Rusia lawan Arab Saudi pada aksi pembuka tirai di Moscow malam ini
STADIUM Luzhniki yang mampu memuatkan 81,000 penonton bakal menjadi venue aksi pembuka tirai Piala Dunia 2018 menemukan Rusia dan Arab Saudi di Moscow malam ini.
KETIKA umat Islam
di Malaysia menyambut kedatangan Syawal malam ini, Stadium Luzhniki,
Moscow bakal bergegar dengan aksi pembuka tirai Piala Dunia 2018 di
Rusia.
Pasukan tuan rumah akan
melayan kunjungan Arab Saudi dalam aksi Kumpulan A pada temasya bola
sepak terbesar dunia bagi edisi ke-21 itu.
Rusia
yang dibimbing Stanislav Cherchesov sudah pasti mahu meraih kemenangan
sulung bagi merealisasikan sekurang-kurangnya mara ke saingan kalah mati
dengan mengintai peluang berada dalam dua kelompok teratas kumpulan
yang turut disertai Uruguay dan Mesir.
Pasukan tuan rumah mempertaruhkan pemain tengah, Alexsandr Golovin dan penyerang, Fedor Smolov bagi merobek gawang lawan.
“Kami
juga perlu lebih kreatif dan yakin ketika melakukan serangan. Sentuhan
terakhir di dalam kotak penalti sangat penting untuk menggegar jaring
lawan,” ujar Cherchesov.
Arab Saudi
yang dikendalikan oleh Juan Antonio Pizzi pula mempertaruhkan ketajaman
dua penyerang, Mohammad Al-Sahlawi dan Fahad Al-Muwallad bagi merobek
gawang pasukan tuan rumah dalam usaha skuad dari Asia Barat itu meraih
kemenangan pertama.
“Saya menjangkakan
Fahad (Al-Muwallad) akan diturunkan dalam kesebelasan utama ketika
menentang Rusia dan Uruguay sebagai penyerang daripada posisi asalnya
iaitu sayap kanan,” ujar Pizzi.
No comments:
Post a Comment