu diingatkan, TV9 bukannya saluran Bahasa Cina atau Bahasa Tamil. TV9 juga bukannya saluran berita (seperti Astro Awani) atau saluran sukan tempatan (seperti Astro Arena). TV9 menggunakan Bahasa Melayu selaku bahasa perantaraan bagi saluran tersebut dan kategori rancangannya adalah bercampur-campur termasuk slot berita.
Sepatutnya saluran 8TV yang menggunakan Bahasa Cina selaku bahasa perantaraan bagi saluran tersebut sejak Mac 2018 perlu menukar waktu siaran slot berita utamanya ke jam 7.00 malam dan dikurangkan kepada 30 minit sahaja, agar dapat memberi laluan kepada slot berdurasi sejam yang dipanggil Asian Potpourri (pernah bersiaran di TV3 dari Ogos 2003 dan dihentikan pada 2008) pada jam 7.30 malam setiap hari, selain slot drama kepunyaan TVB yang perlu diawalkan ke jam 6.00 petang setiap hari.
TV3 sebelum ini pernah juga menyiarkan ulangan drama pada jam 8.00 pagi sebelum adanya rancangan Borak Kopitiam dan slot berkenaan tidak perlu dikembalikan lagi dan ia tidak sesuai disiarkan.
Harap yang selesai membaca artikel ini bersetuju dengan pernyataan saya ini.
Friday, August 28
HARUS BACA: Semua sudah tahu TV3 tidak siar azan pada mulanya....
Salam Jumaat semua! Semua sudah tahu, saluran TV3 tidak siar azan bermula dari awal kewujudannya pada Jun 1984 hingga awal 2010-an yang lalu. Saluran TV3 adalah satu-satunya saluran TV di Malaysia yang apabila masuk waktu solat setiap kali, TV3 hanya siar hadis-hadis, surah-surah ataupun tazkirah ganti azan. Tetapi tidak ramai yang tahu grafik fadhilat solat (gambar atas) pernah digunapakai oleh TV3 bermula dari awal kewujudannya dan grafik berkenaan bersiaran setiap kali masuk waktu solat yang mengandungi hadis-hadis dan surah-surah yang terdapat dalamnya. Mei 1999 merupakan bulan terakhir grafik berkenaan digunapakai oleh TV3 sebelum bertukar kepada grafik warna hijau dengan logo TV3 di bawah kanan pada Jun 1999 sempena ulangtahunnya ke-15.
Saya pernah tengok grafik di atas sejak dari awal 1990-an lagi yang mana tempat saya di Sandakan, Sabah mula menerima siaran TV3 secara analog pada 1988. Grafik di atas bukannya mula digunapakai sejak awal 90-an, tetapi dari awal kewujudan TV3. Sudah beberapa kali saya tanya dengan rakan-rakan dalam beberapa group Facebook bilakah grafik di atas mula digunapakai oleh TV3.
Gambar di atas merupakan slaid pengumuman waktu solat TV3, kalau tak silap slaid tersebut mula digunapakai oleh TV3 sejak awal kewujudannya lagi. Hanya bermula awal 1990-an barulah slaid berkenaan digantikan dengan slaid waktu solat dengan logo TV3 sekali, tetapi masih lagi mengekalkan grafik fadhilat solat yang sama selepas slaid berkenaan dipaparkan.
Jom baca sedikit komen di bawah: -
Akhirnya bermula 2012 atau 2013, barulah TV3 menyiarkan azan setiap kali waktu solat, kecualilah slot berita (terutama Buletin Utama) dan mana-mana program/acara (termasuk sukan) yang mana TV3 hanya memaparkan notis waktu solat di bawah skrin. Azan yang masih lagi disiarkan oleh TV3 masih lagi digunakan sejak awal 2010-an yang lalu dan belum pernah bertukar gambar sehingga kini.
Jom komen di bawah!
Monday, June 17
Budaya filem Indonesia di Malaysia
Friday, April 1
CJ WOW SHOP kini di Media Prima!
TV3: 6.00 hingga 7.00 pagi
ntv7: 6.00 pagi hingga 1.00 petang
8TV: 7.00 hingga 9.00 pagi
TV9: 10.00 pagi hingga 12.00 t/hari; 12.30 t/hari hingga 4.00 petang
Tuesday, January 26
Slot AZALEA kini di TV9!
Tuesday, January 19
Ada Sebab TV3 & TV9 Ubah Waktu Siaran Slot Drama
Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Sherina Mohamed Nordin berkata:
“Setiap tahun pasti ada perubahan yang dilakukan untuk kedua-dua stesen ini mengikut perubahan semasa dan juga memenuhi kehendak serta keinginan penonton setia kami. Perubahan ini merupakan strategi kami dan memberi peluang kepada setiap drama yang ditayangkan terus mendapat perhatian penonton setia kami.
Kami perlu sentiasa melakukan improvisasi untuk kekal menjadi penggerak industri dan relevan tambahan lagi terpaksa bersaing dengan pelbagai medium siaran. Apabila hari siaran untuk setiap slot ditambah ianya dapat memberi lebih kepuasan untuk penonton sentiasa mengikuti setiap drama tanpa perlu menunggu lama dan mengekalkan momentum populariti sesebuah drama itu”.Antara lima slot utama di TV3 membuat pertukaran bersempena tahun 2016 ini di mana empat slot akan berkongsi waktu siaran. Contohnya seperti slot Aksi dan Samarinda yang disiarkan setiap hari Isnin hingga Rabu yang akan bersilih ganti bertukar mengikut drama. Begitu juga dengan slot Lestary dan slot Zehra.
| SLOT | WAKTU SIARAN 2015 | PERUBAHAN WAKTU SIARAN 2016 |
| SAMARINDA | Selasa hingga Khamis (kadang-kadang Rabu dan Khamis), 10 malam | – Isnin hingga Rabu, 10 malam è Cinta Hati Abah (19 Jan – 23 Feb) Pelakon: Esma Daniel, Zara Zya, Nonny Nadhirah, Sweet Farhana, Afiq Muiz, Ben Amir, Idris Khan, Laila Nasir |
| AKSI | Selasa, 10 malam | – Isnin hingga Rabu, 10 malam
è Bodyguard (24 Feb – 11 April) Pelakon: Fattah Amin, Azrel Ismail, Idris Khan, Sabhi Sadhi, Lan Siro DFKL, Faradhiya |
| LESTARY
|
Rabu dan Khamis è Cik Cinderella dan Encik Tengku | – Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam
è Married Tapi Benci (24 Feb – 23 March) Pelakon: Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Mustaqim Bahadon, Cat Farish |
| ZEHRA | Jumaat, 9 malam | – Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam
è Cinta Teruna Kimchi (22 Jan -19 Feb) Pelakon: Nazim Othman, Johan As’ari, Risteena, Zulkifli Ismail, Kuza, Sheila Mambo |
| PEARL SCREEN | Isnin, 10 malam | – Khamis, 10 malam |
| DAHLIA | Sabtu dan Ahad, 7 petang | – Jumaat hingga Ahad, jam 6.58 petang |
| SINETRON | Isnin hingga Khamis, 2 petang | – Isnin hingga Khamis, 4 petang |
| TV9 | ||
| Slot | WAKTU SIARAN 2015 | PERUBAHAN WAKTU SIARAN 2016 |
| AZALEA | Terdahulu di TV3, setiap Isnin hingga Khamis, jam 4 petang. | Di TV9, Selasa hingga Jumaat, jam 8.30 malam
è Menongkah Kasih (26 Jan – 1 Mac) Ayda Jebat, Ana Dahlia, Aidil Aziz, Zarina Zainuddin dan Beego. *Di TV3, Isnin hingga Khamis, jam 2 petang (ulangan) |
Terdahulu, slot Samarinda telah bersiaran pada setiap Selasa hingga Khamis (kadang-kadang Rabu dan Khamis), manakala Aksi pula setiap hari Selasa. Untuk tahun ini slot Samarinda dan Aksi akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Rabu. Bermula 2016, drama Aku Pilih Kamu yang sedang ditayangkan ketika ini telah ditukar siarannya kepada hari Isnin hingga Rabu.
Seterusnya, drama Cinta Hati Abah untuk slot Samarinda akan mula bersiaran pada 19 Januari ini hingga 23 Februari. Kemudian, slot Aksi pula akan mengambil alih dengan drama terbaharu iaitu Bodyguard bermula 24 Februari.
Jika sebelum ini, slot Lestary bersiaran setiap hari Rabu dan Khamis, manakala Zehra pula pada setiap hari Jumaat. Untuk tahun 2016 ini, slot Lestary dan Zehra akan bersiaran selama tiga hari iaitu pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat.
Dua slot ini akan turut bersilih ganti. Sejurus drama slot Lestary Cik Cinderella dan Encik Tengku tamat pada 21 Januari ini, drama slot Zehra iaitu Cinta Teruna Kimchi akan mengambil alih siaran slot bermula 22 Januari hingga 19 Februari. Kemudian, drama Married Tapi Benci bagi slot Lestary akan kembali bersiaran pada 24 Februari nanti.
Sementara itu, TV9 kini mengambil alih slot Azalea yang mana terdahulu disiarkan di TV3. Kini, slot Azalea akan menggantikan slot Ratu dan Aurora dan akan disiarkan pada setiap Selasa hingga Jumaat pada jam 8.30 malam dan ulangannya akan disiarkan tujuh hari kemudian di TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis pada jam 2.00 petang.
Drama pertama yang akan disiarkan menerusi slot Azalea di TV9 ialah Menongkah Kasih yang akan mula bersiaran 26 Januari ini setiap hari Selasa hingga Jumaat.
P/S: Jarang ada kes dua atau lebih slot rancangan berkongsi satu waktu tayangan.
Friday, April 3
Tiada lagi WWE SMACKDOWN kat TV3!

Nampak gayanya peminat sukan gusti yang tidak melanggani siaran berbayar Astro kecewa dengan keputusan ini. Tidak mengapalah, kerana siaran WWE SMACKDOWN di saluran TV3 sudah bersiaran sejak tahun 2000 yang lalu, iaitu kira-kira 15 tahun lalu.
Thursday, July 31
Transformasi penyiaran bawa penonton ke era baru
Dunia waktu itu terasa bertambah ceria, apabila drama kesukaan tidak lagi ditonton sekadar hitam putih.
Tidak lama selepas itu, satu lagi sejarah dilakar apabila stesen swasta pertama dilancarkan. Dengan tema Berita Terkini, Hiburan Sensasi, pada 1984, saluran TV3 mula dipancarkan di Lembah Klang dan disiarkan di seluruh negara secara berperingkat-peringkat.
Pada ketika itu, menjadi satu agenda bagi mereka yang di luar Kuala Lumpur untuk menonton TV3 apabila tiba di ibu negara. Ini adalah satu lagi kemajuan bidang penyiaran yang meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan seharian masyarakat pada waktu itu.
Kini, akan tiba satu lagi transformasi yang bakal membawa perubahan besar bagi televisyen terestrial negara kita, apabila apa yang dipaparkan ke kaca televisyen bagi siaran ke udara percuma (free to air broadcasting) bukan lagi dalam bentuk analog, tetapi ditambah baik kepada sistem digital. Arial televisyen tidak lagi perlu dinaikkan di atas bumbung atau diubah kedudukannya bagi mendapatkan siaran yang jelas.
Sebaliknya, transformasi baru ini akan memudahkan kehidupan, apabila arial hanya perlu diletakkan di sebelah televisyen untuk mendapatkan kualiti gambar dan suara dalam bentuk digital yang jauh lebih baik dari apa yang ditonton sekarang.
Pelbagai lagi ciri baru akan diperkenalkan bagi membuatkan pengalaman menonton televisyen menjadi lebih menarik, antaranya ialah pengaturcaraan pelbagai saluran, panduan program elektronik (EPG) dan sistem audio pelbagai bahasa yang kini tiada di kaca televisyen penonton siaran tanpa bayaran.
Adalah dijangkakan dalam tempoh lima tahun lagi, sebanyak 80 saluran boleh dipilih oleh penonton, hasil usaha transformasi dalam Penyiaran Terestial Televisyen Digital atau Digital Terrestial Television Broadcasting (DTTB). Melalui teknologi digital, lebih banyak saluran pendidikan, hiburan dan maklumat disediakan, tanpa mengabaikan nilai-nilai budaya masyarakat pelbagai etnik kita.
Yang lebih penting, DTTB akan mengubah gaya kehidupan masyarakat dengan kemudahan interaktif yang mampu ditawarkan. Pengalaman baru akan dirasai apabila televisyen di rumah bukan sahaja digunakan sebagai alat menonton berita atau drama, tetapi boleh digunakan untuk menyenangkan kehidupan mereka.
Contohnya, DTTB akan membolehkan penonton, dari ruang tamu atau bilik tidur mereka, dengan mudahnya menggunakan alat kawalan jauh televisyen mendapatkan perkhidmatan internet terpilih, memuat turun lagu atau aplikasi pilihan, membeli-belah dari rumah (home shopping), membayar bil, bermain permainan video, mengikuti e-pembelajaran dan pelbagai lagi aplikasi interaktif yang sebelum ini tidak pernah ada di kaca televisyen.
Kesemua ini boleh dilakukan tanpa perlu menggunakan kombinasi telefon. Penonton juga tidak perlu terikat dengan jadual penyiaran rancangan kegemaran, sebaliknya boleh memilih masa menonton mengikut kesesuaian masing-masing.
DTTB adalah satu agenda transformasi kerajaan bagi sistem penyiaran pendigitalan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia dengan kawalan selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, dan dibantu oleh MYTV Broadcasting Sdn Bhd sebagai penyedia infrastruktur.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah pun mengumumkan pelaksanaan DTTB ini akan dilakukan secara berperingkat, bermula dari Pantai Timur pada April 2015. Kerajaan juga menyasarkan bahawa 98 peratus penduduk negara ini akan menerima siaran terestrial digital percuma pada 2016.
Pelbagai sebab mendorong kerajaan untuk membawa siaran digital ke seluruh pelosok negara, antaranya adalah keupayaan untuk merapatkan jurang digital di luar dan dalam bandar. Sebagai contoh, teknologi siaran digital akan membolehkan televisyen digunakan sebagai satu perantaraan untuk mendapatkan informasi atau pembelajaran, apabila pelbagai saluran khas, seperti pendidikan, kesihatan, pertanian dan kewangan boleh dibawa kepada penonton di seluruh ceruk negara secara percuma.
Ahmad Shabery juga berkata, RTM yang sekarang ini hanya memiliki dua saluran sedang mempertimbangkan menambah sekurang-kurangnya lima saluran, contohnya saluran khas berita, sukan dan kanak-kanak. Pastinya, ini akan membawa manfaat besar kepada rakyat Malaysia, terutamanya bagi yang kurang berkemampuan untuk melanggan siaran televisyen berbayar.
Pada masa sama, sektor DTTB yang dinamik juga akan mempertingkat daya inovasi, reka bentuk, hasil cipta dan pasaran produk baharu untuk menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi negara. Antara lainnya, penambahan saluran akan menggalakkan lebih banyak lagi pembekal kandungan (content provider) untuk siaran televisyen yang akan bersaing menyajikan hanya yang terbaik.
Kualiti program tempatan yang dihasilkan sudah tentunya akan dapat dipertingkatkan dan berpeluang untuk dipasarkan di peringkat antarabangsa dan menjadi satu hasil eksport negara. Kebolehan penonton berinteraksi dan memberi respons terhadap rancangan yang ditonton secara spontan dengan hanya menggunakan alat kawalan jauh televisyen tanpa perlu terikat dengan langganan bayaran bulanan adalah simbol kuasa pilihan penonton yang sebenar; dan inilah yang akan mendorong peningkatan kualiti kandungan penyiaran di Malaysia.
Semua ini bukanlah perkara baru di dunia. Teknologi televisyen digital adalah satu evolusi dalam bidang penyiaran yang bermula seawal 1980-an lagi di negara maju.
Peralihan dari analog ke digital buat kali pertamanya berjaya dilaksanakan secara sepenuhnya di Belanda pada 2006. Sejak itu, kebanyakan negara di seluruh dunia bertukar ke siaran terestrial digital dan menutup penyiaran analog. Sebagai contoh, di benua Eropah, rangkaian DTTB kini menawarkan lebih 2,000 saluran televisyen yang ditonton oleh lebih kurang 250 juta penduduk di sana.
Melihat pula kepada negara-negara yang lebih berdekatan dengan Malaysia berbanding dengan benua Eropah, banyak yang telah menutup siaran analog seperti Jepun, Korea Selatan, New Zealand dan Australia yang kini menumpukan usaha menyediakan bukan hanya kandungan siaran digital tetapi juga berdefinisi tinggi (HD).
Ada pula negara yang sudah pun memulakan proses untuk bertukar dari siaran analog ke terestrial digital melalui peralihan menyeluruh atau sebahagian, antaranya Thailand, Myanmar, Singapura, Indonesia, Vietnam, Filipina, Cambodia, China, Iran, Mesir, India, Qatar, Brunei dan Arab Saudi.
Ini semua sudah pastinya akan menjadi titik perubahan dalam masyarakat, dan akan terciptanya satu lagi lanskap penyiaran baharu yang bakal menjadi anjakan paradigma bagi sektor penyiaran di negara kita.
PENULIS ialah Ketua Pegawai Komersial, MYTV Broadcasting Sdn. Bhd.
Tuesday, June 10
Debaran Piala Dunia 2014 bermula minggu ini!
Wednesday, March 26
Media Prima Tunda Jom Heboh & Tukar Program TV
“Kami di Media Prima Berhad turut berkongsi kesedihan dan bersimpati dengan tragedi yang berlaku terhadap penumpang dan anak kapal pesawat MH370. Oleh itu, kami telah menundakan penganjuran karnival Jom Heboh di negeri Terengganu kerana tidak wajar bagi TV3 untuk meneruskan penganjuran pada hari Jumaat dan Sabtu ini ketika satu Malaysia dan juga satu dunia berada dalam kesedihan.”
PROGRAM TV DITUKAR, JOM HEBOH DITUNDA SEBAGAI TANDA PENGHORMATAN KEPADA TRAGEDI MH370
Bagi pihak penganjur Jom Heboh, kami memohon maaf terhadap segala kesulitan yang berlaku kepada pihak Kerajaan Negeri Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, pihak penguasa Terengganu serta para penaja dan tetamu jemputan yang terlibat.Walaupun Karnival Jom Heboh Terengganu telah ditundakan, namun majlis bacaan yasin yang telah diaturkan oleh pihak TV3 di Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Terengganu pada 27 Mac 2014 masih diteruskan. Selain itu, Media Prima turut mengadakan majlis bacaan yasin di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada hari yang sama pada pukul 7.00 malam. Marilah kita sama-sama berdoa dan mengharapkan kesejahteraan penumpang dan anak kapal pesawat MH370,” – Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad.Bermula 24 Mac 2014, rangkaian televisyen di Media Prima telah melakukan beberapa perubahan dalam susunan program dengan menggugurkan program-program hiburan yang tidak bersesuaian. Kini program-program yang disiarkan diTV3, ntv7, 8TV dan TV9 adalah lebih tertumpu kepada laporan khas tentang tragedi MH370 serta program-program ilmiah dan keagamaan.
Berikut adalah program-program siaran langsung yang dimuatkan dalam rangkaian televisyen Media Prima Berhad. program berita dan bual bicara bagi setiap stesen telah dilanjutkan untuk mendapat laporan lebih terperinci dalam Bahasa Malaysia menerusi TV3 dan TV9. Sementara laporan dalam Bahasa Mandarin boleh didapati menerusi ntv7 dan 8TV.
TV3
25 Mac (Selasa)
→ 7.00 pagi – 9.00 pagi : Malaysia Hari Ini (siaran langsung)
→ 9.00 pagi – 10.00 pagi : Buletin Pagi (siaran langsung)
→ 10.00 pagi – 12.30 tengah malam : Laporan Khas Tragedi MH370 (siaran langsung)
*Merangkumi Buletin 1.30 dan Buletin Utama pada jam 8.00 malam serta sidang media MH370
26 Mac (Rabu)
→ 7.00 pagi – 9.00 pagi : Malaysia Hari Ini (siaran langsung)
→ 9.00 pagi – 9.30 pagi : Buletin Pagi (siaran langsung)
→ 9.30 pagi – 10.30 pagi : Al Kuliyyah
→ 10.30 pagi – 11.30 pagi : Bismillah (episod Ampunkan Dosa & Alam Transit)
→ 11.30 pagi – 12.00 tengahari : Al-Fatihah & Bacaan Al-Quran: Surah Yasin
→ 12.00 tengahari – 1.00 petang: Wanita Hari Ini (siaran langsung)
→ 1.00 petang – 1.30 petang : Al Hidayah
→ 1.30 petang – 2.00 petang : Buletin 1.30 (siaran langsung)
→ 2.00 petang – 3.00 petang : Bacaan Al-Quran: Surah Ar-Rahman & Muhammadku
→ 3.00 petang – 5.00 petang : Telefilem: Bahagia Bukan Milikku
→ 5.00 petang – 6.00 petang : Bismillah
→ 6.00 petang – 8.00 malam : Malaysia Hari Ini (siaran ulangan)
→ 8.00 malam – 9.00 malam : Buletin Utama (siaran langsung)
→ 9.00 malam – 11.00 malam : Telefilem: Demi
→ 11.00 malam – 12.00 tengahmalam: Soal Jawab (siaran langsung)
→ 12.00 tengah malam : Nightline
ntv7
25 Mac (Selasa)
→ 11.00 pagi – 1.00 petang : Bella (siaran langsung)
→ 1.00 petang – 2.00 petang : Edisi 7 (siaran langsung)
→ 2.00 petang – 4.00 petang : 7 Edition (siaran langsung)
→ 4.00 petang – 6.00 petang : Mandarin 7 (siaran langsung)
→ 7.00 malam – 8.00 malam : Edisi 7 (siaran langsung)
→ 8.00 malam – 10.00 malam : 7 Edition (siaran langsung)
→ 10.00 malam – 12.30 tengahmalam: Mandarin 7 & Global Watch (siaran langsung)
26 Mac & 27 Mac (Rabu & Khamis)
→ 8.00 pagi – 10.00 pagi : Good Morning Tai Tai (siaran langsung)
→ 11.00 pagi – 1.00 petang : Bella (siaran langsung)
28 Mac (Jumaat)
→ 11.00pagi – 1.00 petang : Bella (siaran langsung)
8TV
25 Mac (Selasa)
→ 8.00 malam – 10.00 malam : Mandarin News (siaran langsung)
26 Mac (Rabu)
→ 8.00 malam – 9.00malam : Mandarin News (siaran langsung)
TV9
25 & 26 Mac (Selasa & Rabu)
9.00 pagi – 11.00 pagi : Khas Tragedi MH370 (siaran langsung)
12.00 tengahari – 1.00 petang : Berita Tengahari (siaran langsung)
1.30 petang – 2.30 petang : Tanyalah Ustaz Khas (siaran langsung)
5.30 petang : Sidang Media MH370 (siaran langsung)
8.00 malam – 9.00 malam : Berita TV9 (siaran langsung)
9.00 malam – 10.00 malam : Tanyalah Ustaz Khas (siaran langsung)
Semua jenis rancangan hiburan umum direhatkan sebab tragedi MH370!
Thursday, January 16
RTM, TV3 perlu turut siar bola Piala Dunia demi rakyat
MELAKA - Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron (gambar) mahu hak siaran program yang diminati ramai seperti perlawanan bola sepak Piala Dunia 2014 anjuran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di Brazil pada Jun depan dikongsi oleh semua stesen televisyen dan bukannya dimonopoli oleh sebuah stesen sahaja.
Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Amatur Melaka (MAFA) berkata, seharusnya stesen-stesen televisyen awam yang lebih bersifat komuniti seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV3 dan lain-lain harus turut diberi ruang untuk menyiarkan siaran langsung kejohanan bola sepak berprestij itu.
Peminat bimbang monopoli Astro
KUALA LUMPUR – Para peminat dan tokoh bola sepak di negara ini melahirkan kebimbangan terhadap monopoli stesen TV berbayar Astro yang merupakan saluran TV tunggal yang berjaya mendapat hak penyiaran secara langsung kesemua 64 perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) 2014 di Brazil pada Jun ini.
Mereka mahu stesen televisyen percuma Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3 turut berusaha menyiarkan perlawanan kejohanan bola sepak berprestij itu secara langsung.


