Tentang Diri Saya: 230 hari lagi ke Piala Dunia 2014!

Mesti klik!

Klik dan daftar! Percuma aje!


Klik dan daftar! Percuma aje!


Jangan tak daftar! Klik di sini dan daftar! Percuma aje!

Friday, October 25

230 hari lagi ke Piala Dunia 2014!

File:WC-2014-Brasil.svg
230 HARI LAGI!
Tinggal 230 hari sahaja lagi seluruh dunia akan menyambut kedatangan pesta bola sepak terpenting dunia, iaitu Piala Dunia FIFA yang akan berlangsung di Brazil dari 12 Jun hingga 13 Julai tahun depan. Agak-agaknya dapat tak semua stesen TV percuma bakal berkongi hak siaran kesemua perlawanan bola sepak Piala Dunia 2014 secara langsung dengan stesen-stesen berbayar? Kalau ya, baguslah, kerana ia adalah permulaan kepada tamatnya monopoli oleh Astro. Rakyat Malaysia kelas bawahan pun dapat menikmati semula kesemua perlawanan berkenaan tanpa rasa bimbang.

Petang ini, ada siaran langsung pembentangan Bajet 2014 oleh PM bermula jam 4 petang ini di semua saluran televisyen.

*******************************

Seperti biasa, setiap kali Piala Dunia menjelang tiba, tentu pelbagai pihak (termasuk stesen televisyen) sudah bersiap sedia untuk menyerikan lagi demam Piala Dunia yang datang setiap empat tahun sekali. Iyalah, semua sudah tahu Piala Dunia bukan sekadar perlawanan bola sepak secara langsung saja, malah ia juga adalah masa untuk tidak melayan pelbagai rancangan realiti hiburan dan keagamaan serta mengeksploitasi wanita/lelaki semata-mata untuk mengikuti kesemua perlawanan secara langsung.

Tetapi Piala Dunia 2014 kali ini bakal bertembung dengan bulan Ramadan, iaitu bulan yang terpenting dalam kalendar Islam. Jadi maknanya kaki Piala Dunia beragama Islam di seluruh dunia bakal berpesta bola sambil berpuasa tahun depan. Semangat Piala Dunia takkan mati meskipun bertembung dengan Ramadan, cuma pelbagai program realiti hiburan dan keagamaan barulah dipandang sepi sempena dengan kejohanan bola sepak terpenting di dunia itu.

Apapun, nantikan majlis undian pusingan akhir Piala Dunia 2014 6 Disember ini. Jangan ketinggalan!

No comments:

Post a Comment