Tentang Diri Saya: August 2020

Mesti klik!

Klik dan daftar! Percuma aje!


Klik dan daftar! Percuma aje!


Jangan tak daftar! Klik di sini dan daftar! Percuma aje!

Friday, August 28

HARUS BACA: Semua sudah tahu TV3 tidak siar azan pada mulanya....

 


Salam Jumaat semua! Semua sudah tahu, saluran TV3 tidak siar azan bermula dari awal kewujudannya pada Jun 1984 hingga awal 2010-an yang lalu. Saluran TV3 adalah satu-satunya saluran TV di Malaysia yang apabila masuk waktu solat setiap kali, TV3 hanya siar hadis-hadis, surah-surah ataupun tazkirah ganti azan. Tetapi tidak ramai yang tahu grafik fadhilat solat (gambar atas) pernah digunapakai oleh TV3 bermula dari awal kewujudannya dan grafik berkenaan bersiaran setiap kali masuk waktu solat yang mengandungi hadis-hadis dan surah-surah yang terdapat dalamnya. Mei 1999 merupakan bulan terakhir grafik berkenaan digunapakai oleh TV3 sebelum bertukar kepada grafik warna hijau dengan logo TV3 di bawah kanan pada Jun 1999 sempena ulangtahunnya ke-15.

Saya pernah tengok grafik di atas sejak dari awal 1990-an lagi yang mana tempat saya di Sandakan, Sabah mula menerima siaran TV3 secara analog pada 1988. Grafik di atas bukannya mula digunapakai sejak awal 90-an, tetapi dari awal kewujudan TV3. Sudah beberapa kali saya tanya dengan rakan-rakan dalam beberapa group Facebook bilakah grafik di atas mula digunapakai oleh TV3.



Gambar di atas merupakan slaid pengumuman waktu solat TV3, kalau tak silap slaid tersebut mula digunapakai oleh TV3 sejak awal kewujudannya lagi. Hanya bermula awal 1990-an barulah slaid berkenaan digantikan dengan slaid waktu solat dengan logo TV3 sekali, tetapi masih lagi mengekalkan grafik fadhilat solat yang sama selepas slaid berkenaan dipaparkan.

Jom baca sedikit komen di bawah: -


Akhirnya bermula 2012 atau 2013, barulah TV3 menyiarkan azan setiap kali waktu solat, kecualilah slot berita (terutama Buletin Utama) dan mana-mana program/acara (termasuk sukan) yang mana TV3 hanya memaparkan notis waktu solat di bawah skrin. Azan yang masih lagi disiarkan oleh TV3 masih lagi digunakan sejak awal 2010-an yang lalu dan belum pernah bertukar gambar sehingga kini.

Jom komen di bawah!

Hot FM, Kool FM kini boleh ‘didengar’ melalui MYTV

 


MERIAH… Tidak sampai sebulan Malaysia meraikan stesen televisyen swasta percuma baharu dikenali Awesome TV sejak 3 Ogos lalu, kini pengguna siaran digital teresterial bertambah ceria!

Ia susulan empat saluran radio swasta popular milik Media Prima Berhad (MPB) telah pun boleh ‘didengar’ melalui dekoder MYTV, yang sebelum ini cuma dapat diikuti menerusi gelombang FM.

Saluran itu ke udara mulai pukul 12.01 tengah malam 28 Ogos dan berita gembira ini turut tular dikongsi ramai pengguna media sosial tempatan yang teruja kemunculan siaran stesen tersebut.

MPB begitu popular menerusi dua saluran radio berbahasa Melayu iaitu Hot FM dan Kool FM selain masing-masing satu saluran berbahasa Inggeris, Fly FM dan berbahasa Cina, One FM.

Terdahulu, desas-desus penyertaan empat stesen radio itu ‘memeriahkan’ MYTV mula jadi topik perbincangan hangat netizen ‘kaki sembang’ arena penyiaran tanah air sejak awal bulan ini lagi.

Malah, lawatan Ketua Pengawai Eksekutif MYTV Broadcasting Sdn. Bhd., Mazlan Mahdi ke ibu pejabat MPB di Sri Pentas, Selangor pada 10 Ogos lalu turut menguatkan spekulasi berkenaan.

Semasa ditemuramah DJ AG Azmeer, Haiza Hanafi dan Muaz Mohamed dalam slot pagi di Kool FM secara eksklusif, beliau membayangkan empat stesen radio MPB itu dapat ‘masuk’ MYTV.

Terdahulu, penyedia platform penyiaran digital percuma tersebut sudah pun ada enam saluran radio awam milik RTM iaitu Nasional FM, Traxx FM, Ai FM, Minnal FM, Klasik FM dan Asyik FM.

Mazlan semasa diwawancara itu juga jangka banyak lagi saluran radio tempatan boleh didengar melalui MYTV seperti IKIM FM, Suria FM, Best FM selain stesen-stesen negeri di bawah RTM.

Ia sekali gus bantu lonjak lagi liputan siaran saluran berkenaan merangkumi 98 peratus daripada kawasan daratan di Malaysia berbanding sebelum ini yang agak terhad di lokasi tertentu sahaja.

Bahkan, Mazlan dedah perancangan jangka panjang MYTV untuk pengguna ikuti saluran radio dan televisyen melalui aplikasi khas di tablet, telefon pintar waima papan pemuka dalam kereta.

Peluang keemasan ini ‘direbut’ baik pihak MPB ekoran aduan ramai peminat tegar stesen radio kendaliannya luah perasaan kecewa gagal dapat siaran jika berada di luar zon pemancar FM.

Situasi terbaharu ini bakal beri saingan kepada stesen berbayar Astro yang ada 27 saluran radio, tetapi didakwa ‘tidak buka’ peluang untuk stesen swasta lain dek risau hilang dominasi pasaran.

MPB turut mempunyai tujuh saluran televisyen disiar melalui MYTV iaitu TV3, ntv7, 8TV, TV9, Drama Sangat serta dua saluran CJ Wow Shop masing-masing dalam bahasa Melayu dan Cina.

Ketika ini, MYTV telah pun ada 16 saluran televisyen termasuk TV1, TV2, TV Okey, RTM Sports, Berita RTM, TV AlHijrah, Bernama TV, Astro Go Shop dan paling ‘bongsu’ iaitu Awesome TV.

Projek pendigitalan penyiaran nasional yang dilancarkan oleh bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2016 itu dirancang bagi wujud 80 saluran televisyen dan 40 saluran radio.

Ia diwujudkan susulan pemansuhan gelombang analog pada 31 Oktober 2019 demi rapat jurang digital rakyat miskin yang tidak mampu langgan siaran berbayar satelit Astro dan kabel UnifiTV.

Apa yang pasti, penyertaan empat saluran radio MPB itu ternyata ‘hadiah’ bermakna untuk 6.2 juta isirumah dengan peranti MYTV menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2020 pada 31 Ogos.


P/S: Nampaknya Jumaat minggu ini antara Jumaat yang paling mengujakan apabila kesemua empat saluran radio kelolaan MPB masuk MYTV.

Monday, August 3

Siaran saluran baru Awesome TV mula bersiaran secara rasmi hari ini!



Saluran televisyen digital percuma terbaru, Awesome TV mula bersiaran secara rasmi bermula hari ini, meskipun pandemik Covid-19 masih lagi berleluasa di Malaysia dan seluruh dunia. Ia dikelolakan oleh syarikat baru Awesome Media Network dan boleh diikuti eksklusif hanya melalui saluran 112 MYTV dan tidak terdapat pada mana-mana platform lain termasuk siaran berbayar seperti Astro. Siaran percubaan saluran ini bermula 28 Julai, iaitu beberapa hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha selama hampir seminggu.

Setelah 16 tahun monopoli siaran TV swasta percuma dipegang Media Prima (MPB) bermula dengan 8TV pada 2004 dan TV9 pada 2006 di samping TV3, akhirnya monopoli siaran TV swasta percuma berakhir dengan kewujudan siaran saluran ini kelolaan syarikat baru dan sekaligus bersaing dengan saluran TV3, 8TV dan TV9 serta ntv7. Menariknya, saluran ini adalah saluran TV percuma pertama di Malaysia yang memulakan siarannya tanpa menggunakan alat pemancar analog selain tidak menyiarkan sebarang slot berita, sama ada sambung siar saluran lain ataupun kelolaan sendiri.

Sitkom Pop Yeah Yeah merupakan satu-satunya rancangan bersiri kelolaan stesen TV ini disiarkan oleh saluran TV terkenal TV3 kelolaan MPB pada 2019 dan tidak ada lagi rancangan lain kelolaan Awesome TV yang akan disiarkan oleh saluran TV lain selepasnya.

Telefilem pertama siaran Awesome TV adalah "Next, Station Jodoh" di samping drama terawal saluran ini iaitu "Janda Kosmopolitan".

Semoga saluran Awesome TV akan terus unggul dan gemilang serta tidak kena telan dengan MPB selepas ini. Kekalkan keaslian Awesome TV dan jangan jadi seperti saluran MetroVision, ntv7 dan Channel 9.