Mesti klik!
Klik dan daftar! Percuma aje!
Klik dan daftar! Percuma aje!
Jangan tak daftar! Klik di sini dan daftar! Percuma aje!
Klik dan daftar! Percuma aje!
Jangan tak daftar! Klik di sini dan daftar! Percuma aje!
Sunday, April 3
World Trigger dah habis!
Ini merupakan post saya yang pertama berkaitan dengan anime Jepun.
Akhirnya, anime yang terkenal dengan trademark 'Trigger on!' iaitu World Trigger telahpun habis disiarkan di Jepun awal pagi tadi. Anime ini merupakan adaptasi daripada manga nukilan Daisuke Ashihara dan dikelolakan oleh Shueisha. Episod minggu ini merupakan episod yang terakhir dan ini bermakna anime ini mengandungi kesemua 73 episod dengan durasi 30 minit (termasuk iklan). Rantaian (siri) anime ini diterbitkan oleh Toei Animation dan disiarkan oleh TV Asahi. Lagu-lagu tema dia memang boleh tahan mengancam habis!
Antara watak-watak anime ini yang tidak harus dilupakan ialah Yuma Kuga, Osamu Mikumo dan Chika Amatori. Jalan cerita dia memang mengancam habis sebab banyak aksi yang dipaparkan dalam anime ini dan anda pasti ketagihan dengan anime macam ini dan yang sama konsep dengannya! Akhir kata, semoga anda peminat tegar anime akan sukakan post saya ini. Terima kasih kerana membaca post ini. Jangan lupa untuk terus menikmati anime kegemaran anda setiap masa.
Orientasi: Aksi, Sains fiksyen
Jumlah episod: 73
Durasi: 30 minit (termasuk iklan)
Siaran pertama: 5 Oktober 2014 - 3 April 2016
Studio: Toei Animation
Siaran: TV Asahi
Friday, April 1
Album pertama Siti Nurhaliza kini genap 20 tahun!
Hari ini, genap 20 tahun album pertama Siti Nurhaliza (sekarang Datuk) mula dilancarkan di seluruh Malaysia. Masa lagu "Jerat Percintaan" mula popular, mana ada lagi PlayStation masa itu, Internet tak ramai yang pakai lagi masa itu juga. Saya masih lagi bergantung dengan konsol NES dan SNES masa itu jugak. Sebahagian besar lagu yang terkandung dalam album ini ciptaan arwah Datuk Adnan Abu Hassan (kecuali lagu "Cari-Cari", "Bicara Luka" dan "Jalanan Berduri") iaitu antara komposer yang berjaya mempopularkan penyanyi-penyanyi Malaysia yang sebahagian besarnya adalah penyanyi pop kreatif macam Liza Hanim, Misha Omar dan Fauziah Latiff. Selain lagu "Jerat Percintaan", ada juga lagu yang tak harus saya lupakan sehingga hari ini ialah "Jawapan Di Persimpangan", "Antara Waktu dan Usia" dan "Mahligai Asmara". Saya memang taknah jemu dengar lagu-lagu nyanyiannya, termasuk ciptaan arwah Adnan Abu Hassan. Saya yakin ramai peminat sukakan post ini.
GST di Malaysia kini setahun!
Hari ini merupakan genap setahun pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia. Sepanjang tahun pertama pelaksanaan GST, ada yang mengeluh tentang barang-barang naik sedikit, tidak kurang juga yang berada di perantauan memilih untuk tidak balik kampung apabila cuti umum Hari Pekerja, Maal Hijrah dan Maulidur Rasul yang nyata tidak lagi memberi apa-apa makna lagi buat rakyat Malaysia yang berada di perantauan atas alasan menjimatkan wang. Cuti umum sempena perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas tidak lagi menghalang seseorang untuk balik kampung sempena perayaan utama masing-masing sebab ia muncul setahun sekali. Lainlah kalau Hari Ibu dan Hari Bapa serta Hari Kekasih terang-terangan sudah tidak relevan lagi disebabkan GST.
RTM kini genap 7 dekad!
Hari ini tanggal 1 April 2016, genap 70 tahun usia kewujudan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang bermula dengan Radio Malaya pada tanggal ini, tahun 1946. Tema bagi sambutan ini ialah 'Setia Bersama Membina Negara'. Sebagaimana sedia maklum, 28 Disember 1963 merupakan satu lagi sejarah baru dalam dunia penyiaran Malaysia apabila perkhidmatan televisyen tanahair bermula, hanya beberapa bulan selepas pembentukan Malaysia manakala 17 November 1969 maka bermulanya saluran TV kedua Malaysia (TV2 atau RTM2) dan serentak dengan itu saluran TV pertama Malaysia dijenamakan semula sebagai TV1 atau RTM1 susulan kemunculan rangkaian kedua atau RTM2 di sekitar awal 70-an. Radio dan televisyen bergabung di bawah satu bumbung iaitu Jabatan Penyiaran Malaysia dan juga dipanggil sebagai RTM pada 11 Oktober 1969.
Pada 28 Disember 1978 yang kebetulannya bersempena dengan ulangtahun kewujudan TV Malaysia dan juga saluran RTM1 yang ke-15, saluran RTM1 memulakan penyiaran berwarna pada tarikh tersebut. Rancangan pertama bersiaran dalam format berwarna ialah Puspawarna yang disiarkan secara langsung. Sementara siaran warna di saluran RTM2 bermula pada 7 Mei 1969, kebetulannya bersempena dengan 10 tahun kewujudan saluran RTM2. Siaran warna sepenuh masa di kedua-dua saluran RTM1 dan RTM2 bermula 1 Januari 1982.
RTM1 dan RTM2 dijenamakan semula sebagai TV1 dan TV2 bermula Februari 1990 hingga Mac 2006 sebelum sekali lagi bertukar nama kepada RTM1 dan RTM2 bermula 1 April 2006 (Sempena 60 tahun kewujudan RTM) sehingga 31 Disember 2008. RTM1 dan RTM2 sekali lagi kembali kepada nama komersial iaitu TV1 dan TV2 bermula 1 Januari 2009 (serentak dengan penstrukturan semula RTM) sehingga kini.
Logo RTM yang ketika ini diguna pakai ialah logo RTM yang keenam secara keseluruhannya (dan yang keempat susulan penggabungan Radio dan TV di bawah Jabatan Penyiaran Malaysia) sejak 1 Ogos 2004. Selepas itu logo TV1 yang digunakan sejak 1996 (selepas sambutan Jubli Emas RTM pada 1 April 1996) akan tampil dengan logo baru yang lebih ceria dan agresif bermula 4 Ogos 2004 hingga 31 Mac 2006. Sementara logo TV2 (sama dengan logo TV1) akan menerima logo baru dengan konsep sama bermula 20 Ogos 2004 hingga 31 Mac 2006. Penjenamaan semula radio RTM berlangsung ketika ulangtahun ke-59 RTM pada 1 April 2005.
Itu saja yang saya ceritakan tentang sejarah RTM ini. Akhir kata, usia 7 siri bagi RTM ini tidak membawa makna lagi kalau tidak dapat menyiarkan kesemua perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 (seperti sebelum ini) akan datang.
CJ WOW SHOP kini di Media Prima!
Untuk makluman anda, jajaran CJ WOW SHOP kini bersiaran di semua saluran televisyen kelolaan Media Prima (MPB) iaitu TV3, ntv7, 8TV dan TV9 setiap hari mengikut waktu slot masing-masing bermula hari ini iaitu 1 April. Berkemungkinan besar CJ WOW SHOP akan bersaing dengan Astro GO SHOP walaupun siaran CJ WOW SHOP di MPB terhad dari segi waktu siarannya, tidak seperti saluran GO SHOP ciptaan Astro yang bersiaran 24 jam sehari. Berikut adalah waktu siaran bagi jajaran CJ WOW SHOP di semua saluran TV MPB: -
TV3: 6.00 hingga 7.00 pagi
ntv7: 6.00 pagi hingga 1.00 petang
8TV: 7.00 hingga 9.00 pagi
TV9: 10.00 pagi hingga 12.00 t/hari; 12.30 t/hari hingga 4.00 petang
TV3: 6.00 hingga 7.00 pagi
ntv7: 6.00 pagi hingga 1.00 petang
8TV: 7.00 hingga 9.00 pagi
TV9: 10.00 pagi hingga 12.00 t/hari; 12.30 t/hari hingga 4.00 petang
Label:
8TV,
CJ WOW SHOP,
Media Prima,
ntv7,
TV,
TV3,
TV9
Portal Murai sudah tutup!
Secara rasminya pada hari ini iaitu 1 April, maka berkuburlah sebuah portal hiburan Melayu yang bernama Murai.com.my! Setelah hampir sedekad portal tersebut beroperasi di bawah kelolaan MEASAT Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. atau Astro akhirnya portal hiburan Melayu berkenaan akan menamatkan riwayatnya bermula hari ini dan kini diambil alih oleh Astro Gempak yang kini membawakan berita dan info hiburan terbaru setiap hari kepada para pelayar yang majoritinya sudah berhenti menonton rancangan hiburan di mana-mana saluran TV Malaysia. Yang masih setia membaca info hiburan terbaru, silalah masuk ke laman sesawang Astro Gempak iaitu www.astrogempak.com.my. Selamat mengikuti info hiburan terkini dan jangan berhenti mengunjunginya.
Subscribe to:
Posts (Atom)