Logo rasmi Copa America Centenario Amerika Syarikat 2016
Kejohanan bola sepak Copa America kini mencecah usia 100 tahun dan kini memasuki edisi ke-45 sepanjang 10 dekad kewujudannya sejak tahun 1916. Kejohanan ini juga dikenali sebagai Copa America Centenario dan istimewanya kejohanan berkenaan julung-julung kali diadakan di luar Amerika Selatan dan dilangsungkan di Amerika Syarikat, tetapi kekal di dalam Benua Amerika. Sesuai dengan namanya Copa America.
Perlawanan pertama Copa America Centenario pada 3 Jun lalu waktu tempatan menyaksikan pasukan tuan rumah Amerika Syarikat tewas kepada Colombia dengan jaringan 2-0 termasuk sepakan penalti. Manakala pasukan juara Piala Dunia lima kali Brazil bermula hambar selepas seri tanpa jaringan dengan Ecuador pada 4 Jun lalu (waktu tempatan).
Sebelum perlawanan antara Mexico dan Uruguay dalam kumpulan C pada 5 Jun lalu (waktu tempatan) kontroversi penganjur sepatutnya memainkan lagu kebangsaan Uruguay, tersilap memainkan lagu kebangsaan Chile yang disifatkan sebagai 'kesalahan manusia'. Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan memihak kepada Mexico 3-1 ke atas Uruguay setelah pasukan masing-masing bermain dengan 10 pemain yang mana dua pemain pasukan masing-masing dibuang padang.
Dua perlawanan terbaru iaitu Panama-Bolivia dan Argentina-Chile masing-masing berkesudahan dengan jaringan yang sama iaitu 2-1.
Sebagaimana yang sedia maklum, Astro selain siaran percuma seperti RTM dan Media Prima (MPB) tidak mendapat hak siaran kejohanan Copa America Centenario dan ini memaksa peminat untuk menontonnya secara langsung dari internet.
No comments:
Post a Comment