Tentang Diri Saya: Piala Dunia 2014

Mesti klik!

Klik dan daftar! Percuma aje!


Klik dan daftar! Percuma aje!


Jangan tak daftar! Klik di sini dan daftar! Percuma aje!
Showing posts with label Piala Dunia 2014. Show all posts
Showing posts with label Piala Dunia 2014. Show all posts

Monday, July 14

Jerman juara Piala Dunia ke-20!

Jerman akhirnya muncul sebagai juara Piala Dunia buat kali keempat bagi edisi ke-20 selepas menumpaskan pasukan Argentina dengan berkesudahan 1-0 sesudah masa tambahan. Pasukan Jerman merupakan negara ketiga menjulang Piala Dunia di luar benua selepas Brazil pada 1958 (edisi ke-6) dan Sepanyol pada 2010 (edisi ke-19). Tahniah diucapkan buat penyokong-penyokong Jerman dari serata dunia dan semoga bertemu lagi di Piala Dunia kali ke-21 Rusia 2018! Selamat tinggal Piala Dunia ke-20 Brazil 2014!

Sunday, July 13

Orang kita dan Piala Dunia

*AWAL pagi esok – kira-kira jam 3.00, menjelang waktu imsak – pasukan bola sepak Jerman dan Argentina akan berentap sakan – orang Kelantan kata ‘bercawat kote’ – untuk menentukan siapakah juara Piala Dunia Fifa musim ini.

Tidak kira siapa yang menang, bagi berjuta-juta peminat seluruh dunia, berakhirlah sudah hari-hari dan malam-malam yang penuh ketegangan selama kira-kira sebulan, di mana tuan rumah Brazil menjadi tajuk berita utama setiap hari.

Bagi kita di Malaysia, penutup ‘World Cup’ di Rio bererti tamatlah episod para pekerja lewat ke pejabat, berdengkur waktu bekerja, dan merosotlah bisnes MC @ cuti sakit dalam kalangan doktor tidak beretika.

Berhenti jugalah keluhan dan rintihan para isteri – termasuk yang baharu kahwin – yang kecewa setiap malam sebab tidak dipedulikan suami gara-gara asyik menonton siaran langsung dari Brazil.

Tetapi, tidak semestinya kita berhenti berjaga malam. Meski tiada lagi siaran langsung, kita amat digalakkan bangun tidur lewat malam. Bukan untuk bola tetapi untuk bertahajud dan meningkatkan ibadat, terutama semasa Ramadan.

Awal al-Mubarak kita telah dilatih berjaga malam untuk Rio, kini tibalah masa kita berjaga untuk ALLAH. Jangan tinggalkan isteri, ajak sekali dia bersujud. Mudah-mudahan Ramadan ini kita menemui malam seribu bulan.

*WALAUPUN sehingga kini pasukan kita belum mampu beraksi di Piala Dunia, acara di Brazil kali ini telah meletakkan nama Malaysia sebagai berita antarabangsa, tetapi – malangnya – dalam bentuk negatif.

Itulah gara-gara kemenangan Jerman di peringkat separuh akhir yang dikaitkan dengan Hitler. Ada orang kita yang terlalu ghairah dan terlebih syok apabila Jerman berjaya menewaskan Brazil 7-1, lalu ber‘tweet’: “WELL DONE..BRAVO...LONG LIVE HITLER”.

Orang itu ialah Datuk Bung Moktar. Apa yang disebut dalam Twitter itu mencetuskan kontroversi dan disebarkan oleh agensi-agensi berita antarabangsa – BBC, Times, dan The Washington Post – untuk menjadi berita dunia.

Duta Jerman ke Malaysia, H.E Holger Michael mengatakan kenyataan anggota Parlimen Kinabatangan itu sebagai tidak boleh diterima.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pun nyata tidak senang, dan menegaskan: “Komen yang dibuat oleh Datuk Bung Mokhtar salah dan tidak boleh diterima. Dia tidak bercakap bagi pihak Malaysia...”

*BUNG akhirnya memohon maaf: “Saya tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan orang Jerman. Dengan ini saya dengan ikhlas memohon maaf.”

Kata YB berkenaan kepada akhbar: “Saya ingat orang sekarang kena transformasi fikiran. Apa sahaja yang saya tweet orang akan hentam saya. Mereka bukan hentam saya kerana Hitler, tetapi sebab saya Bung Mokhtar.”

Saya ingat Bung pun perlu transformasi fikiran. Beliau sepatutnya tahu membezakan apa yang sensitif, apa yang tidak. Tidak boleh cakap ikut suka hati, tidak boleh bergurau main bantai sahaja. Sebab beliau bukan tukang cuci longkang tetapi seorang Ahli Yang Berhormat.

Baik dalam Parlimen, dalam laman sosial dan dalam apa sahaja, sebagai wakil yang dipilih rakyat beliau perlu berhemah dan kena menjaga kata-katanya. Hatta, dalam kelambu pun kalau cakap tidak betul, beliau mungkin ditendang hingga jatuh katil.

*ADA sebuah kampung di tempat kita yang tiba-tiba menjadi popular di laman sosial setelah kemenangan besar Jerman ke atas tuan rumah Brazil. Kampung tersebut menjadi bualan, dan gambar papan tanda kampung berkenaan disebarkan di internet.

Menurut berita yang disiarkan sebuah stesen radio popular, penduduk kampung tersebut akan mengadakan kenduri besar sekiranya pasukan Jerman menjadi juara Piala Dunia awal pagi esok.

Itulah Kampung Parit Jerman di Pontian Johor. Syabas kepada penduduk asal yang membuka kampung tersebut sebab memilih nama yang tepat untuk kampung berkenaan.

Sebenarnya selain Parit Jerman, banyak kampung kita yang menggunakan nama negara asing, seperti Kampung Kongo, Kampung Siam, Kampung Portugis, Kampung New Zealand dan lain-lain.

*AKHIR kalam, ada yang bertanya pasukan mana yang saya sokong pada perlawanan akhir Piala Dunia. Tentu sekali saya menyokong Jerman, sebab sejak lahir saya memang keturunan Jerman. Sesetengah orang menyebut Jawa sebagai ‘Jerman!’

TOK PERAK

Brazil akhirnya dapat tempat keempat Piala Dunia ke-20!

Tuan rumah Brazil akhirnya menamatkan saingan di tempat keempat sesudah tewas 0-3 di tangan Belanda yang akhirnya menduduki tempat ketiga dalam saingan Piala Dunia kali ke-20 ini! Walau bagaimanapun, tahniah buat seluruh penyokong Brazil kerana dapat membawa skuad Selecao ke separuh akhir yang menyaksikannya tersungkur di tangan Jerman 7-1 tempoh hari.

Thursday, July 10

Jadual Perlawanan Piala Dunia ke-20 hujung minggu ini (Tempat ketiga dan akhir)

Berikut adalah jadual perlawanan penentuan tempat ketiga dan perlawanan akhir Piala Dunia ke-20 Brazil 2014:

Tempat Ketiga
Brazil lwn Belanda - 13 Julai, 4.00 pagi

Akhir
Jerman lwn Argentina - 14 Julai, 3.00 pagi

Kedua-dua perlawanan tersebut akan disiarkan secara langsung oleh RTM menerusi saluran TV2 bersama-sama TVi (saluran 180 Astro)

Wednesday, July 9

Jerman mara ke perlawanan akhir, Brazil tersungkur lepas tewas 1-7!

Nampaknya impian seluruh rakyat Brazil dan penyokong-penyokong Samba untuk mejulang trofi Piala Dunia kali keenam tidak kesampaian apabila tewas 1-7 di tangan Jerman, disebabkan tiadanya bintang sensasi Neymar yang bergelut dengan kecederaan sesudah dirempuh pemain Colombia masa suku akhir tempoh hari serta kelemahan pertahanan skuad Selecao. Kepada seluruh rakyat Brazil dan penyokong-penyokong skuad samba, jangan menangis, usah bersedih..

Friday, June 27

Suka duka dan demam Piala Dunia 2014


PENYOKONG-penyokong Brazil bersorak kegembiraan setelah pasukan itu meraih gol selepas menyaksikan siaran langsung bola sepak Piala Dunia 2014 melalui skrin TV yang disediakan di hadapan Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam, baru-baru ini.
SUDAH dua minggu Piala Dunia 2014 berlangsung di Brazil dan dalam sehari dua lagi kita akan ketahui 16 pasukan yang akan layak bertarung untuk pusingan kedua.

Buat kita di Malaysia kita sekadar seronok menonton aksi hebat para pemain pasukan yang beraksi dalam Piala Dunia - suatu pertandingan sukan terunggul di dunia.

Menonton sahaja sudah merasa akan keseronokannya, itu belum lagi pasukan kita dapat beraksi di pentas tersebut.

Tidak diketahui bila kita dapat melihat kelibat pemain Malaysia beraksi di pentas Piala Dunia. Jiran Asia kita, iaitu Jepun dan Korea Selatan sudah beberapa kali beraksi di sana.

Untuk layak ke Piala Dunia bukan perkara mudah sebagaimana segelintir daripada kita selalu fikirkan.

Ditambah pula permainan bola sepak kini telah banyak berubah dan berkembang maju dan untuk layak kita harus melipatkan gandakan usaha dan 'leapfrog' bagi membolehkan pasukan negara dapat berpeluang beraksi di Piala Dunia. Diharapkan kita tidak berputus asa dan akan terus berusaha bagi mencapai cita-cita tersebut.

Untuk ke Piala Dunia ada dua peringkat. Pertama, usaha melayakkan diri ke pentas pertandingan dan kedua, bagaimana sesebuah pasukan itu boleh mempamerkan aksi hebat dan berkualiti dan seterusnya dapat menjulang Piala Dunia.

Bukan semua pasukan boleh menjulang Piala Dunia, cuma pasukan yang terhebat di kalangan yang hebat sahaja dapat melakukannya. Jika pasukan kita dapat layak ke pentas Piala Dunia itu pun sudah cukup baik, ini pula berjaya menjulang piala keagungan bola sepak tersebut.

Kalah menang itu adalah perkara biasa dan asam garam dalam sesuatu pertandingan sukan. Kita akan melihat peminat dan pasukan yang akan bergembira apabila pasukannya menang dan bersedih jika pasukannya kalah.

Kita percaya di sebalik itu semua, semua pasukan inginkan kemenangan. Paul Byrant, jurulatih terhebat pasukan American Football, Green Bay Packers suatu ketika pernah berkata, " Kemenangan itu bukanlah segalanya, tetapi ianya penting".

Dalam pertandingan Piala Dunia, kita berpeluang melihat gaya dan aksi hebat sebilangan pemain dunia yang telah pun kita ketahui kehebatannya seperti Lionel Messi, Neymar Junior dan lain-lain.
Ada kalanya mereka menyinar ibarat permata di pentas Piala Dunia dan ada kalanya mereka tenggelam tidak seperti mana mereka beraksi pada peringkat kelab di Eropah dan Latin Amerika Selatan.

Harapan para peminat dan pasukan kepada pemain yang disifatkan sebagai 'ayam tambatan' ini amat besar sekali dan sudah tentu para pemain tersebut akan merasa tekanan teramat kuat ketika beraksi pada pentas Piala Dunia.

Walaubagaimanapun para pemain telah berlatih bersungguh-sungguh dan bermain dalam liga bola sepak terkemuka dunia, tekanan ketika beraksi di Piala Dunia amat berbeza sekali. Bukan sahaja para peminat dan para pegawai merasakan tekanan dan 'demam' Piala Dunia, para pemain lebih lagi akan merasainya.

Masih ingatkah kita lagi peristiwa pemain Colombia di pentas Piala Dunia 1994 lalu? Andres Escobar, pemain pertahanan pasukan Colombia yang beraksi di Piala Dunia 1994 yang menyebabkan pasukannya kalah kepada Amerika Syarikat melalui gol sendiri telah ditembak di pekan tempatnya, Medellin.

Selain itu, prestasi buruk pasukan England di Brazil terus mendapat kritikan hebat media British dengan melabel pasukan England seperti 'Sibodoh'.

Begitulah halnya asam garam dan suka duka Piala Dunia. Jika menang Piala Dunia sesebuah pasukan itu akan disanjung tinggi, dan dikecam hebat jika gagal melakukannya. Di sini pasukan Sepanyol terus dikecam kerana gagal untuk ke pusingan kedua dan mempertahankan Piala Dunia yang dimenanginya pada tahun 2010.

Harapan menggunung rakyat Brazil untuk pasukannya merangkul Piala Dunia di gelanggang sendiri kali ini sudah tentu amat besar sekali. Kita akan lihat akibatnya jika Brazil gagal melakukannya kerana mereka telah berbelanja besar bagi menganjurkan pertandingan berprestij ini.

Jika menang sekurang-kurang ia dapat melenyapkan rintihan rakyat Brazil yang inginkan pembangunan dan melihat penganjuran Piala Dunia 2014 itu sebagai suatu pembaziran.


PENULIS ialah Pensyarah Fakulti Sains
Sukan dan Rekreasi UiTM, Kampus Seremban,
Negeri Sembilan.

Thursday, June 19

Sepanyol di ambang penyingkiran!

Ini bukan kali pertama sesebuah pasukan juara bertahan tersingkir di pusingan pertama Piala Dunia. Pasukan penyandang juara Piala Dunia nampaknya sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Dunia kali ke-20 ini sesudah dua kali dimalukan oleh Belanda dan Chile yang masing-masing berkesudahan 5-1 dan 2-0! Buat penyokong pasukan La Roja, usah bersedih dan terimalah keputusannya..

Thursday, June 12

Demam Piala Dunia 2014 bermula di sini!

Awal pagi esok merupakan perlawanan pembukaan Piala Dunia kali ke-20 di antara tuan rumah Brazil dengan Croatia yang akan berlangsung di Sao Paulo, Brazil pada jam 4.00 pagi (waktu Malaysia). Nampaknya debaran dan virus Piala Dunia sudah lama menghinggapi sebahagian besar warga dunia untuk sama-sama menonton kesemua perlawanan berkenaan secara langsung menerusi kaca televisyen. Ada juga di antara bekas peminat rancangan realiti hiburan memilih untuk berhenti menonton rancangan berkenaan (sejak 2006 lagi) yang mana mata mereka tertumpu kepada siaran langsung bola sepak Piala Dunia. Bukan rancangan realiti hiburan sahaja dilupakan, malah semua rancangan realiti lain termasuk keagamaan pun turut dilupakan juga ekoran virus Piala Dunia yang menghinggapi sebahagian besar peminat kejohanan sukan terpenting di dunia itu. Selamat menonton Piala Dunia secara langsung!

Tuesday, June 10

Debaran Piala Dunia 2014 bermula minggu ini!

Tanggal 12 Jun hingga 13 Julai ini merupakan tarikh keramat bukan sahaja bagi kaki bola tegar, malah seluruh peminat bola sepak Piala Dunia termasuk saya. Nampaknya seluruh dunia sudah lama membuat susunan rancangan untuk menikmati semua perlawanan berkenaan secara langsung sambil bersamba sama ada dengan bercakap atau bermain bola ataupun apa sahaja yang berkaitan dengan sambutan demam bola sepak dunia setiap empat tahun sekali. Bagi yang sudah ada Astro, silalah ke saluran 821 (bagi pengguna Astro biasa/Njoi) atau 841 (Astro Beyond) untuk memastikan sama ada anda melanggan Pas Khas Piala Dunia atau sebaliknya (bagi yang bukan pelanggan Pakej SuperSport). Yang tak ada Astro, sila-silakanlah ke kedai mamak atau mana-mana tempat yang ada Astro, itupun kalau anda percaya RTM hanya tayang 24 perlawanan secara langsung saja, selain Media Prima tak tayang Piala Dunia secara langsung. Pengusaha kedai atau restoran nampaknya sudah mula memasang TV atau layar gergasi yang kebanyakannya dipasang Astro kerana mereka kebanyakkannya memilih untuk menayangkan segala acara sukan utama termasuk bola sepak Piala Dunia, bukannya menayangkan segala macam rancangan realiti hiburan yang sudah tidak relevan lagi sejak 2006. Musim Piala Dunia sejak dahulu lagi merupakan masa untuk memulaukan atau menentang sambutan Hari Bapa yang sejak awal lagi sudah tidak relevan lagi dan jatuh setaraf dengan Hari Ibu dan Hari Kekasih serta April Fool. Peringkat kumpulan bagi Piala Dunia kali ini nampaknya akan memasuki bulan Ramadan selepas itu, di mana bermula pusingan kedua peminat beragama Islam bakal bersahur sambil menonton secara langsung kejohanan ini. Akhir kata, selamat menikmati Piala Dunia dan elak-elakkan daripada berjudi sempena Piala Dunia ini. Jangan rosakkan kemeriahan Piala Dunia dengan amalan berjudi.

Friday, June 6

Penantian 4 tahun berakhir di sini! (2014)

Penantian kejohanan sukan terbesar dunia selama empat tahun berakhir di sini, di mana kejohanan bola sepak terpenting di dunia, Piala Dunia akan memasuki edisi ke-20 dan akan berlangsung di Brazil dari 13 Jun hingga 14 Julai ini! Bahana Piala Dunia sudah lama dirasakan di seluruh dunia sejak berminggu-minggu lagi di mana Piala Dunia kali ini menyaksikan seluruh dunia bersamba sehingga perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium Maracana, 14 Julai ini, jam 3.00 pagi waktu Malaysia. Ada di antara peminat setia bola sepak memilih untuk cuti sakit, menghindarkan diri dari menghadiri ujibakat mana-mana rancangan realiti agar dapat menyaksikan setiap perlawanan secara langsung. Di Malaysia, bagi yang tidak melanggani siaran berbayar seperti Astro sejak 2006 lagi, mereka memilih untuk menonton di kedai/restoran mamak atau mana-mana venue yang dipasang Astro semata-mata untuk menayangkan setiap perlawanan secara langsung dalam definisi tinggi (HD). Sejak 2006 lagi semua jenis rancangan realiti termasuk hiburan dan keagamaan (seperti AF dan Akademi al-Quran) sentiasa tenggelam akibat Piala Dunia setiap kali ia berlangsung di mana orang kebanyakan lebih menumpukan perhatian terhadap Piala Dunia berbanding segala jenis rancangan realiti berkenaan. Media Prima (MPB) sekali lagi tidak menyiarkan Piala Dunia secara langsung buat kali kedua sejak 2010 lagi dan peminat harus menerima keputusan hak penyiaran Piala Dunia oleh sesebuah saluran TV. Piala Dunia kali ini sekali lagi bakal menjadi bahan pertikaian oleh mereka yang tidak melanggani Astro apabila ada antara perlawanan tertentu yang tidak disiarkan secara langsung oleh mana-mana saluran TV percuma seperti RTM yang mana mereka lebih suka bercerita tentang hak penyiaran kejohanan tersebut berbanding setiap perlawanan yang disiarkan secara langsung. Cuma perlawanan pembukaan, peringkat separuh akhir, tempat ketiga dan perlawanan akhir sahaja disiarkan oleh TV biasa sejak 2006 lagi. Piala Dunia kali ini juga merupakan kali ketiga nyawa Piala Dunia masih di tangan Astro dan ini memaksa peminat yang tidak melanggani Astro untuk menonton di restoran/kedai mamak atau mana-mana tempat yang dipasang Astro. Dinasihatkan buat yang merantau di rumah yang ada Astro, elak-elakkan daripada balik kampung sehingga peringkat suku akhir! Akhir kata, selamat menikmati Piala Dunia dan majulah sukan untuk negara.

Monday, June 2

10 hari lagi penangan Piala Dunia bermula!!

Tanggal 13 Jun hingga 14 Julai ini merupakan tarikh keramat bukan sahaja kaki bola, malah peminat bola sepak Piala Dunia yang tidak ketinggalan untuk mengikuti setiap perlawanan secara langsung. Yang sama sekali tidak minat/suka bola terpaksalah bersabar sepanjang tempoh tersebut. Nampaknya keenakan tidur malam sekali lagi terganggu dengan Piala Dunia yang sebahagian besarnya berlangsung di antara jam 12 tengah malam hingga awal pagi waktu Malaysia sehingga peminat di Malaysia dan yang sewaktu dengannya memilih untuk bersengkang mata mengikuti perlawanan secara langsung. Ada juga dalam kalangan peminat Piala Dunia memilih untuk berkampung di rumah saudara/sepupu yang ada Astro sehingga peringkat suku akhir (separuh akhir, tempat ketiga dan perlawanan akhir ada di TV biasa). Peminat Piala Dunia pun perlu bersabar kerana kejohanan tersebut bukannya selalu, cuma 4 tahun sekali. Lainlah kalau segala macam rancangan realiti TV tiap-tiap tahun ada. Majoriti yang menonton secara langsung Piala Dunia di kedai mamak atau mana-mana venue (termasuk restoran) yang dipasang Astro sejak 2006 lagi mestilah tidak berlanggan dengan Astro, kerana selain RTM hanya menyiarkan 24 perlawanan secara langsung, Media Prima pula dikhabarkan tidak menyiarkan Piala Dunia secara langsung. Kalau begitu, jom boikot Media Prima masa siaran langsung Piala Dunia! Selamat menghadapi Piala Dunia!

Tuesday, May 27

Jadual Siaran Piala Dunia ke-20 di RTM

Berikut adalah jadual siaran Piala Dunia kalike-20 di RTM: -



Nampaknya penuhlah penonton di kedai-kedai mamak dan semua venue yang dipasang Astro apabila perlawanan tertentu tidak disiarkan secara langsung!

Monday, May 19

Fakta menarik Piala Dunia 2014 [PERLU BACA]

Kurang 30 hari sahaja lagi seluruh umat manusia di serata dunia akan menyambut ketibaan Piala Dunia ke-20 yang akan berlangsung di Brazil dari 12 Jun hingga 13 Julai ini. Nampak gayanya sudah ramai yang tidak sabar-sabar lagi untuk menikmati semua perlawanan berkenaan secara langsung dan yang tidak berlanggan dengan Astro terpaksa memilih untuk menonton di kedai mamak atau mana-mana venue yang dipasang Astro yang menayangkan kesemua perlawanan secara langsung! Berikut adalah fakta yang perlu anda baca: -

1) Seperti biasa, Astro sekali lagi akan menyiarkan kesemua 64 perlawanan secara langsung termasuk upacara pembukaan;
2) RTM hanya menyiarkan 24 daripada 64 perlawanan secara langsung dan ini menyukarkan mereka yang tidak ada Astro untuk sama-sama menikmati Piala Dunia;

3) Lebih 90% rakyat Malaysia yang tidak memiliki Astro memilih untuk menonton di kedai mamak atau mana-mana venue yang dipasang Astro. Ini bermakna majoriti yang menonton di tempat/venue tersebut adalah dari kelompok tersebut;

4) Lebih separuh daripada jutaan pengguna Astro adalah bukan pelanggan Pakej Sukan/Super Pack dan kelompok tersebut memilih untuk melanggan Pas Khas Piala Dunia ke-20 Brazil;

5) Lebih 95% penonton Piala Dunia secara langsung adalah daripada kelompok penentang rancangan hiburan berasaskan nyanyian, tarian (termasuk realiti TV) dan juga gosip panas di TV. Kelompok tersebutlah yang telah lama berhenti menonton rancangan berkenaan sejak 2006 lagi;

6) Sebahagian besar penonton Piala Dunia memilih untuk tidak menonton rancangan-rancangan yang biasa disiarkan termasuk rancangan keagamaam (termasuk realiti seperti Imam Muda dan Akademi al-Quran);

7) Laman-laman sosial diwarnai dengan 90% cerita tentang Piala Dunia;

8) Setiap akhbar akan menyediakan ruangan khusus berkaitan dengan Piala Dunia;

9) Lebih 80% rakyat luar Brazil di bumi ini termasuk Malaysia memilih tuan rumah Brazil menjuarai Piala Dunia di halaman sendiri;

10) 100% penduduk rakyat Brazil memilih negara mereka menjuarai Piala Dunia di halaman sendiri


Selamat menghadapi Piala Dunia dan majulah sukan untuk negara.

Friday, May 2

PIALA DUNIA DATANG LAGI! (2014)

File:WC-2014-Brasil.svg

Piala Dunia datang lagi! Kini sudah masuk bulan kelima dalam kalendar tahun 2014 ini! Tahun ini merupakan ulangtahun kelapan era kemalapan rancangan realiti hiburan di Malaysia sejak 2006 lagi yang mana program realiti nyanyian Akademi Fantasia sejak siri keempat lagi sudah tidak relevan lagi, yang mana program berkenaan bertembung dengan Piala Dunia kali ke-18 di Jerman dari 9 Jun hingga 9 Julai tahun itu sehingga ramai dari kalangan kaki Piala Dunia memilih untuk berhenti menonton segala rancangan realiti hiburan yang tidak mendatangkan faedah langsung. Piala Dunia tahun berkenaan juga merupakan yang pertama kali tanpa diselubungi pelbagai iklan rokok di Malaysia di samping banyaknya rancangan realiti hiburan yang dianggap memuakkan sehingga ramai warga bumi sudah alergik, bosan dan muak dengan segala rancangan realiti hiburan yang sampah itu!

Piala Dunia ke-19 pada 2010 merupakan kali kedua kejohanan bola sepak terpenting di dunia itu dibolot sepenuhnya oleh Astro selepas 2006 dan saluran percuma tidak dapat menyiarkan semua perlawanan secara langsung. Akibatnya, ramai yang tidak ber-Astro memilih untuk menonton perlawanan-perlawanan tertentu secara langsung di kedai mamak atau mana-mana tempat yang dipasang Astro (selain skrin gergasi yang ber-Astro) apabila perlawanan tertentu tidak disiarkan secara langsung oleh saluran TV percuma seperti RTM. Ramai yang merungut bahawa saluran TV percuma tidak dapat menyiarkan kesemua perlawanan secara langsung sedangkan kejohanan bola sepak Piala Dunia sepatutnya milik semua pihak, bukan dipegang satu pihak sahaja. Lainlah kalau segala jenis rancangan realiti khasnya hiburan dan keagamaan diterbitkan dan disiarkan oleh satu saluran sahaja (tanpa perlu berkongsi dengan saluran TV percuma).

Piala Dunia kali ini merupakan kali ke-20 dan akan berlangsung di Brazil dari 12 Jun hingga 13 Julai ini dan ramai yang memilih untuk bercerita bukan pasal perlawanan, tetapi juga pasal hak penyiaran kejohanan berkenaan yang masih lagi dikuasai stesen Astro, sedangkan kejohanan tersebut sepatutnya dikongsi semua saluran TV. Tapi malangnya ramai yang tidak berlanggan dengan Astro memilih untuk menonton di kedai mamak atau mana-mana tempat/venue yang dipasang Astro apabila perlawanan tertentu tidak disiarkan secara langsung oleh saluran TV percuma. Apapun, buat yang ada Astro, tidak perlulah pergi ke kedai mamak lagi kalaupun tiada seorangpun menonton saluran lain selain menayangkan siaran langsung setiap perlawanan di TV.

Apapun, selamat menghadapi Piala Dunia buat semua yang ingin menonton secara langsung dan jangan lupa raikan ulangtahun kelapan era kemalapan rancangan realiti hiburan ini dengan menikmati kesemua perlawanan secara langsung di kaca TV anda! Majulah sukan untuk negara dan hapuskan semua rancangan realiti hiburan!!

Wednesday, April 23

50 hari lagi ke Piala Dunia 2014!



Tinggal 50 hari lagi menjelang sepak mula Piala Dunia kali ke-20 di Brazil! Piala Dunia datang lagi! Sambil menantikan kejohanan bola sepak terbesar di dunia, Nampak gayanya sudah ramai di seluruh dunia sudah menghitung hari untuk sama-sama menghadapi acara berkenaan. Di Malaysia, bagi yang tidak berlanggan dengan stesen berbayar Astro, sudah membuat susunan rancangan untuk melepak di kedai mamak atau mana-mana tempat yang ada Astro apabila perlawanan berkenaan tidak disiar secara langsung oleh saluran televisyen percuma. Selagi kejohanan bola sepak Piala Dunia masih lagi dimonopoli Astro, selagi itulah orang ramai yang tiada Astro memilih untuk menonton di kedai mamak atau mana-mana tempat yang ada Astro, begitu juga yang ada Astro tetapi bukan pelanggan Pakej Sukan/Super Pek, jom ramai-ramai dapatkan pas khas dia! Apapun, selamat menghadapi Piala Dunia ke-20 yang akan berlangsung dari 12 Jun hingga 13 Julai ini!

Wednesday, January 22

Espirit Media perjelas hak penyiaran Piala Dunia

TIDAK timbul isu monopoli siaran langsung Piala Dunia. Saluran TV percuma (FTA) juga akan tayangkan perlawanan di Brazil cuma ia hanya melibatkan perlawanan tertentu sahaja," demikian penjelasan Pengarah Urusan Espirit Media Sdn Bhd (pemegang hak siaran eksklusif Piala Dunia 2014), Datuk Ahmad Zaharul Annuar mengenai monopoli stesen TV berbayar Astro yang kini menjadi saluran TV tunggal yang berjaya mendapat hak penyiaran secara langsung kesemua 64 perlawanan Piala Dunia 2014 di Brazil, Jun ini.

Menurut Ahmad, peminat tidak perlu bimbang kerana stesen TV percuma akan menyiarkan siaran langsung Piala Dunia termasuk perlawanan pembukaan.

Malah katanya, bagi perlawanan tumpuan yang tidak disiarkan secara langsung, peminat masih boleh menyaksikannya menerusi siaran ulangan.

"Ini (monopoli) tidak benar. Saya bagi contoh, pada 2010 RTM diberi hak sebagai penyiar berlesen bagi Piala Dunia Afrika Selatan.

"Ketika itu, RTM menyiarkan 35 perlawanan dengan 24 siaran secara langsung dan 11 siaran tertunda.

"Cuma kali ini, kita belum lagi mengumumkan saluran TV percuma yang diberi hak sebagai penyiar berlesen," katanya.

Pada masa sama, Ahmad menjelaskan Astro diberi hak penyiaran secara langsung kesemua 64 perlawanan Piala Dunia kerana tidak berdepan masalah dari segi pertindihan program TV.

“Peminat perlu faham, saluran TV berbayar seperti Astro memiliki keupayaan untuk menyediakan saluran tambahan. Berbeza FTA yang ada kekangan dari segi jumlah saluran.

"Itulah sebabnya hanya beberapa perlawanan siaran langsung sahaja ditayangkan di saluran TV percuma. Faktor masa siaran dan jadual program TV di saluran TV percuma perlu diambil kira.

"Tapi secara dasarnya, mereka yang tidak memiliki Astro masih boleh mengikuti Piala Dunia 2014 di saluran TV percuma," katanya.

Thursday, January 16

RTM, TV3 perlu turut siar bola Piala Dunia demi rakyat





































MELAKA - Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron (gambar) mahu hak siaran program yang diminati ramai seperti perlawanan bola sepak Piala Dunia 2014 anjuran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di Brazil pada Jun depan dikongsi oleh semua stesen televisyen dan bukannya dimonopoli oleh sebuah stesen sahaja.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Amatur Melaka (MAFA) berkata, seharusnya stesen-stesen televisyen awam yang lebih bersifat komuniti seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV3 dan lain-lain harus turut diberi ruang untuk menyiarkan siaran langsung kejohanan bola sepak berprestij itu.

Peminat bimbang monopoli Astro




PASUKAN Brazil merupakan antara tarikan utama pada kejohanan Piala Dunia 2014 di Brazil Jun nanti. - Gambar hiasan





KUALA LUMPUR – Para peminat dan tokoh bola sepak di negara ini melahirkan kebimbangan terhadap monopoli stesen TV berbayar Astro yang merupakan saluran TV tunggal yang berjaya mendapat hak penyiaran secara langsung kesemua 64 perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) 2014 di Brazil pada Jun ini.

Mereka mahu stesen televisyen percuma Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3 turut berusaha menyiarkan perlawanan kejohanan bola sepak berprestij itu secara langsung.

Tuesday, January 7

Stesen TV mesti siar semua perlawanan bola sepak Piala Dunia secara percuma

KEJOHANAN Piala Dunia akan memasuki edisi ke-20 dan bakal berlangsung di Brazil dari 12 Jun hingga 13 Julai ini.

Saya adalah antara jutaan pengikut bola sepak khasnya Piala Dunia amat bersetuju jika semua stesen percuma dan berbayar menyiarkan kesemua perlawanan bola sepak berkenaan secara langsung apabila hak penyiaran Piala Dunia diberikan secara percuma oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ke atas semua syarikat penyiaran percuma dan berbayar mulai 2014.

Semua sudah tahu, Piala Dunia adalah satu-satunya kejohanan bola sepak dunia yang seharusnya dinikmati semua tidak kira usia, kaum, agama, miskin atau kaya, tua atau muda.
Ia bukan sekadar perlawanan bola sepak secara langsung, malah ia juga adalah satu festival yang memerlukan orang ramai berbual tentang bola sepak Piala Dunia.

Langkah sesebuah syarikat TV percuma menyiarkan kesemua perlawanan bola sepak Piala Dunia bukan sahaja tindakan yang bijak, malah ia juga mampu mengekang budaya melepak sambil menonton perlawanan tersebut di kedai mamak khasnya, sekali gus membuat peminat lebih selesa menonton di rumah.

Musim Piala Dunia juga merupakan masa untuk memulaukan semua rancangan hiburan serta melupakan sementara pelbagai rancangan agama, kerana tumpuan orang kebanyakan adalah terhadap siaran langsung perlawanan bola sepak. Ia datang setiap empat tahun sekali.

Saya mengharapkan agar benda baik berkenaan diteruskan lagi sampai bila-bila, kerana setiap kali musim Piala Dunia menjelma semua orang di dunia menikmati kesemua perlawanan berkenaan tanpa perlu risau. Majulah sukan untuk negara.


Sumber: Ruangan Forum, Utusan Malaysia

Monday, January 6

Virus Piala Dunia datang lagi!

Jumaat lalu, Media Prima Berhad (MPB) melancarkan kempen Riuh Di Brazil, salah satu kempen yang mengajak peminat di serata tanahir untuk sama-sama menikmati kesemua perlawanan bola sepak Piala Dunia (secara langsung) yang akan berlangsung dari 12 Jun hingga 13 Julai ini. Sehari kemudian, maka tersiarlah ruangan kapsul berkaitan dengan Piala Dunia iaitu, DESTINATION BRASIL setiap hari sehingga hari terakhir Piala Dunia berlangsung. Dengar kata semua stesen televisyen percuma dan berbayar tanahairbakal menyiarkan kesemua perlawanan bola sepak Piala Dunia secara langsung secara percuma dan ia bermakna stesen-stesen TV percuma dan berbayar tidak perlu membayar yuran hak penyiaran kerana FIFA bersetuju untuk memberi hak penyiaran kejohanan bola sepak terpenting dunia itu. Dan jika benar ia berlaku, penonton di rumah sama ada berlanggan dengan stesen berbayar seperti Astro atau sebaliknya tidak perlu bergegas ke kedai mamak atau mana-mana tempat yang ada Astro.