Temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan melabuhkan tirainya malam ini juga. Tahniah diucapkan buat Dato' Azizulhani Awang kerana merangkul pingat perak menerusi acara keirin pagi tadi sesudah menamatkan saingan selaku naib juara sejurus selepas tewas di tangan juara Jason Kenny dari Great Britain yang mempertahankan pingat emas yang dimenangi dalam Sukan Olimpik Rio 2016 lalu.
Temasya ini juga merupakan kali pertama Sukan Olimpik yang ditangguhkan setahun akibat pandemik Covid-19 yang kini sudah meragut jutaan nyawa di seluruh dunia. Pasukan Malaysia dalam temasya berkenaan akhirnya dapat memungut dua pingat, iaitu sebiji perak dan sebiji gangsa dan belum pernah memenangi pingat emas setakat ini dalam rekod Sukan Olimpik sejak ia mula diadakan pada 1896.
Semoga bertemu lagi di Sukan Olimpik Paris 2024. Selamat menikmati Sukan Olimpik buat hari yang terakhir ini. Majulah sukan untuk negara.