Mesti klik!
Klik dan daftar! Percuma aje!
Klik dan daftar! Percuma aje!
Jangan tak daftar! Klik di sini dan daftar! Percuma aje!
Klik dan daftar! Percuma aje!
Jangan tak daftar! Klik di sini dan daftar! Percuma aje!
Saturday, January 26
Indonesia had iklan rokok di media massa
Menteri Kesihatan Indonesia, Nafsiah Mboi berkata, peraturan baru itu bagi memastikan masa depan generasi akan datang lebih terjamin.
"Iklan rokok sama ada di media cetak, elektronik, media baru dan papan iklan merupakan antara faktor utama yang mempengaruhi orang ramai untuk merokok," kata Nafsiah.
Keputusan itu dibuat berdasarkan Peraturan Pemerintah No. 109 Tahun 2012 Kawalan Tembakau yang dikeluarkan pada 24 Disember lalu.
Di bawah peraturan itu, syarikat pengeluar rokok hanya dibenarkan memasang papan iklan rokok terbatas pada saiz 72 meter persegi.
Peraturan baharu itu turut tidak membenarkan syarikat pengeluar rokok memberi rokok secara percuma, memberi diskaun, menawar hadiah dan tidak menggunakan logo atau jenama produk tembakau pada barangan lain untuk kegiatan promosi.
Bagi tujuan kegiatan sosial pula, syarikat pengeluar rokok tidak boleh menggunakan jenama mereka selain tidak boleh mendapatkan sebarang liputan media.
Kerajaan Indonesia memberi tempoh setahun kepada semua syarikat pengeluar rokok di negara ini bagi mematuhi peraturan itu. - Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment