Tentang Diri Saya: "Air Mata Zulaikha" disiarkan malam semalam menerusi TV3 rupanya siaran semula dari TV9 pada penghujung 2022

Mesti klik!

Klik dan daftar! Percuma aje!


Klik dan daftar! Percuma aje!


Jangan tak daftar! Klik di sini dan daftar! Percuma aje!

Monday, July 28

"Air Mata Zulaikha" disiarkan malam semalam menerusi TV3 rupanya siaran semula dari TV9 pada penghujung 2022


Sedutan telefilem Air Mata Zulaikha menerusi TV9.


Sebagai pengetahuan, telefilem Air Mata Zulaikha yang disiarkan pada malam semalam menerusi TV3 rupanya disiarkan menerusi TV9 pada penghujung tahun 2022, kebetulannya waktu itu seluruh dunia meraikan akhir tahun tersebut dan akan meraikan Tahun Baru 2023. Mungkin disebabkan TV9 sudah lama tidak menyiarkan sebarang telefilem terbaru. Telefilem tersebut juga walaupun bergenre berat, ia adalah antara tayangan gambar yang wajar disiarkan sempena penghujung tahun.

TV9 telahun meraikan ulang tahunnya yang ke-19 pada 22 April lalu manakala, TV3 pula sudahpun meraikan ulang tahunnya yang ke-41 pada 1 Jun lalu.

Telefilem ini mengisahkan seorang kanak-kanak yang mengharungi dugaan kehidupan sejak lahir dan dibenci oleh ibu kandungnya setelah dilahirkan hasil hubungannya dengan Kamal sebelum berkahwin. Zahim, ayah tiri yang budiman dan menyayangi Zulaikha dengan penuh kasih sayang walaupun bukan darah dagingnya sendiri.

Rupa-rupanya Zulaikha rebah akibat perbuatan yang dilakukan oleh Kamal hasil siasatan pihak hospital dan akhirnya Zulaikha disahkan meninggal dunia di hospital. Kesudahannya, polis menangkap Kamal di tanah perkuburan selepas dipercayai terlibat dengan kes memukul Zulaikha sehingga meninggal. Tamat.

No comments:

Post a Comment