Tentang Diri Saya: 2015

Mesti klik!

Klik dan daftar! Percuma aje!


Klik dan daftar! Percuma aje!


Jangan tak daftar! Klik di sini dan daftar! Percuma aje!

Friday, December 25

Krismas pertama pasca-GST!

Jika semalam merupakan hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w atau Maulidur Rasul, hari ini merupakan kali pertama rakyat Malaysia yang beragama Kristian menyambut Hari Natal atau lebih dikenali sebagai Krismas susulan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan atau GST pada April lalu namun Krismas tetap membawa makna yang besar buat kebanyakan penganut Kristian. Akan tetapi sambutan Maulidur Rasul bagi umat Islam rakyat Malaysia seakan tidak membawa apa-apa makna lagi (setaraf dengan Maal Hijrah) disebabkan adanya GST sejak April lalu..Di sebalik kemeriahan umat Kristian di planet bumi ini menyambut Krismas, ada juga negara bukan Kristian di dunia ini mengharamkan sambutan Krismas, iaitu Brunei, Maldives dan Somalia atas alasan ia adalah perayaan keagamaan. Brunei misalnya penduduk yang bukan Kristian, majoritinya beragama Islam diharamkan menyambut Krismas, manakala yang beragama Kristian tetap dibenarkan menyambut hari besar berkenaan, tetapi tidak di mana-mana tempat terbuka selain menghiasi pokok Krismas ataupun segala yang berkaitan dengan hari besar tersebut di dalam rumah sahaja. Apa kata haramkan sekali sambutan Hari Pekerja (1 Mei setiap tahun) seperti di negara-negara yang mengharamkan Hari Pekerja seperti Thailand, Korea Selatan dan Indonesia, baru adil. Buat semua penganut agama Kristian, diucapkan selamat menyambut Krismas! Merry Christmas! Salam Tahun Baru 2016!

Tuesday, November 10

Deepavali pertama pasca-GST!

Selamat menyambut Hari Deepavali buat seluruh masyarakat India yang majoritinya beragama Hindu! Ini merupakan kali pertama rakyat Malaysia yang beragama Hindu akan menyambut Deepavali susulan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April yang lalu. GST bukanlah alasan untuk melupakan mana-mana hari besar mana-mana kalangan seperti Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas, sebaliknya mengajar orang ramai agar bersederhana walaupun pada hari perayaan utama masing-masing. Nampaknya saluran percuma di Malaysia ini macam tiada program khas sempena Pesta Cahaya atau Deepavali itu. Sepatutnya Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Pekerja dari dulu lagi tidak perlukan rancangan-rancangan khas sempena hari-hari tersebut sebab ia semua tidak dikategorikan sebagai hari besar serta tidak mempunyai keistimewaan yang tersendiri, tambahan pula GST sudahpun dilaksanakan sehingga memaksa rakyat Malaysia khasnya di perantauan untuk melupakan Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Pekerja. Cuba kita lihat sebahagian negara di dunia ini seperti Thailand, Korea Selatan dan Indonesia tiada sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei setiap tahun yang mana rakyat negara berkenaan masing-masing diharamkan menyambut Hari Pekerja kerana ia akan menjejaskan pendapatan negara masing-masing. Deepavali Valthukal!

Saturday, October 31

Akhirnya JDT FC menang 1-0 ke atas Istiklol FC dalam Piala AFC 2015!

Tahniah diucapkan buat pasukan kelab JDT FC dan juga tahniah buat seluruh rakyat Malaysia termasuk rakyat Johor sendiri kerana menumpaskan pasukan kelab Istiklol FC (dari Timur Tengah) dengan jaringan 1-0 di gelanggang lawan dalam perlawanan akhir bola sepak Piala AFC 2015! Satu rekod baru dalam bola sepak Malaysia di rantau Asia dan juga di peringkat antarabangsa. Kejayaan Harimau Selatan dalam kejohanan tersebut tidak dapat disangkal lagi. Saya bukan warga Johor pun turut tersenyum dan berpuas hati dengan kejayaan Harimau Selatan. Luaskan kuasamu wahai Harimau Selatan!

Saturday, October 24

La Liga akhirnya di Astro SuperSport!



Petang semalam ada Bajet 2016, belanjawan pertama susulan pelaksanaan GST pada 1 April lepas. Terima kasih kepada Astro khasnya pihak saluran SuperSport kerana menyiarkan siaran langsung bola sepak Liga Sepanyol! Satu tindakan yang bagus lagi bijak! Asyik-asyik program realiti nyanyi-nyanyi dan dakwah-dakwah macam AF la, Gegar Vaganza la, Kilauan Emas la, Pencetus Ummah la.. Yang melanggani Super Pack atau Pakej Sukan, boleh la menontonnya di saluran SuperSport!

Monday, August 31

Merdeka pertama pasca-GST!

























Logo rasmi sambutan Hari Kebangsaan ke-58 dan Hari Malaysia ke-52


Hari ini tanggal 31 Ogos 2015 merupakan Hari Kebangsaan tahun ke-58, juga merupakan kali pertama rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama serta ideologi politik meraikan hari bersejarah berkenaan setelah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April lalu. Tema bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini ialah 'Sehati Sejiwa'. Alhamdulillah, masih ada lagi yang mengibarkan Jalur Gemilang menjelang sambutan Hari Kebangsaan setiap kali (sebagaimana dilaporkan dalam berita melalui segmen berita nasional) sekalipun terkena penangan GST. Tidak kurang juga ada yang enggan mengibarkan Jalur Gemilang atas alasan-alasan tertentu. Dua hari sebelm hari ini ada sahaja perhimpunan haram yang berlangsung di ibu kota sehingga menjejaskan persiapan sambutan Hari Kebangsaan kali ini. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan tahun ke-58 buat seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama di mana anda berada dan jangan lupa 16 September ini merupakan kali pertama rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, etnik dan ideologi politik akan menyambut Hari Malaysia (ulangtahun pembentukan Malaysia) selepas adanya GST. Salam Merdeka dan kosong-kosong!

Friday, August 7

KL City GP 2015 bermula hari ini hingga Ahad!





Inilah peta bagi litar jalanan yang akan digunakan sempena perlumbaan KL City Grand Prix 2015.

Buat julung-julung kalinya dalam sejarah Malaysia, Malaysia menganjurkan acara perlumbaan KL City Grand Prix bagi tahun 2015. Nampak gayanya ia merupakan kali pertama rakyat Malaysia akan dapat menonton secara langsung perlumbaan jalanan di negara sendiri. Sebelum ini, perlumbaan F1 GP dapat disaksikan di Monte Carlo, Monaco dan Singapura. Diharap perlumbaan seperti ini dapat diteruskan di Malaysia pada masa akan datang.

Tiada lagi majalah Ujang dan Apo? di pasaran!


 Majalah UJANG keluaran sulung, Januari 1994.

Semalam, tanggal 6 Ogos 2015 secara rasminya dua majalah kelolaan MOY Publications iaitu Ujang dan Apo? telah menghentikan penerbitannya bukan disebabkan penangan GST tetapi berkemungkinan besar akibat kekurangan pembaca yang sebahagian besarnya sudah hilang kuasa untuk membeli disebabkan GST sejak 1 April lepas. Kata salah seorang kartunis, iaitu Ubi di Facebook: -

"Bukan lagi kabar angin - MOY Publication (penerbit majalah Ujang dan Apo?) telah disahkan menutup operasi mereka sejak semalam."

"Akan tiada lagi majalah terbitan mereka di pasaran. Malang buat generasi akan datang kerana tak berpeluang lagi menatap dan mengenal majalah kartun legenda yang pernah menggegarkan dunia penerbitan suatu ketika dahulu."

"Paling sedih dan kasihan dengan pengkarya serta kartunis yang selama ini mencari rezeki di sana. Semoga keadaan bakal bertambah baik dan semoga nasib mereka akan terus dibela."


Ini bermakna, selepas ini tiada lagi kelibat majalah yang bernama Ujang dan Apo? dalam pasaran Malaysia. Para pengunjung kedai majalah dan akhbar jangan terkejut jika kedua-dua majalah berkenaan tiada.

Berikut adalah sejarah Ujang dan Majalah Ujang di bawah: Majalah ini (Ujang) telah memulakan operasinya pada tahun 1993 di mana pelukis Ibrahim Anon yang lebih dikenali dengan nama penanya Ujang telah menerbitkan majalah ini sendiri di bawah syarikat Kharisma Publications, Kuala Lumpur. Majalah ini pada awal penerbitannya kelihatan sebagai sebuah himpunan buku lakaran pelukisnya, dengan lakaran konsep majalah itu untuk isu seterusnya. Melalui penghasilan majalan ini, beberapa kartunis telah berjaya mencipta nama bersama Ujang seperti petai, kobis bunga, padi, ciku, lengkuas dan lain-lain. Itu uniknya kartunis-kartunis yang berada di bawah bumbung Karisma Publications pada waktu itu. Namun Majalah ini telah diambil alih oleh Mohd Osman Yusof (MOY) mendaftarkan nama UJANG sebagai hak miliknya, sekaligus hal ini menghalang kartunis UJANG daripada terus menggunakan nama tersebut. Kini majalah UJANG diterajui pula oleh Lengkuas dan kartunis-kartunis seperti Nik, Bacang, Bawang, Manggis, Lepat, Ciku, Lalang, Papan, Buloh, Sukun, Bijan dan Qayyum.

Sunday, August 2

Cerita perjalanan seni Nadeera

 1

INDUSTRI hiburan semakin meriah dengan kehadiran pendatang baharu berbakat yang selayaknya diketengahkan dan diberi ruang untuk menyerlah. Bagi bintang yang menyerlah menerusi program realiti Mentor Legend, Farah Nadeera Zaini, 22, kisah perjalanan seni merupakan pengalaman berharga yang sewajarnya diceritakan dalam sesebuah lagu.

 

Nadeera yang kini giat mempromosikan single terbaharu, Hasrat hati, memberitahu menerusi lagu tersebut, dia berpeluang berkongsi cerita suka duka bergelar anak seni dalam industri hiburan tempatan bersama peminatnya.

“Lagu ini dicipta komposer terkenal Amirah Ali manakala liriknya ditulis oleh Sulu Sarawak. Menerusi Hasrat hati, saya sekali lagi berpeluang bekerjasama dengan Zainal Abidin selaku penerbit lagu tersebut.

 “Ia mengisahkan tentang diri saya sendiri. Kisah perjalanan kehidupan saya untuk bergelar penyanyi. Bermula dengan memasuki vokal Bukan Sekadar Rupa tetapi tidak berjaya, menghadapi saat sukar apabila ditipu pihak tidak bertanggungjawab sehinggalah disunting abang Zainal menjadi penyanyi,” katanya.

Menurut Nadeera, bergelar anak seni bukan satu perkara mudah kerana banyak pancaroba perlu ditempuhi untuk berjaya. Katanya, dia cukup bernasib baik kerana mendapat bimbingan Zainal Abidin yang juga merupakan guru dalam program realiti tersebut.

“Perjalanan seni semakin senang dengan bantuan Zainal Abidin walaupun sebelum ini pernah ditipu sebanyak empat kali oleh pihak-pihak tertentu. Ada antara mereka yang menyatakan keinginan untuk membantu saya melangkah ke dunia nyanyian namun semuanya sekadar janji-janji kosong sahaja,” ujarnya penyanyi bersuara lantang ini.

Berkongsi pengalaman hitam ketika ingin menyinar dalam bidang nyanyian, Nadeera memberitahu tidak pernah terlintas di fikiran bahawa industri hiburan boleh bertukar menjadi ‘kejam’ dan menakutkan.

“Antara pengalaman yang masih segar dalam ingatan adalah apabila ada pihak-pihak yang menolak bakat saya hanya kerana paras rupa. Mereka melontar kata-kata hinaan dan mengatakan rupa saya tidak boleh dijual.

 “Alhamdulillah saya cukup bernasib baik kerana dikelilingi insan-insan yang tidak putus memberi sokongan dan dorongan termasuk ahli keluarga sendiri,” jelasnya.

Disoal tentang kelainan cuba dibawa dalam industri, Nadeera memberitahu, dia cuba menekankan kemahuan diri sendiri khususnya dalam pemilihan lagu-lagu yang disampaikan.

 “Saya tidak mahu memulakan perjalanan seni dengan menyanyikan lagu-lagu cinta yang sudah banyak dilakukan oleh penyanyi baharu lain. Ini adalah langkah utama agar peminat dapat mengenali siapa saya dan muzik yang cuba dibawakan,” katanya lagi.

Seperti penyanyi lain, Nadeera juga menyimpan hasrat untuk menghadiahkan peminat-peminatnya dengan sebuah album lengkap sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang diterima selama ini.

“Proses penerbitan album sulung saya kini sudah berjalan. Beberapa lagu masih lagi dalam proses rakaman. Album itu dijangka siap dan dilancarkan selepas sambutan Hari Raya atau penghujung tahun nanti.

“Ia mengandungi lima lagu. Untuk buah tangan pertama, saya selesa membawakan lagu-lagu berkonsepkan balada dan world music,” tambahnya. - AL FAIZAL

Thursday, July 16

Aidilfitri pertama pasca GST disambut umat Islam rakyat Malaysia esok

Esok merupakan julung-julung kali rakyat Malaysia yang beragama Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri buat kali pertama susulan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April lalu. Ia bermakna tamatlah episod umat Islam bangun lewat pagi gara-gara sahur ketika Ramadan. Berakhir juga episod umat Islam kurang bermaya di tempat kerja. Nak sahur lagi, kena tunggu Ramadan yang akan datang. Yang nak puasa selain bulan Ramadan termasuk puasa enam, takyah bangun sahur pun tak apa.

Esok juga merupakan genap setahun tragedi nahas MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai tahun lalu.

Nampak gayanya sebahagian umat Islam memilih untuk berhari raya dengan amalan berjimat cermat dan bersederhana.

Wednesday, June 17

Ramadan pertama umat Islam rakyat Malaysia pasca-GST esok

Rakyat Malaysia yang beragama Islam secara rasminya akan menyambut bulan terpenting dalam kalendar Islam iaitu Ramadan buat kali pertama susulan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April lalu. Ramadan tahun ini juga merupakan kali pertama dalam rekod umat Islam di planet Bumi ini di mana muslimin dan muslimat di seluruh dunia akan mula berpuasa pada hari yang sama bermula esok (Khamis, 18 Jun 2015) bersamaan 1436 Hijrah. Nampak gayanya sebahagian umat Islam rakyat Malaysia memilih untuk berbuka di rumah masing-masing dengan buah kurma dan sebarang snek atau makanan ringan yang tidak mengenyangkan. Tak perlu berbuka di hotel ataupun restoran pun tak apa, janji jimat.

Ramadan tahun ini juga merupakan kali ke-14 rakyat Malaysia yang beragama Islam akan menyambutnya apabila sebarang iklan jenama rokok (walaupun tanpa dikaitkan dengan merokok yang mana ia tidak mempengaruhi sebahagian besar penonton untuk merokok) di media elektronik dan cetak tempatan telahpun diharamkan daripada disiarkan. Ia juga merupakan permulaan yang baik untuk berhenti merokok bagi kebanyakan perokok (maaf, saya tak suka hisap rokok).

Selamat menunaikan ibadah puasa buat seluruh umat Islam!

Saturday, May 30

Ema raih kepuasan sebagai jurugambar media



TIDAK ramai golongan wanita yang berani menceburi dunia fotografi, jauh sekali menjadikannya sebagai kerjaya. Ini kerana, selain memerlukan ketahanan mental, kerjaya itu juga menuntut penyerahan jiwa dalam setiap petikan lensa.

Bukan mahu menidakkan ke­upayaan kaum hawa menerusi kerjaya itu, namun hakikatnya bidang tersebut lebih didominasi golongan lelaki dan itu diakui sendiri oleh Saidatul Emma Ahmad Tohar.

Menurut gadis manis berusia 24 tahun ini, berdasarkan pengalamannya sepanjang enam tahun berkecimpung dalam dunia kreatif itu, jurugambar wanita lebih bernasib baik kerana sering ‘dimanjakan’ dan diberi laluan tanpa perlu bersaing bersama rakan setugas lelaki.

Katanya, ramai dalam kalangan jurugambar lelaki juga tidak lokek membantu dan memberi tunjuk ajar sekali gus menghormati wanita yang terlibat dalam bidang itu kerana mampu menggalas tugas lelaki.

“Semua orang boleh tangkap gambar, tetapi amat kurang yang mampu menghasilkan sekeping gambar yang ada ‘jiwa’ dan tepat pada ‘moment’nya.

“Dulu saya hanya terlibat mengambil gambar untuk perkahwinan dan ‘talent’ tetapi mula bergiat secara serius dalam bidang media untuk mencabar diri sekali gus meraih lebih kepuasan,” katanya kepada S2 di sini baru-baru ini.

Bercerita mengenai kerjayanya, dia yang lebih mesra disapa Ema berkata, menjadi jurugambar media bukan sahaja menuntutnya lebih berdikari malah mencabar keupayaan kerana memerlukan ‘angle’ gambar berbeza dan bersifat spontan.



“Ada beza yang ketara di antara dua situasi iaitu gambar kahwin dan tugasan program media. Bagi ‘ta­lent’ atau kahwin kita boleh mengarah subjek mengikut kesesuaian yang kita mahu dan lebih santai.

“Bagaimanapun, jika menjadi jurugambar media, ‘angle’ yang dituntut berbeza dan mendesak kita supaya lebih kreatif. Selain itu, kita perlu bersaing dengan jurugambar lain bagi mendapatkan angle yang terbaik,” jelasnya.

Memasang cita-cita untuk menjadi ikon jurugambar wanita di ne­geri ini, Ema mahu memberi aura positif dan menjadi contoh kepada golongan wanita agar tidak ragu-ragu memilih kerjaya itu sebagai sumber rezeki.

“Tip untuk kekal dalam bidang ini ialah, berani, malu biar bertempat, lasak dan paling penting minat dan disiplin. Kemahiran boleh dipupuk kemudian.

“Sekarang juga saya mencabar diri dengan berjinak-jinak menjadi deejay kepada radio online iaitu www.chillfm.my. Saya mahu berkongsi pendapat dan memberi inspirasi kepada golongan muda terutamanya wanita dalam siaran bermula 2 hingga 6 petang,” ujarnya

JAWI Gesa Umat Islam Boikot Program Realiti TV



Menerusi khutbah Jumaat yang lepas, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyeru supaya seluruh umat Islam di Malaysia memboikot program-program berbentuk realiti televisyen kerana ia melalaikan dan isinya tidak bertepatan kehendak agama Islam.

 Dalam khutbah bertajuk Jihad Menentang Kebatilan itu, JAWI menegaskan bahawa kebanyakan program realiti TV menggalakkan sifat cintakan dunia dan boleh memesongkan akidah para remaja yang menjadi penonton program tersebut.

 “Selain itu, realiti TV sering juga mengeluarkan unsur-unsur negatif seperti membuat jenaka lucah, mendedahkan aurat, lelaki berpakaian seperti wanita dan sebagainya.

"Penting untuk kita emngawal anak-anak dari hiburan mengganggu dan membentuk mereka untuk berminat dalam hiburan yang berdasarkan undang-undang Islam. Marilah kita memboikot rancangan seperti itu,” ujar kandungan khutbah tersebut.

Benar, semakin hari semakin banyak program realiti TV yang diwujudkan dan telah banyak menerapkan nilai-nilai yang tidak bersesuaian dengan ciri-ciri Islam.


P/S: Kalau tak suka dengan rancangan macam demikian, elak-elakkan daripada menghadiri mana-mana ujibakat rancangan realiti hiburan dan mengeksploitasi wanita/lelaki!

Friday, April 3

Tiada lagi WWE SMACKDOWN kat TV3!

Malam tadi nampaknya rancangan bersiri berbentuk sukan gusti popular, WWE SMACKDOWN (WWE International Smackdown seperti dinyatakan dalam susunan rancangan) tidak lagi akan bersiaran di saluran TV3. Rancangan tersebut kemudiannya diubah ke siaran Astro menerusi saluran Astro Arena (saluran 801) dan Astro SuperSport 3 (saluran 816 / 834 HD).





Nampak gayanya peminat sukan gusti yang tidak melanggani siaran berbayar Astro kecewa dengan keputusan ini. Tidak mengapalah, kerana siaran WWE SMACKDOWN di saluran TV3 sudah bersiaran sejak tahun 2000 yang lalu, iaitu kira-kira 15 tahun lalu.

Wednesday, April 1

GST sudah bemula hari ini!!






































Hari ini tanggal 1 April 2015 bersamaan hari Rabu, bermulanya warna baru bagi seluruh rakyat Malaysia dan bermulanya juga detik penting lagi bersejarah penstrukturan baru sistem percukaian negara. Nampak gayanya ramai antara rakyat Malaysia yang berazam untuk meraikan kedatangan GST dengan budaya berjimat cermat dalam perbelanjaan harian. Nampak gayanya saya hanya bangun sahur masa Ramadan sahaja. Puasa enam takyah sahur.