Piala Dunia datang lagi! Kejohanan bola sepak edisi ke-23 kali ini menampilkan 48 pasukan, 104 perlawanan buat kali pertama. Berlangsung dari 12 Jun hingga 20 Julai ini. Ini juga merupakan kali pertama dianjurkan di tiga negara iaitu Kanada (pertama kali), Amerika Syarikat (kali kedua selepas 1994) dan Mexico (kali ketiga selepas 1970 dan 1986). Pusingan pertama seperti biasa ialah peringkat kumpulan cuma kali ini 12 kumpulan manakala, pusingan kedua pula ialah 32 pasukan terakhir. Selepas itu pusingan ketiga ialah 16 pasukan terakhir. Aksi penutup tirai pula akan berlangsung pada 20 Julai ini jam 3.00 pagi (waktu Malaysia).
Di Malaysia, hak siaran kali ini dimenangi oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan UniFi TV apabila Astro gagal memenangi hak siaran Piala Dunia kali ini. Sebelum ini, Astro sebagai rumah Piala Dunia telah menyiarkan kesemua perlawanan secara langsung dari 2006 hingga 2022 namun, ini merupakan kali pertama Astro tidak menyiarkan kejohanan Piala Dunia secara langsung apabila tiada duit untuk membeli hak siaran kejohanan tersebut di samping banyak kediaman yang berhenti melanggan Astro atau bertukar/berhijrah kepada Njoi. Mujur saya dah bertukar kepada Njoi sejak pertengahan 2025.
UniFi TV buat kali pertama akan menyiarkan kesemua 104 perlawanan secara langsung. Bagi yang ada melanggan UniFi TV, boleh menonton kesemuanya secara langsung menerusi tiga saluran khas Piala Dunia ke-23 ini manakala, RTM juga buat kali pertama menyiarkan perlawanan penuh (104 perlawanan) cuma macam biasa, ada siaran tertunda dalam MYTV tetapi tidak banyak, cuma 10 sahaja siaran tertunda (10 perlawanan tersebut kemungkinan besar hanya melalui RTM Klik sahaja) manakala, bakinya adalah siaran langsung.
Apabila siaran Piala Dunia ke-23 oleh RTM melalui Astro disiarkan, siarannya diganti dengan rancangan lain sama ada drama, telefilem atau rancangan majalah/travelogue serta lain-lain. Semua sedia maklum bahawa, siaran RTM melalui Astro yakni TV1 dan TV2 (sejak 1996) serta TV Okey (sejak 2009 bermula dengan Muzik Aktif, kemudiannya TVi dari 2011 hingga 2018) akan dihentikan pada 1 Julai ini. Untuk terus menonton RTM, sila guna dekoder DVB-T2 atau DVB-S2 kerana MYTV ada tiga lagi saluran RTM iaitu Berita RTM, Sukan+ dan TV6.
Perlawnaan pertama bagi Piala Dunia kali ini ialah tuan rumah Mexico menentang Afrika Selatan pada jam 3.00 pagi esok, diikuti Korea Selatan-Republik Czech pada 10.00 pagi esok. Selamat menonton Piala Dunia buat hari pertama!





No comments:
Post a Comment