Tentang Diri Saya: Kendali kes pelik

Mesti klik!

Klik dan daftar! Percuma aje!


Klik dan daftar! Percuma aje!


Jangan tak daftar! Klik di sini dan daftar! Percuma aje!

Thursday, May 4

Kendali kes pelik


"Saya masih ingat lagi ketika perlu mengira nilai ikan koi untuk anak guam bagi tuntutan harta sepencarian. Kedengaran lucu tetapi itulah hakikatnya apabila kita bercerita mengenai hak selepas bercerai.

"Itu belum lagi kes mengenai punca perceraian isteri yang tidak menghidangkan kopi apabila suami pulang dari kerja atau isteri meminta cerai kerana badan suami berbau.

Pelbagai ragam saya hadapi ketika menguruskan kes perceraian selama lebih tiga tahun terbabit dalam bidang undang-undang syariah," katanya.

Pemilik akaun Tiktok, Riena Lum atau nama sebenarnya, Arina Mohd Fairin Lum, 33, ini antara figura di media sosial itu yang banyak berkongsi ilmu undang-undang termasuk undang-undang syariah. Terutama membabitkan perceraian, perkahwinan dan hak yang boleh dituntut pasangan apabila bercerai.

Sebenarnya, Arina yang lebih mesra disapa Riena sudah kira-kira enam tahun meninggalkan kerjaya sebagai peguam di sebuah firma guaman dan kini berkhidmat sebagai 'human resource specialist' dalaman di sebuah syarikat korporat.

Selepas bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), beliau terus berkhidmat di sebuah firma guaman yang mengendalikan kes sivil.

Ketika berkhidmat di dalam firma guaman berkenaan, terdapat permintaan pelanggan untuk mengendalikan kes berkaitan syariah dan beliau kemudian melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang perundangan syariah supaya layak untuk mengendalikan kes berkaitannya.

Riena berkata, sepanjang menjadi peguam syariah, terdapat pelbagai realiti rumah tangga yang dilihat dengan matanya sendiri.

"Kadang-kala anak guam datang dalam keadaan yang kita sendiri dapat merasai bahawa dia (anak guam) sudah sampai ke peringkat akhir tahap kesabarannya untuk melindungi rumah tangga.


SENTIASA menjaga penampilan diri.

"Itu belum lagi kes isteri yang didera. Saya lihat sendiri kecederaan yang dihadapi anak guam membuatkan kadang-kala ia menjadi trauma untuk mendirikan rumah tangga," katanya.

Jelasnya, undang-undang perkahwinan Islam sebenarnya sangat sempurna kerana melindungi lelaki dan perempuan.

"Namun, akibat salah faham, hanya sebelah pihak sahaja di dalam perkahwinan yang merasakan mereka mempunyai kuasa autonomi sehingga mengabaikan pasangan dari segi hak terutamanya.

"Jadi, saya melihat di dalam sebuah perkahwinan sebenarnya ilmu memainkan peranan yang amat penting bagi kedua-dua pasangan mengetahui tanggungjawab dan hak masing-masing supaya tidak berlaku pengabaian," katanya.

Justeru, Riena melihat medium media sosial antara platform terbaik untuk berkongsi ilmu undang-undang kepada khalayak.

"Saya gemar menjadikan contoh kes semasa yang mengulas mengenai hak yang boleh dituntut orang di dalam kes berkenaan.


RIENA (tengah) bersama ahli keluarga yang menjadi tulang belakang penting di dalam kerjaya dan pendidikannya.

"Selain itu saya juga menjelaskan frasa di dalam perundangan syariah yang biasa didengar masyarakat tetapi mereka tidak memahaminya.

"Contohnya mengenai hadanah atau hak penjagaan anak selepas bercerai, bagaimana ia boleh terlucut daripada seorang ibu. Begitu juga lafaz taklik yang kita sudah biasa dengar ketika majlis akad nikah tetapi bagaimana ia boleh diguna pakai. Sebenarnya ramai yang tidak faham mengenai perkara yang biasa didengar ini," katanya.

Lebih menarik, Riena mengakui mendapat maklum balas daripada pengikutnya di media sosial yang berterima kasih kerana memberi penerangan mengenai undang-undang syariah.

"Dari segi kes atau isu semasa, pengikut sendiri yang akan 'tagged' saya supaya saya dapat mengulas mengenai hak yang boleh dituntut.

"Bagi saya menerusi perkongsian video di media sosial memberikan lebih mudah kefahaman kepada orang ramai mengenai undang-undang syariah dan juga sivil di negara ini," katanya.

Bercerita mengenai cabaran ketika berkongsi ilmu perundangan di media sosial, Riena berkata, selain perlu memahami kes yang berlaku dengan teliti supaya tidak berlaku khilaf menyampaikan fakta, beliau juga berdepan dengan golongan yang 'menyerang' dirinya.

"Saya mendapat juga komen seperti liberal atau feminis tetapi bagi saya, perkara yang disampaikan adalah fakta dan berteraskan kepada undang-undang di negara ini," katanya mengakhiri perbualan.

No comments:

Post a Comment