Hari ini tanggal 8 Februari 2016 merupakan bermulanya Tahun Monyet dalam kalendar Cina. Ini merupakan kali pertama rakyat Malaysia yang berketurunan Cina akan menyambut Tahun Baru Cina selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April tahun lepas. GST bukanlah halangan untuk mereka yang berbangsa Cina makan besar pada malam Tahun Baru Cina kerana ia merupakan amalan tradisi sempena hari besar masyarakat Cina berkenaan. Lainlah jika Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Kekasih serrta Hari Pekerja yang terang-terangan tidak relevan dan tidak semeriah hari-hari besar utama seperti Hari Raya Puasa/Haji, Krismas dan Deepavali serta perayaan ini sendiri.
Bagi masyarakat Cina, warna merah dengan emas melambangkan tuah bagi mereka dan berharap agar Tahun Monyet ini membawa tuah kepada mereka dan bagi mereka yang belum berkahwin akan diberi angpau, manakala yang sudah berumahtangga akan memberi angpau kepada anak-anak masing-masing. Saya ucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat semua pembaca blog ini yang berbangsa Cina dan teruskan menyokong blog saya selepas sambutan Tahun Baru Cina! Gong Xi Fa Cai!
No comments:
Post a Comment