10 November 2013
Nas Adila
Apatah lagi, pelantun lagu, Kekasih Awal dan Akhir, ini dikatakan memilih penyanyi, Nas Adila sebagai permaisuri hidupnya.
Walaupun ia masih kabur, namun agenda ini turut diakui sumber terdekat di mana majlis itu akan dilakukan dalam majlis tertutup, tidak lama lagi.
Pun begitu, sebagai empunya diri, Nas Adila, 27, turut melahirkan rasa keliru apabila perkara ini mula tersebar tanpa pengetahuannya.
"Saya tak berani nak cakap banyak kerana Abang Jamal sendiri tak pernah beritahu pasal perkara ini dan hajatnya untuk merisik.
"Malah, kami juga tak pernah mengesahkan hubungan ini ke tahap yang lebih serius. Memang kami rapat, namun tak pernah pula kami keluar bersama. Hanya berhubung melalui telefon sahaja.
"Saya sendiri tidak tahu adakah ini hanyalah gosip ataupun betul. Abang Jamal pun tak ada pula menghubungi saya untuk mengesahkan perkara ini," katanya.
Sebelum ini, Nas Adila pernah bercinta dengan, Alif AF6, namun hubungan itu kecundang di tengah jalan apabila Nas Adila mengambil keputusan untuk berpisah.
Jamal punya 'aura'
Walaupun lamaran itu masih samar, namun akui Nas Adila, aura yang ada pada bintang popular itu tidak dapat dinafikan pada jiwa wanitanya.
Menurut Nas Adila, bukan mudah untuk mendampingi Jamal kerana ikon itu turut dikelilingi kelompok peminat wanita lapisan umur.
"Ketika diberitahu individu yang paling dekat dengannya, saya tak rasa perkara ini serius, saya fikir Abang Jamal sekadar bergurau. Maklumlah, dia ada ramai peminat wanita.
"Namun, jika cerita ini betul, saya pasti akan rujuk kepada ibu bapa saya terlebih dahulu. Saya akan mengambil sedikit masa untuk memikirkannya.
"Namun, saya tak nafikan, aura yang ada padanya mampu menggetarkan jiwa wanita dan saya tidak tolak sekiranya ada jodoh di antara kami. Saya juga ada merancang untuk memiliki keluarga sendiri," katanya yang mengakui ibu bapanya turut meminati penyanyi itu.
No comments:
Post a Comment