Tentang Diri Saya: Cerita perjalanan seni Nadeera

Mesti klik!

Klik dan daftar! Percuma aje!


Klik dan daftar! Percuma aje!


Jangan tak daftar! Klik di sini dan daftar! Percuma aje!

Sunday, August 2

Cerita perjalanan seni Nadeera

 1

INDUSTRI hiburan semakin meriah dengan kehadiran pendatang baharu berbakat yang selayaknya diketengahkan dan diberi ruang untuk menyerlah. Bagi bintang yang menyerlah menerusi program realiti Mentor Legend, Farah Nadeera Zaini, 22, kisah perjalanan seni merupakan pengalaman berharga yang sewajarnya diceritakan dalam sesebuah lagu.

 

Nadeera yang kini giat mempromosikan single terbaharu, Hasrat hati, memberitahu menerusi lagu tersebut, dia berpeluang berkongsi cerita suka duka bergelar anak seni dalam industri hiburan tempatan bersama peminatnya.

“Lagu ini dicipta komposer terkenal Amirah Ali manakala liriknya ditulis oleh Sulu Sarawak. Menerusi Hasrat hati, saya sekali lagi berpeluang bekerjasama dengan Zainal Abidin selaku penerbit lagu tersebut.

 “Ia mengisahkan tentang diri saya sendiri. Kisah perjalanan kehidupan saya untuk bergelar penyanyi. Bermula dengan memasuki vokal Bukan Sekadar Rupa tetapi tidak berjaya, menghadapi saat sukar apabila ditipu pihak tidak bertanggungjawab sehinggalah disunting abang Zainal menjadi penyanyi,” katanya.

Menurut Nadeera, bergelar anak seni bukan satu perkara mudah kerana banyak pancaroba perlu ditempuhi untuk berjaya. Katanya, dia cukup bernasib baik kerana mendapat bimbingan Zainal Abidin yang juga merupakan guru dalam program realiti tersebut.

“Perjalanan seni semakin senang dengan bantuan Zainal Abidin walaupun sebelum ini pernah ditipu sebanyak empat kali oleh pihak-pihak tertentu. Ada antara mereka yang menyatakan keinginan untuk membantu saya melangkah ke dunia nyanyian namun semuanya sekadar janji-janji kosong sahaja,” ujarnya penyanyi bersuara lantang ini.

Berkongsi pengalaman hitam ketika ingin menyinar dalam bidang nyanyian, Nadeera memberitahu tidak pernah terlintas di fikiran bahawa industri hiburan boleh bertukar menjadi ‘kejam’ dan menakutkan.

“Antara pengalaman yang masih segar dalam ingatan adalah apabila ada pihak-pihak yang menolak bakat saya hanya kerana paras rupa. Mereka melontar kata-kata hinaan dan mengatakan rupa saya tidak boleh dijual.

 “Alhamdulillah saya cukup bernasib baik kerana dikelilingi insan-insan yang tidak putus memberi sokongan dan dorongan termasuk ahli keluarga sendiri,” jelasnya.

Disoal tentang kelainan cuba dibawa dalam industri, Nadeera memberitahu, dia cuba menekankan kemahuan diri sendiri khususnya dalam pemilihan lagu-lagu yang disampaikan.

 “Saya tidak mahu memulakan perjalanan seni dengan menyanyikan lagu-lagu cinta yang sudah banyak dilakukan oleh penyanyi baharu lain. Ini adalah langkah utama agar peminat dapat mengenali siapa saya dan muzik yang cuba dibawakan,” katanya lagi.

Seperti penyanyi lain, Nadeera juga menyimpan hasrat untuk menghadiahkan peminat-peminatnya dengan sebuah album lengkap sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang diterima selama ini.

“Proses penerbitan album sulung saya kini sudah berjalan. Beberapa lagu masih lagi dalam proses rakaman. Album itu dijangka siap dan dilancarkan selepas sambutan Hari Raya atau penghujung tahun nanti.

“Ia mengandungi lima lagu. Untuk buah tangan pertama, saya selesa membawakan lagu-lagu berkonsepkan balada dan world music,” tambahnya. - AL FAIZAL

No comments:

Post a Comment