Tentang Diri Saya: Lincah atas jalan, padang

Mesti klik!

Klik dan daftar! Percuma aje!


Klik dan daftar! Percuma aje!


Jangan tak daftar! Klik di sini dan daftar! Percuma aje!

Thursday, August 29

Lincah atas jalan, padang


BERLATIH setiap Selasa di Shah Alam.


Minat yang mendalam terhadap sukan 'flag football' membolehkannya mengembangkan potensi kepada umum.

Sania Nazira Mohamed Nasir, 33, mula aktif dengan sukan yang agak 'rare' itu di negara ini sejak lapan tahun lalu dan kini mewakili kelab Malaysia dalam beberapa kejohanan antarabangsa.

"Saya bermula dengan sukan bola tampar sebagai aktiviti riadah yang boleh dilakukan selepas waktu kerja. Namun keinginan untuk mencuba sukan baharu sangat tinggi selepas melayari satu laman web yang menawarkan pelbagai aktiviti sukan dan flag football menarik perhatian saya.

"Ketika itu sukan ini masih baharu dan tidak begitu dikenali. Selepas menghadiri hari terbuka sukan itu dan beberapa kali mencuba akhirnya ia menjadi minat saya sehingga kini," katanya yang mewakili kelab tempatan PJ Juggernauts sejak 2017.
Disyorkan

Katanya sukan itu meskipun dibayangi seakan American Football yang agresif namun ia adalah berbeza kerana diklasifikasikan sebagai sukan tanpa sentuhan dengan pelbagai peraturan di dalamnya bagi mengelakkan sentuhan dan melindungi pemain lain.

Nazira menambah, sukan itu adalah selamat untuk semua kerana sesuai buat pemain baharu yang ingin mencubanya selain boleh menguasai kemahiran dengan lebih cepat.

Malah sukan itu lebih kepada permainan taktikal yang memerlukan kajian dan analisis ketika beraksi menentang lawan di padang dengan menarik bendera yang terdapat di pinggang setiap pemain terutama kepada pembawa bola ('deflaggin').

"Namun apa yang membuatkan saya terus bertahan dalam sukan ini kerana komuniti di dalamnya sentiasa menyokong dalam perkembangan kemahiran pemain serta berkongsi ilmu berkenaan permainan," katanya.


SANIA Nazira aktif dengan sukan flag football.


Tambahnya, sukan itu masih kecil dan majoriti pemain adalah dari Lembah Klang selain berharap ia akan diluaskan lagi ke negeri-negeri lain pada masa hadapan bagi mencari bakat baharu flag football.

Apatah lagi semua pemain baharu atau berpengalaman adalah dialu-alukan datang menyertai latihan.

Seperti beberapa sukan lain, buat pertama kalinya flag football bakal dipertandingkan di Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Dengan adanya lebih 500 pemain setakat ini di Malaysia ia adalah satu peluang terbaik membentuk satu pasukan yang mantap untuk melayakkan diri ke sana.

"Daripada jumlah itu 40 peratus adalah pemain wanita seperti saya dan ia satu perkembangan positif sebagai persediaan awal terutama untuk mendapatkan pemain-pemain dalam kalangan wanita lain yang selalunya tidak ramai berminat menyertai sukan sebegini," katanya

Komuniti flag football sering berlatih pada setiap Selasa di Shah Alam, Selangor dan ia berjaya menarik minat lebih ramai orang untuk menyertai aktiviti sukan itu.




GEMAR menunggang motosikal berkuasa tinggi.


Meskipun masih lagi minoriti namun buat penggiat aktiviti sukan berkenaan, mereka sudah mengambil langkah proaktif dengan menyertai pertandingan peringkat antarabangsa di Thailand, China dan Filipina selain pertandingan peringkat tempatan yang sering dianjurkan sesama mereka.

Sania Nazira juga ingin meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan berkenaan sukan itu dan menjadi pemain lebih baik serta berharap dapat mewakili negara ke Sukan Olimpik nanti.

Malah walaupun baharu, ia sudah mempunyai badan rasmi iaitu Persatuan Bola Sepak Amerika Malaysia (MAFA).

Selain aktif dengan sukan dia juga gemar menunggang motosikal berkuasa tinggi dan pernah mengelilingi Johor serta ke utara tanah air yang menjadi aktivitinya ketika ada masa terluang.

Dia yang memiliki BMW F800GT gemar menunggang kerana menawarkan keseronokan selain dapat merasakan kebebasan serta kelajuan di atas motosikal dan menikmati pemandangan menarik sepanjang laluan.

"Baru-baru ini bersama sekumpulan penunggang wanita lain, kami menunggang ke Semenyih melalui jalan perkampungan dan menikmati makan tengah hari di sebuah lokasi di sana. Menunggang motosikal juga banyak membawa saya ke destinasi menarik, berkenalan rakan baharu dan menawarkan pengalaman berbeza," katanya.

Dia yang bertugas di syarikat farmaseutikal antarabangsa juga seorang lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Farmaseutikal dan Kesihatan daripada sebuah pusat pengajian tinggi tempatan.



ANTARA pemain wanita flag football di Malaysia.


Tugasnya termasuk mempromosi dan menjual produk perubatan dan pelanggan utamanya adalah daripada doktor pakar serta ahli farmasi hospital.

Menyentuh mengenai perancangan masa hadapan dan dalam dunia sukan, Sania Nazira berharap dapat menyertai lebih banyak kejohanan, baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Dari segi perancangan hidup pula, dia berhasrat untuk menyeimbangkan semua aspek kehidupan termasuk kerja, hobi permotoran, keluarga, sukan dan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment