Tentang Diri Saya: March 2022

Mesti klik!

Klik dan daftar! Percuma aje!


Klik dan daftar! Percuma aje!


Jangan tak daftar! Klik di sini dan daftar! Percuma aje!

Saturday, March 12

'Dah macam keluarga'

DRAMA Hati Yang Dikhianati (HYD) memecah rekod sebagai drama berdurasi satu jam paling panjang ditayangkan di Astro Prima sebanyak 146 episod.

Episod 138 drama itu yang bersiaran pada 8 Mac lalu mencatat rekod baru di saluran itu sebagai drama rantaian satu jam paling panjang sejak penubuhan slot Tiara.

Friday, March 11

Rekod "Memori Cinta Suraya" tergugat dengan "Hati Yang Dikhianati"!

Drama rantaian satu jam (termasuk waktu iklan) Hati Yang Dikhianati telah melewati kemuncak dalam penceritaan lebih 100 episod dan melabuhkan tayangan dengan lebih 145 episod.

Malah pada episod ke-138 yang ditayangkan pada 8 Mac lalu, ia mencatat rekod baru dalam Astro Prima sebagai drama rantaian satu jam (termasuk waktu iklan) yang paling panjang sejak kewujudan slot Tiara.

Drama adaptasi telenovela terkenal Venezuela Mis Tres Hermanas berkenaan dibintangi oleh Amar Bahaarin, Isyariana, Mona Allen, Zamarul Hisham dan ramai lagi disuntik dengan kehadiran Elizad Sharifuddin dan Iqram Dinzly pada episod 100 ke atas juga membawa perubahan besar pada cerita dan takdir setiap watak.

Hati Yang Dikhiati berjaya sehingga 146 episod mengatasi Memori Cinta Suraya dengan 137 episod, kedua-duanya adalah kepunyaan Global Station dan disiarkan di saluran yang sama, Astro Prima.

Tahniah buat pihak Global Station!

Tuesday, March 8

Tragedi MH370 kini 8 tahun! (Bhg. 3)


Hari ini genap lapan tahun tragedi kehilangan pesawat MH370 kepunyaan Malaysia Airlines. Semua dah tahu, tarikh ini sejak 2014 adalah tarikh berlakunya tragedi tersebut secara tiba-tiba. Selamat menyambut ulangtahun tragedi MH370 ke-8 buat semua waris mangsa tragedi tersebut.

Bagi kalangan wanita dan juga yang mempunyai rakan wanita, tidak perlu tunggu 8 Mac setiap tahun sebab hari-hari kita boleh hargai wanita dan lelaki setiap hari, setiap masa, 365 hari setahun. Sebagai rakyat Malaysia yang tulen, cukuplah Hari Merdeka dan Hari Malaysia sahaja dan tidak perlu sambut hari-hari khusus seperti demikian.



Tragedi MH370 kini 8 tahun! (Bhg. 2)

Nahas MH370 sukar dirungkai tanpa penemuan bangkai pesawat



TRAGEDI pesawat MH370 antara misteri terbesar dalam dunia penerbangan. Hari ini genap lapan tahun pesawat besar lagi canggih itu tidak dapat dikesan dan kehilangannya masih menjadi tanda tanya kerana tiada bukti kukuh lagi jelas dapat merungkai misteri ini.

MH370 seperti kita ketahui adalah nombor penerbangan bagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dari Kuala Lumpur ke Beijing. Pesawat digunakan untuk penerbangan itu ialah Boeing 777-200ER.

ER membawa maksud Extended Range, iaitu jarak penerbangannya adalah lebih daripada pesawat konvensional Boeing 777 terdahulu.

Struktur pesawatnya utuh dan sebelum dihantar atau diambil pelanggan, ia diuji beratus atau beribu kali di makmal Boeing untuk memastikan komponen, fiuslaj, sayap dan sebagainya teguh serta mampu menghadapi tekanan ketika di udara dan mendarat.

Berdasarkan ciri-ciri ini, ada pihak menyatakan ketika MH370 terhempas di selatan Lautan Hindi, pesawat itu tidak berkecai sepenuhnya dan ini dikuatkan lagi dengan penemuan serpihan kecil saja sehingga kini.

Namun, selagi belum menemui bangkai pesawat itu, tidak dapat dipastikan banyak mana pesawat itu berkecai.

Pesawat Boeing 777-200ER dilengkapi dua enjin jenis Rolls Royce Trent 892 yang mempunyai sistem pengawasan dengan komputer pesawat dapat mengesan jika berlaku kecelaruan dalam penerbangan.

Data keadaan enjin ini juga direkodkan sistem pesawat dan dianalisis jurutera penyelenggara apabila pesawat dibaiki serta diselenggara. Semua ini membuatkan enjin pesawat selamat digunakan seberapa kerap yang mungkin bagi penerbangan jarak jauh.

Ada pihak menyatakan tragedi MH370 berlaku akibat kegagalan enjin, namun disangkal beberapa pihak. Enjin pesawat dilengkapi sistem pemadam api jika berlaku kebakaran padanya.

Enjin ini juga ditakrif dan dinilai sebagai Operasi Prestasi Standard Enjin Berkembar Dipertingkatkan (ETOPS). Ini membawa maksud jika satu enjin tidak berfungsi ketika penerbangan, satu lagi enjin dapat beroperasi pada julat masa tertentu untuk membawa pesawat ke lapangan terbang terdekat.

Ini menunjukkan enjin Rolls Royce Trent 892 adalah jitu dan boleh diharapkan. Alasan ini digunakan beberapa pihak untuk menyangkal teori kegagalan enjin pesawat yang didakwa menjadi punca utama tragedi MH370.

Menyentuh aspek sistem pesawat Boeing 777-200ER, ia adalah sistem canggih dan komprehensif. Mengandungi sistem pemantauan yang terdiri daripada sensor serta skrin elektronik memaparkan keadaan enjin, hidraulik, penjanakuasaan elektrik dan tekanan kabin.

Paparan ini dapat membantu juruterbang membuat keputusan tepat dan sahih untuk menerbangkan pesawat dengan selamat serta mengikut piawaian ditetapkan.

Disebabkan pesawat ini menggunakan banyak komponen elektronik, ia juga menggunakan kabel dan wayar secara meluas.

Perkara ini meningkatkan risiko dalam kokpit kerana kabel menghasilkan haba dan secara kolektifnya pengumpulan haba besar serta boleh menyebabkan kebakaran.

Ini antara teori dikemukakan beberapa pihak, iaitu berlaku kebakaran dalam kokpit MH370, sekali gus menjejaskan fungsi juruterbang dan pesawat berkenaan.

Pesawat Boeing 777-200ER dilengkapi juga dengan transponder yang berfungsi memberi lokasi pesawat kepada pengawal trafik udara. Pesawat dapat dikesan selalu dan pihak berkuasa boleh menjejaki pesawat berkenaan.

Namun, dalam kes MH370, dikatakan transponder ini ditutup individu dalam pesawat dan menyebabkan ia tidak dapat dijejaki.

Ada teori menyatakan juruterbang menutup transponder untuk mengelak api merebak dalam kokpit kerana ini adalah prosedur digunakan bagi mengelak penularan api dalam kokpit.

Bagaimanapun, ini semua adalah hipotesis yang perlu dikukuhkan dengan bukti utuh jika ada.

Antara ciri keselamatan pesawat yang sering terlepas pandang ialah keselamatan fizikalnya. Pintu kokpit pesawat Boeing 777-200ER adalah kalis peluru, selaras dengan ketetapan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Ia bertujuan mengurangkan risiko rampasan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Malah, pintu kokpit juga menggunakan pengunci elektronik-mekanikal yang boleh menangkis daya sebanyak 300 joules dan pengunci ini menggunakan kuasa bateri pesawat (28VDC) untuk berfungsi.

Pintu kokpit juga mempunyai lubang intip digunakan juruterbang untuk memastikan identiti individu yang hendak memasuki kokpit dan pengunci pintu kokpit dikawal juruterbang dalam kokpit.

Semua ini menimbulkan persoalan sama ada pesawat dirampas atau tidak dan adakah rampasan didalangi orang dalam?

Timbul juga persoalan sama ada pesawat dirampas ketika juruterbang keluar dari kokpit untuk ke tandas. Semua ini menjadi tanda tanya yang masih tidak terjawab.

Pesawat Boeing 777-200ER mempunyai protokol dipanggil 'sampul penerbangan' bagi memastikannya tidak bergerak atau terbang luar daripada sampul penerbangannya.

Sampul penerbangan terdiri daripada sempadan menggariskan pesawat tidak boleh melebihi nilai parameter ditetapkan.

Contohnya, jika ada individu mengendalikan pesawat ingin membelok pada sudut amat tinggi, sampul penerbangan akan menghindarkan orientasi itu.

Ini untuk mengelak pesawat menjadi tidak stabil dan salah satu ciri keselamatan pesawat Boeing 777-200ER. Faktor ini juga menimbulkan persoalan adakah pesawat MH370 dikendalikan secara manual semasa terhempas atau sebaliknya.

Pelbagai persoalan timbul susulan kejadian ini kerana teknikal pesawat memberi persepsi ia selamat dan tidak mudah dicerobohi, tetapi tragedi tetap berlaku.

Ada kemungkinan juga yang teknikal pesawat inilah secara langsung atau tidak menjadi punca nahas MH370. Inilah yang perlu dirungkai dan selagi tiada bukti kukuh, persoalan ini akan menghantui pelbagai pihak.

Penulis adalah Ketua Penyelidik Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT)

Tragedi MH370 kini 8 tahun! (Bhg. 1)

MH370: Mampukah penyiasat Australia merungkai misteri?



Hari ini, tanggal 8 Mac, genap lapan tahun tarikh keramat kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang terus menjadi misteri terbesar dalam sejarah penerbangan dunia. Walaupun kerajaan sudah mengisytiharkan MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014 itu berakhir di selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia namun kita tidak boleh berhenti daripada merungkai misteri kehilangan dan perlu terus berdoa supaya dapat menemui jawapan sekali gus memberi keadilan yang sewajarnya kepada waris penumpang pesawat malang ini.

Penerbangan MH370 yang menggunakan pesawat Boeing 777 hilang dari radar Malaysia pada pukul 1.30 pagi 8 Mac 2014 selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing, China. Pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu sepatutnya tiba di Beijing pada jam 6.30 pagi hari yang sama.

Sejak itu pelbagai usaha dilaksanakan untuk menjejaki pesawat ini, namun sehingga kini masih buntu walaupun terus diwarnai dengan pelbagai konspirasi dan teori. Apapun hakikatnya, sehingga kini pesawat atau kotak hitam tidak berjaya ditemui untuk menjawab segala persoalan yang timbul dan terus kekal misteri.

Antara teori awal yang mencetuskan pelbagai spekulasi ialah kononnya juruterbang MH370 melakukan misi bunuh diri ketika membawa pesawat berkenaan. Sebuah artikel yang diterbitkan BBC pada 16 April 2015, misalnya memetik kenyataan daripada seorang pakar penerbangan Kapten Simon Hardy yang yakin juruterbang sengaja menerbangkan pesawat itu tanpa dapat dikesan oleh radar beribu batu jauhnya sebelum menjunamkan ia ke dalam laut. Selain itu, terdapat laporan daripada Biro Siasatan Persekutuan yang mendapati bahawa juruterbang cuba memandu alat simulator ke arah tempat ia dipercayai jatuh iaitu di Lautan Hindi seminggu sebelum ia hilang. Namun, hakikatnya ia kekal sebagai teori liar dan tohmahan yang tidak dapat dibuktikan.

Satu lagi teori yang agak popular ialah pesawat dirampas oleh pengganas dan teori ini seolah-olah cukup munasabah pada ketika itu untuk dipercayai oleh masyarakat dunia. Antara kumpulan pengganas yang dikaitkan dalam teori ini atau dikatakan dalang di sebalik rampasan pesawat adalah Jemaah Islamiyah, Al-Qaeda dan juga kumpulan pengganas Uighur dari wilayah barat China. Malah, konglomerat gergasi media dunia, Rupert Murdoch turut pernah berkongsi tweet mengatakan bahawa pesawat itu dicuri dan disembunyikan di utara Pakistan. Namun sekali lagi sehingga kini teori ini juga tidak dapat dibuktikan, malah tiada kumpulan pengganas yang tampil mengaku terlibat atau merampas pesawat berkenaan.

Selain itu, satu laporan yang dikeluarkan oleh penyiasat nahas udara Australia mendedahkan bahawa pesawat itu mengalami gangguan kuasa misteri pada peringkat awal penerbangan yang membuatkan pakar percaya ia boleh menjadi sebahagian daripada usaha untuk mengelak daripada dikesan radar. Menurut laporan itu, unit data satelit pesawat melakukan permintaan 'log masuk' yang tidak dijangka kepada satelit dalam tempoh kurang daripada 90 minit semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. David Gleave, seorang pakar keselamatan penerbangan dari Loughborough University, berkata, gangguan bekalan kuasa muncul sebagai hasil apabila seseorang di kokpit cuba untuk mengurangkan penggunaan sistem pesawat.

Ada juga teori yang mengatakan pesawat dikawal alat kawalan jauh serta dirampas pihak tertentu untuk membunuh saintis yang dikatakan menjadi penumpang yang boleh memberikan ancaman kepada negara yang terlibat. Teori seperti ini juga masih tinggal teori semata-mata dan tidak dapat menjawab persoalan kehilangan pesawat itu secara konkrit.

Apa yang pasti, dalam dunia teknologi moden dan serba canggih ini adalah tidak mungkin, mustahil dan sukar diterima akal untuk mengatakan sebuah pesawat sebesar itu hilang atau 'ghaib' begitu saja. Tetapi, sedar atau tidak, sudah lapan tahun kita masih tiada jawapan muktamad berkaitan kehilangan pesawat ini. Persoalan utama, kalau betul terhempas mana serpihannya? Apa yang pasti serpihan pesawat itu masih gagal ditemui walaupun usaha antarabangsa untuk mengesannya giat dijalankan dengan kos AS$200 juta (RM837.47 juta) membabitkan 120,000 meter persegi, sekali gus mencetuskan misteri berterusan.

Terkini, selepas lapan tahun, dilaporkan pasukan penyiasat Australia memperbaharui misi pencarian kehilangan pesawat MH370 selepas seorang jurutera aeroangkasa, Richard Godfrey mendedahkan laporan yang mendakwa sudah mengenalpasti lokasi sebenar keberadaan pesawat itu.

Richard sebelum ini mendakwa teknologi radio yang digariskan dalam laporannya, iaitu Weak Signal Propagation Reporter (WSPR) boleh digunakan untuk mengesan dan menjejaki pesawat dengan tepat. Beliau percaya MH370 terhempas ke laut pada kedudukan sejauh 1,933 kilometer (km) dari barat Perth dan berada 4,000 meter (m) di bawah air. Sekali lagi diharap penyelidikan terperinci dilakukan Godfrey boleh dipercayai dengan matlamat utamanya adalah untuk mengakhiri penantian dan penderitaan ahli keluarga mangsa pesawat MH370.

Sudah tentu waris penumpang dan anak kapal yang paling terkesan kerana kehilangan ahli keluarga dalam suasana yang cukup misteri seperti ini sukar diterima. Justeru, diharap keluarga mangsa dan pihak berkuasa tidak akan berputus asa dalam mencari kebenaran di sebalik misteri yang menggoncang sejarah penerbangan dunia. Sama-sama kita berdoa agar ada sinar harapan di hujung terowong melalui inisiatif terkini pasukan penyiasat Australia sekali gus merungkai misteri kehilangan MH370.