Mesti klik!
Klik dan daftar! Percuma aje!
Klik dan daftar! Percuma aje!
Jangan tak daftar! Klik di sini dan daftar! Percuma aje!
Klik dan daftar! Percuma aje!
Jangan tak daftar! Klik di sini dan daftar! Percuma aje!
Saturday, May 30
Ema raih kepuasan sebagai jurugambar media
TIDAK ramai golongan wanita yang berani menceburi dunia fotografi, jauh sekali menjadikannya sebagai kerjaya. Ini kerana, selain memerlukan ketahanan mental, kerjaya itu juga menuntut penyerahan jiwa dalam setiap petikan lensa.
Bukan mahu menidakkan keupayaan kaum hawa menerusi kerjaya itu, namun hakikatnya bidang tersebut lebih didominasi golongan lelaki dan itu diakui sendiri oleh Saidatul Emma Ahmad Tohar.
Menurut gadis manis berusia 24 tahun ini, berdasarkan pengalamannya sepanjang enam tahun berkecimpung dalam dunia kreatif itu, jurugambar wanita lebih bernasib baik kerana sering ‘dimanjakan’ dan diberi laluan tanpa perlu bersaing bersama rakan setugas lelaki.
Katanya, ramai dalam kalangan jurugambar lelaki juga tidak lokek membantu dan memberi tunjuk ajar sekali gus menghormati wanita yang terlibat dalam bidang itu kerana mampu menggalas tugas lelaki.
“Semua orang boleh tangkap gambar, tetapi amat kurang yang mampu menghasilkan sekeping gambar yang ada ‘jiwa’ dan tepat pada ‘moment’nya.
“Dulu saya hanya terlibat mengambil gambar untuk perkahwinan dan ‘talent’ tetapi mula bergiat secara serius dalam bidang media untuk mencabar diri sekali gus meraih lebih kepuasan,” katanya kepada S2 di sini baru-baru ini.
Bercerita mengenai kerjayanya, dia yang lebih mesra disapa Ema berkata, menjadi jurugambar media bukan sahaja menuntutnya lebih berdikari malah mencabar keupayaan kerana memerlukan ‘angle’ gambar berbeza dan bersifat spontan.
“Ada beza yang ketara di antara dua situasi iaitu gambar kahwin dan tugasan program media. Bagi ‘talent’ atau kahwin kita boleh mengarah subjek mengikut kesesuaian yang kita mahu dan lebih santai.
“Bagaimanapun, jika menjadi jurugambar media, ‘angle’ yang dituntut berbeza dan mendesak kita supaya lebih kreatif. Selain itu, kita perlu bersaing dengan jurugambar lain bagi mendapatkan angle yang terbaik,” jelasnya.
Memasang cita-cita untuk menjadi ikon jurugambar wanita di negeri ini, Ema mahu memberi aura positif dan menjadi contoh kepada golongan wanita agar tidak ragu-ragu memilih kerjaya itu sebagai sumber rezeki.
“Tip untuk kekal dalam bidang ini ialah, berani, malu biar bertempat, lasak dan paling penting minat dan disiplin. Kemahiran boleh dipupuk kemudian.
“Sekarang juga saya mencabar diri dengan berjinak-jinak menjadi deejay kepada radio online iaitu www.chillfm.my. Saya mahu berkongsi pendapat dan memberi inspirasi kepada golongan muda terutamanya wanita dalam siaran bermula 2 hingga 6 petang,” ujarnya
JAWI Gesa Umat Islam Boikot Program Realiti TV
Menerusi khutbah Jumaat yang lepas, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyeru supaya seluruh umat Islam di Malaysia memboikot program-program berbentuk realiti televisyen kerana ia melalaikan dan isinya tidak bertepatan kehendak agama Islam.
Dalam khutbah bertajuk Jihad Menentang Kebatilan itu, JAWI menegaskan bahawa kebanyakan program realiti TV menggalakkan sifat cintakan dunia dan boleh memesongkan akidah para remaja yang menjadi penonton program tersebut.
“Selain itu, realiti TV sering juga mengeluarkan unsur-unsur negatif seperti membuat jenaka lucah, mendedahkan aurat, lelaki berpakaian seperti wanita dan sebagainya.
"Penting untuk kita emngawal anak-anak dari hiburan mengganggu dan membentuk mereka untuk berminat dalam hiburan yang berdasarkan undang-undang Islam. Marilah kita memboikot rancangan seperti itu,” ujar kandungan khutbah tersebut.
Benar, semakin hari semakin banyak program realiti TV yang diwujudkan dan telah banyak menerapkan nilai-nilai yang tidak bersesuaian dengan ciri-ciri Islam.
P/S: Kalau tak suka dengan rancangan macam demikian, elak-elakkan daripada menghadiri mana-mana ujibakat rancangan realiti hiburan dan mengeksploitasi wanita/lelaki!
Subscribe to:
Posts (Atom)