Piala Dunia datang lagi! Biasanya kejohanan bola sepak terpenting di dunia anjuran FIFA diadakan pada bulan Jun hingga Julai (kadangkala bermula Mei). Untuk kali pertama dalam sejarah Piala Dunia, ia akan diadakan di luar musim panas, julung-julung kali di Timur Tengah, Asia Barat dan juga pertama kali dilangsungkan di negara Islam selain kali kedua diadakan di benua Asia selepas Korea Selatan-Jepun pada 2002 lalu. Berlangsung dari 20 November hingga 18 Disember ini.
Istimewanya, dalam tempoh 92 tahun sejak kewujudan temasya bola sepak Piala Dunia pada 1930, Qatar dipilih sebagai tuan rumah bagi edisi ke-22 kali ini yang mana sebelumnya Qatar tidak pernah sekalipun mara ke pusingan akhir temasya tersebut dan ini merupakan penampilan pertama Qatar di pentas Piala Dunia kali ini di halaman sendiri. Jom baca senarai negara yang layak ke pusingan akhir Piala Dunia kali ini: -
Perlawanan pembuka tirai Piala Dunia ke-22 kali ini akan berlangsung pada 20 November ini menjelang tengah malam waktu Malaysia membabitkan tuan rumah Qatar dengan Ecuador dan akan disiarkan secara langsung di RTM dan Astro. Manakala aksi penutup tirai akan berlangsung pada 18 Disember ini jam 11.00 malam waktu Malaysia.
Apa yang meresahkan bagi yang tidak ada Astro, RTM hanya menyiarkan 27 perlawanan Piala Dunia kali ini secara langsung. Mana-mana perlawanan yang ingin ditonton tiada di mana-mana saluran percuma jawapannya pergi ke kedai mamak atau mana-mana rumah yang ada Astro. Yang ada Astro termasuk Njoi pastinya beruntung kerana dapat menonton kesemua 64 perlawanan secara langsung. Iyalah, syarikat rokok tidak dibenarkan menaja sebarang siaran sukan bermula 2003 lalu.
bersambung...
No comments:
Post a Comment