Mesti klik!
Klik dan daftar! Percuma aje!

Klik dan daftar! Percuma aje!

Jangan tak daftar! Klik di sini dan daftar! Percuma aje!

Klik dan daftar! Percuma aje!

Jangan tak daftar! Klik di sini dan daftar! Percuma aje!
Thursday, October 10
Utusan-Kosmo dah berkubur. R.I.P Utusan-Kosmo
Semalam tanggal 9 Oktober (Rabu) merupakan hari terakhir akhbar harian popular Malaysia, iaitu Utusan Malaysia (pada hari Ahad diberi nama Mingguan Malaysia) dan Kosmo! diterbitkan, kedua-duanya adalah naungan Kumpulan Utusan dan ini bermakna, mulai hari ini dua akhbar tersebut tidak lagi diterbitkan setelah 80 tahun akhbar Utusan Malaysia diterbitkan. Manakala akhbar Kosmo! yang sudah berusia 15 tahun sejak kewujudannya pada Ogos 2004 lalu turut menamatkan riwayatnya.
Serentak dengan itu, laman sesawang bagi kedua-dua akhbar popular tersebut tidak lagi boleh diakses bermula hari ini juga. Ini bermakna pelayar-pelayar yang budiman, hanya boleh melayari laman-laman sesawang akhbar popular Malaysia lain termasuk Berita Harian.
Semoga kedua-dua akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! bersemadi dengan tenang. Selamat tinggal Utusan-Kosmo!
Label:
Akhbar,
Kosmo!,
Kumpulan Utusan,
Utusan Malaysia
Tuesday, October 1
Isekai Cheat Magician yang tidak harus dilupakan
Isekai Cheat Magician
Genre: Aksi, Fantasi, Isekai
Bilangan episod: 12 x 30 minit (termasuk waktu iklan)
Siaran pertama: 10 Julai hingga 25 September 2019
Studio animasi: Encourage Films
----------------------------------
Untuk makluman, anime Isekai Cheat Magician terlebih dahulu bermula dengan rantaian novel terbitan 2012, kemudiannya diadaptasi ke dalam medium manga pada Disember 2016 dan barulah ia dijadikan anime berkenaan bermula 10 Julai hingga 25 September lalu. Anime tersebut berunsur aksi dan fantasi ini diterbitkan oleh produksi Encourage Films. Anime ini juga merupakan antara anime yang berjumlah 12 atau 13 episod yang tidak harus dilupakan.
Sunday, September 29
Granbelm yang tidak harus dilupakan...
Granbelm
Genre: Aksi, Mecha
Bilangan episod: 13 x 30 minit (termasuk waktu iklan)
Siaran pertama: 5 Julai hingga 26 September 2019
Studio animasi: Nexus
------------------------------------
Anime Granbelm adalah antara anime yang tidak harus dilupakan. Anime tersebut berunsur aksi dan antara anime yang berjumlah 12 atau 13 episod yang perlu korang tonton semula apabila anime ini sudah habis. Ia bersiaran dari 5 Julai sehingga 26 September 2019. Diterbitkan oleh studio animasi Nexus. Mengandungi 13 episod kesemuanya. Anime ini selalu keluar setiap awal pagi Sabtu kecuali episod kemuncaknya pada awal pagi Jumaat sepanjang suku ketiga 2019. Opening dan ending theme bagi anime ini agak mudah difahami dari segi melodi lagu berkenaan. Tonggak utama anime ini ialah Mangetsu Kohinata dan Shingetsu Erneta Fukami.
Label:
Anime,
Granbelm,
Nexus (studio animasi)
Saturday, September 28
Do You Love Your Mom and Her Two-Hit Multi-Target Attacks? dah habis! Eloklah anime ini dah habis..
Do You Love Your Mom and Her Two-Hit Multi-Target Attacks?
Genre: Fantasi, Pengembaraan
Bilangan episod: 12 x 30 minit (termasuk waktu iklan)
Siaran pertama: 13 Julai hingga 28 September 2019
Studio animasi: J.C. Staff
-------------------------------------
Anime Do You Love Your Mom and Her Two-Hit Multi-Target Attacks? dikenali dengan judul asalnya Tsūjou Kōgeki ga Zentai Kōgeki de ni Kai Kōgeki no Okā-san wa Suki Desuka? adalah antara anime yang menggunakan judul yang agak panjang. Anime tersebut merupakan adaptasi daripada novel ringan terbitan 2017 yang kenudiannya diadaptasi ke dalam medium manga pada tahun yang sama dan barulah ia dijadikan anime ini di bawah kelolaan J.C. Staff dari 13 Julai sehingga hari ini. Bersiaran sebanyak 12 episod dan antara anime 12/13 episod yang tidak harus dilupakan oleh mereka yang menontonnya. Anime inilah yang selalu keluar setiap Sabtu sepanjang suku ketiga tahun 2019.
Wednesday, September 4
ONE PIECE kini sudah mencecah episod ke-900!
One Piece
Untuk makluman anda, anime One Piece terbitan Toei Animation sudah mencecah episod ke-900 pada Ahad lalu sejak ia mula bersiaran di Jepun pada 20 Oktober 1999. Anime tersebut merupakan adapatasi daripada manga berjudul sama hasil garapan Eiichiro Oda. Anime ini sebenarnya pernah bersiaran di saluran ntv7 (dengan alihsuara Bahasa Melayu) dan Astro Ceria tetapi tidak lama.
Monday, June 17
Budaya filem Indonesia di Malaysia
ANTARA memori
pengalaman penontonan filem ketika kanak-kanak yang sukar dipadam dari
relung ingatan penulis adalah konsumsi begitu banyak filem Indonesia,
sama ada di pawagam, kaca televisyen atau menerusi pita video (VHS).
Filem-filem Indonesia membanjiri pawagam di Malaysia sepanjang era
1970-an dan 1980-an (1980-an dianggap ‘era emas’ sinema Indonesia).
Filem Indonesia sudah mula ditayangkan di Tanah Melayu dan Singapura
semenjak era 1930-an lagi. Sebelum menerbitkan filem-filem Melayu, pihak
Shaw Brothers di Singapura membawa masuk filem-filem Indonesia yang
menyasarkan khalayak Melayu. Antara yang mendapat sambutan adalah Terang
Boelan (1937) yang kemudiannya menginspirasikan penghasilan filem-filem
Melayu di Singapura. Selain itu, syarikat produksi Cina yang aktif di
Indonesia memutuskan untuk membina prasarana produksi di Singapura pada
tahun 1938.
Sekitar
awal 1970-an, pengakhiran sistem studio dan kekurangan filem-filem
Melayu telah menggesa syarikat-syarikat pengedaran filem untuk membeli
dan mengedar filem-filem Indonesia yang dianggap substitute terbaik bagi
filem-filem Melayu. Seperti dilaporkan, khalayak filem Melayu mula
beralih arah kepada filem-filem Indonesia. Antara lain, elemen warna dan
format widescreen yang menjadi tarikan utama.
Justeru
filem-filem Indonesia menawan bukan sahaja pawagam-pawagam milik Shaw
Brothers dan Cathay Organisations tetapi juga pawagam-pawagam milik
syarikat persendirian yang terdapat di bandar dan pekan tertentu.
Contohnya, Panggung Ampang Park dan Pawagam P. Ramlee, KL. Manakala
pawagam-pawagam yang khusus menayangkan filem Melayu (seperti Coliseum
KL dan Dalit Komtar-Pulau Pinang) turut menayangkan filem Indonesia
sewaktu ketiadaan filem Melayu di pasaran.
Penerbit
filem Indonesia turut memainkan peranan dalam membantu menjayakan
syarikat-syarikat filem bumiputera di Malaysia. Perfima (Perusahaan
Filem Malaysia) yang ditubuhkan pada 1970 sebagai penerbit, pengedar dan
pemamer filem dibantu suntikan modal daripada produser dan sutradara
Indonesia, Turino Djunaidy. Antaranya persetujuan Perfima adalah untuk
mengedarkan dua filem Indonesia, Kabut Bulan Madu (1972) dan Wajah
Seorang Laki-Laki (1971) di Malaysia. Selepas Perfima, syarikat lain
mula muncul untuk mengedarkan filem-filem Indonesia di Malaysia dan
menayangkan filem-filem ini di rangkaian pawagam persendirian.
Filem
seperti Penangkal Ilmu Teluh (1979) dan Cubit-Cubitan (1979) menjadi
fenomena budaya kerana ditayangkan berbulan lamanya di Kuala Lumpur.
Dicky Zulkarnaen, Ratno Timoer, Farouk Afero, Sophian Sophaan, Roy
Marten, Lenny Marlina, Widyawati, Jenny Rachman, Yati Octavia,
kesemuanya tampil popular di Malaysia justeru menjadikan mereka bintang
filem transnasional.
Kesempatan ini
kemudian diambil oleh syarikat produksi tempatan membawa masuk
bintang-bintang Indonesia membintangi filem-filem Melayu. Sabah Film
Productions umpamanya, menggandingkan Broery Marantika bersama Sharifah
Aini dalam Hapuslah Air Matamu (1976) dan mengundang Farouk Afero untuk
filem Pendekar (1977). Majalah-majalah hiburan popular seperti Majalah
Filem, Utusan Filem & Fesyen (UFF) dan URTV tidak pernah ketinggalan
memberikan liputan kepada bintang Indonesia, selain mempromosikan filem
Indonesia terkini. Malah, filem-filem Indonesia turut dijadikan objek
penelitian atau ulasan para pengulas dan pengkritik filem di Malaysia.
Filem-filem
muzikal-melodrama ‘dangdut’, seperti Begadang (1978), Badai di Awal
Bahagia (1981), Kerinduan (1979), Cubit-Cubitan, yang menampilkan Rhoma
Irama dan Elvy Sukaesih merupakan genre yang digemari. Filem-filem ini
turut mempopularkan lagu runut bunyi dan muzik dangdut. Jika Rhoma Irama
sinonim dengan genre muzikal dangdut, bintang lain muncul popular
menjadi ikon dan genre filem tertentu; Suzzanna (seram-mistik), Barry
Prima (aksi-pertarungan) dan Benjamin S. (komedi). Ramai bintang
terkenal era 1980-an dikaitkan dengan genre melodrama romantis atau
‘filem remaja’. Antaranya Rano Karno, Lydia Kandou, Herman Felani,
Meriam Bellina, Marissa Haque, Rico Tampatty dan Ray Sahetapy.
Filem-filem
Indonesia ketika itu turut diraikan stesen televisyen seperti RTM
(melalui saluran TV1) menerusi slot seperti Tayangan Gambar Indonesia (alternatif kepada
filem-filem Melayu menerusi slot Tayangan Gambar Melayu). Ini juga
kerana kekurangan filem Melayu untuk mengisi slot mingguan. Oleh itu RTM
terpaksa menayangkan filem-filem Indonesia, yang hanya dibeli dengan
harga RM3,000 ke RM5,000 daripada pengedar tempatan, bagi mengisi vakum
yang ada. Tidak lama kemudian diwujudkan slot mingguan Tayangan Larut
Malam (kadang-kadang menyiarkan filem Inggeris, masa itu slot Tayangan Gambar Inggeris masih bersiaran di TV1 sehingga awal 1990-an) yang khusus kepada filem Indonesia (usaha ini dilanjutkan pada era
1990-an dengan slot Dari Seberang setiap petang Sabtu). Saluran TV
swasta, TV3 yang mula beroperasi pada 1984 turut menayangkan filem
Indonesia secara alternatif (dengan filem Melayu) menerusi slot Teater
Malindo (kemudiannya dijenamakan semula sebagai Teater Nusantara, Pesona 3 dan Wayang Di 3). Malah, pada musim perayaan (Aidilfitri dan Aidiladha), filem
Indonesia turut ditayangkan di pawagam dan televisyen di samping filem
Melayu.
Fasa terakhir budaya filem
Indonesia ini menyaksikan penghasilan filem-filem usaha sama
Malaysia-Indonesia yang bermula pertengahan 1980-an hinggalah ke awal
1990-an. Namun, usaha ini hanya menyaksikan segelintir sahaja filem yang
mendapat perhatian khalayak tempatan seperti Gadis Hitam Putih (1986),
Isabella (1990) dan Gelora Cinta (1992). Kebanyakan filem usaha sama ini
kurang mendapat sambutan dan sebahagiannya tidak sempat ditayangkan di
pawagam tempatan (ada yang hanya diedarkan menerusi VHS. Ketika ini juga
kedai-kedai sewaan video VHS tumbuh seperti cendawan, kebanyakannya
menghunikan segmen judul filem-filem Indonesia). Pertengahan era 1990-an
hingga milenium baharu menyaksikan kemeruduman sinema Indonesia atas
faktor politik dan perubahan corak konsumsi khalayak yang beralih kepada
televisyen. Yakni, era yang turut menandakan pengakhiran populariti dan
budaya filem Indonesia di Malaysia.
Tuesday, April 30
Seronok urus lima syarikat
Wan Nurliyana percaya kebolehan diri.
KAGUM tatkala melangkah masuk ke ruang pejabat wanita ini. Bukan calang-calang orang mampu memiliki lebih dari satu syarikat untuk diuruskan dalam satu-satu masa. Apalagi jika diri sudah memiliki kerjaya dengan pendapatan bulanan yang stabil.
Namun kepuasan setiap individu berbeza. Kata Wan Nurliyana Abdul Rahman, 30, dia seronok menguruskan lima syarikat yang diusahakan hasil titik peluhnya sendiri sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“Saya mula mengenal alam pekerjaan seawal usia 16 tahun. Walaupun ibu mempunyai latar belakang keluarga berada, realitinya dia hanya suri rumah, sementara ayah pula dulu berkhidmat sebagai pegawai kastam.
“Jadi untuk mendapatkan duit sendiri, saya mula bekerja di McDonalds. Kemudian tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya bekerja di kedai serbaneka 24 jam sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang perundangan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),” katanya.
Menurut anak ketiga daripada lima beradik ini, dia memang mempunyai minat mendalam untuk berniaga sejak usia muda. Bagaimanapun keinginannya terpaksa diletak ke tepi demi mencapai hasrat ibu yang mahu melihat salah seorang anaknya bergelar peguam.
“Selepas dua tahun menjadi peguam, saya ditawarkan untuk menjadi rakan kongsi. Begitupun, setahun saja saya kekal di syarikat terbabit sebelum membuka firma guaman sendiri pada 2017.
“Dari situlah saya mula belajar mengurus perniagaan demi perniagaan. Wang simpanan sepanjang menjadi peguam di syarikat orang dijadikan modal untuk menguruskan firma sendiri.
“Kebetulan saya bertemu seorang pelanggan yang cuba mendapatkan khidmat nasihat perundangan berkaitan ancaman siber, dari situ munculnya idea untuk mengembangkan lagi potensi diri dalam perniagaan yang lebih besar dan mencabar,” katanya.
SELESAIKAN MASALAH ORANG
Sambil menyambung bicara, Wan Nurliyana berkata, meneroka bidang di luar kepakaran diri bukanlah perkara mudah. Dia perlu banyak membaca, membuat rujukan dan mengikuti perkembangan semasa untuk mempersiapkan diri dengan pengetahuan.
“Sebenarnya, tidak banyak pesaing dalam bidang keselamatan siber. Saya sendiri terpaksa bergelut dengan kemampuan diri untuk meyakinkan pemain industri mengenai pentingnya isu ini diberi perhatian.
“Itu belum mengambil kira hal berkaitan tempahan, prosedur membawa masuk produk dan sebagainya. Sekali pun permulaannya sukar, hasilnya kini memberangsangkan,” katanya.
Tidak menunggu lama, wanita ini meneruskan langkah lebih jauh ke depan. Baginya, kata-kata ahli perniagaan Amerika Syarikat Warren Buffet cukup memberi inspirasi besar kepada dirinya.
“Dalam buku beliau menyebut, “Do not put all eggs in one basket.” Maksudnya, jangan letak semua wang yang kita ada dalam satu tempat. Pelbagaikan kerana kita tidak tahu arah mana yang mungkin membawa keuntungan atau kerugian dalam perniagaan. Sekurang-kurangnya kalau kita jatuh, masih ada sumber yang boleh memberi sokongan.
“Justeru, saya ambil keputusan membuka kafe iLapar di Ara Damansara. Pada awalnya, sambutan diterima memang menggalakkan. Tetapi lokasi berkenaan sering menjadi tumpuan samseng memeras wang perlindungan. Sekalipun laporan polis dibuat, kejadian tetap berulang.
“Melihat keadaan itu, saya membuat keputusan untuk berpindah ke Publika Shopping Gallery. Di sini cabarannya besar. Selain kadar sewa yang tinggi, saya juga harus bijak mencari idea kreatif untuk mengurangkan kos dan meningkatkan nilai keuntungan.
“Selepas berbincang dengan ayah dan adik-beradik yang lain, saya mengambil keputusan mengeluarkan pes masakan. Saya percaya pes sebegini mempunyai permintaan tinggi terutama dalam kalangan wanita berkerjaya.
“Mereka hanya perlu siapkan bahan utama, masukkan pes dan biarkan di dapur. Ini semua inisiatif untuk kaum ibu menjimatkan masa di dapur. Jadi, mereka akan mempunyai lebih ruang untuk bersama anak dan keluarga. Selain itu, pes sebegini juga sesuai untuk mereka yang hendak mengembara, mendaki mahupun melancong ke luar negara,” katanya.
Belum puas dengan apa yang diusahakan, Wan Nurliyana gigih mencari masalah ‘terbaik’ yang boleh dibantu urus menerusi perniagaan. Bisnes wangian yang dulunya sekadar dibuat kecil-kecilan mula diberi perhatian khusus.
“Bermula dengan proses penjenamaan semula, penukaran bungkusan, peningkatan kualiti hinggalah pengukuhan pemasaran, saya laburkan sejumlah wang untuk mendapatkan hasil terbaik.
“Jadi, apabila wangian ini kembali ke pasaran, sambutan diterima jauh lebih bagus. Ramai yang mengatakan baunya setanding wangian jenama asli. Ramai yang bertanya peluang menjadi ejen dan stokis.
“Saya fikir, mungkin dengan cara ini boleh membantu lebih ramai wanita menjana sumber kewangan sendiri. Alhamdulillah, setakat ini saya memiliki sembilan stokis di seluruh negara dan masing-masing seorang di Brunei, Singapura dan Indonesia,” katanya.
WAN Nurliyana turut mengeluarkan pes masakan sendiri dan bisnes wangian.
BANTU KAUM IBU KEMBALI CERGAS
Tidak segan membuka kisah di balik tabir hidupnya, kata Wan Nurliyana, dia sebenarnya menyandang status ibu tunggal yang memiliki seorang anak lelaki berusia lapan tahun.
Sama seperti ibu lain, dia juga berdepan waktu sukar apabila terpaksa meninggalkan anak dalam jagaan keluarga untuk menguruskan perniagaan. Ada waktunya, dia sendiri kecewa kerana banyak perancangan bersama anak terpaksa ditunda atas komitmen kerja.
“Apa yang boleh dilakukan adalah mencari seberapa banyak ruang dan masa untuk kami habiskan waktu bersama. Kalau setiap hari pun sibuk, hujung minggu pula bekas suami mengambil giliran menjaga anak, memang langsung tak berjumpalah. Mahu atau tidak, saya perlu rancang percutian untuk kami habiskan masa bersama.
“Begitupun, saya tetap bernasib baik kerana adik-beradik dan ayah masih tinggal bersama. Jika saya sibuk, Dzayan Amin Zyad akan dijaga ahli keluarga yang lain. Tidaklah dia bosan keseorangan.
“Lagipun, saya masih ada komitmen di pusat kecergasan. Gimnasium yang ada khidmat estetika ini saya wujudkan khusus untuk kaum wanita yang mahu tampil cergas dan cantik, terutama selepas melahirkan anak.
“Kita boleh lihat betapa ramai wanita hari ini mengeluh sukar untuk mendapatkan bentuk tubuh yang asal. Kadangkala mereka gigih melakukan senaman, tetapi gagal mengempiskan kembali perut. Paling penting, saya mahu wanita kembali cergas, bersemangat dan sihat dalam menjalani rutin harian,” katanya.
Jelas Wan Nurliyana, dia selalu bersyukur kerana memilih untuk mengikut kehendak dan cita-cita ibunya satu masa dulu. Dia percaya kegembiraan ibunya memiliki anak seorang peguam sedikit sebanyak mempermudahkan perjalanan kariernya kini.
“Walaupun ibu dan ayah masing-masing sudah membawa haluan hidup sendiri, mereka sentiasa berada di belakang, menyokong perkembangan kerjaya serta perniagaan yang saya usahakan. Adik-beradik juga banyak membantu.
“Selain akur dengan impian ibu, saya juga banyak mengambil kata-kata ayah. Dia selalu berpesan bahawa hidup ini terlalu singkat. Jadi, kalau mahu melakukan sesuatu, buatlah sehabis baik.
“Secara peribadi, saya percaya bahawa pengetahuan dan kajian mengenai sesuatu bidang itu perlu sebelum kita mengambil keputusan mengembangkannya menjadi sumber perniagaan. Rancanglah dengan baik dan sentiasa dapatkan doa serta restu ibu ayah. Pasti semuanya mudah,” katanya.
Marianny sentiasa tegas
Marianny Ismail
“Usah peduli apa orang nak kata. Yakin dengan diri sendiri dan teruskan usaha untuk mengejar cita-cita yang kita impikan.
Itu antara kata-kata yang menjadi pegangan
kepada seorang wanita yang mempunyai hati kental apabila dia nekad
melibatkan diri dalam kerjaya cari gali minyak di lautan yang penuh
mencabar.
Meskipun seringkali dipandang serong oleh
masyarakat, wanita manis tinggi lampai ini tidak mahu mengambil peduli
mengenai tanggapan yang dilemparkan kepadanya.
Biarlah segala cemuhan dikeluarkan. Apa yang
penting, dia tahu ke mana hala tuju kehidupan yang bakal dibina untuk
menggapai impian dan cita-citanya.
Pujangga itulah yang disemat rapi oleh Marianny
Ismail, 33, sepanjang terlibat dalam kerjaya industri petroleum.
Menurutnya, kerjaya sebagai ahli geologi itu termasuk dalam bidang cari
gali minyak dan gas.
“Memang mencabar bagi seorang wanita menceburi
bidang ini. Cabarannya sangat besar, namun sekiranya mempunyai minat
yang mendalam, insya-Allah segala kesukaran boleh diatasi.
“Persiapan mental perlu dilakukan kerana hidup
sebagai seorang ahli geologi cari gali minyak ini kadangkala memerlukan
kita bekerja selama tiga hari di atas pelantar tanpa tidur yang cukup
bagi mengelak risiko kesilapan,” katanya kepada Mega Rona.
Mengulas lanjut, Marianny yang mempunyai
perwatakan lemah-lembut itu tidak kekok untuk berkongsi pengalaman
sepanjang terlibat dalam industri petroleum sejak mula bekerja sehingga
sekarang.
“Meskipun pendapatan sebagai seorang ahli
geologi cari gali minyak lumayan sehingga mencecah berpuluh ribu ringgit
sebulan, namun harus diingat bahawa tanggungjawabnya juga sangat besar.
“Sedikit sahaja kesilapan yang dilakukan, sudah
cukup membahayakan nyawa seluruh pekerja di atas pelantar cari gali
minyak. Malah, kesilapan juga boleh menyebabkan letupan berlaku di atas
pelantar,” katanya.
Tambahnya, bekerja di atas pelantar minyak di
tengah lautan memaksanya tidur dalam keadaan kurang selesa kerana
persekitaran dan keberadaan di tengah lautan selama seminggu atau lebih.
“Semasa bekerja di atas pelantar, saya perlu
merentas jambatan ke platform lain untuk masuk ke ruang tidur dan
berehat. Ini kerana ruang bekerja dan berehat berada di platform yang
berasingan,”tambahnya.
CARI GALI PETROLEUM
Namun katanya, apa yang paling mencabar semasa
bekerja adalah 80 peratus pekerja di dalam bidang ini adalah lelaki dan
beliau satu-satunya wanita yang bertugas di atas platform tersebut.
Mengulas lanjut, Marianny turut memberitahu
bahawa di dalam bidang industri cari gali petroleum, sebarang kesilapan
yang berlaku boleh menyebabkan kerugian mencecah berpuluh juta ringgit
dalam masa sehari.
“Disebabkan perkara itu, ahli geologi perlu
sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan tugas, sama ada memantau sistem
cari gali minyak dan sebagainya.
“Kerugian seharusnya dielakkan, dengan memastikan tiada kesilapan di dalam data dan prosedur tugas yang dilakukan,” katanya.
Marianny turut mempunyai sebuah butik pakaian di
bawah jenama rekaannya sendiri. Katanya, butik itu lahir hasil titik
peluh yang diusahakan sejak dua tahun lalu.
Meskipun melibatkan diri dalam bidang yang
mencabar, namun Marianny tidak pernah melupakan rasa cinta terhadap
bidang fesyen yang diminatinya sejak kecil.
“Saya mengambil kelas fesyen selama setahun
sebelum membuka sebuah butik pakaian di Titiwangsa. Ini saya lakukan
untuk meneruskan minat saya dalam bidang fesyen.
“Perancangan
membuka butik pakaian ini adalah untuk masa depan. Sekiranya saya tidak
lagi berada di dalam industri petroleum dan minyak, saya mungkin akan
melibatkan diri dalam perniagaan pakaian,” katanya.
Tambahnya, dia turut aktif menganjurkan
pertunjukan fesyen pakaian di pentas peragaan untuk memperkenalkan
jenama pakaian sendiri.
“Menerusi industri fesyen ini, saya berpeluang
berjumpa dengan ramai kawan dari pelbagai industri, sekali gus
memberikan tunjuk ajar dan galakan kepada saya,”ujarnya.
Ibu tunggal ini menambah, dia turut berjaya
membuktikan kepada orang ramai apabila berjaya muncul sebagai pemenang
kedua Miss Universe Malaysia 2018.
“Semua orang perlu yakin dengan diri mereka sendiri, kejar cita-cita mereka selagi mampu dan jangan pernah mengalah,” katanya.
Saturday, March 30
Domestic Girlfriend dah habis! Eloklah tuh!
Domestic Girlfriend
Genre: Romantik
Bilangan episod: 12 x 30 minit (termasuk waktu iklan)
Siaran pertama: 12 Januari hingga 30 Mac 2019
Studio animasi: Diomedéa
----------------------------
Untuk makluman anda, anime Domestic Girlfriend terbitan Diomedéa merupakan adaptasi daripada manga berjudul sama yang mula diterbitkan sejak 23 April 2014 sehingga kini. Eloklah anime ini dah habis kerana anime ini berjumlah kesemua 12 episod, seperti juga anime Chio's School Road yang diterbitkan produksi anime yang sama dengan anime ini.
Thursday, March 28
Rakam pemandu Grab wanita, Tan Siew Ghim mahu buktikan pada anak, usia bukan penghalang untuk bekerja. FOTO: Aswadi Alias
RANCAK sungguh dua wanita ini bersembang. Masing-masing nampak teruja berkongsi pengalaman sebagai pemandu. Ada yang manis, tidak kurang juga pengalaman menakutkan. Namun, kedua-duanya punya cara tersendiri untuk menangani situasi buruk dihadapi.
Dalam nada ceria dan bersemangat, Tang Siew Ghim, 62, dan Dayang Nor Hafiza Ahmad, 31, bertukar cerita dan idea. Bagi mereka, wanita tidak seharusnya mudah tunduk kepada situasi, sebaliknya perlu sentiasa bersedia.
Sekalipun banyak cerita tidak enak berkait nasib pemandu kereta sewa, teksi mahupun Grab sendiri, Dayang dan Siew Ghim nekad meneruskan kerjaya, sekali gus membantu lebih ramai penumpang wanita.
Kata Dayang, soal keselamatan dan risiko memang tiada kompromi. Bahkan sebelum mendaftar sebagai rakan pemandu, dia sudah menimbangkan perkara itu semasak-masaknya.
“Saya adalah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sebelum jadi pemandu, saya melakukan pelbagai pekerjaan dalam bidang jualan dan pemasaran. Tawarkan kad kredit, pinjaman peribadi, kumpul dana kebajikan, edar sampel makanan, jual perisian dan perkakasan komputer serta banyak lagi.
“Semua ini biasa kalau kita hanya ada SPM. Kebanyakan peluang kerja memang dalam bidang jualan. Gaji pula bergantung kepada prestasi diri, manakala cuti amat sukar diperoleh.
“Tetapi, perkara paling penting yang menjadi titik tolak perubahan dalam hidup saya adalah simpanan. Sepanjang menjadi jurujual, saya langsung tidak berkesempatan membuat tabungan untuk kecemasan.
“Hendak dijadikan cerita, ibu saya di Sarawak jatuh sakit ketika saya bekerja di Kuala Lumpur. Sedihnya hanya tuhan yang tahu apabila saya tiada duit hendak membeli tiket penerbangan pulang, menjenguk ibu di kampung,” katanya.
DAYANG Norhafizah berkata dia mampu menabung sejak menjadi pemandu Grab.
Berikutan itu, Dayang membuat keputusan mendaftar sebagai pemandu pada 2016. Walaupun masih samar dengan tindakan yang dibuat, wanita ini nekad mencari ruang untuk memajukan dirinya.
“Saya hanya terbaca mengenai perkhidmatan ini di Internet. Ketika itu, ramai rakan bersetuju kerjaya pemandu boleh membantu sesiapa saja untuk ‘buat duit’. Dalam keadaan terdesak, saya terus mendaftar. Prosesnya mudah dan saya bersyukur diterima.
“Sejak itu, saya mula mengutip pengalaman baru, pelbagai ragam dan rencam manusia. Mujur juga pengalaman kerja lalu banyak membantu. Tambahan saya seronok memandu.
“Daripada sekadar suka-suka, saya akhirnya memilih untuk serius. Saya tetapkan disiplin dalam kerja dan pengurusan kewangan. Kalau dulu langsung tiada simpanan, kini saya punya tabungan sendiri. Dulu bujang kerap tidak berduit, beberapa bulan selepas menjadi pemandu, saya berjaya mengumpul wang untuk menampung perbelanjaan perkahwinan. Paling utama, saya boleh cuti bila-bila masa,” katanya.
Dalam pada itu, Siew Ghim turut berkongsi cerita, mengapa dia sanggup menjadi pemandu pada usia emas. Ketika wanita seusianya memilih untuk berehat, Siew Ghim mengejar peluang kerja demi menyara kehidupan anak angkatnya yang kini berusia sembilan tahun.
“Ramai tanya kenapa saya masih bekerja. Kenapa tidak? Saya mahu buktikan kepada anak umur tidak mempengaruhi kehendak seseorang itu untuk terus berusaha.
“Saya mahu anak lihat dan menjadikan diri saya sebagai contoh. Biar dia bandingkan kemampuan wanita berusia 62 tahun ini dengan dirinya. Kalau saya boleh rajin dan tidak jemu berusaha, mengapa dia perlu berputus asa?
“Lagipun, untuk mendapatkan pekerjaan pada usia sekarang bukanlah mudah. Disiplin harus ada. Kalau mahu pendapatan lumayan, kita perlu bekerja bersungguh-sungguh.
“Saya sendiri ada waktunya bekerja tujuh hari seminggu. Musim raya, saya akan curi peluang ‘menggantikan’ ramai pemandu yang sudah pulang ke kampung halaman masing-masing. Selain itu, saya juga tidak pernah memilih pelanggan. Siapa saja yang masuk (permintaan), saya akan terima walaupun jauh,” katanya.
Jelas Siew Ghim, dia gembira bergelar pemandu wanita kerana dapat menawarkan perkhidmatan menghantar dan menjemput dengan selamat, khususnya untuk golongan wanita dan pelajar.
“Ada ramai wanita yang keluar bekerja awal pagi dan pulang apabila hari gelap. Begitu juga pelajar sekolah dan remaja. Mereka ini kadang-kadang sengaja saya tegur dan nasihat supaya pulang lebih awal.
“Kebanyakan yang ditegur menerima secara baik. Ada ramai juga budak remaja yang turun kereta dan bersalam sebelum mereka pergi. Pernah juga ada yang tertinggal barang berharga dalam kereta saya. Mereka ini memang saya ‘sekolahkan’ betul-betul.
“Saya percaya, sikap terbuka amat perlu. Dalam usia ini, pendapat dan nasihat saya lebih mudah diterima golongan muda. Walaupun ada yang masih bersikap biadab, ramai lagi yang tahu bersopan santun,” katanya.
PEMANDU wanita yang diraikan sempena Hari Wanita Antarabangsa, baru-baru ini.
Wednesday, February 6
Sarah wanita besi
SIFATNYA yang suka mencari sesuatu yang baharu dalam hidup telah mendorong Siti Nursarah Salehhodin untuk menyertai sukan ekstrem. Benar, aktiviti itu kurang diminati kaum Hawa di negara ini. Namun dia ada sebab tersendiri.
Siti Nursarah atau mesra disapa Sarah berkata, kecenderungannya semakin menjadi-jadi selepas melalui satu detik pilu dalam hidupnya. Dia putus cinta!
Memang kesedihan itu sukar dibendung. Namun Sarah bangkit. Dia tahu jika dia terus melayan perasaan, dirinya akan terus terkapai-kapai.
Tidak mahu terus menoleh ke belakang, Sarah nekad menyertai sukan mendaki tembok tiruan dan gunung batu (wall climbing dan rock climbing) secara serius sejak tahun 2015. Ia memberi kepuasan, katanya.
"Ketika mahu berjinak-jinak dengan sukan ini, saya ada maklumkan kepada bekas teman lelaki berkenaan kemahuan saya itu, bagaimanapun dia menghalang.
"Dia beri alasan kononnya sukan ini tidak sesuai dengan saya sebagai seorang wanita yang terkenal dengan sifat lemah lembut. Katanya lagi, sukan ini sangat bahaya dan menuntut pergaulan bebas antara lelaki dan wanita," ujar Sarah ketika diwawancara Femina baru-baru ini.
Atas dasar minat yang mendalam, Sarah berkata, dia terpaksa membuat satu keputusan sukar.
"Saya berkata pada diri, saya kena maju ke hadapan kerana hati saya berbisik bahawa diri ini mampu pergi jauh dengan aktiviti lasak sebegini.
"Mahu dipendekkan cerita, teman lelaki saya akur dan akhirnya kami berpisah secara baik. Ya, tiada gunanya kami bersama jika saya tidak mendapat sokongan daripadanya," imbasnya mengenai 'tragedi hitam' itu.
Wanita berusia 31 tahun itu bernasib baik kerana mempunyai ibu bapa dan adik-beradik yang cukup kuat memberi sokongan sejak dari awal pembabitannya dalam sukan ekstrem itu.
Anak kedua daripada lima beradik itu mengakui, ibu dan bapanya merupakan pendorong paling signifikan.
"Mereka tidak pernah halang atau meluahkan rasa bimbang dengan aktiviti-aktiviti yang bakal saya sertai.
"Kecederaan yang saya lalui tidak mencetuskan kebimbangan kepada mereka, malah jauh sekali mereka minta saya berhenti dari sukan ini.
"Sebaliknya mereka bangga kerana mempunyai anak perempuan yang berani menyahut cabaran ini," katanya penuh semangat.
Uji kemampuan
Gadis yang berasal dari Kangar, Perlis itu memberitahu, sebelum ini, dia terlebih dahulu terlibat dalam aktiviti mendaki.
"Namun ia tidak bertahan lama selepas saya berkenalan dengan aktiviti wall dan rock climbing. Saya jatuh cinta pada sukan lasak itu yang dilihat serasi dengan diri saya.
"Saya bermula dengan indoor rock climbing sebelum beralih kepada outdoor. Sukan itu benar-benar menguji mental dan fizikal, jadi saya kena kuat," katanya yang kerap menjalani latihan di Putrajaya Challenge Park.
Kepada Femina, Sarah memberitahu, dia menyertai pelbagai pertandingan bagi menguji sejauh mana kemampuannya.
"Saya tak nak statik di tempat sama, saya nak pergi ke tahap yang lebih tinggi. Pelbagai pertandingan saya sertai," ujarnya.
Bicara wanita cantik ini, profil pembabitannya paling gemilang ialah pada saat terlibat dalam ASEAN Games di Palembang, Jakarta, Indonesia pada Februari 2018.
"Menariknya saya antara peserta yang berjaya kumpul poin paling tinggi, ia benar-benar menyuntik semangat saya," katanya.
Melalui pengalaman itulah, telah menjadi platform kepada Sarah untuk memperbaiki kelemahan dan menggunakan kekuatan yang ada untuk bersedia menghadapi pertandingan-pertandingan mendatang.
Sarah pernah mengalami kecederaan? Wanita tinggi lampai ini tersenyum sahaja mendengar soalan itu.
Sambil tersenyum simpul, Sarah berkata, kecederaan pernah singgah pada lutut, siku dan jari kaki hingga membantutkan pergerakannya untuk menjalani latihan.
Paling tidak dilupakan apabila lututnya cedera ketika pemilihan peserta untuk ke ASEAN Games di Palembang.
"Ketika menjalani latihan dua bulan kemudian, saya dimaklumkan kecederaan dialami agak serius. Bagaimanapun, saya tetap mahu terus bertanding.
"Meskipun terpaksa bersaing dengan peserta yang lebih hebat dan bebas kecederaan, saya gagahkan juga diri untuk bersaing," katanya.
Bagai jatuh ditimpa tangga, Sara sekali lagi cedera hingga terpaksa menjalani pembedahan.
"Memang teruk hingga memerlukan saya mengambil rehat yang panjang dan menjalani fisioterapi. Saya tidak dapat mengikuti mana-mana pertandingan, situasi ini membuatkan saya sedikit bosan.
Namun begitu, saya cuba meneruskan latihan membabitkan anggota badan yang lain," katanya.
Kekuatan
Semua orang maklum bahawa sukan ekstrem sememangnya mendatangkan risiko-risiko tertentu.
"Perkataan cedera itu sendiri, kita takut untuk mendengarnya apalagi mengalaminya. Kesilapan teknik seperti mendaki, mendarat, menggunakan peralatan dengan cara yang salah dan tidak cukup latihan juga boleh menyumbang kepada kecederaan.
"Jadi mereka yang nak sertainya perlu bersedia dari segi mental dan fizikal, jangan sesekali putus asa bila ditimpa kecederaan," katanya.
Pun begitu, kongsi Sarah, menjadi satu kelebihan kepada mereka yang mempunyai latar belakang dalam sukan berkenaan kerana masing-masing sudah ada kefahaman tertentu.
"Misalnya tidak boleh mendaki pada sudut begini, tidak boleh memandang ke atas pada sudut tertentu. Dan lazimnya, mereka yang ada pengalaman mempunyai kekuatan mental termasuk fizikal. Jadi, ia akan memudahkan lagi pergerakan lasak seseorang individu.
"Jika tiada teknik dan kekuatan, kedua-dua aspek itu perlu dibangunkan terlebih dahulu. Jadi, ia mengambil masa yang lama. Tambahan lagi, kekuatan itu perlu datang dari diri kita sendiri," ujarnya yang juga tenaga pengajar sukan skuba sejak tahun 2012 itu panjang lebar.
Dalam erti kata lebih mudah, sukan ekstrem menuntut semangat dan kekuatan daripada dalam diri seorang wanita.
"Hati memang kena cekal!," kata Sarah.
Cabar diri
Bercerita tentang masa depan, Sarah merenung sejenak. Barangkali dia sedang menyusun ayat sebelum membutirkan kata.
Dalam nada ketegasan, wanita besi itu berkata, dia mahu mendaki lebih banyak batu di kawasan yang tidak pernah dikunjunginya.
"Saya menyimpan impian untuk panjat kawasan berbatu yang lebih mencabar untuk uji kekuatan saya.
"Setakat ini, saya belum puas dengan pencapaian yang dibuat. Jadi, saya nak menjelajah ke negara-negara lain yang ternyata bakal memberikan pengalaman yang berbeza," katanya.
Beliau mengakui mahu bangkit daripada kecederaan yang sedang dialaminya sebagai persediaan untuk perkara mendatang.
"Saya akan teruskan latihan walaupun tempoh untuk sembuh mengambil masa yang lama sehingga berbulan-bulan lamanya," katanya.
Wednesday, January 30
Langkah optimis si jelita
SIKAP Eriyca yang sentiasa optimis dan berusaha keras membawanya ke mercu kejayaan.
DIKURNIAKAN pakej lengkap sebagai wanita,
bertubuh langsing, kulit sempurna dengan gaya persis model ternama, ibu
muda ini disifatkan sungguh bertuah apatah lagi apabila jenama produk
yang diasaskannya semakin menunjukkan kejayaan.
Baru meniti usia 29 tahun, pemilik nama Eriyca Baiduri Abd Rashid
begitu optimis terhadap cabang perniagaan baru diceburi bersama kakak
dan adiknya.
Pernah bercita-cita
menjadi pembaca berita selepas menamatkan pengajian ijazah dalam bidang
komunikasi massa, Eriyca yang mesra disapa Madammu tidak pernah
menyangka laluan kerjayanya jauh berbeza daripada diimpikan.
Menurut ibu kepada tiga cahaya mata ini, obsesinya pada kecantikan
mendorong memulakan langkah berani dengan memulakan perniagaan dalam
bidang kecantikan dan mengasaskan jenama Noir Beauty & Health
meskipun dia sedar bukan calang-calang persaingan yang perlu
ditempuhinya.
Namun, dia tidak gentar malah memang sifat semula jadinya yang akan membuat sesuatu sampai jadi. Tidak menoleh ke belakang, wanita ini cekal berdepan jatuh bangun dalam perniagaan.
Namun, dia tidak gentar malah memang sifat semula jadinya yang akan membuat sesuatu sampai jadi. Tidak menoleh ke belakang, wanita ini cekal berdepan jatuh bangun dalam perniagaan.
Baginya, mungkin kekuatan diri dan dua adik-beradiknya itu mengalir
daripada kecekalan ibu mereka sendiri, Normah Dollah, 48, yang terlebih
dulu melalui onak serta ranjau kehidupan tanpa mengenal putus asa.
“Melihat
ibu membesarkan kami ketika usianya terlalu muda seorang diri cukup
membuatkan kami kagum dan mahu jadi usahawan kental sepertinya.
PRODUK setaraf antarabangsa menjadi kebanggaan syarikat.
“Ibu seorang wanita yang kuat. Selepas
bergelar ibu tunggal ketika umurnya baru awal 20-an, ibu nekad
meninggalkan kampung halaman dan membawa kami tiga beradik perempuan
memulakan hidup baru di Kuala Lumpur.
“Perceraian tidak melemahkan ibu, sebaliknya dia berusaha menjadi wanita
berjaya. Enggan menangisi nasib sendiri, ketika itu, ibu sambung
belajar dan berniaga kecil-kecilan hingga akhirnya membuka syarikat
sendiri. Kami memang memandang tinggi ibu dan percaya mampu berjaya
sepertinya.
“Sekali lagi ibu diuji
apabila dia disahkan menghidap kanser limfoma 15 tahun lalu. Tapi ibu
memang wanita yang tidak pernah kenal erti mengalah. Rawatan demi
rawatan dijalani dan alhamdulillah ibu cukup kuat sepanjang perjuangan
melawan kanser,” katanya.
Menurutnya,
sebelum pembabitannya dalam bidang kecantikan dua tahun lalu, dia
terlebih dulu menggalas pengalaman dalam bidang perdagangan dan membuka
restoran di ibu kota.
Minatnya pada
kecantikan awalnya secara suka-suka dengan hanya berkongsi petua
kecantikan menerusi platform video langsung di Facebook.
Katanya, dari situ pengikutnya semakin bertambah dan dia yakin perniagaan berasaskan kecantikan mempunyai potensi luas
untuk berkembang.
“Produk pelindung tabir suria dan serum yang diasaskan kami antara
produk awal yang mendapat tempat dalam kalangan pengguna yang sudah
merasai keberkesanannya.
SENTIASA memberi ruang kepada kakitangan untuk berkongsi buah fikiran.
“Kami memulakan semuanya dari bawah,
tanpa modal besar, sayalah posmen dan saya juga uruskan pembungkusan
dengan operasi semuanya di rumah. Kemudian, apabila permintaan
bertambah, kami buka ruang untuk stokis dan ejen.
“Sebagai pengasas produk, saya tahu peranan mereka sangat penting dalam
meningkatkan perniagaan. Saya tidak akan menjadi seperti sekarang tanpa
sokongan dan kerja keras mereka.
“Sebab itulah syarikat sentiasa memberi ganjaran bagi yang mencapai
sasaran jualan sebagai motivasi selain membantu mereka menjana
pendapatan lumayan,” katanya.
Menurutnya, jenama itu kini meluaskan rangkaian produk dengan
mengeluarkan beberapa produk kecantikan antaranya produk penjagaan wajah
berasaskan pitera selain suplemen untuk kulit dan produk kosmetik.
Katanya, kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha gigih dan
tidak kenal jemu. Baginya, keyakinan diri, tidak malu dan berdisiplin
tinggi adalah kunci utama dalam menjayakan sesuatu.
BERWAJAH jelita dan mempesonakan menjadi batu loncatan dalam perniagaan kecantikan.
Selain itu katanya, cabaran dalam
perniagaan membabitkan percaturan besar apatah lagi bidang itu ibarat
cendawan tumbuh selepas hujan. Jadi, dia bersama kakak, Datin Dahlia
Baiduri Abd Rashid, 31, dan adik, Dayana Baiduri Abd Rashid, 27, perlu
memastikan penghasilan produk terbaik dan tidak sesekali berkompromi
dengan kualiti produk dikeluarkan. Oleh itu, kajian dan pembangunan
produk sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa.
“Saya anggap persaingan ini suatu yang sihat dan setiap pengeluar
produk mahu menjadi yang terbaik. Keadaan ini sebenarnya menguntungkan
pengguna kerana mendapat manfaat terbaik dalam setiap produk.
“Sebab itu, saya berusaha keras memastikan produk Noir kekal relevan
dan memuaskan hati pelanggan dengan menampilkan inovasi dan teknologi
terbaru dalam pembuatan produk,” katanya.
Katanya, dia bersyukur kerana selain ibu, suaminya juga memberi
sokongan tidak berbelah bagi terhadap apa yang diusahakannya kini malah
dia yakin restu suaminya itu juga mendorong impiannya.
Meskipun sibuk menguruskan perniagaan, dia sentiasa meletakkan keluarga
di tempat utama. Pada hujung minggu, dia akan meluangkan masa bersama
suami dan tiga anaknya dengan pelbagai aktiviti.
Pembuat kek termahal
ANNE ingin menjadi pembuat kek terkenal dunia
SENTUHAN magis wanita ini setiap kali menghasilkan kek tempahan pelanggan pasti menarik perhatian ramai. Mana tidaknya jika diikutkan tidak terbayang dek akal apabila dia mampu menjual sekotak kek pada harga puluhan ribu ringgit dan kek termahal pernah dihasilkan mencecah ratusan ribu ringgit. Apakah bahan digunakan sehingga pelanggan sanggup membayar pada harga yang tidak masuk akal?
Terbaru pemilik nama sebenar Siti Saleha Idris atau lebih dikenali sebagai Anne Idris berjaya menyiapkan kek harimau seberat 18 kilogram menggunakan teknik semburan warna atau air brush pada harga RM15,000.
Menurut Anne, itu kali pertama dia menerima tempahan kek berbentuk haiwan dan perlu menyiapkannya dalam masa ditetapkan. Berpandukan lakaran di kertas, Anne menghasilkan bentuk haiwan menggunakan fondant sebelum membuat salutan coklat di luarnya.
“Saya mengambil masa empat jam membuat lakaran bentuk harimau dan disimpan di dalam peti sejuk terlebih dulu. Selepas empat jam, saya melakukan teknik semburan warna menggunakan warna jingga dan hitam seakan-akan warna bulu harimau sebenar,” katanya.
Mengakui penghasilan kek harimau itu sangat mencabar kerana haiwan ini berada dalam posisi duduk, dia perlu berhati-hati dan teliti agar ia tidak ‘lari’ daripada kedudukan asal.
Untuk mendapatkan hasil yang tepat, Anne mencari gambar menerusi Google sebelum menjadikan gambar itu sebagai rujukan. “Mulanya saya meletakkan harga RM3,800 sahaja, tetapi pemilik kek sanggup membayar RM15,000 selepas melihat hasilnya yang sangat menyentuh hati. Ia bukan kek biasa-biasa sebaliknya dihasilkan menerusi kemahiran, kecekapan dan pengalaman.
Berdasarkan keupayaan saya menghasilkan kek dengan sepenuh jiwa, pemilik kek sanggup membayar melebihi harga yang sudah ditetapkan,” katanya gembira.
Menerima jolokan sebagai pembuat kek viral dan kek termahal di Malaysia, Anne mengakui untuk mencapai tahap sekarang dia bergelumang pelbagai cabaran sebelum melayakkannya menerima pelbagai anugerah.
Mula menjalankan perniagaan sejak 13 tahun lalu, wanita kelahiran Taiping, Perak ini mengakui ketika membuka My Mum’s Bakery, dia langsung tiada ilmu dalam bidang mencabar ini. Ketika itu minat berniaga memang sudah ada namun dia tidak tahu cabang perniagaan yang perlu diceburinya.
BERSAMA kek harimau berharga RM15,000.
“Dulu saya pernah menceburi bidang peragaan. Berbekalkan sedikit modal, saya mula membuka kedai kek hanya bersandarkan resipi ibu tercinta. Mula-mula saya menghasilkan kek krim mentega dan menjual di kedai saja.
“Oleh kerana tiada ilmu dalam perniagaan, saya langsung tidak mengambil tahu mengenai pemasaran dan hubungan dengan pelanggan. Akibatnya, perniagaan jatuh merudum hingga terpaksa menjual kereta. Kedai pula terpaksa ditutup dan berhutang ceti untuk melangsaikan hutang lama,” katanya.
Melihat ibu yang terpaksa berjalan tanpa kenderaan ke kedai kek, Anne sangat sedih. Dia bertekad membangunkan kembali perniagaan kek sehingga berjaya menjadi pembuat kek paling terkenal di Malaysia.
“Dalam kesedihan saya merenung kembali kekurangan dan mula muhasabah diri. Saya mula membuat perancangan dan tidak mahu menyerah kalah kerana sudah pun bermula, rugi sekiranya membiarkan perniagaan ini berkubur begitu saja,” katanya yang mula bangkit mengatur strategi bagi membangunkan semula My Mum’s Bakery.
Daripada usahawan yang mempunyai kedai, Anne mengambil langkah lebih drastik dengan menjual kek di pasar tani menerusi bantuan FAMA. Dia juga mempromosikan kek buatan tangannya dari satu pejabat ke pejabat lain. Hasilnya Anne mampu mengumpul modal untuk membina perniagaannya semula.
Berbekalkan modal Tekun Nasional sebanyak RM50,000, dia mula membina jenamanya sendiri dengan menjual menerusi dalam talian. Sedikit demi sedikit pelanggan mempercayai kek dihasilkan.
Sambung pelajaran tambah ilmu
Meminati seni hiasan kek berbentuk figura, dengan hanya berbekalkan pengalaman dan minat Anne berasakan apa yang diperoleh sepanjang lima tahun belum cukup bagi mengembangkan perniagaannya.
Berbekalkan minat, Anne kemudian menyambung pengajian dalam bidang Diploma Antarabangsa Sugarcraft dan Dekorasi Kek di Square Kitchen yang menggunakan tenaga pengajar dari United Kingdom sepenuhnya.
“Sepanjang menuntut ilmu di situ, banyak yang dipelajari terutama dalam kelas membuat kek dan hiasan. Ia bukan sekadar latihan amali tetapi cara menghasilkan sesuatu figura itu sangat penting agar ia nampak 100 peratus asli. Saya belajar bersungguh-sungguh sesuatu teknik supaya apabila menerima tempahan pelanggan saya mampu menghasilkan kek dengan lebih baik,” katanya.
Kejayaan pertama dalam bidang seni hiasan kek apabila menghasilkan kek perkahwinan selebriti Anzalna dan Amyra Rosli yang mendapat perhatian ramai. Kemudian bakatnya digilap apabila dia berjaya menyiapkan kek bawal eksklusif bernilai RM15,900 diikuti kek perkahwinan Swarovski pertama di Malaysia berharga RM47,000.
Pengalaman dan juga kebolehannya tidak hanya di situ apabila Anne turut diberi peluang menghasilkan rekaan kek untuk Raja Arab Saudi, Raja Salman, Abdul Aziz Al Saud yang dipersembahkan di Seri Perdana Putrajaya pada 2017.
“Saya tidak sangka mampu berada sehingga ke tahap ini. Kepercayaan dan keyakinan orang ramai menjadi pembakar semangat untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang saya ada. Setiap kali menerima tempahan pelanggan, saya akan cuba lakukan yang terbaik. Alhamdulillah apa juga yang diminta saya berjaya menghasilkannya,” katanya.
Berbekalkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), penerima Anugerah Usahawan Cemerlang Tekun Nasional 2017 ini percaya usaha gigih dan tidak menyerah kalah membuatkan dia mampu membina nama sebaris pembuat kek terkenal yang lain.
MENGHASILKAN kek untuk Raja Salman Abdul Aziz Al Saud.
Walaupun sudah 13 tahun menceburi bidang
pembuatan kek, Anne tetap menganggap pembabitannya masih baru dalam
bidang perniagaan. Jadi dalam setiap cabaran diberikan, dia suka
mencabar diri untuk menjadi perintis dan bukannya pengikut. Hasilnya
sepanjang 10 tahun lalu, banyak figura kek menjadi ikutan pengusaha kek
yang lain.
“Saya gembira apabila mampu
mencetus trend dalam penghasilan figura. Bermula dengan karakter patung
Muslimah dan kini barang peribadi seperti kasut, beg tangan, kereta,
bola serta rumah, kini berjaya menghasilkan figura yang lebih sulit
seperti Minion Rush, Clash of Clans, kek Swarovski dan terbaru harimau
yang dijual pada harga puluhan ribu ringgit. Menghasilkan figura
sebegini memerlukan kesabaran tinggi selain imaginasi bagi mendapatkan
bentuk seakan-akan sama,” jelasnya.
Jelas Anne, bakat dan juga pengalaman yang diperoleh sebelum ini
digunakan sepenuhnya bagi menyiapkan setiap watak dalam kek yang
dihasilkan.
Untuk setiap dekorasi
biasanya dihasilkan di atas permintaan pelanggan dan ada juga gabungan
idea sekiranya dia berasa kurang sesuai. Dia juga menghasilkan kek
mengikut bajet masing-masing dan tidak tertumpu kepada kek mahal sahaja.
Anne juga turut menjadi pilihan pasangan mempelai yang ingin
mendapatkan kek perkahwinan mewah pada harga puluhan ribu ringgit.
Selain kek hari jadi, bakerinya juga menyediakan tempahan cenderamata
seperti mufin dan kek cawan dalam kuantiti yang banyak. Kek red velvet,
pavlova dan pai whoopie antara yang menjadi kesukaan pelanggan.
Menurut Anne, walaupun berjaya menghasilkan apa juga kek permintaan
pelanggan, dia sentiasa meningkatkan kemahiran dalam penghasilan figura
sesuai dengan permintaan semasa. Dia juga ingin mencabar diri
menghasilkan rekaan kek berbentuk seni bina bangunan atau rumah.
Mempunyai hampir 175,000 pengikut di Instagram, impian Anne adalah
ingin menjadi pembuat kek terkenal di seluruh dunia. Pada masa sama dia
turut mengadakan kelas membuat kek dan dekorasi di bawah Majlis Amanah
Rakyat (MARA) serta menjadi penceramah motivasi bagi mendedahkan pelajar
dalam dunia perniagaan.
KEK bawal eksklusif berharga RM15,900.
Peguam jenayah perlu berani
NUR HAYATI OMAR bergambar semasa menaiki kereta api di Sri Lanka.
Melihat sosok
tubuh dan raut wajah wanita ini, pasti kita dapat meneka kerjaya yang
diceburinya. Ditambah pula dengan penampilan yang anggun dengan
pemakaian formal, kelibat Nur Hayati Omar yang menggayakan blazer
ringkas pasti mencuri perhatian sekeliling. Lebih mesra disapa Cik Nur,
beliau mengakui tugas yang digalasnya sentiasa berhadapan dengan
pelbagai situasi yang mencabar dalam menyelesaikan setiap kes anak
guamnya.
Figura yang berasal dari Johor ini meletakkan
minat yang tinggi dalam bidang perundangan sekali gus mendorongnya gigih
berusaha untuk berjaya dalam pelajaran. Pemegang Ijazah Sarjana
Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu
kini meniti tangga kejayaan apabila muncul sebagai antara peguam yang
berjaya.
Menelusuri
kerjaya wanita ini, beliau merebut peluang menjadi Peguam Persekutuan
di bawah Jabatan Peguam Negara dalam Divisyen Perhubungan Antarabangsa
selama setahun lebih sebaik sahaja tamat pengajian di universiti.
Menyedari setiap kehidupan memerlukan sedikit
perubahan bagi memperoleh pelbagai pengalaman, Cik Nur nekad meneruskan
kerjaya sebagai penasihat undang-undang di Pusat Pemeriksaan Kenderaan
Berkomputer (Puspakom) yang kini dikenali sebagai Puspakom Sdn. Bhd. dan
latihan dalam kamar di salah sebuah agensi guaman di Kuala Lumpur.
‘‘Di agensi ini saya belajar meneroka sendiri
ilmu dalam mengendalikan setiap kes jenayah serta membuat banyak rujukan
dengan peguam senior,’’ ujar Cik Nur.
Menyelami cita-cita yang diimpikan oleh wanita
ini, Cik Nur sebenarnya menyimpan hasrat untuk menjadi seorang duta
sejak dari kecil.
‘‘Saya telah menjalani ujian temu duga untuk
menjadi seorang pegawai tadbir diplomatik. Namun, pada waktu itu, saya
dikehendaki menjalani kursus dan latihan selama enam bulan.
‘‘Atas sebab-sebab tertentu, saya mengambil
keputusan untuk melupakan cita-cita tersebut dan memberikan perhatian
terhadap bidang guaman,’’ katanya.
Hasil kesungguhannya, Cik Nur meneruskan lagi langkah bagi memantapkan kerjayanya sebagai seorang peguam jenayah dan sivil.
Menurutnya, untuk menjadi seorang peguam
jenayah, seseorang itu perlu ada minat, keberanian dan memiliki
pengetahuan yang mendalam dalam bidang tersebut selain sentiasa peka
dengan perkembangan isu semasa.
Ini kerana katanya, hampir setiap hari terdapat perkembangan terbaharu mengenai sesuatu kes yang diputuskan oleh mahkamah.
Monday, December 31
Ulysses: Jeanne d'Arc and the Alchemist Knight yang tidak harus dilupakan...
Ulysses: Jeanne d'Arc and the Alchemist Knight
Genre: Aksi
Bilangan episod: 12 x 30 minit (termasuk waktu iklan)
Siaran pertama: 7 Oktober hingga 30 Disember 2018
Studio animasi: AXsiZ
-----------------------------
Anime Ulysses: Jeanne d'Arc and the Alchemist Knight diterbitkan oleh AXsiZ dan bersiaran dari 7 Oktober hingga 30 Disember. Mengandungi 12 episod kesemuanya, anime tersebut hanya akan keluar di Internet pada awal pagi Isnin dan kebetulannya adalah hari terakhir tahun 2018 adalah masa untuk saya mengikuti episod kemuncak anime ini.
Iroduku The World In Colors best!
Iroduku: The World In Colors
Genre: Drama, Magic
Bilangan episod: 13 x 30 minit (termasuk waktu iklan)
Siaran pertama: 6 Oktober hingga 29 Disember 2018
Studio animasi: P.A.Works
------------------------------------------------
Anime Iroduku: The World In Colors merupakan antara anime pilihan sepanjang 2018, juga antara anime yang terakhir sepanjang 2016-2018 ini. Ia bersiaran dari 6 Oktober hingga 29 Disember yang lalu. Diterbitkan oleh P.A.Works.
Anime ini keluar pada awal pagi Sabtu sepanjang Oktober hingga Disember 2018 dan saya berkesempatan untuk mengikuti anime yang bukan berunsur aksi ini pada hari yang sama juga dan saya tengok jalan cerita anime ini best. Teraju utama anime ini adalah Hitomi. Neneknya adalah Kohaku.
Sunday, December 30
Bloom Into You pun dah habis! Elok la tuh..
Bloom Into You
Genre: Romantik, Yuri
Bilangan episod: 13 x 30 minit (termasuk waktu iklan)
Siaran pertama: 5 Oktober hingga 28 Disember 2018
Studio animasi: Troyca
-------------------------------------------
Untuk makluman anda, anime Bloom Into You sebenarnya berorientiasikan lesbian dan bersiaran sebanyak 13 episod dari 5 Oktober hingga 28 Disember lalu. Diterbitkan oleh produksi Troyca. Anime tersebut juga bukan berunsur aksi kerana ia tidak mempunyai babak gasak-gasak di dalamnya. Berapa kerat orang aje yang menonton anime ini termasuk saya. Elok la tuh anime ini dah habis! Yuu Koito dan Touko Nanami adalah tonggak utama anime ini.
Yuu Koito
Touko Nanami
Bunny Girl Senpai yang akan dirindui..
Rascal Does Not Dream of Bunny Girl Senpai
Genre: Psikologi
Bilangan episod: 13 x 30 minit (termasuk waktu iklan)
Siaran pertama: 4 Oktober hingga 27 Disember 2018
Studio animasi: CloverWorks
-------------------------
Sebuah lagi anime yang bukan berunsur aksi tetapi berorientasikan psikologi, iaitu Rascal Does Not Dream of Bunny Girl Senpai yang telah habis bersiaran sejak 4 Oktober hingga 27 Disember yang lalu. Diterbitkan oleh CloverWorks dan antara anime yang tidak harus dilupakan oleh mereka yang pernah menonton anime ini. Anime ini antara yang ok sikit daripada anime Chio's School Road dan Bloom Into You.
Monday, December 24
Release The Spyce yang akan terus diingati...
Release The Spyce
Genre: Aksi
Bilangan episod: 12 x 30 minit (termasuk waktu iklan)
Siaran pertama: 7 Oktober hingga 23 Disember 2018
Studio animasi: Lay-duce
----------------------------------
Saya berkesempatan untuk menonton anime Release The Spyce yang kebetulannya keluar di Internet pada setiap awal pagi Ahad dari 7 Oktober hingga semalam (23 Disember) dan dapat saya ikuti hari yang sama kadang-kadang sebelah pagi, paling elok jam 10.00 pagi. Best sangat anime ini sebab ada unsur aksi merangkumi babak gasak-gasak. Anime ini diterbitkan oleh produksi Lay-duce dan antara anime yang tidak harus dilupakan selain anime Island, Flip Flappers dan High School Fleet. Mujur saya tak lepaskan peluang ini untuk mengikuti anime berkenaan sepanjang ia bersiaran.
Ms. Vampire who lives in my neighborhood dah habis!
Ms. Vampire who lives in my neighborhood
Genre: Komedi
Bilangan episod: 12 x 30 minit (termasuk waktu iklan)
Siaran pertama: 5 Oktober hingga 21 Disember 2018
Studio animasi: Studio Gokumi, AXsiZ
----------------------------------------------
Anime ini dikenali dengan tajuk Tonari no Kyūketsuki-san merupakan antara anime yang tidak harus dilupakan yang mana lagu tema opening dan ending dia jauh lebih best daripada lagu-lagu K-pop. Bersiaran dari 5 Oktober hingga 21 Disember 2018, antara anime yang juga tidak harus move on sepanjang 2018. Diterbitkan bersama oleh Studio Gokumi dan AXsiZ.
Subscribe to:
Posts (Atom)































