Tentang Diri Saya

Mesti klik!

Klik dan daftar! Percuma aje!


Klik dan daftar! Percuma aje!


Jangan tak daftar! Klik di sini dan daftar! Percuma aje!

Saturday, January 30

Kain Koyak Masa Akad Nikah, Wanita Ini Nekad Kuruskan Badan & Ini 3 Rahsianya!



Kata orang hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Cerita tentang tranformasi menakjubkan oleh mereka yang telah berjaya mengurangkan berat badan bukanlah satu perkara yang baru. Namun begitu masih ada yang memandang rendah dan iri hati dengan pencapaian mereka ini. Tak apa kalau masih tak percaya juga, baca dan tengok transformasi wanita ini pula. Jangan makan hati sudah, pucuk pangkal nak taknak je!

Menangis-nangis cari baju wedding

” Beauty is pain” Is a long and tough journey for me to achieved my target. Everytime New Year mesti berazam untuk kurus is one of my top list untuk keberapa belas kali, so many things I did supaya azam tercapai , bermacam jenis produk dan cara saya dah cuba ,until on my big day , menangis-nangis cari baju wedding sana sini, end up semua baju weeding kena tempah, masa akad nikah kain saya terkoyak Sebab I’m to big!!! From that moment I realized I have to do something and after one month of my marriage I found JOMKURUS#2 by@kevinzahri and atas dorongan team,my coach,husband I manage to lost 20.5kg in 6 weeks and my journey begin ,after that I continue with JOMKURUS#3 I lost another 19kg , in SEASON 4 JOMKURUS I have been selected to become TEAM LEADER Kawasan Cheras,right after JK1M is over one of my participant @azitabaizura had force me to joint NST Body Makeover Challenge for another 3months program. From 100 people I’m the lucky 12 people to be selected and after all my hard work finally I dapat my dream weight 58kg.

Banyak kali give up

 

Ramai org tanya kenapa nak kurus?? And how I do it dalam masa yg singkat dan adakah benar tanpa bantuan sebarang PRODUK??? 1st I got full support from my husband ,familys and friends and lucky me my husband who have experience 18 years in fitness line,jadi dia antara Yg banyak membantu saya. 2nd MINDSET and CONSISTENCY ,focus with my goal Itu Yg penting and yes! Many time I feel down and wanted to give up tapi sy always get back on track, 3rd JOMKURUS is my kick start!! Dan saya diajar cara yg betul how to lose weight. WHY I WANT TO LOSE WEIGHT??? 1st for my healthy purpose dan keselesaan , 2nd to be more confident for myself dan senang cari baju, 3rd for myself and my husband ,as a wife I want to give the best I can for him.



Berat sekarang 58kg, very inspiring!


Aminah merupakan pemenang program New Strait Times Body Makeover Challenge 2015 tempat kedua. Moga kisah wanita ini mampu memberi semangat kepada mereka di luar sana yang serius mahu mengubah penampilan.

Kalau tak tahu sangat macam mana nak mula, apa susah call jela wanita ini. Goodluck!

Tuesday, January 26

Slot AZALEA kini di TV9!

Untuk makluman penonton saluran Media Prima, slot AZALEA yang sebelum ini bersiaran di saluran TV3 bermula 2012 hingga 2015. Slot ini membawakan drama-drama rantaian yang berorientasikan pengajaran, tauladan dan kehidupan realiti menggantikan slot LAGENDA yang pernah bersiaran di TV3 (bersama-sama TV9 sehingga 2010) bermula sekitar Jun 2008 hingga 2011. Drama pertama siaran slot ini ketika di saluran TV3 ialah "Ampunkan Dosaku". Akan tetapi drama "Menongkah Kasih" bukanlah drama pertama siaran slot ini cuma kali ini merupakan drama pertama slot ini disiarkan di saluran TV9 bermula malam ini menggantikan slot AURORA (Selasa dan Rabu) dan RATU (Khamis dan Jumaat) yang bersiaran di TV9 sebelum ini. Kebetulannya ia merupakan hadiah 10 tahun usia penubuhan saluran TV9 yang suatu ketika dahulu tampil dengan tema 'Dekat di Hati'. Slot ini kini bersiaran setiap Selasa hingga Jumaat jam 8.30 malam dan ulangannya hari Isnin hingga Khamis minggu berikutnya jam 2.00 petang di TV3.

Tuesday, January 19

Ada Sebab TV3 & TV9 Ubah Waktu Siaran Slot Drama

Stesen TV3 dan TV9 telah membuat beberapa rombakan kepada slot drama dan waktu siaran untuk memperkukuhkan lagi kedudukan kedua-dua stesen pada tahun 2016.

Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Sherina Mohamed Nordin berkata:
“Setiap tahun pasti ada perubahan yang dilakukan untuk kedua-dua stesen ini mengikut perubahan semasa dan juga memenuhi kehendak serta keinginan penonton setia kami. Perubahan ini merupakan strategi kami dan memberi peluang kepada setiap drama yang ditayangkan terus mendapat perhatian penonton setia kami.
Kami perlu sentiasa melakukan improvisasi untuk kekal menjadi penggerak industri dan relevan tambahan lagi terpaksa bersaing dengan pelbagai medium siaran. Apabila hari siaran untuk setiap slot ditambah ianya dapat memberi lebih kepuasan untuk penonton sentiasa mengikuti setiap drama tanpa perlu menunggu lama dan mengekalkan momentum populariti sesebuah drama itu”.
Antara lima slot utama di TV3 membuat pertukaran bersempena tahun 2016 ini di mana empat slot akan berkongsi waktu siaran. Contohnya seperti slot Aksi dan Samarinda yang disiarkan setiap hari Isnin hingga Rabu yang akan bersilih ganti bertukar mengikut drama. Begitu juga dengan slot Lestary dan slot Zehra.


SLOT WAKTU SIARAN 2015 PERUBAHAN WAKTU SIARAN 2016
SAMARINDA Selasa hingga Khamis (kadang-kadang Rabu dan Khamis), 10 malam –        Isnin hingga Rabu, 10 malam è Cinta Hati Abah (19 Jan – 23 Feb) Pelakon: Esma Daniel, Zara Zya, Nonny Nadhirah, Sweet Farhana, Afiq Muiz, Ben Amir, Idris Khan, Laila Nasir
  AKSI   Selasa, 10 malam –        Isnin hingga Rabu, 10 malam è Bodyguard (24 Feb – 11 April)
Pelakon: Fattah Amin, Azrel Ismail, Idris Khan, Sabhi Sadhi, Lan Siro DFKL, Faradhiya
LESTARY




Rabu dan Khamis è Cik Cinderella dan Encik Tengku –        Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam è Married Tapi Benci (24 Feb – 23 March)
Pelakon: Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Mustaqim Bahadon, Cat Farish
ZEHRA Jumaat, 9 malam –        Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam è Cinta Teruna Kimchi (22 Jan -19 Feb)
Pelakon: Nazim Othman, Johan As’ari, Risteena, Zulkifli Ismail, Kuza, Sheila Mambo
PEARL SCREEN Isnin, 10 malam –        Khamis, 10 malam
DAHLIA Sabtu dan Ahad, 7 petang –        Jumaat hingga Ahad, jam 6.58 petang
SINETRON Isnin hingga Khamis, 2 petang –        Isnin hingga Khamis, 4 petang
TV9
Slot WAKTU SIARAN 2015 PERUBAHAN WAKTU SIARAN 2016
AZALEA Terdahulu di TV3, setiap Isnin hingga Khamis, jam 4 petang. Di TV9, Selasa hingga Jumaat, jam 8.30 malam è Menongkah Kasih (26 Jan – 1 Mac) Ayda Jebat, Ana Dahlia, Aidil Aziz, Zarina Zainuddin dan Beego.
*Di TV3, Isnin hingga Khamis, jam 2 petang (ulangan)

Terdahulu, slot Samarinda telah bersiaran pada setiap Selasa hingga Khamis (kadang-kadang Rabu dan Khamis), manakala Aksi pula setiap hari Selasa. Untuk tahun ini slot Samarinda dan Aksi akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Rabu. Bermula 2016, drama Aku Pilih Kamu yang sedang ditayangkan ketika ini telah ditukar siarannya kepada hari Isnin hingga Rabu.

Seterusnya, drama Cinta Hati Abah untuk slot Samarinda akan mula bersiaran pada 19 Januari ini hingga 23 Februari. Kemudian, slot Aksi pula akan mengambil alih dengan drama terbaharu iaitu Bodyguard bermula 24 Februari.

Jika sebelum ini, slot Lestary bersiaran setiap hari Rabu dan Khamis, manakala Zehra pula pada setiap hari Jumaat. Untuk tahun 2016 ini, slot Lestary dan Zehra akan bersiaran selama tiga hari iaitu pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat.

Dua slot ini akan turut bersilih ganti. Sejurus drama slot Lestary Cik Cinderella dan Encik Tengku tamat pada 21 Januari ini, drama slot Zehra iaitu Cinta Teruna Kimchi akan mengambil alih siaran slot bermula 22 Januari hingga 19 Februari. Kemudian, drama Married Tapi Benci bagi slot Lestary akan kembali bersiaran pada 24 Februari nanti.

Sementara itu, TV9 kini mengambil alih slot Azalea yang mana terdahulu disiarkan di TV3. Kini, slot Azalea akan menggantikan slot Ratu dan Aurora dan akan disiarkan pada setiap Selasa hingga Jumaat pada jam 8.30 malam dan ulangannya akan disiarkan tujuh hari kemudian di TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis pada jam 2.00 petang.

Drama pertama yang akan disiarkan menerusi slot Azalea di TV9 ialah Menongkah Kasih yang akan mula bersiaran 26 Januari ini setiap hari Selasa hingga Jumaat.


P/S: Jarang ada kes dua atau lebih slot rancangan berkongsi satu waktu tayangan.

Friday, January 1

Salam Tahun Baru 2016!

Salam Tahun Baru 2016 buat seluruh warga bumi di mana jua berada! Nampak gayanya sesetengah warga bumi merasakan diri mereka bahawa tiada gunanya menyambut tahun baru kalau disertai dengan azam baru, apalagi Cukai Barang dan Pekhidmatan (GST) sudahpun dilaksanakan sejak April lalu sehingga memaksa pihak-pihak tertentu melupakan sambutan tahun baru.. Sepatutnya azam baru harus laksanakan setiap hari dan setiap masa, tetapi tidak Tahun Baru Masihi dan Awal Muharam. Barangkali kaum Cina lebih selesa menyimpan azam lepas Tahun Baru Cina manakala kaum India pula lebih selesa menyimpan azam selepas Deepavali. Begita juga dengan orang Islam memilih untuk menyimpan azam lepas Hari Raya Puasa atau Hari Raya Haji sementara yang beragama Kristian memilih untuk menyimpan azam lepas Krismas.

Tahun 2016 adalah tahun yang agak istimewa sikit sebab yang tak sukakan program hiburan akan menyambut ulangtahun era hitam program realiti hiburan (yang sudah tidak relevan lagi) yang ke-10, Sukan Olimpik musim panas pertama di bumi Amerika Selatan Ogos ini dan bola sepak Euro 2016 yang julung-julung kali disertai 24 pasukan negara anggota UEFA selain saya memasuki usia 30 tahun pada 14 Februari ini.

Yang menariknya, zaman kehancuran rancangan realiti hiburan bermula apabila program realiti nyanyian Akademi Fantasia (AF) siri keempat (setelah tiga siri bersiaran) telahpun menemui zaman kemalapannya yang mana rancangan tersebut bertindih dengan tarikh kejohanan bola sepak terbesar di dunia iaitu Piala Dunia ke-18 di Jerman dari 9 Jun hingga 9 Julai, 10 tahun lalu. Nampak gayanya mereka memilih untuk menonton siaran langsung kejohanan berkenaan, bukannya menonton program AF dan yang sama benda dengannya. Lepas Piala Dunia barulah mereka kembali mengikuti AF.

Akhir kata, sambutlah tahun 2016 ini dengan ulangtahun ke-10 zaman malap program realiti nyanyian yang sudah tidak relevan lagi!

Friday, December 25

Krismas pertama pasca-GST!

Jika semalam merupakan hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w atau Maulidur Rasul, hari ini merupakan kali pertama rakyat Malaysia yang beragama Kristian menyambut Hari Natal atau lebih dikenali sebagai Krismas susulan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan atau GST pada April lalu namun Krismas tetap membawa makna yang besar buat kebanyakan penganut Kristian. Akan tetapi sambutan Maulidur Rasul bagi umat Islam rakyat Malaysia seakan tidak membawa apa-apa makna lagi (setaraf dengan Maal Hijrah) disebabkan adanya GST sejak April lalu..Di sebalik kemeriahan umat Kristian di planet bumi ini menyambut Krismas, ada juga negara bukan Kristian di dunia ini mengharamkan sambutan Krismas, iaitu Brunei, Maldives dan Somalia atas alasan ia adalah perayaan keagamaan. Brunei misalnya penduduk yang bukan Kristian, majoritinya beragama Islam diharamkan menyambut Krismas, manakala yang beragama Kristian tetap dibenarkan menyambut hari besar berkenaan, tetapi tidak di mana-mana tempat terbuka selain menghiasi pokok Krismas ataupun segala yang berkaitan dengan hari besar tersebut di dalam rumah sahaja. Apa kata haramkan sekali sambutan Hari Pekerja (1 Mei setiap tahun) seperti di negara-negara yang mengharamkan Hari Pekerja seperti Thailand, Korea Selatan dan Indonesia, baru adil. Buat semua penganut agama Kristian, diucapkan selamat menyambut Krismas! Merry Christmas! Salam Tahun Baru 2016!

Tuesday, November 10

Deepavali pertama pasca-GST!

Selamat menyambut Hari Deepavali buat seluruh masyarakat India yang majoritinya beragama Hindu! Ini merupakan kali pertama rakyat Malaysia yang beragama Hindu akan menyambut Deepavali susulan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April yang lalu. GST bukanlah alasan untuk melupakan mana-mana hari besar mana-mana kalangan seperti Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas, sebaliknya mengajar orang ramai agar bersederhana walaupun pada hari perayaan utama masing-masing. Nampaknya saluran percuma di Malaysia ini macam tiada program khas sempena Pesta Cahaya atau Deepavali itu. Sepatutnya Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Pekerja dari dulu lagi tidak perlukan rancangan-rancangan khas sempena hari-hari tersebut sebab ia semua tidak dikategorikan sebagai hari besar serta tidak mempunyai keistimewaan yang tersendiri, tambahan pula GST sudahpun dilaksanakan sehingga memaksa rakyat Malaysia khasnya di perantauan untuk melupakan Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Pekerja. Cuba kita lihat sebahagian negara di dunia ini seperti Thailand, Korea Selatan dan Indonesia tiada sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei setiap tahun yang mana rakyat negara berkenaan masing-masing diharamkan menyambut Hari Pekerja kerana ia akan menjejaskan pendapatan negara masing-masing. Deepavali Valthukal!

Saturday, October 31

Akhirnya JDT FC menang 1-0 ke atas Istiklol FC dalam Piala AFC 2015!

Tahniah diucapkan buat pasukan kelab JDT FC dan juga tahniah buat seluruh rakyat Malaysia termasuk rakyat Johor sendiri kerana menumpaskan pasukan kelab Istiklol FC (dari Timur Tengah) dengan jaringan 1-0 di gelanggang lawan dalam perlawanan akhir bola sepak Piala AFC 2015! Satu rekod baru dalam bola sepak Malaysia di rantau Asia dan juga di peringkat antarabangsa. Kejayaan Harimau Selatan dalam kejohanan tersebut tidak dapat disangkal lagi. Saya bukan warga Johor pun turut tersenyum dan berpuas hati dengan kejayaan Harimau Selatan. Luaskan kuasamu wahai Harimau Selatan!

Saturday, October 24

La Liga akhirnya di Astro SuperSport!



Petang semalam ada Bajet 2016, belanjawan pertama susulan pelaksanaan GST pada 1 April lepas. Terima kasih kepada Astro khasnya pihak saluran SuperSport kerana menyiarkan siaran langsung bola sepak Liga Sepanyol! Satu tindakan yang bagus lagi bijak! Asyik-asyik program realiti nyanyi-nyanyi dan dakwah-dakwah macam AF la, Gegar Vaganza la, Kilauan Emas la, Pencetus Ummah la.. Yang melanggani Super Pack atau Pakej Sukan, boleh la menontonnya di saluran SuperSport!

Monday, August 31

Merdeka pertama pasca-GST!

























Logo rasmi sambutan Hari Kebangsaan ke-58 dan Hari Malaysia ke-52


Hari ini tanggal 31 Ogos 2015 merupakan Hari Kebangsaan tahun ke-58, juga merupakan kali pertama rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama serta ideologi politik meraikan hari bersejarah berkenaan setelah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April lalu. Tema bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini ialah 'Sehati Sejiwa'. Alhamdulillah, masih ada lagi yang mengibarkan Jalur Gemilang menjelang sambutan Hari Kebangsaan setiap kali (sebagaimana dilaporkan dalam berita melalui segmen berita nasional) sekalipun terkena penangan GST. Tidak kurang juga ada yang enggan mengibarkan Jalur Gemilang atas alasan-alasan tertentu. Dua hari sebelm hari ini ada sahaja perhimpunan haram yang berlangsung di ibu kota sehingga menjejaskan persiapan sambutan Hari Kebangsaan kali ini. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan tahun ke-58 buat seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama di mana anda berada dan jangan lupa 16 September ini merupakan kali pertama rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, etnik dan ideologi politik akan menyambut Hari Malaysia (ulangtahun pembentukan Malaysia) selepas adanya GST. Salam Merdeka dan kosong-kosong!

Friday, August 7

KL City GP 2015 bermula hari ini hingga Ahad!





Inilah peta bagi litar jalanan yang akan digunakan sempena perlumbaan KL City Grand Prix 2015.

Buat julung-julung kalinya dalam sejarah Malaysia, Malaysia menganjurkan acara perlumbaan KL City Grand Prix bagi tahun 2015. Nampak gayanya ia merupakan kali pertama rakyat Malaysia akan dapat menonton secara langsung perlumbaan jalanan di negara sendiri. Sebelum ini, perlumbaan F1 GP dapat disaksikan di Monte Carlo, Monaco dan Singapura. Diharap perlumbaan seperti ini dapat diteruskan di Malaysia pada masa akan datang.

Tiada lagi majalah Ujang dan Apo? di pasaran!


 Majalah UJANG keluaran sulung, Januari 1994.

Semalam, tanggal 6 Ogos 2015 secara rasminya dua majalah kelolaan MOY Publications iaitu Ujang dan Apo? telah menghentikan penerbitannya bukan disebabkan penangan GST tetapi berkemungkinan besar akibat kekurangan pembaca yang sebahagian besarnya sudah hilang kuasa untuk membeli disebabkan GST sejak 1 April lepas. Kata salah seorang kartunis, iaitu Ubi di Facebook: -

"Bukan lagi kabar angin - MOY Publication (penerbit majalah Ujang dan Apo?) telah disahkan menutup operasi mereka sejak semalam."

"Akan tiada lagi majalah terbitan mereka di pasaran. Malang buat generasi akan datang kerana tak berpeluang lagi menatap dan mengenal majalah kartun legenda yang pernah menggegarkan dunia penerbitan suatu ketika dahulu."

"Paling sedih dan kasihan dengan pengkarya serta kartunis yang selama ini mencari rezeki di sana. Semoga keadaan bakal bertambah baik dan semoga nasib mereka akan terus dibela."


Ini bermakna, selepas ini tiada lagi kelibat majalah yang bernama Ujang dan Apo? dalam pasaran Malaysia. Para pengunjung kedai majalah dan akhbar jangan terkejut jika kedua-dua majalah berkenaan tiada.

Berikut adalah sejarah Ujang dan Majalah Ujang di bawah: Majalah ini (Ujang) telah memulakan operasinya pada tahun 1993 di mana pelukis Ibrahim Anon yang lebih dikenali dengan nama penanya Ujang telah menerbitkan majalah ini sendiri di bawah syarikat Kharisma Publications, Kuala Lumpur. Majalah ini pada awal penerbitannya kelihatan sebagai sebuah himpunan buku lakaran pelukisnya, dengan lakaran konsep majalah itu untuk isu seterusnya. Melalui penghasilan majalan ini, beberapa kartunis telah berjaya mencipta nama bersama Ujang seperti petai, kobis bunga, padi, ciku, lengkuas dan lain-lain. Itu uniknya kartunis-kartunis yang berada di bawah bumbung Karisma Publications pada waktu itu. Namun Majalah ini telah diambil alih oleh Mohd Osman Yusof (MOY) mendaftarkan nama UJANG sebagai hak miliknya, sekaligus hal ini menghalang kartunis UJANG daripada terus menggunakan nama tersebut. Kini majalah UJANG diterajui pula oleh Lengkuas dan kartunis-kartunis seperti Nik, Bacang, Bawang, Manggis, Lepat, Ciku, Lalang, Papan, Buloh, Sukun, Bijan dan Qayyum.

Sunday, August 2

Cerita perjalanan seni Nadeera

 1

INDUSTRI hiburan semakin meriah dengan kehadiran pendatang baharu berbakat yang selayaknya diketengahkan dan diberi ruang untuk menyerlah. Bagi bintang yang menyerlah menerusi program realiti Mentor Legend, Farah Nadeera Zaini, 22, kisah perjalanan seni merupakan pengalaman berharga yang sewajarnya diceritakan dalam sesebuah lagu.

 

Nadeera yang kini giat mempromosikan single terbaharu, Hasrat hati, memberitahu menerusi lagu tersebut, dia berpeluang berkongsi cerita suka duka bergelar anak seni dalam industri hiburan tempatan bersama peminatnya.

“Lagu ini dicipta komposer terkenal Amirah Ali manakala liriknya ditulis oleh Sulu Sarawak. Menerusi Hasrat hati, saya sekali lagi berpeluang bekerjasama dengan Zainal Abidin selaku penerbit lagu tersebut.

 “Ia mengisahkan tentang diri saya sendiri. Kisah perjalanan kehidupan saya untuk bergelar penyanyi. Bermula dengan memasuki vokal Bukan Sekadar Rupa tetapi tidak berjaya, menghadapi saat sukar apabila ditipu pihak tidak bertanggungjawab sehinggalah disunting abang Zainal menjadi penyanyi,” katanya.

Menurut Nadeera, bergelar anak seni bukan satu perkara mudah kerana banyak pancaroba perlu ditempuhi untuk berjaya. Katanya, dia cukup bernasib baik kerana mendapat bimbingan Zainal Abidin yang juga merupakan guru dalam program realiti tersebut.

“Perjalanan seni semakin senang dengan bantuan Zainal Abidin walaupun sebelum ini pernah ditipu sebanyak empat kali oleh pihak-pihak tertentu. Ada antara mereka yang menyatakan keinginan untuk membantu saya melangkah ke dunia nyanyian namun semuanya sekadar janji-janji kosong sahaja,” ujarnya penyanyi bersuara lantang ini.

Berkongsi pengalaman hitam ketika ingin menyinar dalam bidang nyanyian, Nadeera memberitahu tidak pernah terlintas di fikiran bahawa industri hiburan boleh bertukar menjadi ‘kejam’ dan menakutkan.

“Antara pengalaman yang masih segar dalam ingatan adalah apabila ada pihak-pihak yang menolak bakat saya hanya kerana paras rupa. Mereka melontar kata-kata hinaan dan mengatakan rupa saya tidak boleh dijual.

 “Alhamdulillah saya cukup bernasib baik kerana dikelilingi insan-insan yang tidak putus memberi sokongan dan dorongan termasuk ahli keluarga sendiri,” jelasnya.

Disoal tentang kelainan cuba dibawa dalam industri, Nadeera memberitahu, dia cuba menekankan kemahuan diri sendiri khususnya dalam pemilihan lagu-lagu yang disampaikan.

 “Saya tidak mahu memulakan perjalanan seni dengan menyanyikan lagu-lagu cinta yang sudah banyak dilakukan oleh penyanyi baharu lain. Ini adalah langkah utama agar peminat dapat mengenali siapa saya dan muzik yang cuba dibawakan,” katanya lagi.

Seperti penyanyi lain, Nadeera juga menyimpan hasrat untuk menghadiahkan peminat-peminatnya dengan sebuah album lengkap sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang diterima selama ini.

“Proses penerbitan album sulung saya kini sudah berjalan. Beberapa lagu masih lagi dalam proses rakaman. Album itu dijangka siap dan dilancarkan selepas sambutan Hari Raya atau penghujung tahun nanti.

“Ia mengandungi lima lagu. Untuk buah tangan pertama, saya selesa membawakan lagu-lagu berkonsepkan balada dan world music,” tambahnya. - AL FAIZAL

Thursday, July 16

Aidilfitri pertama pasca GST disambut umat Islam rakyat Malaysia esok

Esok merupakan julung-julung kali rakyat Malaysia yang beragama Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri buat kali pertama susulan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April lalu. Ia bermakna tamatlah episod umat Islam bangun lewat pagi gara-gara sahur ketika Ramadan. Berakhir juga episod umat Islam kurang bermaya di tempat kerja. Nak sahur lagi, kena tunggu Ramadan yang akan datang. Yang nak puasa selain bulan Ramadan termasuk puasa enam, takyah bangun sahur pun tak apa.

Esok juga merupakan genap setahun tragedi nahas MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai tahun lalu.

Nampak gayanya sebahagian umat Islam memilih untuk berhari raya dengan amalan berjimat cermat dan bersederhana.

Wednesday, June 17

Ramadan pertama umat Islam rakyat Malaysia pasca-GST esok

Rakyat Malaysia yang beragama Islam secara rasminya akan menyambut bulan terpenting dalam kalendar Islam iaitu Ramadan buat kali pertama susulan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April lalu. Ramadan tahun ini juga merupakan kali pertama dalam rekod umat Islam di planet Bumi ini di mana muslimin dan muslimat di seluruh dunia akan mula berpuasa pada hari yang sama bermula esok (Khamis, 18 Jun 2015) bersamaan 1436 Hijrah. Nampak gayanya sebahagian umat Islam rakyat Malaysia memilih untuk berbuka di rumah masing-masing dengan buah kurma dan sebarang snek atau makanan ringan yang tidak mengenyangkan. Tak perlu berbuka di hotel ataupun restoran pun tak apa, janji jimat.

Ramadan tahun ini juga merupakan kali ke-14 rakyat Malaysia yang beragama Islam akan menyambutnya apabila sebarang iklan jenama rokok (walaupun tanpa dikaitkan dengan merokok yang mana ia tidak mempengaruhi sebahagian besar penonton untuk merokok) di media elektronik dan cetak tempatan telahpun diharamkan daripada disiarkan. Ia juga merupakan permulaan yang baik untuk berhenti merokok bagi kebanyakan perokok (maaf, saya tak suka hisap rokok).

Selamat menunaikan ibadah puasa buat seluruh umat Islam!

Saturday, May 30

Ema raih kepuasan sebagai jurugambar media



TIDAK ramai golongan wanita yang berani menceburi dunia fotografi, jauh sekali menjadikannya sebagai kerjaya. Ini kerana, selain memerlukan ketahanan mental, kerjaya itu juga menuntut penyerahan jiwa dalam setiap petikan lensa.

Bukan mahu menidakkan ke­upayaan kaum hawa menerusi kerjaya itu, namun hakikatnya bidang tersebut lebih didominasi golongan lelaki dan itu diakui sendiri oleh Saidatul Emma Ahmad Tohar.

Menurut gadis manis berusia 24 tahun ini, berdasarkan pengalamannya sepanjang enam tahun berkecimpung dalam dunia kreatif itu, jurugambar wanita lebih bernasib baik kerana sering ‘dimanjakan’ dan diberi laluan tanpa perlu bersaing bersama rakan setugas lelaki.

Katanya, ramai dalam kalangan jurugambar lelaki juga tidak lokek membantu dan memberi tunjuk ajar sekali gus menghormati wanita yang terlibat dalam bidang itu kerana mampu menggalas tugas lelaki.

“Semua orang boleh tangkap gambar, tetapi amat kurang yang mampu menghasilkan sekeping gambar yang ada ‘jiwa’ dan tepat pada ‘moment’nya.

“Dulu saya hanya terlibat mengambil gambar untuk perkahwinan dan ‘talent’ tetapi mula bergiat secara serius dalam bidang media untuk mencabar diri sekali gus meraih lebih kepuasan,” katanya kepada S2 di sini baru-baru ini.

Bercerita mengenai kerjayanya, dia yang lebih mesra disapa Ema berkata, menjadi jurugambar media bukan sahaja menuntutnya lebih berdikari malah mencabar keupayaan kerana memerlukan ‘angle’ gambar berbeza dan bersifat spontan.



“Ada beza yang ketara di antara dua situasi iaitu gambar kahwin dan tugasan program media. Bagi ‘ta­lent’ atau kahwin kita boleh mengarah subjek mengikut kesesuaian yang kita mahu dan lebih santai.

“Bagaimanapun, jika menjadi jurugambar media, ‘angle’ yang dituntut berbeza dan mendesak kita supaya lebih kreatif. Selain itu, kita perlu bersaing dengan jurugambar lain bagi mendapatkan angle yang terbaik,” jelasnya.

Memasang cita-cita untuk menjadi ikon jurugambar wanita di ne­geri ini, Ema mahu memberi aura positif dan menjadi contoh kepada golongan wanita agar tidak ragu-ragu memilih kerjaya itu sebagai sumber rezeki.

“Tip untuk kekal dalam bidang ini ialah, berani, malu biar bertempat, lasak dan paling penting minat dan disiplin. Kemahiran boleh dipupuk kemudian.

“Sekarang juga saya mencabar diri dengan berjinak-jinak menjadi deejay kepada radio online iaitu www.chillfm.my. Saya mahu berkongsi pendapat dan memberi inspirasi kepada golongan muda terutamanya wanita dalam siaran bermula 2 hingga 6 petang,” ujarnya

JAWI Gesa Umat Islam Boikot Program Realiti TV



Menerusi khutbah Jumaat yang lepas, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyeru supaya seluruh umat Islam di Malaysia memboikot program-program berbentuk realiti televisyen kerana ia melalaikan dan isinya tidak bertepatan kehendak agama Islam.

 Dalam khutbah bertajuk Jihad Menentang Kebatilan itu, JAWI menegaskan bahawa kebanyakan program realiti TV menggalakkan sifat cintakan dunia dan boleh memesongkan akidah para remaja yang menjadi penonton program tersebut.

 “Selain itu, realiti TV sering juga mengeluarkan unsur-unsur negatif seperti membuat jenaka lucah, mendedahkan aurat, lelaki berpakaian seperti wanita dan sebagainya.

"Penting untuk kita emngawal anak-anak dari hiburan mengganggu dan membentuk mereka untuk berminat dalam hiburan yang berdasarkan undang-undang Islam. Marilah kita memboikot rancangan seperti itu,” ujar kandungan khutbah tersebut.

Benar, semakin hari semakin banyak program realiti TV yang diwujudkan dan telah banyak menerapkan nilai-nilai yang tidak bersesuaian dengan ciri-ciri Islam.


P/S: Kalau tak suka dengan rancangan macam demikian, elak-elakkan daripada menghadiri mana-mana ujibakat rancangan realiti hiburan dan mengeksploitasi wanita/lelaki!

Friday, April 3

Tiada lagi WWE SMACKDOWN kat TV3!

Malam tadi nampaknya rancangan bersiri berbentuk sukan gusti popular, WWE SMACKDOWN (WWE International Smackdown seperti dinyatakan dalam susunan rancangan) tidak lagi akan bersiaran di saluran TV3. Rancangan tersebut kemudiannya diubah ke siaran Astro menerusi saluran Astro Arena (saluran 801) dan Astro SuperSport 3 (saluran 816 / 834 HD).





Nampak gayanya peminat sukan gusti yang tidak melanggani siaran berbayar Astro kecewa dengan keputusan ini. Tidak mengapalah, kerana siaran WWE SMACKDOWN di saluran TV3 sudah bersiaran sejak tahun 2000 yang lalu, iaitu kira-kira 15 tahun lalu.

Wednesday, April 1

GST sudah bemula hari ini!!






































Hari ini tanggal 1 April 2015 bersamaan hari Rabu, bermulanya warna baru bagi seluruh rakyat Malaysia dan bermulanya juga detik penting lagi bersejarah penstrukturan baru sistem percukaian negara. Nampak gayanya ramai antara rakyat Malaysia yang berazam untuk meraikan kedatangan GST dengan budaya berjimat cermat dalam perbelanjaan harian. Nampak gayanya saya hanya bangun sahur masa Ramadan sahaja. Puasa enam takyah sahur.

Wednesday, October 15

Berkorban demi ibu

Noor Aslinda Miswari


PENGORBANAN mempunyai erti yang cukup meluas tidak sekadar berupa tenaga dan wang ringgit, bahkan masa, perasaan dan sebagainya.

Setiap pengorbanan itu mempunyai pengertian dan kisah tersendiri. Walaupun kadang kala perit untuk melakukannya, tetapi perlu melakukannya demi orang yang disayangi.

Personaliti minggu ini, Noor Aslinda Miswari, 27, juga pernah melalui fasa pengorbanan dalam hidupnya.

Walaupun dia tidak menganggapnya sebagai pengorbanan sebaliknya lebih kepada tanggungjawab, hakikatnya dua perkara yang sama.

Jika kebanyakan anak muda lain memilih untuk berehat seketika sebaik menamatkan pengajian di universiti sebelum mencari kerja, kelebihan tersebut bukan milik Azlinda.

Bahkan Anak kedua daripada tiga beradik ini berkata, sudah mula sibuk mencari kerja ketika di semester akhir pengajian Diploma Pentadbiran Perniagaan di Kolej Islam Antarabangsa, Gombak, Selangor.

Menggunakan keputusan peperiksaan yang ada, dia telah diterima untuk bekerja di sebuah bank tempatan.

Tidak terikirkan untuk berehat setelah menamatkan pengajian seperti yang dilakukan oleh kawan-kawannya, bagi Aslinda, dia perlu bekerja secepat mungkin dan tidak boleh membuang masa.

Berehat dan bermalas-malas di rumah bermakna tiada duit, sedangkan duit begitu penting bagi keluarganya.

Niat di hati untuk menyambung pengajian hingga ke peringkat ijazah juga terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu kerana apa yang penting mengumpul wang bagi perbelanjaan perubatan ibunya.

“Ibu menghidap sakit buah pinggang, adik pula sedang belajar. Ayah bekerja biasa-biasa sahaja dengan pendapatan yang hanya cukup untuk menampung perbelanjaan rumah dan makan minum, sedangkan kos perubatan ibu tinggi. Dalam seminggu ibu perlu melakukan tiga kali rawatan dialisis dan setiap kali rawatan menelan belanja hampir RM300.

“Sudah lima tahun ibu sakit dan sakit ibu bertambah teruk semasa saya berada di semester akhir. Saya memang risau sangat melihat ibu yang semakin lemah dan tidak berdaya.

“Oleh kerana kos yang tinggi ini dan harapan ayah serta ibu hanya pada saya, maka saya akur. Biarlah saya bekerja asalkan ibu mendapat rawatan yang sewajarnya.

“Saya tidak pernah menyesal malah reda walaupun terpaksa menangguhkan niat menyambung pelajaran. Selagi saya boleh berusaha, akan saya lakukan demi membalas jasa ibu membesarkan saya selama ini.

“Bagaimanapun Allah lebih menyayangi ibu. Kini sudah empat tahun ibu meninggal dunia. Walaupun amat sedih kehilangan ibu, saya tetap bersyukur kerana diberi peluang berbakti kepada ibu dan dapat memberikan rawatan yang sempurna kepadanya," kata Aslinda yang kini bertugas sebagai eksekutif di sebuah bank.

Berasal dari Johor Bahru, dia kini sedang dalam proses untuk meneruskan cita-citanya menyambung pengajian ke peringkat ijazah.

Aslinda juga cukup berpuas hati kerana adiknya juga sekarang sedang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UITM).

Model butik pengantin

Pembabitan Aslinda dalam bidang peragaan muncul secara tidak sengaja. Hanya mahu menolong seorang kawan yang memiliki butik pengantin yang memintanya untuk menjadi model, Aslinda kini dikenali ramai.

Memiliki wajah seiras Fasha Sandha pada sudut tertentu, wajah Aslinda sering muncul di akhbar dan majalah memperagakan fesyen pakaian pengantin, pakaian muslimah atau model solekan.

“Saya bermula dalam bidang peragaan sejak tahun 2011. Walaupun baru tiga tahun, saya banyak belajar mengenai gaya memperaga fesyen dan mempunyai ramai kawan yang terdiri daripada jurusolek dan pemilik butik.

“Saya juga pernah menjadi model untuk klip video penyanyi Mojo dan catwalk di pertunjukan fesyen anjuran Persatuan Pereka Fesyen Bumiputera (BDA).

“Bermula dengan suka-suka dan hanya mahu mengisi masa lapang, saya rasa bidang ini yang hanya dibuat secara sambilan, boleh menambah pendapatan. Setidak-tidaknya boleh juga digunakan untuk membeli mekap.

“Walaupun sekarang sudah berkahwin, suami tidak melarang. Tugas peragaan fesyen saya lakukan pada hujung minggu dan tidak mengganggu tugas di pejabat.

“Suami juga memahami kerana kami berkenalan pun semasa saya menjadi model dan dia sebagai jurugambar," ujar Aslinda yang mendirikan rumahtangga dengan Mohd. Shahriz Pakiman awal tahun ini.

Pernah menggayakan pakaian daripada beberapa butik seperti Rizky by Sposa, Zamrimat dan Salikin Sidek, dia amat mengkagumi model terkenal tanah air, iaitu Tengku Azura.

Friday, September 19

[PERLU BACA] 21 Perkara Tentang Scotland Yang Merdeka Yang Perlu Anda Tahu


Bendera Scotland (kiri) berkibar bersebelahan dengan bendera kesatuan United Kingdom di ibu kota London. Rakyat Scotland keluar mengundi pada Khamis, 18 September 2014 untuk membuat penentuan sama ada memerintah sendiri atau kekal dalam Great Britain. Scotland bersama-sama England, Wales dan Ireland Utara membentuk sebuah kesatuan yang dikenali sebagai Great Britain, 307 tahun yang lalu.

LONDON: Jika Scotland mengundi untuk memerintah sendiri dalam referendum pada Khamis, apakah perubahan yang akan berlaku dan apakah kesannya ke atas kesatuan United Kingdom of Great Britain yang telah bertahan selama 307 tahun?
Berikut adalah jawapannya;


1. Kewarganegaraan: Semua warga Britain yang bermastautin di wilayah Scotland secara automatiknya akan menjadi warganegara Scotland jika hasil referendum mendapati majoriti memilih untuk memerintah sendiri dan keluar dari kesatuan UK. Mereka kemudiannya akan layak untuk memohon pasport Scottish walaupun mereka dilahirkan di England, Wales atau Ireland Utara iaitu tiga lagi anggota kesatuan.Bagaimanapun mereka yang sudah pun memiliki pasport UK tidak akan dipaksa untuk menukar kepada pasport Scottish.Namun begitu, kerajaan UK berhak menentukan sama ada untuk membenarkan warganya memegang dua kewarganegaraan Britain dan Scotland.

2. Status United Kingdom: Walaupun Scotland memilih untuk merdeka, tetapi England, wales dan Ireland Utara akan terus dikenali sebagai ‘The United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland’.


3. Keahlian Kesatuan Eropah: Tidak ada siapa yang boleh memberi jawapan apakah Scotland akan diterima secara automatik sebagai anggota Kesatuan Eropah jika mereka memilih untuk merdeka. Ini kerana jika anggota-anggota kesatuan membenarkan Scotland menyertai mereka, ia seolah-olah memberi lampu hijau kepada gerakan pemisah di negara-negara seperti Sepanyol dan Belgium untuk menuntut hak yang sama.

4. Yuran pelajar: Apakah pelajar-pelajar Inggeris, Welsh dan Irish akan dikenakan yuran sebagai pelajar luar di universiti-universiti Scotland? Buat masa ini tidak kerana Scotland adalah sebahagian dari kesatuan UK tetapi tiada siapa yang tahu jika Scotland memilih untuk merdeka.

5. Stesen Penyiaran BBC: Jika merdeka, Scotland mahu menubuhkan stesen penyiaran mereka sendiri iaitu 'the Scottish Broadcasting Service' atau SBS. Sebagai permulaan SBS mahu mengambil alih aset BBC Scotland dengan bayaran £320 juta ke atas lesen dan juga BBC output. Tetapi tiada siapa yang dapat memberi jawapan sama ada Scotland perlu membayar yuran hak penyiaran untuk program-program popular seperti 'Top Gear', 'Strictly' dan 'Eastenders'.

6. Sukan Olimpik: Naib Presiden Majlis Olimpik Antarabangsa, Sir Craig Reedie menegaskan untuk jangka panjang Scotland boleh menyertai Sukan Olimpik tetapi sudah terlalu lewat untuk menngambil bahagian dalam Sukan Olimpik Rio 2016.

7. Nilai matawang: Tiada siapa yang tahu jenis matawang apakah yang bakal digunakan oleh Scotland yang merdeka. Para pemimpin pro-kemerdekaan tidak dapat memberi kata putus mengenai perkara ini.

8. Angkatan tentera: Scotland perlu membentuk angkatan tenteranya sendiri. Mereka sudah pun menetapkan bajet sebanyak £2.5 bilion untuk pasukan pertahanan berbanding £34 bilion oleh kerajaan UK sekarang. Ini bermakna dengan bajet serendah itu, angkatan tentera Scotland hanya boleh berfungsi pada waktu pejabat sahaja iaitu dari jam 8 pagi hingga 4 petang. Jumlah askar pula ditetapkan seramai 3,500 anggota buat permulaan manakala angkatan udara mereka akan memperolehi 12 jet pejuang canggih Typhoon daripada angkatan udara Britain, enam buah pesawat pengangkut Hercules dan satu skuadron helikopter dengan kekuatan 2,000 anggota. Mana-mana warga Scotland yang kini sedang berkhidmat dalam angkatan tentera Britain akan diberi peluang untuk memilih sama ada untuk terus kekal bersama pasukan Britain atau pulang berkhidmat di Scotland.

9. Senjata nuklear: Buat masa ini terdapat enam kapal selam berkuasa nuklear milik tentera British berpangkalan di Faslane, Scotland. kedua-dua belah pihak masih tidak dapat menentukan di manakah kapalselam berkenaan akan ditempatkan jika Scotland memilih untuk tidak membenarkan ia beroperasi dari pangkalan berkenaan.

10. Bank: Buat masa ini boleh dikatakan kesemua bank yang beroperasi dari Scotland seperti the Royal Bank of Scotland mengancam untuk menarik keluar operasi dan berpindah ke England sepenuhnya kerana Scotland tidak memiliki mata wang sendiri dan bank pusat. Jika ini berlaku tidak kurang dari 15,000 orang akan hilang pekerjaan jika Scotland memilih untuk merdeka.

11. Ahli parlimen Scotland: Buat masa ini ahli-ahli parlimen dari Scotland merupakan sebahagian dari Dewan Rakyat Britain tetapi hanya sehingga Mac 2016 apabila pemerintahan sendiri berkuatkuasa sepenuhnya di Scotland jika mereka memilih untuk merdeka.

12. Bendera Union Jack: Tiada keputusan muktamad apakah bendera Britain akan bertukar wajah jika Scotland merdeka tetapi ada yang mengesyorkan supaya ia dikekalkan untuk mewakili bangsa Scotland yang memilih untuk terus menjadi warga UK.

13. Ketua negara: Bangsa Scotland yang merdeka tidak berhasrat untuk membuang Ratu dan warisnya sebagai ketua negara. Mereka mahu terus kekal di bawah naungan Ratu.

14. Populasi: Jika Scotland memutuskan untuk berpisah, ini bermakna dominasi bangsa Inggeris akan meningkat dari 84 peratus sekarang kepada 92 peratus dari segi populasi.

15. Sertai semula UK: Bolehkah Scotland menyertai semula kesatuan UK jika mereka berpisah sekarang? Kerajaan Britain memberi amaran jika mereka berpisah sekarang, Scotland tidak akan diterima semula sebagai anggota kesatuan pada masa akan datang. Sejarah menunjukkan, tidak ada satu pun daripada 140 buah negara baru yang muncul selepas Perang Dunia Kedua kembali ke negara asal mereka.

16. Lesen memandu: Pemegang lesen memandu UK akan diterima sebagai lesen yang sah di bawah Scotland yang merdeka sementara pembentukan agensi baru yang mengendalikan pengeluaran lesen.

17. Ahli sukan: Ahli sukan diberi hak untuk memilih mewakili negara mana jika Scotland memutuskan untuk memerintah sendiri.

18. Perkhidmatan kereta api dan bas: Akan diteruskan seperti biasa tanpa sebarang gangguan.

19. Produk tempatan: Tidak akan dilabelkan sebagai 'produk UK' lagi selepas kemerdekaan. Sebaliknya akan menggunakan label 'Produk Scotland.' Bagaimanapun pemilik diberi kebebasan untuk meneruskan dengan label yang mereka suka.

20. Harta intelektual: Masih belum ada jawapan yang pasti kerana keanggotaan Scotland yang merdeka di bawah Kesatuan Eropah masih belum muktamad.

21. Pilihan raya umum: Pilihan raya umum Britain dijadualkan berlangsung pada Mei tahun hadapan. Kemerdekaan sepenuhnya untuk Scotland jika mereka mengundi untuk memerintah sendiri hanya akan berkuatkuasa mulai Mac 2016. Ini bermakna jika pilihan raya umum tidak ditangguh dan diteruskan juga tahun depan, rakyat Scotland masih perlu mengundi untuk memilih wakil rakyat mereka bagi Parlimen UK. Buat masa ini Scotland diwakili oleh 59 wakil rakyat dalam Parlimen UK. Bagaimanapun setahun selepas itu wakil rakyat ini dari sudut perundangan tidak sah mewakili kawasan masing-masing di Parlimen UK melainkan mereka diserap secara automatik ke dalam Parlimen Scotland yang baru.