Tentang Diri Saya

Mesti klik!

Klik dan daftar! Percuma aje!


Klik dan daftar! Percuma aje!


Jangan tak daftar! Klik di sini dan daftar! Percuma aje!

Thursday, August 29

Lincah atas jalan, padang


BERLATIH setiap Selasa di Shah Alam.


Minat yang mendalam terhadap sukan 'flag football' membolehkannya mengembangkan potensi kepada umum.

Sania Nazira Mohamed Nasir, 33, mula aktif dengan sukan yang agak 'rare' itu di negara ini sejak lapan tahun lalu dan kini mewakili kelab Malaysia dalam beberapa kejohanan antarabangsa.

Saturday, July 27

Olimpik Paris 2024 dah mula!

 




Awal pagi tadi, jam 1.25 pagi menandakan bermulanya upacara perasmian Sukan Olimpik Musim Panas ke-33. Upacara perasmian sesebuah kejohanan sukan ternama biasanya dilangsungkan di dalam stadium tetapi buat kali pertama dalam sejarah Sukan Olimpik Musim Panas, ia berlangsung di luar stadium dengan kira-kira 7,000 atlet dibawa menyusuri Sungai Seine, Paris dengan bot. Temasya tersebut merupakan yang pertama seumpamanya setelah kurang dari empat tahun Olimpik Musim Panas edisi sebelumnya yang ditangguhkan setahun akibat pandemik Covid-19. Sukan Olimpik kali ini merupakan kali ketiga ia berlangsung di Paris selepas tahun 1900 dan 1924.

Sukan Olimpik Musim Panas kali ini juga merupakan yang pertama pascapandemik Covid-19 yang meragut jutaan nyawa manusia di seluruh dunia. Ia juga merupakan Olimpik pertama dalam rekod apabila berjaya mencapai jumlah sama antara atlet lelaki dan wanita.

Daripada keseluruhan 10,500 atlet yang bertanding, 5,250 adalah atlet lelaki manakala 5,250 lagi adalah atlet wanita.

Kepada yang sedang menonton Olimpik secara langsung, selamat menonton Sukan Olimpik Musim Panas ke-33 yang berlangsung hingga 12 Ogos (waktu Malaysia)! Majulah sukan untuk negara.

Thursday, May 4

Kendali kes pelik


"Saya masih ingat lagi ketika perlu mengira nilai ikan koi untuk anak guam bagi tuntutan harta sepencarian. Kedengaran lucu tetapi itulah hakikatnya apabila kita bercerita mengenai hak selepas bercerai.

Saturday, March 11

Momen paling ‘sweet’ dapat jadi pilot suami pergi Langkawi! Juruterbang wanita ini kongsi perjalanan kerjaya awan biru


Wanita bijak membahagikan masa antara kerjaya dan rumah tangga.


PERJALANAN
beribu batu bermula dengan satu langkah.

Begitulah kisahnya bagi wanita besi ini yang akhirnya berjaya menggapai cita-citanya dalam bidang penerbangan.

Bermula sebagai seorang jurutera pesawat di hangar AirAsia, kini Puteri Anggia Hamzah, 35, megah menggalas tanggungjawab mengemudi kapal terbang menyusuri awan biru.


Friday, December 30

Capai kejayaan hasil perkongsian rezeki

Ahli perniagaan, Fida Ramli ketika ditemui di Fida Ramli Legacy di Prima Gombak baru-baru ini.


MELIHAT pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapanya ketika kecil bagi membesarkan mereka sekeluarga ternyata telah menyuntik semangat Fida Ramli, 31.

Sejak itu, dia menyimpan hasrat untuk berjaya serta memberi kesenangan kepada kedua-dua orang tuanya apabila telah dewasa.

Selamat tinggal Pele....

Pele

Lagenda bolasepak dunia dan juga Brazil, Edson Arante Do Nascimento, atau lebih dikenali sebagai PELE meninggal dunia semalam 29 Disember 2022 pada usia 82 tahun.



Antara perlawanan yang diingati pastinya perlawanan Piala Dunia 1970 ketika beliau membantu Brazil menjadi juara Piala Dunia mengalahkan pasukan Itali 4-1 dan Pele merupakan salah sorang penjaring gol dalam perlawanan tersebut.

RIP Pele (1940-2022)

Monday, December 19

Argentina juara Piala Dunia ke-22!



Penantian selama 36 tahun telah berakhir! Bekas juara Piala Dunia dua kali, Argentina akhirnya merangkul kejuaraan ketiga setelah membenam penyandang juara Perancis menerusi penalti 4-2 setelah terikat 3-3. Tahniah diucapkan kepada Argentina! Piala Dunia ke-22 kali ini merupakan kali ketiga juara Piala Dunia ditentukan menerusi penalti selepas 1994 di Amerika Syarikat dan 2006 di Jerman.

Argentina merupakan negara keempat menjuarai Piala Dunia di luar benua selepas Brazil pada 1958, Sepanyol pada 2010 dan Jerman pada 2014.

Dengan keputusan ini maka berakhirlah kejohanan bola sepak Piala Dunia edisi ke-22 Qatar 2022 dan semoga bertemu lagi di Piala Dunia ke-23 Kanada-Amerika Syarikat-Mexico 2026! Jumpa lagi. Majulah sukan untuk negara.


Sunday, December 18

Argentina lwn Perancis - Penutup tirai Piala Dunia ke-22 malam ini!

Pasukan manakah yang akan bergelar juara Piala Dunia ke-22 kali ini? Tidak kira sama ada Argentina ataupun Perancis yang akan merangkul trofi Piala Dunia bagi edisi kali ini, bersamaan dengan obor Olimpik dipadamkan menandakan tamatnya temasya keraian sukan bola sepak Piala Dunia edisi ke-22 di Qatar. Kebetulannya merupakan tarikh istimewa di mana rakyat Qatar beraya sempena Hari Kebangsaan negara itu. Seluruh dunia termasuk Malaysia dah tak sabar rasanya untuk menikmati aksi penutup tirai Piala Dunia kali ini yang bermula jam 11.00 malam ini.

Tahniah diucapkan buat pasukan Croatia kerana meraih tempat ketiga (pingat gangsa) setelah menewaskan Maghribi 2-1 yang akhirnya disahkan sebagai pasukan Afrika dan Arab pertama menamatkan saingan Piala Dunia di tempat keempat.

Kepada semua rakyat Malaysia yang ingin menonton aksi penutup tirai Piala Dunia ke-22, selamat menikmati Piala Dunia ke-22 buat hari yang terakhir. Semoga bertemu lagi di Piala Dunia ke-23 Kanada-Amerika Syarikat-Mexico 2026! Jumpa lagi. Majulah sukan untuk negara.

Monday, December 12

Maghribi sah pasukan Afrika pertama layak ke separuh akhir Piala Dunia!

Pasukan Maghribi akhirnya mara ke separuh akhir Piala Dunia ke-22 setelah menang mengejut 1-0 ke atas Portugal pada Sabtu lalu.


Maghribi melakar rekod sebagai pasukan Afrika pertama layak ke separuh akhir dalam sejarah Piala Dunia sepanjang 92 tahun kewujudannya, sesudah menumbangkan pasukan pilihan Portugal dengan jaringan 1-0. Negara tersebut juga merupakan negara Arab pertama layak ke separuh akhir Piala Dunia, akan tetapi ia bukanlah kali pertama sesebuah negara Islam mara ke separuh akhir yang mana kali terakhir negara Islam layak ke separuh akhir Piala Dunia adalah pada 2002 yang mana pasukan Turki dikecewakan oleh Brazil yang akhirnya menjuarai Piala Dunia ke-17 Korea Selatan-Jepun 2002.

Pada perlawanan suku akhir Maghribi-Portugal tempoh hari, bendera Jalur Gemilang berkibar dalam Stdium Al Thumama dikibarkan oleh salah seorang hadirin dari Malaysia. Kibaran Jalur Gemilang dalam stadium berkenaan tanpa disangka-sangka membawa kekalahan mengejut Portugal di tangan Maghribi 1-0 yang akhirnya menyebabkan pemain-pemain Portugal termasuk Cristiano (Ronaldo) menangis selepas tumbang mengejut dalam perlawanan berkenaan.

Maghribi akan bertemu penyandang juara Perancis pada 15 Disember ini jam 3.00 pagi waktu Malaysia dan akan disiarkan secara langsung oleh RTM (saluran 110/102 MYTV dan 146/102 Astro) dan Astro.

Selamat menikmati Piala Dunia ke-22 buat minggu terakhir!

Saturday, December 10

Brazil akhirnya tumbang di tangan Croatia!


Bekas juara Piala Dunia lima kali, Brazil akhirnya tersungkur di tangan Croatia menerusi penalti 4-2 selepas seri 1-1 dalam aksi suku akhir Piala Dunia ke-22 kali ini. Kekalahan mengejut Brazil di tangan Croatia berpunca daripada sumpahan kucing yang dilemparkan oleh pegawai media Brazil. Diminta kepada semua penggemar bola sepak khasnya dan sukan amnya yang budiman tolong jangan mengutuk dan mencemuh (boo) pemain-pemain Brazil sebab mereka tidak bersalah dalam hal ini.

Sebelum ini, pasukan Brazil tidak pernah kalah di tangan Croatia dalam sejarah Piala Dunia dan saya kira ini merupakan kali pertama bekas juara Piala Dunia lima kali itu tewas di tangan Croatia.

Jangan tak tahu, Cameroon merupakan pasukan Afrika pertama menewaskan Brazil dalam sejarah Piala Dunia. Cameroon menewaskan Brazil 1-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan G pusingan pertama tempoh hari.


Inilah hadirin pada perlawanan suku akhir Piala Dunia ke-22 membabitkan Croatia-Brazil.

Semoga insiden ini dijadikan teladan buat pegawai media khasnya agar tidak mencontohi pegawai media Brazil. Buat semua penggemar bola sepak termasuk yang budiman, selamat menikmati Piala Dunia yang masih lagi berlangsung!

Wednesday, November 30

Sah, tuan rumah Qatar tersingkir di pusingan pertama Piala Dunia ke-22!

Tuan rumah Piala Dunia ke-22, Qatar sah menjadi tuan rumah kedua tersingkir di pusingan pertama kejohanan berkenaan setelah tewas ketiga-tiga perlawanan di tangan Ecuador (2-0), Senegal (3-1) dan Belanda (2-0) tanpa meraih sebarang mata. Piala Dunia kali ini merupakan kali pertama sesebuah pasukan tuan rumah tewas dalam aksi pembuka tirai kejohanan berkenaan tempoh hari.

Ini merupakan kali kedua sesebuah pasukan tuan rumah Piala Dunia selepas Afrika Selatan 2010. Biarpun tuan rumah tersingkir di pusingan pertama, mereka sudah sedaya upaya untuk buat yang terbaik dalam kejohanan Piala Dunia kali ini. Semoga bola sepak di negara teluk itu sentiasa membangun dan maju.

Sunday, November 20

Piala Dunia datang lagi! (2022) - Bhg. 3 (akhir)

Tinggal beberapa jam sahaja lagi sepak mula Piala Dunia ke-22 akan berlangsung membabitkan tuan rumah Qatar yang buat kali pertama beraksi di pentas Piala Dunia dengan pasukan Ecuador yang akan bermula jam 12.00 tengah malam ini waktu Malaysia dan akan disiarkan secara langsung menerusi TV2, TV Okey dan Astro. Sebelum perlawanan bermula, upacara pembukaan akan berlangsung bermula jam 10.30 malam di Astro dan 10.45 malam menerusi TV Okey.

Selamat menikmati kejohanan bola sepak Piala Dunia ke-22 bermula hari ini hingga 18 Disember! Makan Piala Dunia, tidur Piala Dunia, sembang Piala Dunia, semuanya pasal Piala Dunia.

Thursday, November 17

Piala Dunia datang lagi! (2022) - Bhg. 2

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kejohanan bola sepak Piala Dunia ke-22 akan berlangsung.

Ingatkan program realiti nyanyian terbitan Astro iaitu Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) dah habis minggu ini tetapi dilanjutkan sehingga minggu depan susulan kemenangan rancangan tersebut dalam Anugerah Seri Angkasa 2022 menerusi kategori Muzikal Terbaik tempoh hari. Sah-sah GV9 akan jadi mangsa kejohanan bola sepak Piala Dunia ke-22 senasib dengan Akademi Fantasia 4 (AF4) pada 2006 dahulu. Ini mesti permainan Astro kan. Nampak gayanya yang ingin menonton Piala Dunia ke-22 terpaksa bergegas ke kedai/restoran mamak yang menayangkan kesemua perlawanan tersebut secara langsung kerana kebanyakan kedai/restoran mamak tidak pernah menayangkan rancangan realiti hiburan macam ini apabila mereka yang ada Astro dan melanggan saluran sukan pasti menayangkan bola secara langsung. Kalau Sukan Olimpik, mereka akan menayangkannya secara langsung. Kalau bukan musim Sukan Olimpik atau bola sepak Piala Dunia pun, mereka akan menayangkan bola Liga Luar Malaysia khasnya. Saya lebih bersetuju dan berkenan dengan sikap kebanyakan kedai/restoran mamak yang tidak menayangkan sebarang jenis rancangan realiti hiburan baik tempatan ataupun luar negara.

Satu lagi, sehari sebelum saingan Piala Dunia ke-22 bermula, rakyat Malaysia akan menunaikan tanggungjawab kepada negara pada 19 November ini sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan keluar/turun mengundi. Undi adalah rahsia. Kita jaga rahsia kita. Kita jaga privasi kita.

bersambung...

Thursday, October 27

Piala Dunia datang lagi! (2022) - Bhg. 1

Logo rasmi Piala Dunia ke-22


Piala Dunia datang lagi! Biasanya kejohanan bola sepak terpenting di dunia anjuran FIFA diadakan pada bulan Jun hingga Julai (kadangkala bermula Mei). Untuk kali pertama dalam sejarah Piala Dunia, ia akan diadakan di luar musim panas, julung-julung kali di Timur Tengah, Asia Barat dan juga pertama kali dilangsungkan di negara Islam selain kali kedua diadakan di benua Asia selepas Korea Selatan-Jepun pada 2002 lalu. Berlangsung dari 20 November hingga 18 Disember ini.

Istimewanya, dalam tempoh 92 tahun sejak kewujudan temasya bola sepak Piala Dunia pada 1930, Qatar dipilih sebagai tuan rumah bagi edisi ke-22 kali ini yang mana sebelumnya Qatar tidak pernah sekalipun mara ke pusingan akhir temasya tersebut dan ini merupakan penampilan pertama Qatar di pentas Piala Dunia kali ini di halaman sendiri. Jom baca senarai negara yang layak ke pusingan akhir Piala Dunia kali ini: -



Perlawanan pembuka tirai Piala Dunia ke-22 kali ini akan berlangsung pada 20 November ini menjelang tengah malam waktu Malaysia membabitkan tuan rumah Qatar dengan Ecuador dan akan disiarkan secara langsung di RTM dan Astro. Manakala aksi penutup tirai akan berlangsung pada 18 Disember ini jam 11.00 malam waktu Malaysia.

Apa yang meresahkan bagi yang tidak ada Astro, RTM hanya menyiarkan 27 perlawanan Piala Dunia kali ini secara langsung. Mana-mana perlawanan yang ingin ditonton tiada di mana-mana saluran percuma jawapannya pergi ke kedai mamak atau mana-mana rumah yang ada Astro. Yang ada Astro termasuk Njoi pastinya beruntung kerana dapat menonton kesemua 64 perlawanan secara langsung. Iyalah, syarikat rokok tidak dibenarkan menaja sebarang siaran sukan bermula 2003 lalu.


bersambung...

Sunday, June 19

TV Pendidikan kini 50 tahun!

Jika malam semalam Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi, pelakon dan pelawak merangkap bekas pemenang Juara Lagu TV3 menerusi lagu Terlalu Istimewa, Allahyarham Adibah Noor menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit kanser ovari. Saya pun turut sama terkejut mendengar berita tersebut yang saya sangkakan ia adalah berita palsu, tetapi rupa-rupanya sahih apabila berita berkenaan disahkan oleh pelakon seksi Emylia Rosnaida iaitu isteri kepada bekas anggota kumpulan rap 90-an 4U2C, Datuk AC Mizal. Terima kasih atas pengesahan dan takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Adibah Noor. Al-Fatihah.

Thursday, May 12

Sukan SEA ke-31 yang ditangguhkan bermula hari ini!

 

Logo rasmi Sukan SEA ke-31.



Buat kali pertama dalam rekod penganjuran Sukan SEA sejak 1959, Sukan SEA yang sepatutnya berlangsung di Vietnam dari 21 November hingga 2 Disember tahun lalu tetapi temasya bagi edisi ke-31 ini bermula hari ini sehingga 23 Mei ini. Jangan tak tahu, Sukan SEA yang ketika itu dikenali sebagai Sukan SEAP (SEAPG) pernah ditangguhkan selama dua tahun yang mana temasya SEAPG ke-3 sepatutnya diadakan di Kemboja pada 1963 tetapi disebabkan isu politik domestik, penganjuran SEAPG ke-3 hanya diadakan pada 1965 dan Malaysia dipilih sebagai pengganti bagi edisi ke-3 temasya tersebut. Ini bermakna temasya Sukan SEA sudah dua kali ditangguhkan kali pertama disebabkan isu politik domestik dan kali ini disebabkan pandemik Covid-19 yang sudahpun meragut jutaan nyawa di seluruh dunia sejak awal 2020 lagi. Selamat menikmati Sukan SEA ke-31 yang berlangsung sehingga 23 Mei ini!

Monday, April 18

Musim perayaan besar bukan pesta mercun dan bunga api!

Mencari titik kesudahan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/gambarhiasan232_1650232807.jpg
 

Insiden seorang warga emas yang cedera selepas balingan mercun meletup dalam kejadian di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Bonus baru-baru ini membuktikan anggota masyarakat kita masih sukar untuk meninggalkan budaya bermain mercun pada setiap musim perayaan. Menurut laporan, mangsa mengalami pendarahan telinga di samping hilang pendengaran selama beberapa jam akibat letupan berkenaan.

Saturday, March 12

'Dah macam keluarga'

DRAMA Hati Yang Dikhianati (HYD) memecah rekod sebagai drama berdurasi satu jam paling panjang ditayangkan di Astro Prima sebanyak 146 episod.

Episod 138 drama itu yang bersiaran pada 8 Mac lalu mencatat rekod baru di saluran itu sebagai drama rantaian satu jam paling panjang sejak penubuhan slot Tiara.

Friday, March 11

Rekod "Memori Cinta Suraya" tergugat dengan "Hati Yang Dikhianati"!

Drama rantaian satu jam (termasuk waktu iklan) Hati Yang Dikhianati telah melewati kemuncak dalam penceritaan lebih 100 episod dan melabuhkan tayangan dengan lebih 145 episod.

Malah pada episod ke-138 yang ditayangkan pada 8 Mac lalu, ia mencatat rekod baru dalam Astro Prima sebagai drama rantaian satu jam (termasuk waktu iklan) yang paling panjang sejak kewujudan slot Tiara.

Drama adaptasi telenovela terkenal Venezuela Mis Tres Hermanas berkenaan dibintangi oleh Amar Bahaarin, Isyariana, Mona Allen, Zamarul Hisham dan ramai lagi disuntik dengan kehadiran Elizad Sharifuddin dan Iqram Dinzly pada episod 100 ke atas juga membawa perubahan besar pada cerita dan takdir setiap watak.

Hati Yang Dikhiati berjaya sehingga 146 episod mengatasi Memori Cinta Suraya dengan 137 episod, kedua-duanya adalah kepunyaan Global Station dan disiarkan di saluran yang sama, Astro Prima.

Tahniah buat pihak Global Station!

Tuesday, March 8

Tragedi MH370 kini 8 tahun! (Bhg. 3)


Hari ini genap lapan tahun tragedi kehilangan pesawat MH370 kepunyaan Malaysia Airlines. Semua dah tahu, tarikh ini sejak 2014 adalah tarikh berlakunya tragedi tersebut secara tiba-tiba. Selamat menyambut ulangtahun tragedi MH370 ke-8 buat semua waris mangsa tragedi tersebut.

Bagi kalangan wanita dan juga yang mempunyai rakan wanita, tidak perlu tunggu 8 Mac setiap tahun sebab hari-hari kita boleh hargai wanita dan lelaki setiap hari, setiap masa, 365 hari setahun. Sebagai rakyat Malaysia yang tulen, cukuplah Hari Merdeka dan Hari Malaysia sahaja dan tidak perlu sambut hari-hari khusus seperti demikian.