Mesti klik!
Klik dan daftar! Percuma aje!
Klik dan daftar! Percuma aje!
Jangan tak daftar! Klik di sini dan daftar! Percuma aje!
Klik dan daftar! Percuma aje!
Jangan tak daftar! Klik di sini dan daftar! Percuma aje!
Monday, August 31
Merdeka pertama pasca-GST!
Logo rasmi sambutan Hari Kebangsaan ke-58 dan Hari Malaysia ke-52
Hari ini tanggal 31 Ogos 2015 merupakan Hari Kebangsaan tahun ke-58, juga merupakan kali pertama rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama serta ideologi politik meraikan hari bersejarah berkenaan setelah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April lalu. Tema bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini ialah 'Sehati Sejiwa'. Alhamdulillah, masih ada lagi yang mengibarkan Jalur Gemilang menjelang sambutan Hari Kebangsaan setiap kali (sebagaimana dilaporkan dalam berita melalui segmen berita nasional) sekalipun terkena penangan GST. Tidak kurang juga ada yang enggan mengibarkan Jalur Gemilang atas alasan-alasan tertentu. Dua hari sebelm hari ini ada sahaja perhimpunan haram yang berlangsung di ibu kota sehingga menjejaskan persiapan sambutan Hari Kebangsaan kali ini. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan tahun ke-58 buat seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama di mana anda berada dan jangan lupa 16 September ini merupakan kali pertama rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, etnik dan ideologi politik akan menyambut Hari Malaysia (ulangtahun pembentukan Malaysia) selepas adanya GST. Salam Merdeka dan kosong-kosong!
Friday, August 7
KL City GP 2015 bermula hari ini hingga Ahad!
Inilah peta bagi litar jalanan yang akan digunakan sempena perlumbaan KL City Grand Prix 2015.
Buat julung-julung kalinya dalam sejarah Malaysia, Malaysia menganjurkan acara perlumbaan KL City Grand Prix bagi tahun 2015. Nampak gayanya ia merupakan kali pertama rakyat Malaysia akan dapat menonton secara langsung perlumbaan jalanan di negara sendiri. Sebelum ini, perlumbaan F1 GP dapat disaksikan di Monte Carlo, Monaco dan Singapura. Diharap perlumbaan seperti ini dapat diteruskan di Malaysia pada masa akan datang.
Tiada lagi majalah Ujang dan Apo? di pasaran!
Majalah UJANG keluaran sulung, Januari 1994.
Semalam, tanggal 6 Ogos 2015 secara rasminya dua majalah kelolaan MOY Publications iaitu Ujang dan Apo? telah menghentikan penerbitannya bukan disebabkan penangan GST tetapi berkemungkinan besar akibat kekurangan pembaca yang sebahagian besarnya sudah hilang kuasa untuk membeli disebabkan GST sejak 1 April lepas. Kata salah seorang kartunis, iaitu Ubi di Facebook: -
"Bukan lagi kabar angin - MOY Publication (penerbit majalah Ujang dan Apo?) telah disahkan menutup operasi mereka sejak semalam."
"Akan tiada lagi majalah terbitan mereka di pasaran. Malang buat generasi akan datang kerana tak berpeluang lagi menatap dan mengenal majalah kartun legenda yang pernah menggegarkan dunia penerbitan suatu ketika dahulu."
"Paling sedih dan kasihan dengan pengkarya serta kartunis yang selama ini mencari rezeki di sana. Semoga keadaan bakal bertambah baik dan semoga nasib mereka akan terus dibela."
Ini bermakna, selepas ini tiada lagi kelibat majalah yang bernama Ujang dan Apo? dalam pasaran Malaysia. Para pengunjung kedai majalah dan akhbar jangan terkejut jika kedua-dua majalah berkenaan tiada.
Berikut adalah sejarah Ujang dan Majalah Ujang di bawah: Majalah ini (Ujang) telah memulakan operasinya pada tahun 1993 di mana pelukis Ibrahim Anon yang lebih dikenali dengan nama penanya Ujang telah menerbitkan majalah ini sendiri di bawah syarikat Kharisma Publications, Kuala Lumpur. Majalah ini pada awal penerbitannya kelihatan sebagai sebuah himpunan buku lakaran pelukisnya, dengan lakaran konsep majalah itu untuk isu seterusnya. Melalui penghasilan majalan ini, beberapa kartunis telah berjaya mencipta nama bersama Ujang seperti petai, kobis bunga, padi, ciku, lengkuas dan lain-lain. Itu uniknya kartunis-kartunis yang berada di bawah bumbung Karisma Publications pada waktu itu. Namun Majalah ini telah diambil alih oleh Mohd Osman Yusof (MOY) mendaftarkan nama UJANG sebagai hak miliknya, sekaligus hal ini menghalang kartunis UJANG daripada terus menggunakan nama tersebut. Kini majalah UJANG diterajui pula oleh Lengkuas dan kartunis-kartunis seperti Nik, Bacang, Bawang, Manggis, Lepat, Ciku, Lalang, Papan, Buloh, Sukun, Bijan dan Qayyum.
Sunday, August 2
Cerita perjalanan seni Nadeera
INDUSTRI hiburan semakin meriah dengan kehadiran pendatang baharu berbakat yang selayaknya diketengahkan dan diberi ruang untuk menyerlah. Bagi bintang yang menyerlah menerusi program realiti Mentor Legend, Farah Nadeera Zaini, 22, kisah perjalanan seni merupakan pengalaman berharga yang sewajarnya diceritakan dalam sesebuah lagu.
Nadeera yang kini giat mempromosikan single terbaharu, Hasrat hati, memberitahu menerusi lagu tersebut, dia berpeluang berkongsi cerita suka duka bergelar anak seni dalam industri hiburan tempatan bersama peminatnya.
“Lagu ini dicipta komposer terkenal Amirah Ali manakala liriknya ditulis oleh Sulu Sarawak. Menerusi Hasrat hati, saya sekali lagi berpeluang bekerjasama dengan Zainal Abidin selaku penerbit lagu tersebut.
“Ia mengisahkan tentang diri saya sendiri. Kisah perjalanan kehidupan saya untuk bergelar penyanyi. Bermula dengan memasuki vokal Bukan Sekadar Rupa tetapi tidak berjaya, menghadapi saat sukar apabila ditipu pihak tidak bertanggungjawab sehinggalah disunting abang Zainal menjadi penyanyi,” katanya.
Menurut Nadeera, bergelar anak seni bukan satu perkara mudah kerana banyak pancaroba perlu ditempuhi untuk berjaya. Katanya, dia cukup bernasib baik kerana mendapat bimbingan Zainal Abidin yang juga merupakan guru dalam program realiti tersebut.
“Perjalanan seni semakin senang dengan bantuan Zainal Abidin walaupun sebelum ini pernah ditipu sebanyak empat kali oleh pihak-pihak tertentu. Ada antara mereka yang menyatakan keinginan untuk membantu saya melangkah ke dunia nyanyian namun semuanya sekadar janji-janji kosong sahaja,” ujarnya penyanyi bersuara lantang ini.
Berkongsi pengalaman hitam ketika ingin menyinar dalam bidang nyanyian, Nadeera memberitahu tidak pernah terlintas di fikiran bahawa industri hiburan boleh bertukar menjadi ‘kejam’ dan menakutkan.
“Antara pengalaman yang masih segar dalam ingatan adalah apabila ada pihak-pihak yang menolak bakat saya hanya kerana paras rupa. Mereka melontar kata-kata hinaan dan mengatakan rupa saya tidak boleh dijual.
“Alhamdulillah saya cukup bernasib baik kerana dikelilingi insan-insan yang tidak putus memberi sokongan dan dorongan termasuk ahli keluarga sendiri,” jelasnya.
Disoal tentang kelainan cuba dibawa dalam industri, Nadeera memberitahu, dia cuba menekankan kemahuan diri sendiri khususnya dalam pemilihan lagu-lagu yang disampaikan.
“Saya tidak mahu memulakan perjalanan seni dengan menyanyikan lagu-lagu cinta yang sudah banyak dilakukan oleh penyanyi baharu lain. Ini adalah langkah utama agar peminat dapat mengenali siapa saya dan muzik yang cuba dibawakan,” katanya lagi.
Seperti penyanyi lain, Nadeera juga menyimpan hasrat untuk menghadiahkan peminat-peminatnya dengan sebuah album lengkap sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang diterima selama ini.
“Proses penerbitan album sulung saya kini sudah berjalan. Beberapa lagu masih lagi dalam proses rakaman. Album itu dijangka siap dan dilancarkan selepas sambutan Hari Raya atau penghujung tahun nanti.
“Ia mengandungi lima lagu. Untuk buah tangan pertama, saya selesa membawakan lagu-lagu berkonsepkan balada dan world music,” tambahnya. - AL FAIZAL
Subscribe to:
Posts (Atom)