Tentang Diri Saya: Dunia skuba Siti Nursarah

Mesti klik!

Klik dan daftar! Percuma aje!


Klik dan daftar! Percuma aje!


Jangan tak daftar! Klik di sini dan daftar! Percuma aje!

Friday, July 9

Dunia skuba Siti Nursarah

 

BERPELUANG berswafoto dengan penyu.

 
JURULATIH skuba bukan satu pilihan kerjaya yang mudah kerana memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi.

Pekerjaan ini memerlukan pengetahuan tinggi dan kelayakan bersesuaian untuk memiliki lesen sebelum layak bergelar jurulatih skuba.

Ia penting bukan sahaja untuk memastikan keselamatan diri sendiri malah mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti ini.

Sedikit kesilapan ketika berada di dalam laut boleh mengakibatkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Oleh itu untuk mendapatkan lesen, bukanlah mudah kerana perlu melepasi syarat ketat yang ditetapkan. Jadi, tidak hairanlah pekerjaan ini dikuasai ramai lelaki.

Bagaimanapun ia bukanlah halangan kepada Siti NurSarah Salehhodin, 33, untuk menjadikan jurulatih skuba sepenuh masa sebagai kerjaya sejak
2012.

Pengalaman selama 10 tahun, menjadikan wanita berasal dari Perlis ini cukup dikenali dalam kalangan peminat aktiviti berkenaan.

Apa tidaknya, dia yang cukup aktif dengan sukan mendaki tembok tiruan antara wanita termuda iaitu pada usia 24 tahun menjadikan jurulatih skuba sebagai kerjaya.

Siti NurSarah berkata, minat mendalam terhadap aktiviti ini mendorongnya melanjutkan pengajian dalam bidang Teknologi Marin di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Perlis.

MENYELAM di Pulau Mabul.

"Belajar dalam bidang ini, memberi peluang kepada saya untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pelbagai perkara mengenai laut.

"Ketika menjalani latihan industri, saya berpeluang untuk menaik taraf lesen sehingga 'Dive Master.'

"Selepas menamatkan pengajian, saya naik taraf lesen menjadi jurulatih dan pada Oktober 2012, secara rasmi saya bekerja sebagai jurulatih skuba," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

MENJADIKAN jurulatih skuba sebagai kerjaya.

Tambahnya, keunikan aktiviti ini adalah setiap lokasi selaman mempunyai persekitaran dan hidupan laut yang berbeza.

"Sukar untuk saya gambarkan perasaan apabila melihat sendiri keindahan dasar laut yang berbeza di daratan.

"Secara peribadi, saya suka Pulau Tioman dan Pulau Mabul. Manakala di luar negara saya suka ke Bali kerana boleh melihat ikan mola-mola yang hanya boleh ditemui pada September," katanya.

ANTARA lokasi selaman menarik di Pulau Tioman.

Katanya, bukan mudah untuk menjadi seorang jurulatih kerana pelbagai peringkat perlu dilalui bagi memastikan seseorang itu benar-benar layak.

"Sama ada lelaki atau wanita, mereka perlu melalui beberapa siri kursus dan ujian yang sama sebelum benar-benar layak bergelar jurulatih. Tiada keistimewaan diberikan kepada mana-mana individu.

"Jika lelaki terjun ke laut, wanita pun lakukan perkara sama selain perlu angkat 100 tangki oksigen sehari. Saya pun perlu lakukan perkara sama," katanya.

BERENANG dengan hidupan laut.

Jelasnya, pada awal pembabitan dunia selaman, dia antara wanita termuda menjadi jurulatih di negara ini.

"Cabaran pada usia yang masih muda adalah sukar mendapat kepercayaan orang ramai untuk menerima tunjuk ajar.

"Saya ambil masa lebih kurang tiga tahun untuk berdepan cabaran ini dan bersyukur ramai yang membantu," katanya.

Menurutnya, pembabitan wanita sebagai jurulatih skuba sangat kurang namun permintaan untuk lakukan aktiviti ini cukup tinggi.

"Ramai wanita yang ingin menjadi penyelam baru dan mereka lebih minat untuk lakukannya dengan jurulatih wanita atas pelbagai sebab.

"Saya suka mengajar, mengembara dan melakukan aktiviti rekreasi. Kerjaya ini dapat memenuhi semua perkara yang saya gemari," katanya.

Katanya, apabila bekerja dalam bidang didominasi lelaki, wanita perlu memiliki kekuatan tenaga dan mental yang setanding.

"Wanita perlu percaya kepada diri sendiri, tidak mudah berputus asa dan sentiasa belajar dari segi kesilapan.

"Jangan sia-siakan pengalaman dan peluang yang ada untuk membuktikan kemampuan diri," katanya.

No comments:

Post a Comment