Tentang Diri Saya: October 2019

Mesti klik!

Klik dan daftar! Percuma aje!


Klik dan daftar! Percuma aje!


Jangan tak daftar! Klik di sini dan daftar! Percuma aje!

Sunday, October 27

Eloklah drama "Puteri Yang Ditukar" dah nak habis esok!!

Drama bersiri "Suri Katriana"

Drama bersiri adaptasi sinetron dari Indonesia, "Puteri Yang Ditukar" akan memasuki episod kemuncaknya, lewat petang esok dan menjadikan jumlah episod drama tersebut adalah 80 episod x 1 jam (termasuk waktu iklan). Drama ini diterbitkan oleh Orangetree Productions yang pernah menghasilkan beberapa drama seperti Bidadari, Bagaikan Kelip-Kelip, Raisha, Dia dan Cinta Bukan Kristal.

Drama bersiri yang akan menggantikan "Puteri Yang Ditukar" nanti adalah "Suri Katriana" yang akan bersiaran mulai lewat bulan ini. Eloklah drama adaptasi sinetron berkenaan dah habis!

Drama "Suri Katriana" yang akan bersiaran di saluran Astro Prima nanti bukanlah drama adaptasi dari mana-mana medium sebelumnya, kerana drama tersebut disifatkan asli (bukan adaptasi). Dibintangi Ummi Nazeera dan penyanyi Ernie Zakri.

Friday, October 25

Siaran TV analog Malaysia bakal berakhir awal November ini

Mesej penutupan siaran analog di Sabah dan Sarawak.

Tanggal 31 Oktober ini merupakan fasa kemuncak penutupan siaran analog (ASO) di Malaysia, yang mana Sabah dan Sarawak serta Labuan akan menamatkan siaran analog pada awal bulan hadapan. Ini bermakna tiada lagi siaran analog di Malaysia bermula 1November ini. Bagi yang sudahpun membeli dekoder DVB-T2 teruskan menonton secara percuma selepas ASO di Malaysia kelak.

Fasa pengenalan ASO di Malaysia.

Untuk makluman, fasa pengenalan ASO di Malaysia adalah pada 21 Julai yang lalu di Pulau Langkawi dan siaran analog di Semenanjung Malaysia telah berakhir pada tengah malam 15 Oktober lalu. Siaran analog di Sabah dan Sarawak serta Labuan masih lagi bersiaran dan akan menamatkan riwayatnya selepas sambutan Deepavali ini. Sebab utama warga Sabah dan Sarawak memasang dekoder MYTV adalah sesetengah saluran yang bersiaran secara analog seperti TV9 dan 8TV kelolaan Media Prima (MPB) tidak diterima di Sabah dan Sarawak. Mujurlah saya adalah antara yang terawal dari Sandakan menikmati siaran digital MYTV sejak tiga tahun yang lalu, iaitu pada 7 April 2016 (Khamis). Sejak dari itu, saya dapat menonton saluran TV9 dan ntv7 sehingga kini.

Akhir kata, semoga penutupan siaran analog sepenuhnya akan direstui setiap penduduk Malaysia yang sudahpun bosan dengan siaran analog yang berbintik-bintik itu. Nikmatilah siaran digital dengan aman damai bermula sekarang juga!

Tuesday, October 22

Anime One Piece kini 20 tahun!

One Piece episod ke-907 "Romance Dawn"

Tanggal 20 Oktober lalu bersamaan hari Ahad, maka genaplah usia anime One Piece 20 tahun! Anime tersebut merupakan adaptasi daripada manga karya Eiichiro Oda dan diterbitkan oleh Toei Animation yang pernah menghasilkan pelbagai anime popular seperti Dragon Ball, Mazinger Z, Tiger Mask, Dr. Slump dan Secret of Akko Chan.

Setakat ini, anime One Piece yang diterajui oleh Monkey D. Luffy ini sudah menceceh episod ke-907 dan episod tersebut memaparkan topik "Romance Dawn" yang menjadi simbolik kepada genap usia 20 tahun anime berkenaan.

Thursday, October 10

Utusan-Kosmo dah berkubur. R.I.P Utusan-Kosmo


Semalam tanggal 9 Oktober (Rabu) merupakan hari terakhir akhbar harian popular Malaysia, iaitu Utusan Malaysia (pada hari Ahad diberi nama Mingguan Malaysia) dan Kosmo! diterbitkan, kedua-duanya adalah naungan Kumpulan Utusan dan ini bermakna, mulai hari ini dua akhbar tersebut tidak lagi diterbitkan setelah 80 tahun akhbar Utusan Malaysia diterbitkan. Manakala akhbar Kosmo! yang sudah berusia 15 tahun sejak kewujudannya pada Ogos 2004 lalu turut menamatkan riwayatnya.

Serentak dengan itu, laman sesawang bagi kedua-dua akhbar popular tersebut tidak lagi boleh diakses bermula hari ini juga. Ini bermakna pelayar-pelayar yang budiman, hanya boleh melayari laman-laman sesawang akhbar popular Malaysia lain termasuk Berita Harian.

Semoga kedua-dua akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! bersemadi dengan tenang. Selamat tinggal Utusan-Kosmo!

Tuesday, October 1

Isekai Cheat Magician yang tidak harus dilupakan

Isekai Cheat Magician

Genre: Aksi, Fantasi, Isekai
Bilangan episod: 12 x 30 minit (termasuk waktu iklan)
Siaran pertama: 10 Julai hingga 25 September 2019
Studio animasi: Encourage Films
----------------------------------
Untuk makluman, anime Isekai Cheat Magician terlebih dahulu bermula dengan rantaian novel terbitan 2012, kemudiannya diadaptasi ke dalam medium manga pada Disember 2016 dan barulah ia dijadikan anime berkenaan bermula 10 Julai hingga 25 September lalu. Anime tersebut berunsur aksi dan fantasi ini diterbitkan oleh produksi Encourage Films. Anime ini juga merupakan antara anime yang berjumlah 12 atau 13 episod yang tidak harus dilupakan.