KEJOHANAN Piala Dunia akan memasuki edisi ke-20 dan bakal berlangsung di Brazil dari 12 Jun hingga 13 Julai ini.
Saya adalah antara jutaan pengikut bola sepak khasnya Piala Dunia amat bersetuju jika semua stesen percuma dan berbayar menyiarkan kesemua perlawanan bola sepak berkenaan secara langsung apabila hak penyiaran Piala Dunia diberikan secara percuma oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ke atas semua syarikat penyiaran percuma dan berbayar mulai 2014.
Semua sudah tahu, Piala Dunia adalah satu-satunya kejohanan bola sepak dunia yang seharusnya dinikmati semua tidak kira usia, kaum, agama, miskin atau kaya, tua atau muda.
Ia bukan sekadar perlawanan bola sepak secara langsung, malah ia juga adalah satu festival yang memerlukan orang ramai berbual tentang bola sepak Piala Dunia.
Langkah sesebuah syarikat TV percuma menyiarkan kesemua perlawanan bola sepak Piala Dunia bukan sahaja tindakan yang bijak, malah ia juga mampu mengekang budaya melepak sambil menonton perlawanan tersebut di kedai mamak khasnya, sekali gus membuat peminat lebih selesa menonton di rumah.
Musim Piala Dunia juga merupakan masa untuk memulaukan semua rancangan hiburan serta melupakan sementara pelbagai rancangan agama, kerana tumpuan orang kebanyakan adalah terhadap siaran langsung perlawanan bola sepak. Ia datang setiap empat tahun sekali.
Saya mengharapkan agar benda baik berkenaan diteruskan lagi sampai bila-bila, kerana setiap kali musim Piala Dunia menjelma semua orang di dunia menikmati kesemua perlawanan berkenaan tanpa perlu risau. Majulah sukan untuk negara.
Sumber: Ruangan Forum, Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment