Tentang Diri Saya: Kueh Bakor Hidayu pikat selera, rentas sempadan

Mesti klik!

Klik dan daftar! Percuma aje!


Klik dan daftar! Percuma aje!


Jangan tak daftar! Klik di sini dan daftar! Percuma aje!

Sunday, December 14

Kueh Bakor Hidayu pikat selera, rentas sempadan

 


Nur Hidayu menunjukkan kuih baka yang dihasilkan di kedainya di Bandar Baru Uda, Johor Bahru. - Foto NSTP/Omar Ahmad


HIDANGAN kuih tradisional, khususnya kuih bakar, masih menjadi tarikan ramai dan mendapat permintaan tinggi.

Jika diolah dengan sentuhan moden serta pelbagai perisa yang sesuai, kuih bakar bukan sahaja memikat pelanggan golongan veteran, malah turut menarik minat anak muda dan berpotensi mendapat permintaan daripada pelanggan seberang tambak.

Usaha itu dilakukan oleh Nur Hidayu Maat, 39, sejak 10 tahun lalu apabila beliau menghasilkan kuih bakar di bawah jenama Kueh Bakor by Sugarbake.

Pada awalnya, hanya satu perisa iaitu pandan ditawarkan, namun kini jumlah perisa berkembang kepada 13 pilihan menarik.

Anak kelahiran Bandar Baru Uda ini berkata, minatnya terhadap bidang kulinari tercetus selepas menamatkan pengajian Diploma Culinary di Food Industry Malaysia, Kelana Jaya pada 2006.

Beliau memulakan kerjaya dalam bidang perniagaan melalui kedai makan milik keluarga, Serambi Uda, selepas ibunya enggan meneruskan perniagaan atas faktor usia.

"Dulu keluarga saya ada restoran Serambi Uda. Apabila ibu menyatakan hasrat untuk berehat daripada berniaga, saya ambil alih. Dari situ timbul idea, kalau pelanggan datang makan, biarlah mereka boleh bawa pulang sesuatu sebagai ole-ole selain kerepek.

"Saya fikir kuih bakar sesuai kerana ramai pelanggan saya golongan veteran yang sukakan kuih tradisional. Saya mula eksperimen resipi kuih bakar dan akhirnya tercetus perisa pertama, pandan asli," katanya ketika ditemui di kedai Kueh Bakor di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

Menurutnya, ketika mula-mula beroperasi, pengeluaran sehari adalah enam tong bancuhan dengan setiap tong menghasilkan 30 biji kuih.

"Kuih bakar kami dibakar terus dari ketuhar kepada pelanggan. Mereka yang menjamu selera dapat menikmati aroma enak kuih bakar menyelerakan," jelasnya.


3 tahun buat R&D

Bagi menyesuaikan cita rasa pelanggan masa kini, Nur Hidayu mengambil masa tiga tahun menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memastikan tahap kemanisan kuih bakarnya tidak terlalu tinggi.

"Kuih bakar asalnya memang manis, tetapi saya sesuaikan ke tahap pertengahan supaya sesuai untuk semua peringkat umur. Manis itu subjektif, tapi saya mahu semua orang boleh menikmatinya," katanya.

Kueh Bakor by Sugarbake kini menampilkan 13 jenis perisa, termasuk pandan, pisang, labu, ubi, jagung, dangai, kacang, roti, berlauk daging, rendang dan sambal, selain dua perisa bermusim iaitu durian dan cempedak.

Perisa rendang dan berlauk hanya dikeluarkan ketika bulan Ramadan dan Aidilfitri manakala menjelang Krismas, keluaran istimewa berperisa bolognese, daging, keju dan peperoni diperkenalkan.

"Setiap musim ada keistimewaannya. Pelanggan pun dah tahu, bila perisa istimewa keluar, mereka akan datang semula untuk beli. Permintaan paling tinggi untuk perisa pandan, durian dan berlauk. Setiap satu ada penggemar tersendiri, malah pelanggan berbangsa Cina gemarkan perisa ubi dan dangai kerana rasanya lembut dan berlemak," katanya.

Melihat sambutan semakin meningkat, Nur Hidayu yang juga ibu kepada empat cahaya mata merancang mengembangkan perniagaan ke Kuala Lumpur selepas penyertaan pertamanya dalam Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) baru-baru ini.

"Kami nak cuba pasaran di sana sebab ramai pelanggan dari Kuala Lumpur dan Selangor datang beli di Johor. Insya-Allah, kiosk khas akan dibuka tidak lama lagi," katanya.

Menurutnya, terdapat lima outlet Kueh Bakor by Sugarbake di Johor Bahru dengan pengeluaran kira-kira 2,000 biji sehari.

Sama seperti usahawan lain, beliau tidak terlepas daripada cabaran, terutama membabitkan kos dan bekalan barangan.

"Pembuatan kuih bakar menggunakan kira-kira 50 papan telur untuk semua outlet. Telur penting untuk mengekalkan kelembutan adunan kuih. Dua tahun lalu, negara mengalami kekurangan bekalan telur dan harga naik mendadak.

"Saya terpaksa cari telur hingga ke Kulai sebab stok di Johor Bahru habis. Walaupun pembekal hadkan jualan sepapan atau tiga papan sahaja, saya tetap beli supaya kedai tidak berhenti operasi. Harga telur tidak menentu, ada masa tinggi, ada ketika rendah.

"Tetapi kami masih mengekalkan harga asal kuih bakar antara RM8 hingga RM15 bagi memastikan pelanggan setia terus mampu menikmatinya," katanya sambil menambah beliau mendapat sokongan penuh suami, Mohd Ridhuan Mahmood, 45, yang turut membantu menguruskan bahagian pelanggan dan logistik.

No comments:

Post a Comment