Tentang Diri Saya: September 2018

Mesti klik!

Klik dan daftar! Percuma aje!


Klik dan daftar! Percuma aje!


Jangan tak daftar! Klik di sini dan daftar! Percuma aje!

Monday, September 24

Planet With yang akan diingati....

Planet With

Genre: Aksi, Mecha, Sains fiksyen
Bilangan episod: 12 x 30 minit (termasuk waktu iklan)
Siaran pertama: 8 Julai hingga 23 September 2018
Studio animasi: J.C. Staff

------------------

Tidak seperti anime Asobi Asobase yang jalan ceritanya sama sahaja, anime Planet With yang berunsur aksi ini kebetulannya bersiaran pada hari yang sama dengan anime Asobi Asobase sebab isi cerita anime ini seperti kebanyakan anime yang lain berbeza-beza pada setiap episod. Watak utamanya adalah Soya, protagonis yang berusaha bersungguh-sungguh untuk memerangi kejahatan yang dilakukan oleh musuh-musuhnya yang suka merosakkan keamanan yang dikecapi olehnya. Ini baru kuasa! Sekali pandang nak pandang lagi!

Asobi Asobase pula dah habis! Elok la tuh..

Asobi Asobase

Genre: Komedi
Bilangan episod: 12 x 30 minit (termasuk waktu iklan)
Siaran pertama: 8 Julai hingga 23 September 2018
Studio animasi: Lerche
-------------------------------------
Giliran anime Asobi Asobase menamatkan tayangannya semalam selepas Chio's School Road dan Miss Caretaker of Sunohara-sou. Elok la tuh anime ini habis sebab ia langsung tiada bezanya dengan Chio's School Road dan Miss Caretaker, jalan cerita pula langsung tiada bezanya, itu-itu saja, tak macam anime Island, Hinamatsuri dan Harukana Receive yang isi ceritanya berbeza-beza bagi setiap episod.

Anime ini diterajui oleh Hanako, Olivia dan Kasumi.

Miss Caretaker pun turut habis, elok la tuh!

Miss Caretaker of Sunohara-sou

Genre: Komedi romantik
Bilangan episod: 12 x 30 minit (termasuk waktu iklan)
Siaran pertama: 5 Julai hingga 20 September 2018
Studio animasi: Silver Link

-------------------------------------------------------------

Miss Caretaker of Sunohara-sou


Selain anime Chio's School Road dan Harukana Receive, sebuah lagi anime yang bukan berunsur aksi iaitu Miss Caretaker of Sunohara-sou telahpun habis tayangannya minggu yang sama dengan kedua-dua anime tersebut. Elok la tuh anime ini habis sebab ia kadangkala memaparkan visual yang merapu dan merepek iaitu erotik, yang mana watak utamanya iaitu Ayaka Sunohara yang mengenakan pakaian yang menampakkan buah dadanya serta tidak sesuai untuk tatapan awam kecuali bahagian visual berkenaan dikaburkan untuk tayangan awam yang mahukan mana-mana anime bebas visual yang merapu/merepek berupa erotik/lucah.

Seperti anime Asobi Asobase dan Chio's School Road, isi cerita anime ini lebih kurang sama sahaja, dari episod pertama lagi sehingga episod kemuncak, cuma bezanya episod kemuncak memaparkan Sunohara dan ahli-ahlinya menyambut Krismas dan kemudiannya 'makan besar' menjelang ambang Tahun Baru dan esoknya mereka menyambut Tahun Baru dengan memulakan tahun baru dalam hidup mereka. Kesudahannya cukup melegakan penonton yang menontonnya sebab isi ceritanya lebih kurang sama sahaja, ditambah pula dengan visual yang merapu yang tidak sesuai untuk tatapan masyarakat awam. Elok la tu anime ini dah habis. Lega hati saya!

Saturday, September 22

Harukana Receive pun turut habis!


Genre: Sukan (bola tampar pantai)
Bilangan episod: 12 x 30 minit (termasuk waktu iklan)
Siaran pertama: 6 Julai hingga 21 September 2018
Studio animasi: C2C
---------------------------------------------------
Untuk makluman, anime Harukana Receive yang bertemakan sukan bola tampar pantai ini kebetulannya bersiaran pada hari yang sama dengan anime Chio's School Road. Kedua-dua anime berkenaan bukan berunsur aksi dan telahpun habis siarannya. Diterajui oleh Haruka Ozora, Kanata Higa, Claire Thomas, Emily Thomas, Marissa Thomas dan ramai lagi. Diterbitkan oleh C2C. Di antara anime Harukana Receive dan Chio's School Road yang sudahpun habis, Chio la yang paling melegakan saya sebab isi cerita anime ini bagi setiap episod berbeza-beza, tidak seperti anime Chio yang isi ceritanya sama sahaja.

Chio's School Road dah habis! Elok la tuh dah habis!

Chio's School Road

Genre: Komedi
Bilangan episod: 12 x 30 minit (termasuk waktu iklan)
Siaran pertama: 6 Julai hingga 21 September 2018
Studio animasi: Diomedéa
-------------------------------------------
Sebuah lagi anime yang mula bersiaran sejak Julai lalu sehingga semalam, iaitu Chio's School Road terbitan Diomedéa telah menamatkan siarannya. Anime tersebut bukan bergenre aksi tetapi bergenre komedi, tetapi jalan cerita setiap episod bagi anime ini sama sahaja, itu-itu saja isi ceritanya dan kadangkala memaparkan babak erotik dan tidak sesuai untuk tatapan awam. Elok la tu anime ini habis. Lega hati saya anime ini habis. Bagus la tuh.

Island yang akan dirindui....



Genre: Romantik, Fiksyen Sains
Bilangan episod: 12 x 30 minit (termasuk waktu iklan)
Siaran pertama: 1 Julai hingga 16 September 2018
Studio animasi: Feel

-------------------------------------------

Untuk makluman peminat anime sekalian, anime Island yang diterbitkan oleh Feel Animation Studio telah memulakan siarannya pada 1 Julai dan episod kemuncaknya pada 16 September lalu dan mengandungi 12 episod kesemuanya. Saya berkesempatan untuk mengikuti anime yang bukan berunsur aksi ini dari episod pertama sehingga episod terakhirnya dan isi cerita setiap episod sepanjang anime ini bersiaran memang berbeza-beza (tidak seperti anime Chio's School Road dan Asobi Asobase yang isi ceritanya sama sahaja) dan bila tamatnya anime berkenaan maka ia tidak harus dilupakan (move on) oleh sesiapa yang ada menonton anime ini. Isi ceritanya memang bagus dan best. Watak-watak utama dalam anime ini ialah Setsuna Sanzenkai, Rinne Ohara dan Karen Kurutsu.

Setsuna Sanzenkai

Rinne Ohara

Karen Kurutsu

Anime ini sebenarnya pernah menggunakan judul "Never Island" pada episod ke-9 dan ke-10 sahaja sebelum kembali kepada judul asalnya. Lagu tema opening dan ending dia best, tak macam lagu K-pop yang kebanyakannya sukar untuk difahami. Mujur saya tak suka K-pop yang merapu dan merepek itu. Disebabkan saya minat dan sukakan anime Island maka anime tersebut tidak harus saya lupakan sebab jalan cerita berbeza setiap episod seperti sebahagian besar anime yang lain sama ada berunsur aksi atau sebaliknya. Mungkin yang sudah menonton anime ini dari episod pengenalannya sehingga episod kemuncak akan tonton semula anime yang bagus ini selepas ini. Orang yang berpenyakit demam termasuk demam cacar dan demam panas pun boleh layan anime ini sementara ia bukan berunsur aksi. Semoga anime ini akan terus dirindui oleh semua yang sudah menontonnya.

Monday, September 10

Redah belantara

DUA beradik gemar pengembaraan berbeza dengan pacuan 4x4, sahut cabaran redah sungai dan belantara. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam


SUATU masa dahulu, minat aktiviti lasak meredah hutan, denai atau sungai menggunakan pacuan empat roda (4x4) lebih terarah pada kromosom XY.

Mereka yang mahu mengikuti kegiatan itu bukan hanya perlu mahir selok-belok pemanduan, tetapi membabitkan persediaan mental, fizikal kerana acap kali mengikuti ekspedisi di hutan belantara.

Lazimnya bagi penggiat sukan lasak ini bermalam berhari-hari malah berminggu-minggu berada di dalam hutan, terputus jaringan komunikasi adalah perkara biasa, berbeza dengan minat wanita yang sukakan percutian santai, tanpa menyusahkan diri.

Namun, bagi dua beradik, Nur Aina Madia dan Nurul Izzatie Md Adnan, mereka sanggup bermalam di hutan, tidur dalam khemah, bermandi peluh, mengharungi lumpur hingga disapa unggas hutan, demi minat terhadap 4x4 dan pertandingan bertaraf antarabangsa, seperti Rainforest Challenge (RFC) yang pernah di Negeri Sembilan, tiga tahun lalu.

Masing-masing berusia 23 dan 28 tahun, mengatakan semua itu alah bisa tegal biasa. Apabila beraksi, kudrat mereka setanding lelaki, meskipun dengan rambut panjang dan imej feminin sang gadis.


Koma 2 minggu

Disebabkan sering kali muncul sebagai satu-satunya pasukan wanita, keserasian mereka dilihat utuh hingga sukar meragui kemampuan gadis manis berhati waja ini terutama dalam sukan yang digiatkan kebanyakan lelaki.

Tidak hanya diulit keseronokan, pasukan duo ini hampir kehilangan nyawa, apabila salah seorang daripada mereka koma dua minggu, terbabit kemalangan ketika mereka dalam pertandingan di Kuantan, tahun lalu.

Kejadian yang hampir meragut nyawa, sedikit pun tidak mematikan semangat, namun bagi Nur Aina Madia khususnya, insiden tiga tahun berturut-turut ditimpa kemalangan, menjadikan beliau lebih berwaspada, taktikal dan mahu meraih sebanyak pengalaman, kerana itu adalah guru terbaik untuknya.

Insiden hingga mengakibatkan beliau koma kerana jentera dikemudi terbalik membuatkannya ‘panik’ lalu terjun dari kenderaan kerana menyangka ia akan terbakar.

Susulan tragedi itu beliau koma akibat pendarahan beku di kepala, sementara kakaknya yang menggalas tugas jurupandu arah cedera ringan.

Baginya, pembabitan dalam pemanduan lasak satu kepuasan yang tidak terhingga, biarpun tampak janggal kerana sering muncul penyertaan solo pasukan wanita.

“Keutamaan kami adalah berdaya saing menyahut cabaran ketika mengemudi pemanduan kenderaan 4X4 yang sinonim dengan kelompok lelaki.

“Meskipun kami kekal dengan gaya feminin, ketika mengharungi cabaran off road, kami seperti peserta lain, fokus seratus peratus, kerana sasaran kita adalah beroleh kemenangan atau sekurang-kurangnya menamatkan persaingan,” katanya yang juga kumpulan peserta solo wanita untuk kategori kabin terbuka.



NUR Aina Madia (kiri) bersama kakaknya, Nurul Izzatie sering jadi perhatian setiap kali menyertai acara sukan lasak. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam


Dua beradik ini ditemubual penulis yang berpeluang menyertai misi tahun ketiga, Kemboree Sahabat 4x4, di tapak perkhemahan di Lubuk Gemerang, Terengganu, baru-baru ini.

Menempa nama pacuan empat roda dikenali Angels 4x4, bernasib baik kerana mempunyai sokongan padu keluarga yang berhabis lebih RM30,000 untuk mengubah suai kenderaan sebagai persediaan pertandingan.

Nur Aina Madia yang juga anak ketiga berkata, mempunyai rakan pasukan darah daging sendiri begitu menyenangkan terutama dalam memupuk keserasian berikutan pertandingan itu memerlukan kesefahaman, kerjasama dan cekap dalam memberi atau menerima arahan.

“Justeru, apabila kami mengambil keputusan menyertai pertandingan kira-kira tiga tahun lalu, kami sudah bersedia dengan risiko atau berdepan kemalangan, keluar masuk hutan atau sekurang-kurangnya bersedia selama dua minggu mengharungi cabaran RFC.

“Cabaran RFC ini paling ditunggu-tunggu bagi peminat 4x4 kerana membabitkan penyertaan dari negara luar iaitu Russia, China dan negara lain. Di sini, tiada kategori jantina, kerana ia formatnya terbuka.

“Kesempatan menyertai RFC membawa perkenalan dengan RFC International Sdn Bhd, Luis Wee yang tidak lokek memberikan tip berguna, berkongsi pengalaman untuk melengkapkan cabaran,” katanya yang berasal dari Puchong, Selangor.


Asah kemahiran

Justeru, bidang permotoran lasak membentuk kekuatan diri kerana bukan saja perlu tahu mengendalikan pacuan empat roda, pemandu perlu tahu penyelenggaraan, kesediaan bermalam di hutan dan menjalani hidup survival.

“Kurang tepat tanggapan kononnya sukan lasak seperti RFC tidak sesuai untuk gadis sunti. Kami seperti peserta lain perlu berada dua minggu di hutan, meredah hutan belantara, melalui kawasan denai sungai, mendaki bukit, menuruni cerun becak dan mengharungi air sungai.

Setiap pasukan RFC hanya diwakili dua peserta iaitu pemandu dan jurupandu arah serta mereka perlu merentasi lima peringkat halangan atau SS yang menanti, dengan menggunakan kenderaan 4X4 masing-masing,” katanya yang sering mengasah kemahiran di trek Tanjung Malim.


Medan menguji kemahiran


AINA Madia bersama kakaknya, Nurul Izzatie menyertai Kemboree Sahabat 4x4, di tapak perkhemahan di Lubuk Gemerang, Terengganu, baru-baru ini. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam


Pelajar tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Kewangan, Universiti Multimedia (MMU) ini, berkata banyak perlumbaan mega termasuk peluang beraksi di pentas antarabangsa terpaksa ditolak kerana komitmen terhadap bidang pengajian.

“Rekod terpantas dalam puluhan pertandingan ini seminit cabaran diselesaikan berbanding masa sebenarnya 15 minit. Bagi kami, pertandingan adalah medan pengujian kemahiran, jika menang Alhamdulillah, jika tidak, teliti kesilapan, untuk memperbaiki pencapaian.

“Alhamdulillah tidak kecederaan serius kecuali tragedi koma, namun nasihat ibu sering menjadi sandaran, apapun yang kami lakukan, keselamatan diri tidak boleh dikompromi,” katanya anak kelahiran Puchong, Selangor.


INFO:
* Berjinak sukan 4x4 sejak 10 tahun lalu.
* Dikenali dengan pasukan gandingan wanita, Angels 4x4.
* Memerlukan keserasian antara pemandu dan jurupandu arah.
* Perlu stamina tinggi melengkapkan semua zon ditetapkan.
* Jentera 4x4 akan menghadapi semua zon antaranya prologe, predator dan twilight.
* Setiap zon mempunyai antara satu hingga 24 halangan dikenali sebagai ‘special stage’ (ss).