Tentang Diri Saya: Yatim piatu bukan halangan jadi insan cemerlang

Mesti klik!

Klik dan daftar! Percuma aje!


Klik dan daftar! Percuma aje!


Jangan tak daftar! Klik di sini dan daftar! Percuma aje!

Friday, December 10

Yatim piatu bukan halangan jadi insan cemerlang

 


Azlina buktikan diri sebagai anak yatim piatu masih boleh berjaya dalam akademik. - NSTP/Ahmad Ismail



SEGAMAT: Cabaran dan dugaan ketika membesar serta menjalani kehidupan sebagai yatim piatu di Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Segamat (PKAYIS) di sini, bukan alasan penghuninya 'mundur' dalam pendidikan dan kehidupan.



Perancang Kewangan Berdaftar (RFP), Dr Azlina Asaari, 36, membuktikan mampu berjaya dalam pelajaran sehingga ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Beliau antara penerima PhD pada Majlis Konvokesyen Ke-45 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada 2017 dan penerima Anugerah Graduate on Time (GOT) dari fakulti pengajiannya ketika itu.

Anak sulung daripada empat beradik itu membesar di rumah anak yatim terbabit bersama adiknya, Siti Faika yang ketika itu masing-masing berusia 11 dan 12, pada 1997 lalu.

Mengimbas memori itu, beliau terpaksa hidup dalaman suasana baharu dan melaluinya dengan tabah meskipun agak sukar menerimanya.

"Walaupun pelbagai kemudahan, kebajikan dan tempat tinggal tersedia, jauh di sudut hati keperitan kerana membesar tanpa kasih sayang ayah dan ibu, selain terpaksa berpisah dengan adik-beradik lain.

"Ayah saya, Asaari Atan meninggal dunia pada 1996, disusuli ibu, Sarifah Atan setahun kemudian.

"Kami dua beradik terpaksa berpisah dengan dua lagi adik, Azwan (meninggal dunia pada 1998) serta Muhamad Azlan membesar bersama keluarga sebelah ibu di Kluang, Johor.

"Saya mampu membuktikan kepada masyarakat anak yatim piatu berjaya dalam akademik dan kerjaya hingga peringkat tertinggi," katanya.

Pengerusi Alumni PKAYIS sejak penubuhannya pada 2015 itu berkata, selama ini ada segelintir masyarakat memandang serong dan persepsi mereka bahawa anak yatim piatu akan hilang arah selepas ketiadaan ibu bapa. Sebenarnya tidak, kerana ia bergantung kepada diri sendiri.

"Sekiranya ingin berjaya perlu tabah hadapi dugaan mental dan fizikal, katanya ketika ditemui di Felda Medoi, Segamat di sini.

Mengakui kekok dengan persekitaran kehidupan bersama anak yatim, lainnya namun lama-kelamaan dapat sesuaikan diri.




Azlina ketika konvokesyen ke- 45 di UKM selepas menamatkan pendidikan di peringkat PhD.


"Berkongsi pengalaman sedih kehidupan bersama rakan, menjadikan kami menyokong antara satu sama lain dan belajar bersungguh-sungguh.

"Kejayaan ini juga berbekalkan doa dan restu datuk dan nenek saya sebagai penguat semangat selepas ibu bapa meninggal dunia," katanya.

Beliau juga pernah menolak menyambung pelajaran ke sekolah teknik kerana tidak mahu berpisah dengan rakan di rumah anak kebajikan ini.

"Kami mahu bersama meneruskan kehidupan seadanya kerana memang terpaksa menumpang kasih bersama, sebelum masing-masing melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Namun saat itu membuat kami semua kuat mencapai kecemerlangan dalam kehidupan," katanya.

No comments:

Post a Comment