Tentang Diri Saya: 2021

Mesti klik!

Klik dan daftar! Percuma aje!


Klik dan daftar! Percuma aje!


Jangan tak daftar! Klik di sini dan daftar! Percuma aje!

Friday, December 10

Yatim piatu bukan halangan jadi insan cemerlang

 


Azlina buktikan diri sebagai anak yatim piatu masih boleh berjaya dalam akademik. - NSTP/Ahmad Ismail



SEGAMAT: Cabaran dan dugaan ketika membesar serta menjalani kehidupan sebagai yatim piatu di Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Segamat (PKAYIS) di sini, bukan alasan penghuninya 'mundur' dalam pendidikan dan kehidupan.

Wednesday, November 10

Roh intelek UKMS terus hidup

 

GAMBAR HIASAN


Seandainya pada 30 September 2021, Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Sabah (UKMS) masih wujud, bermakna kita sudah meraikan ulang tahun kewujudannya ke-47.

Namun, dengan pertimbangan kepemimpinan sekitar 1994, UKMS diarahkan tutup pada 1996. Pada saat kita meraikan Hari Malaysia ke-58, sekitar 25 tahun lalu, kita kehilangan satu mercu tanda gagasan Malaysia, sedangkan gagasan itu lahir daripada kebijaksanaan Bapa Malaysia sejak 1960-an.

Beberapa minggu lalu, sahabat saya Matusup Rasid mengirim gambar kampus UKMS di tapak sementaranya di Limauan Kinarut, Bukit Padang Kota Kinabalu dan Menggatal, Jalan Tuaran.

Turut dikirim gambar kediaman Tun Datu Mustapha Datu Harun, mantan Ketua Menteri dan Menteri Kabinet.

Amat menyedihkan sebahagian gambar itu adalah kemusnahan dan keusangan kampus Menggatal dan kediaman Tun Mustapha di Tanjung Aru.

Sebagai bekas warga kerja, saya ingin merakamkan bahawa UKM pernah wujud lebih dua dekad di Sabah, tetapi institusi itu lenyap pada 1996 ekoran penubuhan Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 1994. Generasi baru harus mengetahui UKM pernah menggilap kegemilangan di Borneo dan tokoh penubuhannya ialah Tun Mustapha.

Beliau pada satu majlis di Sipitang pada November 1965 menzahirkan iltizam untuk mendirikan sebuah universiti di Sabah. Baginya universiti amat perlu untuk melahirkan tenaga kerja mahir bagi memajukan Sabah. Bahkan pemikiran ini terangkum dalam Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan 1962 bersama gagasan pembentukan Malaysia.

Apabila UKM ditubuhkan pada Mei 1970, Tun Mustapha segera mengutarakan kepada Tun Razak, Perdana Menteri yang juga Canselor UKM, agar mengembangkan sayapnya ke Sabah. Hujahnya, penubuhan cawangan di Sabah dapat memperkukuh konsep Malaysia yang baru ditubuhkan itu.

Dengan pemahaman sedemikian, maka kerajaan meluluskan penubuhan UKM Kampus Sabah pada 30 September 1974 dengan penawaran program matrikulasi di kampus pertamanya di Kebun Kawang, Kinarut. Kegembiraan Tun Mustapha jelas terlihat apabila beliau menukar nama lokasi kampus dengan nama Limauan, mengambil sempena kampung halamannya di Kudat, Limau-Limauan.

Pembukaan kampus itu adalah era baharu dalam pendidikan, yang menguak ruang luas kepada anak Sabah memperoleh pendidikan tinggi, khususnya dalam bidang sains dan teknologi. Ruang itu semakin terbentang dengan program pengajian peringkat ijazah pada 1976, khususnya pada 1979 menerusi pembukaan Fakulti Sains dan Sumber Alam yang menawarkan program Biologi, Kimia, Sains Bumi dan Sains Laut.

Pada masa sama, kampus UKMS dipindahkan ke Bukit Padang, Kota Kinabalu.

Iltizam kerajaan Sabah terhadap kepentingan kewujudan UKMS dibuktikan dengan penyerahan tanah seluas 909 ekar di Teluk Likas oleh Ketua Menteri, Datuk Harris Mohd Salleh pada 1978. Namun, disebabkan faktor kewangan, tanah itu belum dapat dibangunkan untuk dijadikan kampus tetap dan komprehensif.

Saya pernah ditugaskan di UKMS Bukit Padang Kota Kinabalu bermula Oktober 1986. Menerusi pergaulan dengan ilmuwan dan pembabitan dengan masyarakat di Sabah, saya meyakini, sebuah universiti tidak harus diukur dengan gedung fizikal yang gah tetapi budaya keuniversitiannya yang sentiasa menyantuni denyut nadi dan aspirasi rakyat dan masyarakat.

Bagi memenuhi keperluan logistik berikutan perpindahan Fakulti Sains Pembangunan, pada pertengahan 1990, kampus UKMS berpindah pula ke Pusat Latihan Telekom Menggatal, Jalan Tuaran. Kampus Menggatal di kaki bukit menghijau cukup indah dan lengkap keperluan prasarananya.

Gabungan dua fakulti dan kepakaran dalam sains dan teknologi serta sains sosial dan kemanusiaan, UKMS meneruskan kesepaduan ampuh dalam pendidikan dan penyelidikan.

Ditambah dengan aktiviti kemahasiswaan yang berpijak kepada realiti kemasyarakatan, semuanya dilaksana untuk menangani permasalahan rakyat khususnya bidang pendidikan.

Saya dapat merasakan betapa masyarakat Sabah sangat menyanjung kehadiran mahasiswa dan ilmuwan UKMS. Apa juga isu yang menggusarkan masyarakat, pastinya tokoh ilmuwan UKMS muncul membicarakannya.

Sepanjang bertugas di UKMS, saya mendapati jaringan dan jangkauan intelektualnya menjejaki hampir seluruh dimensi kehidupan masyarakat. Kerjasama dengan pelbagai agensi utama di peringkat negeri, terus diperkukuhkan. Sabah dan Borneo yang begitu kaya dengan khazanah alam, sosio budaya dan kemasyarakatan terus diteroka menerusi ekspedisi saintifik.

Di tengah kerancakan UKMS menyemarakkan aktiviti keilmuan, kerajaan menubuhkan UMS pada 1994 sebagai memenuhi janji pilihan raya. Warga UKMS dikejutkan dengan berita bahawa dalam tempoh dua tahun, UKMS ditutup, mereka diberi pilihan sama ada diserapkan ke UMS atau berpindah ke Bangi dan tanah kampus tetap UKMS seluas 909 ekar di Teluk Likas dijadikan kampus tetap UMS.

Walaupun pada tahun berkenaan saya tidak lagi bertugas di UKMS, berita itu benar-benar menikam kalbu saya.

Saya menyuarakan pandangan kepada pihak berwewenang bahawa UKMS tidak harus ditutup kerana ia memiliki sejarah istimewa dalam konteks pembinaan negara bangsa. Saya mempersoalkan barangkali kita terlupa persefahaman yang lahir daripada jiwa besar pelopor khususnya Tun Razak dan Tun Mustapha yang menganggap UKMS bukan sekadar universiti tetapi jiwa Malaysia.

Saya juga menyebutkan betapa UKMS adalah pengayaan keilmuan dan pengalaman intelektual masyarakat, seharusnya dijadikan asas untuk mempertahankan kewujudannya.

Namun, suara saya suara kecil. Akhirnya, pada 30 Jun 1996, pintu pagar Kampus UKMS ditutup buat kali terakhir oleh Ketua Keselamatan, Kusmin Haji Imam ditemani isterinya Dzalehar Mat dengan linangan air mata sebelum balik ke Semenanjung.

Selepas 25 tahun sirna, saya percaya roh dan semangat keintelektualannya terus membekas dalam sanubari alumni, warga kerja dan rakyat Sabah. Atau apakah kini sudah timbul kesedaran yang UKMS harus dihidupkan kembali?

Penulis Bekas Pendaftar UKM

Sunday, August 8

Sukan Olimpik 2020 yang pertama kali ditangguhkan setahun menutup tirai malam ini!

 




Temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan melabuhkan tirainya malam ini juga. Tahniah diucapkan buat Dato' Azizulhani Awang kerana merangkul pingat perak menerusi acara keirin pagi tadi sesudah menamatkan saingan selaku naib juara sejurus selepas tewas di tangan juara Jason Kenny dari Great Britain yang mempertahankan pingat emas yang dimenangi dalam Sukan Olimpik Rio 2016 lalu.

Temasya ini juga merupakan kali pertama Sukan Olimpik yang ditangguhkan setahun akibat pandemik Covid-19 yang kini sudah meragut jutaan nyawa di seluruh dunia. Pasukan Malaysia dalam temasya berkenaan akhirnya dapat memungut dua pingat, iaitu sebiji perak dan sebiji gangsa dan belum pernah memenangi pingat emas setakat ini dalam rekod Sukan Olimpik sejak ia mula diadakan pada 1896.

Semoga bertemu lagi di Sukan Olimpik Paris 2024. Selamat menikmati Sukan Olimpik buat hari yang terakhir ini. Majulah sukan untuk negara.

Friday, August 6

Waktu siaran beberapa rancangan di MPB yang tidak munasabah!

Bermula awal Ogos lalu, terdapat perubahan beberapa rancangan di Media Prima (MPB) yang saya kira tidak munasabah. Antaranya rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) yang bertukar waktu siaran ke jam 9.30 pagi (TV3) setiap Isnin hingga Jumaat dengan pengurangan durasi kepada sejam sahaja. Manakala slot Berita TV9 yang sebelum ini bersiaran jam 8.00 malam telah diawalkan sejam ke jam 7.00 malam setiap hari bagi memberi laluan kepada drama berdurasi sejam setiap hari bermula jam 7.30 malam di TV9. Sungguh tidak sesuai, memandangkan TV9 sejak awal kewujudannya pada 22 April 2006 menggunakan bahasa pengantarnya iaitu Bahasa Melayu dan pernah menggunakan tema 'Dekat di Hati' sehingga 2008.

Perlu diingatkan, TV9 bukannya saluran Bahasa Cina atau Bahasa Tamil. TV9 juga bukannya saluran berita (seperti Astro Awani) atau saluran sukan tempatan (seperti Astro Arena). TV9 menggunakan Bahasa Melayu selaku bahasa perantaraan bagi saluran tersebut dan kategori rancangannya adalah bercampur-campur termasuk slot berita.

Sepatutnya saluran 8TV yang menggunakan Bahasa Cina selaku bahasa perantaraan bagi saluran tersebut sejak Mac 2018 perlu menukar waktu siaran slot berita utamanya ke jam 7.00 malam dan dikurangkan kepada 30 minit sahaja, agar dapat memberi laluan kepada slot berdurasi sejam yang dipanggil Asian Potpourri (pernah bersiaran di TV3 dari Ogos 2003 dan dihentikan pada 2008) pada jam 7.30 malam setiap hari, selain slot drama kepunyaan TVB yang perlu diawalkan ke jam 6.00 petang setiap hari.

TV3 sebelum ini pernah juga menyiarkan ulangan drama pada jam 8.00 pagi sebelum adanya rancangan Borak Kopitiam dan slot berkenaan tidak perlu dikembalikan lagi dan ia tidak sesuai disiarkan.

Harap yang selesai membaca artikel ini bersetuju dengan pernyataan saya ini.

Friday, July 9

Dunia skuba Siti Nursarah

 

BERPELUANG berswafoto dengan penyu.

 
JURULATIH skuba bukan satu pilihan kerjaya yang mudah kerana memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi.

Tuesday, July 6

Pernah makan biskut kering cicah air paip... wanita ini bangkit selepas dihina! - “Kini giliran saya bantu mereka yang terkesan“

 

Nordiyana Mat Noh mengharungi pelbagai kesukaran dalam hidup namun ia mampu mengatasinya.



MENDENGAR kisah usahawan muda ini, tiada siapa akan menyangka perjalanan hidupnya penuh dengan cabaran dengan liku-liku hidup yang mungkin tidak ramai dapat menghadapinya.

Friday, July 2

Bangkit selepas dibuang kerja

 

NOOR AZIMAH (tengah) diberikan penghargaan atas kejayaannya menjual produk penjagaan rambut dalam jumlah yang banyak.



SEJAK pandemik Covid-19 melanda negara dua tahun lepas, banyak sektor ekonomi termasuk perkilangan dan perhotelan ditutup selepas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0.

Ekoran itu, ramai yang hilang pekerjaan dan pendapatan disebabkan sesetengah sektor terpaksa ‘gulung tikar’ selepas tidak dapat menjana keuntungan selepas ditutup untuk tempoh tertentu.

Noor Azimah Zolkafli, 31, adalah antara salah seorang yang menjadi ‘mangsa keadaan’ itu selepas diberhentikan kerja pada tahun lalu.

Katanya, pada ketika itu, dia berasa tertekan dan hilang motivasi apabila mengetahui menjadi salah seorang pekerja yang bakal diberhentikan.

“Dengan komitmen bulanan yang tinggi, saya menjadi buntu seketika memikirkan nasib diri selepas hilang punca pendapatan,” katanya yang berasal dari Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Noor Azimah menjawat jawatan sebagai pembantu pengurus pemasaran dan komunikasi di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Dia menjelaskan, beberapa bulan sebelum diberhentikan, gajinya dipotong separuh, selain perlu melakukan kerja di luar bidang sepatutnya.

Ujarnya lagi, ekoran pandemik Covid-19 semakin ‘mengganas’ memaksa pihak pengurusan memberhentikan pekerja selepas hotel tidak boleh beroperasi selepas kerajaan melaksanakan PKP 1.0 tahun lalu.


Azimah


“Pada bulan Julai tahun lalu, saya menjadi salah seorang pekerja yang diberhentikan,” jelasnya yang memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang Komunikasi dari Universiti Sains Malaysia.

Setelah diberhentikan, Noor Azimah mengambil keputusan untuk melakukan perniagaan secara online sebagai salah satu usaha untuk mencari pendapatan.

Dia mengerti bukan mudah untuk mencari kerja di saat pandemik Covid-19, jadi perlu bertindak segera dan tidak boleh membiarkan dirinya tidak melakukan sebarang pekerjaan.

Jelasnya, beberapa bulan sebelum diberhentikan, dia mengalami masalah rambut gugur kerana tertekan memikirkan nasib yang akan dia lalui selepas itu.

Pada waktu itu, dia mencuba satu produk penjagaan rambut.

“Produk itu sesuai dengan saya dan pada waktu itu timbul idea untuk menjadi ejen bagi menjual produk berkenaan.

“Pada bulan Mei tahun lalu, dua bulan sebelum diberhentikan, saya mengambil keputusan untuk menjual produk ini secara online. Modal pertama saya sebanyak RM600. Alhamdulillah, dalam masa tiga minggu sahaja, saya dapat menjual semua produk itu,” terangnya.

Tambahnya, perkara itu memberikan keseronokan kepadanya dan memutuskan untuk lebih serius dalam perniagaan online dengan menjual produk penjagaan rambut itu.

Pada bulan kedua pula, Noor Azimah memberanikan diri untuk menambah modal sebanyak RM2,000 bagi mendapatkan stok yang lebih banyak.

Pada bulan itu juga, dia berjaya membuat jualan melebihi RM6,000.

Sebaik diberhentikan kerja, dia terus menjual produk tersebut kerana telah menjadi sumber pendapatan buatnya.


SETELAH diberhentikan kerja, Noor Azimah serius melakukan perniagaan secara online hingga mengecapi kejayaan sekarang.


Noor Azimah kemudian memberanikan diri untuk membuka kios di satu karnival dan berjaya membuat jualan melebihi RM12,000.

“Saya melihat perniagaan ini berkembang dengan baik sekali dan ia memberikan keyakinan kepada saya untuk meneruskan usaha ini.

“Jumlah jualan yang saya dapat hasilkan pada tahun 2020 adalah sebanyak RM61,000. Bagi tahun ini, saya menyasarkan untuk menghasilkan jualan sebanyak RM200,000,” katanya.

Kini dia boleh tersenyum lebar kerana pendapatan yang diperolehnya lebih banyak berbanding dengan bekerja makan gaji sebelum ini.

Dalam pada itu, Noor Azimah menjelaskan, apabila terlibat dalam bidang perniagaan, seseorang itu perlu kuat dari segi mental dan fizikal.

“Berniaga bukannya hari-hari ada jualan. Pernah tiga hari saya langsung tidak dapat membuat sebarang jualan. Ini sedikit sebanyak membuatkan saya berasa tertekan.

“Bagaimanapun, semua itu tidak melemahkan semangat saya untuk terus berusaha. Apa yang penting, kita harus mencari jalan untuk mencapai kejayaan dan kemudian bertawakal kepada Allah,” tegasnya.



Tuesday, June 29

'Jodoh' dengan jentera berat

BEKAS pencuci kapal terbang yang kini bergelar pemandu prime mover pelabuhan.


JIKA ada kemahuan, di situ pasti ada jalan.

Siapa sangka, wanita yang dulunya hanya bekerja sebagai pencuci kapal terbang kini boleh berbangga menjadi antara pemandu prime mover wanita di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor.

Bagi Siti Sukma Drahman, 28, menjadi sebahagian daripada kakitangan di pelabuhan antara yang paling sibuk di dunia itu bagaikan mimpi menjadi kenyataan.

Sebelum itu, wanita kelahiran Kota Samarahan, Sarawak itu bekerja sebagai pencuci kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura dan sememangnya gemarkan kerjaya yang memberi cabaran.

Kata Siti Sukma, sebagai pemandu prime mover (lori terminal), dia terbabit dalam proses membawa kontena dari kapal ke blok yang ditetapkan di pelabuhan itu dan sebaliknya.

Katanya, dia bekerja dalam satu pasukan yang terdiri daripada beberapa jabatan lain dan arahan diberikan dari bilik kawalan.


BERSAMA Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun (tengah) sewaktu lawatan beliau ke PTP, baru-baru ini.

"Biasanya, setiap syif kerja adalah selama 12 jam dan dalam tempoh itu, jumlah kontena yang paling banyak dibawa setakat ini adalah sebanyak 41 buah dalam satu syif.

"Setiap kontena ada pelbagai saiz antaranya 20 kaki panjang dan 8 kaki tinggi, 40 kaki Panjang dan 8 kaki tinggi serta 45 kaki panjang dan 9 kaki tinggi, semua itu perlu disusun di mana ia turun dan naik bagi melancarkan proses pindahan ke kapal.

"Dianggarkan, dalam sehari pelabuhan transit ini menguruskan kira-kira 20,000 kontena yang perlu dipindah turun dari kapal dan dipindah naik ke kapal, " katanya.

Mengulas lanjut pembabitannya dalam bidang itu, Siti Sukma berkata, semuanya bermula apabila dia mendapat tahu mengenai pengambilan pemandu prime mover oleh pelabuhan berkenaan daripada rakannya.

Katanya, kerjaya itu sesuai dengan minatnya yang gemarkan cabaran lantas dia menghantar permohonan sebelum ditemuduga April tahun lalu.


BERTUAH kerana pihak pengurusan pelabuhan itu tidak meminggirkan kakitangan wanita

"Saya bersyukur diterima bekerja sebagai pemandu prime mover memandangkan tidak pernah memiliki sebarang lesen kenderaan berat sebelum ini.

"Ibu bapa turut terkejut namun pada masa sama mereka gembira dan teruja selain tidak putus-putus berpesan supaya sentiasa berhati-hati.

"Pesanan ibu bapa sentiasa di ingatan kerana saya sedar, kerjaya ini sememangnya memiliki risiko tersendiri," katanya.

Dalam pada itu, Siti Sukma berkata, semua calon pemandu prime mover di PTP akan menjalani latihan dan ujian yang disediakan untuk mengenal pasti kemampuan mengendalikan kenderaan berat.

Katanya, dia dan calon pemandu prime mover lain perlu duduki latihan selama 28 hari, ujian memandu dan undang-undang sebelum memperoleh 'lesen' yang dikeluarkan pihak pelabuhan.

KERJAYA sebagai pemandu prime mover dimonopoli golongan lelaki.

Ini kerana memandu di dalam kawasan pelabuhan memang jauh berbeza dengan memandu di jalan raya biasa kerana di dalam kawasan itu, had laju maksima adalah 35 kilometer (km) sejam sahaja.

Jika lebih dari itu, pemandu akan diambil tindakan oleh pihak pengurusan PTP berdasarkan kesalahan yang dilakukan.

"Justeru, kami perlu memandu dengan perlahan dan berhati-hati serta tidak boleh tergopoh-gapah selain perlu mahir mengendalikan kenderaan kerana kawasan pelabuhan sememangnya sentiasa sibuk.

"Alhamdulillah, dari lebih 60 lebih pengambilan pemandu prime mover kumpulan saya, lima adalah wanita," katanya.

Menurut Siti Sukma lagi, dia tidak menyesal memilih kerjaya itu kerana ia bukan sahaja mencabar tetapi pada masa sama dapat memupuk keyakinan diri.

Apa tidaknya, kerjaya yang majoritinya adalah lelaki itu sememangnya memerlukan komitmen dan fokus yang tinggi.

Selain itu, kata Siti Sukma, kerjaya terbabit juga menawarkan peluang laluan kerjaya yang cerah sehingga ke peringkat pengurusan.

Karanya, dia bertuah kerana pihak pengurusan PTP tidak meminggirkan kakitangan wanita di dalam semua bidang termasuk operasi mahu pun teknikal.

"Kami memiliki peluang kenaikan pangkat yang sama rata berdasarkan prestasi dan ada juga dipilih memasuki program 'fast track.'

"Selepas memandu prime mover, saya bercita-cita untuk menjadi operator Rubber Tyre Gantry (RTG) dan ke peringkat lebih tinggi iaitu Quay Crane Operator(QC).

"Semoga impian berkenaan dapat dicapai kerana saya mahu buktikan bahawa wanita juga boleh berjaya dalam bidang ini, " katanya yang turut menggalakkan wanita untuk menceburi bidang yang dikuasai lelaki.

Tuesday, April 6

RTM 75 tahun, sudah bertukar logonya

 

Logo RTM ketujuh sejak 1 April lalu.

Tak sangka logo RTM yang keenam digunakan sejak Ogos 2004 lalu telah bertukar kepada logo baru RTM pada sambutan ulangtahunnya yang ke-75 1 April lalu. Serentak dengan itu juga, RTM melancarkan saluran berorientasi sukan yang sebelum ini dipanggil RTM Sports, dikenali sebagai saluran Sukan RTM yang bertemakan (berslogankan) 'Sukan Untuk Semua' masih lagi eksklusif untuk semua pengguna dekoder DVB-T2 ataupun MYTV buat masa ini.

Logo RTM keenam dari Ogos 2004 hingga Mac lalu.


Beberapa perubahan yang berlaku dalam RTM sempena ulangtahun berkenaan adalah slot Berita Pagi dan kapsul Berita Semasa serta Conty News hanya disiarkan eksklusif di saluran Berita RTM sahaja dan tidak lagi turut disiarkan di saluran TV1. Saluran Berita RTM ketika ini sudahpun mengalihkan satu demi satu slot berita yang disiarkan RTM, secara berperingkat-peringkat dan bertahap. Serentak itu juga RTM mengelolakan rancangan keagamaan Salam Pagi yang baru sahaja mula bersiaran pada setiap hari jam 7.00 pagi melalui TV1.

Saya berkesempatan untuk membuka saluran TV1 sekejap apabila masuk jam 12.02 tengah hari, rupanya dokumentari antarabangsa berbahasa Inggeris. OK la tuh kalau saluran TV1 tanpa adanya slot kapsul Berita Semasa dan Conty News. Lepas ini bolehlah pihak saluran TV1 heret balik pengiklan, termasuk meneroka pasaran Inggeris (sekiranya rancangan Inggeris bersiaran).

Manakala saluran TV2 pula melakukan beberapa perubahan, termasuk jam 8.00 malam diisi rancangan selain berita utama, rancangan travelogue berbahasa Tamil iaitu KL To Dubai yang sebelum ini bersiaran setiap Rabu jam 4.00 petang, diubah ke hari Selasa jam 3.00 petang. Rancangan #HTV dan Hotspot yang sebelum ini masing-masing disiarkan melalui TV1 dan TV Okey telahpun disumbat ke TV2. Semua slot tayangan gambar di saluran yang sama juga digabungkan ke dalam satu slot Screen On 2.

Saluran TV Okey kekal menyiarkan rancangan Infiniteen sehingga kini. Manakala slot berita bahasa etnik Sabah-Sarawak telahpun berpindah ke saluran Berita RTM bermula 1 April lalu.

Saluran Berita RTM sejak dulu lagi ada beberapa rancangan eksklusif hanya di saluran tersebut, iaitu Bicara DR, #Sayang, Cerita Kita dan Pastikan Sahih serta beberapa rancangan majalah/rencana eksklusif di saluran sama. Mutakhir, slot Berita Pagi dan slot kapsul Berita Semasa serta Conty News hanya disiarkan di saluran yang sama bermula 1 April lalu.

Manakala saluran TV6 yang ketika ini masih lagi saluran percubaan, terpaksa menyiarkan rancangan-rancangan lama yang kebanyakannya adalah kelolaan sepenuhnya RTM bagi membuktikan saluran TV6 milik RTM sepanjang siaran ujian bersiaran.

Buat RTM, diharap pihak RTM segera mewujudkan beberapa saluran baru termasuk saluran keagamaan selepas ini. Selamat ulangtahun ke-75 RTM!

Monday, January 25

Covid-19 di Malaysia kini setahun!

Hari ini tanggal 25 Januari 2021, maka genaplah setahun badai Covid-19 melanda Malaysia. 25 Januari tahun lalu juga merupakan hari pertama Tahun Baru Cina disambut warga bumi yang berbangsa Cina sehinggakan keseronokan masyarakat Cina merayakan hari besar mereka bertukar tragedi apabila gelombang pertama Covid-19 melanda Malaysia pada tarikh berkenaan. Gelombang kedua wabak tersebut hanya akan berlaku selepas sambutan Tahun Baru Cina tahun lalu sehingga memaksa sambutan Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha dan Deepavali tahun yang sama juga disambut secara ala kadar di samping sambutan Hari Kebangsaan tanpa acara perarakan dan himpunan beramai-ramai di pagi Merdeka yang mulia itu.

Gelombang ketiga Covid-19 di Malaysia hanya akan bermula beberapa hari selepas sambutan Hari Malaysia tahun 2020. Selagi Covid-19 masih ada, selagi itulah mana-mana perayaan utama sesebuah negara terpaksa disambut secara kecil-kecilan dan ala kadar.

Sepanjang setahun wabak Covid-19 di Malaysia, ada juga rakyat kita di luar negara telah menerima vaksin Covid-19. Antaranya Sasha Saidin (pelakon dan penyanyi). Pemvaksinan di Malaysia hanya akan bermula awal Mac ini dan harapnya vaksin diberi kepada pengiat-penggiat sukan serta warga sukan selepas petugas barisan hadapan agar dunia sukan akan kembali berjalan seperti biasa.

Semoga wabak Covid-19 akan segera beransur pulih. Amin..

Monday, January 18

Hunny mahu cari bakal suami kelakar, penyayang


Norhanizah Mahadi


Minat pada cabaran, bekerja bawah tekanan dan enggan ‘melepak’ di pejabat sahaja membuatkan Norhanizah Mahadi, 33, memilih dunia penyiaran sebagai kerjayanya.

Selain itu, anak kelahiran Tanjung Malim, Perak yang mesra disapa Hunny itu menjadikan aktiviti karaoke bagi melepaskan tekanan selepas memerah otak mencari pelbagai idea untuk slot programnya sesuai dengan diri­nya sebagai penerbit rancangan.

Hunny memperuntukkan tiga kali seminggu untuk bersenam bagi memastikan dirinya cergas seterusnya mampu mengekalkan kejelitaannya pada usianya sekarang.

Ikuti temu bual Kosmo! Ahad bersama Hunny yang turut me­ngusahakan kedai makan bersama rakan-rakan.