Tentang Diri Saya: May 2016

Mesti klik!

Klik dan daftar! Percuma aje!


Klik dan daftar! Percuma aje!


Jangan tak daftar! Klik di sini dan daftar! Percuma aje!

Monday, May 16

Astro HITZ akhirnya ditamatkan tengah malam ini!



Tepat jam 12.00 tengah malam ini, saluran Astro HITZ yang dahulunya dikenali sebagai HITZ.TV (sehingga 2009) secara rasminya telah ditamatkan setelah 13 tahun ia bersiaran sejak Oktober 2003 yang mana ketika saluran HITZ.TV bersiaran, saluran berkenaan menggunakan khidmat VJ ataupun hos bagi saluran ini. Saluran ini diilhamkan daripada saluran radio berbahasa Inggeris Hitz FM kelolaan Astro Radio (dahulunya dikenali sebagai AMP Networks).

 Montaj bagi saluran HITZ.TV dari 2003 hingga 2009.


Antara program yang tidak harus dilupakan oleh penonton ketika ia dikenali sebagai HITZ.TV ialah program berkonsep undian lagu berikutnya melalui SMS bermula 6.00 petang hingga 8.00 malam setiap hari dan UVJ selain A+ yang bersiaran setiap Ahad jam 5.00 petang selama sejam. Namun begitu, sejak ia dijenamakan semula sebagai Astro HITZ, kebanyakan ruangan muzik video tanpa menggunakan khidmat VJ sehingga beberapa hari sebelum penutupan saluran ini, saluran ini dikategorikan saluran rojak, yakni campuran muzik video dengan siaran bukan muzik video sehingga ia mendapat kecaman kebanyakan penonton yang merasakan saluran ini tidak sepatutnya dicampuradukkan dengan program-program bukan muzik video.

Semoga dengan berkuburnya saluran ini akan meneruskan kesetiaan anda kepada Astro (yang mana Astro masih lagi memonopoli siaran sukan utama). Selamat tinggal Astro HITZ ucapkan buat penonton-penonton Astro!

Sunday, May 1

Astro @15 kini genap 4 tahun dalam kenangan

Gambar ini menunjukkan pengumuman penutupan saluran Astro @15 pada 1 Mei 2012.


Hari ini genap 4 tahun saluran Astro @15 diarwahkan buat selama-lamanya.. Saluran @15 yang dilancarkan dengan nama @17 (saluran 17 Astro) pada 2003 ketika rancangan realiti nyanyian Akademi Fantasia musim pertama (AF1). Beberapa bulan selepas pelancaran saluran berkenaan, saluran ini dijenamakan semula sebagai @15 serentak dengan pertukaran nombor kepada saluran 15 Astro sehingga September 2007. Nama saluran @15 kekal digunakan sekalipun bertukar nombor ke saluran 109 Astro bermula Oktober 2007 sehingga ia ditamatkan siarannya pada 1 Mei 2012.

Sepanjang kewujudan saluran ini, saya pernah berchatting di saluran ini yang mana kali pertama saya berchatting di @15 adalah beberapa bulan sebelum AF2 bermula dalam tahun 2004. Masa itu adalah zaman kegemilangan rancangan realiti hiburan yang mana ia telah menjebakkan saya kepada AF sehingga siri ketiga pada 2005 dan selepas itu ketagihan saya terhadap AF dan yang sama konsep dengannya sudah hilang dari jiwa saya yang mana AF4 pada 2006 pernah bertindih dengan tarikh kejohanan bola sepak Piala Dunia kali ke-18 di Jerman dari 9 Jun hingga 9 Julai tahun itu.

Menjelang penutupan saluran @15 pada 30 April 2012 kira-kira jam 11 malam itu, saya ada meluangkan masa untuk mengadap saluran tersebut yang mana segmen terakhir di @15 sebelum penutupannya ialah muzik video pilihan dan tepat jam 12 malam 1 Mei 2012, akhirnya saluran @15 telah ditamatkan sejurus selepas keluarnya intro @15 (terbitan 2004). Maka terpaparlah mesej "Astro @15 telah ditamatkan. Terima kasih di atas sokongan anda selama ini." seperti dipaparkan di atas. Sesetangah penonton Astro terus menyokong keputusan Astro untuk menutup saluran ini kerana ia akan membawa kepada pembaziran kredit dan bagi yang menggunakan pascabayar, bil akan melambung tinggi sebab ini. Dengan berkuburnya saluran @15 ini maka pembaziran wang (kredit) untuk berchatting dapat dielakkan. Akhir kata terima kasih pada Astro sebab menghentikan saluran @15 dan jasa @15 amat dihargai oleh bekas chatters @15.