Mesti klik!
Klik dan daftar! Percuma aje!
Klik dan daftar! Percuma aje!
Jangan tak daftar! Klik di sini dan daftar! Percuma aje!

Saturday, December 29
Celebrity Fitness & Horleys Bina Kekuatan & Keyakinan Dina
Penyanyi, pelakon serta penyampai radio, Dina Nadzir mengakui kekuatan serta keyakinan dirinya telah meningkat selepas hampir dua bulan menjalani sesi program kecergasan bersama Celebrity Fitness dan Horleys. Memulakan sesi kecergasan sejak akhir September lalu, pemilik nama Faradina Mohd Nadzir ini turut memberitahu berasa teruja dengan hasil keputusan yang dicapai setakat ini.
“Alhamdulillah, dalam masa 39 hari, berat badan saya turun sebanyak 4 kilogram. Mungkin ramai yang akan kata, tak nampak pun perbezaan atau perubahan, namun perubahan itu ada secara dalaman,” ujar Dina ketika ditemui di pusat kecergasan terkemuka Celebrity Fitness, Setia Walk Puchong, baru-baru ini.
“Mungkin juga rangka badan saya besar, jadi sebab itu mereka tak nampak sangat perbezaan. Saya juga tengah bina otot di mana otot lagi berat dari lemak, jadi sebab itu tak nampak banyak sangat perubahan. Lagipun, menurut ‘personal trainer’ saya, jika saya bina otot ia boleh bakar lemak saya dengan lebih cepat malah bentuk badan juga akan nampak lebih kemas.
“Lebih mengujakan, ramai yang tegur dalam Instagram, cakap saya dah nampak kurus dan bentuk muka saya pun nampak berbeza. Saya gembira dengan perkara ini dan saya harap akan lebih banyak berat yang akan berkurangan lagi. Di sini juga, saya ingin tegaskan, saya bukan buat semua ini untuk kelihatan kurus semata-mata, tapi saya buat kerana ingin mendapatkan kesihatan yang baik. Kalau boleh, saya tak nak kurus yang nampak sakit,” ujar Dina mengakui puas hati dengan keputusan yang dicapai.
“Biarlah orang nak cakap apapun, namun secara peribadi, saya nampak sangat perubahan yang berlaku pada diri saya. Bagi saya, benda jadi lebih positif dan saya sangat puas hati dengan keputusan setakat ini. Jika dulu, saya sukar nak tidur, namun sekarang dah senang. Malah, kebelakangan ini, keyakinan serta kekuatan diri saya juga meningkat. Jika dulu ketika buat persembahan, saya tak boleh banyak bergerak kerana mudah penat, sekarang tidak lagi.
“Kaki saya juga semakin kuat dan nak pakai kasut tumit tinggi pun tak ada masalah lagi. Dulu kalau menyanyi satu, dua lagu saya dah rasa semput, tapi sekarang lepas tiga lagu pun dah tak ada masalah untuk menyanyi sambil menari. Saya juga dah senang untuk bergerak malah baju lama pun saya dah boleh pakai,” ujar Dina seronok dan teruja dengan perubahan ini.
Thursday, October 18
Ancaman ‘racun putih’
Oleh Dr Norman Mohd Norawi
GULA menjadi satu ‘budaya’ dalam masyarakat Malaysia hari ini. Masyarakat kita terlalu bergantung kepada gula. Kenaikan harga gula akan menyebabkan kenaikan pelbagai jenis makanan dan minuman.
Madu adalah bahan yang dikaitkan dengan kesihatan. Madu disebut dalam al-Quran sebagai satu makanan berkhasiat dan boleh dijadikan ubat. Kajian sains membuktikan fakta ini. Madu digunakan sejak zaman purba sebagai ubat dan merawat pelbagai jenis penyakit. Walaupun rasanya manis seperti gula, kesan kedua-dua bahan ini amat bertentangan dari aspek kesihatan. Sejarah gula di Malaysia bermula selepas era penjajahan British yang membawa produk ini ke negara ini. Sebelum abad ke-18, manusia hanya menggunakan madu sebagai pemanis dalam makanan atau minuman. Tebu dimakan secara terus untuk kemanisannya. Ahli sejarah percaya gula digunakan masyarakat di India 500 tahun sebelum masihi. Ia dihasilkan daripada tebu yang tumbuh secara semula jadi di negara itu. Ia dipanggil ‘khanda’ yang menjadi asal kepada perkataan ‘candy’ dalam bahasa Inggeris. Era penjajahan membawa kepada penghasilan gula secara industri dan hamba yang dibawa dari Afrika digunakan untuk berkerja di ladang tebu di barat. Gula dikilang pada abad ke-18 bermula dengan perladangan tebu di West Indies dan Amerika. Pada abad ke-19 gula mula dihasilkan dari ‘ubi bit’ yang lebih sesuai ditanam di negeri berhawa sejuk. Kini, gula menjadi suatu barangan yang ‘wajib’ dalam setiap rumah di seluruh dunia. Pengambilan gula meningkat dengan ketara. Tahun lalu, penghasilan gula dunia adalah 168 juta tan setahun. Secara purata setiap manusia menggunakan 24 kilogram (kg) gula setahun, iaitu 2kg gula sebulan. Kajian Persatuan Pengguna Pulau Pulau Pinang (CAP) mendapati masyarakat di negara ini menggunakan 27 sudu gula sehari. Ini berbeza dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pengambilan gula yang sihat ialah kurang dari 10 sudu gula sehari. Gula pasir putih atau sukrosa adalah bentuk gula paling biasa, tetapi bukan satu-satunya jenis gula. Bentuk-bentuk lain termasuk gula perang, fruktosa, maltosa, gula melaka, glukosa dan sirap mapel. Semua jenis gula ini adalah karbohidrat yang menjadi sumber tenaga utama dalam makanan. Menurut kajian saintifik, gula pasir dikaitkan dengan 60 jenis penyakit kronik seperti kencing manis, kegemukan, darah tinggi, masalah kolesterol, sakit jantung, strok, masalah buah pinggang dan osteoporosis. Gula mempunyai indeks glisemik (GI) yang tinggi, oleh kerana penggunaan gula yang amat tinggi dalam masyarakat kita maka ia menjadi punca kepada pelbagai penyakit. Makanan yang mempunyai GI yang tinggi adalah punca kepada masalah sindrom metabolik atau sindrom X. Fakta ini saya catatkan dalam buku saya, “8 Rahsia Menguruskan Badan Tanpa Berdiet”. Anda boleh melayari blog: doknorm.co.nr untuk maklumat lanjut. Di antara perkara yang tidak kita sedari adalah gula tersembunyi yang banyak di dalam makanan. Hampir semua makanan proses menggunakan gula. Kuih-muih, kek, biskut, coklat dan pastri amat kaya dengan gula. Minuman bergas dan kordial juga mengandungi gula yang tinggi. Tahukah anda minuman ‘3 dalam 1’ sarat dengan gula. Satu cawan minuman kopi putih dan malt coklat mungkin mengandungi tiga hingga empat sudu teh gula. Bayangkan, jika anda meminum hanya dua hingga tiga cawan minuman ini sehari. Anda pasti sudah melebihi had harian yang disyorkan oleh WHO. Ini belum lagi diambil kira beberapa jenis gula yang terkandung dalam makanan-makanan biasa anda. Pakar pemakanan terkenal, Dr William Coda Martin melabelkan gula sebagai ‘racun putih’ pada tahun 1957. Menurutnya gula adalah punca kepada pelbagai penyakit kronik kerana gula adalah karbohidrat tulen tanpa vitamin dan zat mineral. Oleh itu, gula akan ‘melahap’ vitamin dan garam mineral yang sangat berharga daripada tubuh manusia semasa proses metabolisme tubuh. Kajian sains terbaru yang dilaporkan dalam jurnal perubatan ‘Neuroscience’, pada 2008 mendapati gula mempunyai sifat seperti bahan ‘ketagihan’ yang menyebabkan penggunanya amat susah meninggalkan pengambilan gula setiap hari. Lebih banyak lagi kajian yang serupa dilaporkan dalam pelbagai jurnal perubatan yang boleh dirujuk pada laman PubMed di Internet. Kajian juga menunjukkan secara perlahan-lahan kemanisan gula semakin kurang dirasakan oleh lidah yang bermaksud pengguna gula akan memerlukan lebih banyak gula secara beransur-ansur untuk mendapat kemanisan yang sama. Terdapat juga pelbagai jenis gula sintetik yang mempunyai indeks glisemik (GI) yang sangat tinggi seperti Maltodekstrin yang banyak digunakan dalam makanan dan minuman proses yang ada dalam pasaran sekarang. Pengambilan gula sintetik ini adalah berbahaya kepada kesihatan kita. Oleh kerana itu tidak hairanlah masalah diabetis atau kencing manis amat tinggi sekarang. Menurut survey Kementerian Kesihatan yang dilaporkan NHMS I, pada tahun 1986 kadar pesakit diabetis adalah 6.9 peratus, dan jumlah itu meningkat dalam laporan NHMS III kepada 14.9 peratus pada tahun 2006. Ia selari dengan peningkatan penggunaan gula di Malaysia dari 85gm sehari pada tahun 1985 kepada 105gm sehari pada 2002. Kesimpulannya, peningkatan penggunaan gula di Malaysia adalah berkadar langsung dengan peningkatan jumlah pesakit diabetes atau kencing manis. Seiring dengannya adalah peningkatan masalah obesiti dan penyakit kronik lain seperti sakit jantung, kolesterol dan darah tinggi. Gula yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Kadangkala kita terkeliru kerana menyangka lemak atau minyak menjadi punca kepada masalah kegemukan. Persoalan sama ada menaikkan harga gula akan menyebabkan pengurangan penggunaan gula masih boleh diperdebatkan, yang pastinya pendidikan bahaya gula lebih penting untuk mendidik masyarakat risiko kesihatan akibat pengambilan gula yang berlebihan. Justeru, mengurangkan penggunaan gula adalah cara terbaik untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik. Beransur-ansur kurangkan penggunaan gula dalam pemakanan harian kita hingga ke paras yang disyorkan iaitu kurang daripada 10 sudu gula sehari. Jika anda suka rasa manis, ambillah buah-buahan yang manis yang lebih sihat di samping kaya dengan vitamin dan garam mineral yang amat penting untuk fungsi tubuh manusia. Didiklah ‘lidah’ anda untuk mengurangkan rasa suka kepada benda manis. Kurangkan pengambilan makanan ‘proses’ untuk mengurangkan pengambilan gula tersembunyi. Kurangkan gula demi untuk kesihatan yang baik. Penulis ialah Pengamal Perubatan Am Pengkhususan Anti Penuaan & Perubatan Regeneratif

Wednesday, October 17
Astro, TM Dan ABN Akan Bersaing Dapatkan Hak Penyiaran Musim Baru EPL
PETALING JAYA: Persaingan untuk mendapat hak penyiaran perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk tempoh empat tahun akan datang telah bermula.
Telekom Malaysia Bhd (TM) telah menyatakan minat terhadap penyiaran EPL kepada StarBiz. Ini bermakna TM akan bersaing dengan pemilik dan penyandang hak penyiaran, Astro Malaysia Holdings Bhd.
Kedua-dua pihak dikatakan pernah bersaing dalam pembidaan pada akhir tahun 2009 untuk EPL musim 2010-2012.
Astro yang memenangi hak penyiaran pada masa itu dikhabarkan membayar sehingga RM800 juta. Harga yang dibayar dan nama-nama pembida untuk mendapatkan hak penyiaran EPL adalah sulit.
Persaingan kali ini juga mungkin melibatkan pendatang baru Asia Broadcasting Network (ABN).
Syarikat TV kabel digital yang masih belum melancarkan perkhidmatannya itu juga boleh menjadi pencabar dalam keperluan meningkatkan kandungan sukan yang disiarkan.
"Kita tidak tahu berapa banyak pihak yang menunjukkan minat setakat ini, tetapi bidaan akan menjadi menarik untuk musim depan," kata naib presiden eksekutif media baru TM, Jeremy Kuang.
"Kami sentiasa berminat dengan kandungan yang baik dan kami juga berminat dengannya. EPL adalah aset yang sangat baik yang akan membantu dalam menawarkan kandungan sukan," tambah Kuang.
Astro bagaimanapun tidak memberikan respons terhadap pertanyaan StarBiz dan pemegang saham utama ABN Datuk Kenneth Eswaran tidak dapat memberikan komen.
Minggu lepas, EPL telah menghantar e-mel kepada beberapa pembida berpotensi untuk memaklumkan kepada mereka bahawa proses bidaan untuk hak penyiaran telah ditetapkan dan bermula.
Pembida yang berpotensi dan menunjukkan minat mempunyai sehingga 12 Oktober.
Pihak yang berminat perlu mengemukakan tawaran mereka pada 8 November dan selepas itu akan diadakan 'e-auction pada November atau Disember.
Tarikh sebenar 'e-auction' akan ditentukan kemudian.
Pemenang akan diumumkan pada bulan Januari atau Februari dan pihak yang berjaya perlu membayar lima peratus daripada harga tawaran dalam tempoh 30 hari untuk mendapatkan hak.
Terdapat tiga musim EPL, yang mana musim pertama bermula pada bulan Ogos 2013 sehingga Mei 2014, dan dua musim lagi pada bulan yang sama tahun 2014/15 dan 2015/16. Terdapat sejumlah 380 perlawanan untuk musim baru dan musim semasa yang berakhir pada suku kedua tahun 2013.
Di peringkat global, penyiar membayar jumlah yang besar untuk mendapatkan kandungan bola sepak yang popular ini dan Singapore Telecommunications (SingTel) mendapat hak untuk perlawanan musim depan bagi stesen TV berbayar (mio TV), memberikannya kelebihan mendapatkan lebih ramai pelanggan berbanding pesaingnya, StarHub.
Di Thailand, pihak yang berminat bersiap sedia untuk membuat tawaran bidaan dan begitu juga penyiar dan pemain media di Vietnam.
Tiga bulan lalu, UK's BT dan BSkyB membayar £3bilion (AS $4.8 bilion) untuk hak tayangan Liga Perdana mulai tahun depan sehingga 2016, menyingkir keluar penyiar sukan ESPN, pesaing mereka yang berpangkalan di AS, menurut laporan.
Persoalan bernilai jutaan dolar sekarang ialah; berapa banyak yang akan dibayar oleh pihak di Malaysia untuk mendapatkan kandungan ini.
Malaysia mempunyai peraturan berhubung perkongsian kandungan penyiaran dan masih tidak jelas jika pihak yang menang akan berkongsi kandungan dengan penyiar lain.
Di Singapura, SingTel dikecualikan daripada perkongsian.

Label:
ABN,
Bola Sepak,
EPL,
Liga Perdana Inggeris,
Sukan
Tuesday, October 16
Farid Kamil, Diana kahwin 3 November ini
Pelakon dan pengarah terkenal, Farid Kamil mengakhiri teka-teki tarikh perkahwinan dengan tunangnya, Diana Danielle apabila mengumumkan majlis itu akan dilangsungkan pada 3 November ini.
Farid membuat pengumuman tersebut ketika majlis pelancaran filem terbaharu arahannya iaitu Pe3 di Sunway Pyramid, Petaling Jaya dekat sini malam tadi.
Farid, 30, berkata, dia dan Diana, 21, mengambil keputusan itu atas persetujuan kedua-dua pihak.

Sunday, October 14
Navigasi generasi baru
MULAKAN destinasi anda dan serahkan navigasi keseluruhan perjalanan sama ada jauh atau dekat kepada produk Garmin terbaru iaitu nuvi 40LM.
Mengapa nuvi 40LM boleh menjadi pilihan penggemar gajet Sistem Penentu Kedudukan (GPS). Ini kerana skrin sesentuh bersaiz 4.3 inci dan menyediakan maklumat tepat berkaitan selekoh demi selekoh berdasarkan sebutan nama jalan yang dikeluarkan menerusi skrinnya.
Nuvi 40LM dimuatkan dengan tiga jenis peta iaitu City Navigator
Navteq, Malsingmaps dan Malfreemaps. Kesemua peta ini boleh dikemas kini secara
percuma dengan melayari laman web www.garmin.com.my
Nuvi 40LM akan menyambut anda dengan dua pilihan mudah: “Where To?” dan “View Map”.
Sentuh skrin untuk mencari alamat dan perkhidmatan serta mendapatkan panduan bagi mencari destinasi dengan bantuan suara, arahan selekoh demi selekoh dan nama jalan.
Ketika memandu, nuvi 40LM mempamerkan penunjuk had laju bagi membantu anda memandu pada kelajuan yang sepatutnya ketika melalui kebanyakan jalan-jalan utama.

Jangan bimbang jika ingin mengetahui lokasi terkini kerana dengan pengesan kecemasan “Where Am I?” dengan menekan ikon kereta di atas skrin, pengguna akan dapat tahu kedudukan balai polis dan hospital terdekat dengan pantas.
Bukan itu saja, berjuta-juta lokasi kegemaran atau Point of Interest (POI) sudah dimuatkan dalam nuvi 40LM dan memberi peluang kepada anda untuk menambah sendiri.
Selain itu, kemas kini peta seumur hidup, pemilik GPS ini akan sering mendapat peta paling terkini dan terbaru, POI dan maklumat navigasi di hujung cari.
Kemas kini peta boleh dimuat turun sehingga empat kali setahun tanpa sebarang caj atau yuran kemas kini dan tiada tarikh luput.
Pada harga sangat berpatutan iaitu RM445 bagi satu unit nuvi 40LM, pengguna tidak perlu berfikir panjang untuk memiliknya.
Dalam pada itu, pengguna tidak perlu meneka lorong mana yang perlu diambil ketika menghampiri selekoh atau simpang. Nuvi 40LM menyediakan pilihan kawasan bandar, maklumat lorong dengan gambar asal simpang bagi memudahkan anda mengambil lorong yang betul ketika menghampiri atau keluar selekoh atau melalui persimpangan yang tidak biasa dilalui serta meneruskan perjalanan tanpa rasa bimbang.
Nuvi 40LM juga memaparkan gambar sebenar jalan dan simpang sepanjang perjalanan dengan anak panah yang menunjukkan lorong betul untuk navigasi pemandu.
Jika berminat, hubungi Aeco Technologies (M) Sdn Bhd di talian 03-92858062 atau Eric Emir di 016-9208062.
INFO
Ciri-ciri utama:
- Maklumat terkini berkaitan jalan dan POI dengan kemas kini peta seumur hidup
- Paparan laluan menerusi skrin sesentuh bersaiz 4.3 inci
- Pencarian alamat untuk berjuta-juta POI
- Sebutan nama jalan
- Tahu lorong anda sebelum terlambat dengan maklumat lorong bersama gambar asal simpang
- Mengelak daripada disaman dengan penunjuk had laju
SPESIFIKASI
DEMENSI UNIT, WXHXD:
12.4x7.9x1.8 SM
SAIZ PAPARAN, WXH:
9.7x5.8 SM; DIAG 10.9 SM
RESOLUSI PAPARAN, WXH:
480x272 PIKSEL
JENIS PAPARAN:
WQVGA TFT
BERAT
148.0 GRAM
BATERI:
LITHIUM-ION BOLEH CAJ SEMULA
JANGKA HAYAT BATERI:
SEHINGGA DUA JAM
MEMORI:
2G NAND FLASH
KAD DATA:
MICROSD
PANDUAN LALUAN/KEGEMARAN/LOKASI:
1,000
BANTUAN SUARA:
ADA (SPEAKER DALAMAN)
TAMBAHAN:
PERALATAN STORAN USB SERASI DENGAN WINDOWS XP ATAU TERBARU DAN MAC OS X 10.4 ATAU TERBARU
HARGA:
RM445
Nur Fetin pantang tengok puncak gunung
SEKALI pandang, tiada siapa menyangka Nur Fetin Afiqah Ariffin gemar aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan berkhemah di dalam hutan.
Kepada gadis berusia 22 tahun ini, alam semula jadi memberikan ketenangan sambil membentuk ketahanan mental dan fizikal.
Semangat itulah yang memberinya kekuatan untuk mengendalikan tugas seharian sebagai Eksekutif Kewangan Maybank di Kuching.
"Sebagai pekerja profesional, kita kena jaga etika dan menyerap tekanan ketika berurusan dengan pelbagai kerenah pelanggan," kata siswazah bidang Pengurusan dari Kolej Multimedia Sarawak ini.
Bila tidak mendekati alam semula jadi, anak kelahiran Demak Baru, Kuching, Sarawak ini mengisi masa lapang dengan bermain boling. Dia juga menjadi model sambilan sebagai langkah awal untuk menjadi usahawan bidang fesyen.
Walaupun gadis ini cerewet dalam memilih makanan atas alasan untuk menjaga badan, dia pantang menolak kalau disajikan laksa Sarawak bersama jus epal.
Nur Fetin yang mempunyai ketinggian 158 sentimeter dan berat 52 kilogram turut gemar berkunjung ke pawagam. Gadis ini minat menonton filem seram.
Thursday, September 6
Joe Jambul kembali
Oleh Syanty Octavia Amry
soctavia@hmetro.com.my
soctavia@hmetro.com.my
DI Mana Joe Jambul....itulah antara kata-kata yang sering terngiang-ngiang di telinga tatkala rancangan bercorak permainan itu ditamatkan rancangannya selepas lima tahun ke udara sejak ia mula diperkenalkan pada 1996.
Rancangan berkonsep candawara dikelolakan Norzizi Zulkifli sebagai pengacara ketika itu benar-benar memberi kesan kepada kanak-kanak yang berusia 10 hingga 12 tahun yang begitu menggemari program penuh maklumat berkaitan sejarah dan geografi sebagai teras permainan utamanya.
Selepas hampir 11 tahun dihentikan akibat masalah kemerosotan ekonomi, fenomena Joe Jambul kembali lagi apabila TV1 bakal menyiarkan rancangan berkenaan yang lebih padat dan penuh maklumat bermula 15 September ini.
Memperkenalkan Khairil Azam Pilus atau Aril sebagai pengacara kali ini, program untuk musim kedua ini turut menambah dua subjek mata pelajaran seperti Matematik dan Sains berbanding dulu hanya Geografi dan Sejarah.
Tidak hairanlah apabila rancangan berkenaan pernah memenangi Anugerah Rancangan Kanak-Kanak Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 1996 selepas fenomenanya terus menjadi sebutan dan boleh dikatakan hampir semua sekolah rendah menghantar penyertaan untuk terbabit sama.
Menurut penerbitnya, Norsafaliza Mohd Yatim, pihak mereka sudah menjelajah ke semua sekolah di seluruh negara bagi mendapatkan wakil pelajar daripada setiap sekolah.
Namun begitu, banyak penapisan perlu dilakukan dan pemilihan berdasarkan IQ, keaktifan dan keceriaan peserta dan keberkesanan serta ketrampilan pelajar dalam menyertai rancangan itu.
“Tidak dinafikan ramai yang merindui rancangan ini, justeru selepas melihat waktunya sangat sesuai ketika ini, kami sepakat dengan produksi untuk memperkenalkannya semula dengan memberi nafas baru walaupun tiga segmen asal masih dikekalkan seperti Fail Siasatan, Kod Rahsia dan Jejak dan Tangkap.
“Saya tidak mahu rancangan ini hanya menjadi hiburan kanak-kanak semata-mata kerana itulah kami menambah dua lagi subjek mata pelajaran supaya rancangan itu walaupun dalam bentuk hiburan, turut terselit ilmu pengetahuan,” katanya.
Joe Jambul adalah rancangan permainan yang menubuhkan satu akademi penyiasatan khas yang diberi nama Akademi Detektif Nasional (ADEN) untuk menangkap geng Joe Jambul. Antara ahli akademi yang terbabit ialah Khairil Azam Pilus (sebagai Detektif Kanan) dengan dibantu Muhammad Syahmi Abdul Hamid (Detektif), Faizatul Hasanah Hussain (Miss V) dan Hazirah Hazali (Wartawan luar).
Peserta rancangan terdiri daripada murid sekolah rendah dari seluruh Semenanjung yang akan mewakili sekolah masing-masing. Setiap minggu tiga pasukan (enam peserta) yang akan bertanding bagi melayakkan mereka untuk ke peringkat seterusnya. Mereka perlu sentiasa peka dan bijak dalam meneka kedudukan geng joe Jambul dengan melaksanakan tugasan yang diberikan.
Untuk musim kedua ini, Di Mana Joe Jambul diterbitkan sebanyak 27 episod dengan sasaran penonton di kalangan kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun. Durasi siaran adalah selama 30 minit dan akan menemui penonton pada setiap hari Sabtu, jam 10 pagi di TV1.
Sementara itu, Aril ketika ditemui berkata, dia sangat teruja apabila diberi kepercayaan mengacarakan rancangan permainan yang pernah popular satu ketika dulu.
Walaupun yakin dia mampu melakukannya disebabkan sikap gila-gila dan suka mengusik kanak-kanak, tanggungjawab menggalas rancangan itu juga sangat besar apabila fenomena popular yang tercetus kadangkala merisaukan dirinya jika tidak dapat dilaksanakan.
“Rancangan ini agak lama dihentikan, namun fenomena yang melanda masih menjadi sebutan sehingga kini terutama bagi mereka yang pernah menyaksikannya dulu. Pada saya, ia bukanlah satu perkara mudah untuk mengekalkan fenomena itu, namun saya berharap penyampaian yang saya bawakan dengan cara sendiri mampu memberi kesan yang positif kepada penonton.

Di Mana Joe Jambul,
Joe Jambul,
RTM,
TV1
Subscribe to:
Posts (Atom)