Tentang Diri Saya: TV Pendidikan kini 50 tahun!

Mesti klik!

Klik dan daftar! Percuma aje!


Klik dan daftar! Percuma aje!


Jangan tak daftar! Klik di sini dan daftar! Percuma aje!

Sunday, June 19

TV Pendidikan kini 50 tahun!

Jika malam semalam Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi, pelakon dan pelawak merangkap bekas pemenang Juara Lagu TV3 menerusi lagu Terlalu Istimewa, Allahyarham Adibah Noor menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit kanser ovari. Saya pun turut sama terkejut mendengar berita tersebut yang saya sangkakan ia adalah berita palsu, tetapi rupa-rupanya sahih apabila berita berkenaan disahkan oleh pelakon seksi Emylia Rosnaida iaitu isteri kepada bekas anggota kumpulan rap 90-an 4U2C, Datuk AC Mizal. Terima kasih atas pengesahan dan takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Adibah Noor. Al-Fatihah.


Tetapi hari ini merupakan genap 50 tahun kewujudan TV Pendidikan yang dikelolakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) yang sebelumnya dikenali sebagai Perkhidmatan Sebaran Pendidikan (PSP). Sambutan ulang tahun TV Pendidikan nampaknya agak jarang diwar-warkan oleh pelbagai pihak. Jika sekiranya TV Pendidikan masih bersiaran secara terus-menerus sama ada daripada BTP sendiri ataupun menumpang di mana-mana syarikat penyiaran utama macam dahulu tidak salah rasanya BTP mempromosikan sambutan ulang tahun TV Pendidikan pada 19 Jun setiap tahun termasuk sambutan Jubli Emas TV Pendidikan tahun ini.

Sepanjang kewujudan TV Pendidikan yang menumpang di RTM dahulu dari 1972 hingga 1999, saya kadangkala berkesempatan untuk menonton siaran tersebut. Yang menaiknya langsung tidak ada rehat untuk iklan tetapi iklan yang kebanyakannya adalah daripada pihak kerajaan yang hanya disiarkan di antara dua slot program dalam TV Pendidikan.

Rancangan yang tidak harus saya lupakan adalah candawara Bina Minda dan Zon Ilmu, selain kapsul Alam Haiwan yang bersiaran hanya beberapa minit. Asal selingan di antara dua slot program kadangkala ada muzik video di siaran sama termasuk lagu khusus untuk Sukan Komanwel ke-16 pada 1998. Lagu tersebut kebetulannya adalah untuk memeriahkan lagi temasya tersebut dari 11 hingga 21 September tahun itu. Sepanjang temasya berkenaan berlangsung, siaran TV Pendidikan menumpang di RTM melalui saluran TV2 bercuti dan berehat dan kembali bersiaran selepas tamatnya temasya itu selain rancangan-rancangan yang biasa disiarkan RTM berhenti rehat sepanjang temasya berkenaan.

Lagi satu, lagu kempen jaga kebersihan pernah juga disiarkan di TV Pendidikan ini dan saya pernah juga menontonnya. Antara lirik berbunyi: -

Mari kita bekerjasama
Menjaga kebersihan
Walaupun di mana kita berada
Bersama menjayakan


Lagu tersebut tidak jemu-jemu didengar berulang kali walaupun ia adalah lagu kempen.

Menjelang hujung Disember 1999, siaran TV Pendidikan tidak lagi menumpang di RTM dan akan disiarkan di Astro secara terus-menerus dari 2000 hingga 2006. Selepas itu, TV Pendidikan kembali ke saluran percuma dengan menumpang di saluran TV9 kelolaan Media Prima (MPB) dari 2007 hingga 2008. Siaran TV Pendidikan di TV9 sepanjang tempoh itu bersiaran dari Isnin hingga Jumaat dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Lagi bagus kalau siaran TV Pendidikan berdiri sendiri sebagai sebuah saluran. Harapnya jika ada saluran TV Pendidikan tersendiri tidak perlu adanya waktu rehat untuk iklan seperti kebanyakan saluran lain. Siaran digital MYTV sudah ada, jadi kepada pihak BTP, dapatlah menggunakan platform myFreeview untuk siaran TV Pendidikan yang lebih jelas tidak seperti zaman analog yang kadangkala ada bintik-bintik ataupun gangguan siaran.

Buat masa ini, siaran DidikTV boleh diikuti melalui saluran 107 MYTV selain segmen Kelas@Rumah melalui TV Okey (saluran 110 MYTV), RTM dan bersiaran setiap hari jam 9.00 pagi dan 1.00 petang masing-masing bersiaran selama sejam.

Semoga TV Pendidikan yang akan dikembalikan secara terus-menerus daripada BTP nanti akan mengembalikan minat untuk belajar bersama TV Pendidikan. Selamat menyambut ulang tahun ke-50 TV Pendidikan!

No comments:

Post a Comment