Tentang Diri Saya: December 2022

Mesti klik!

Klik dan daftar! Percuma aje!


Klik dan daftar! Percuma aje!


Jangan tak daftar! Klik di sini dan daftar! Percuma aje!

Friday, December 30

Capai kejayaan hasil perkongsian rezeki

Ahli perniagaan, Fida Ramli ketika ditemui di Fida Ramli Legacy di Prima Gombak baru-baru ini.


MELIHAT pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapanya ketika kecil bagi membesarkan mereka sekeluarga ternyata telah menyuntik semangat Fida Ramli, 31.

Sejak itu, dia menyimpan hasrat untuk berjaya serta memberi kesenangan kepada kedua-dua orang tuanya apabila telah dewasa.

Selamat tinggal Pele....

Pele

Lagenda bolasepak dunia dan juga Brazil, Edson Arante Do Nascimento, atau lebih dikenali sebagai PELE meninggal dunia semalam 29 Disember 2022 pada usia 82 tahun.



Antara perlawanan yang diingati pastinya perlawanan Piala Dunia 1970 ketika beliau membantu Brazil menjadi juara Piala Dunia mengalahkan pasukan Itali 4-1 dan Pele merupakan salah sorang penjaring gol dalam perlawanan tersebut.

RIP Pele (1940-2022)

Monday, December 19

Argentina juara Piala Dunia ke-22!



Penantian selama 36 tahun telah berakhir! Bekas juara Piala Dunia dua kali, Argentina akhirnya merangkul kejuaraan ketiga setelah membenam penyandang juara Perancis menerusi penalti 4-2 setelah terikat 3-3. Tahniah diucapkan kepada Argentina! Piala Dunia ke-22 kali ini merupakan kali ketiga juara Piala Dunia ditentukan menerusi penalti selepas 1994 di Amerika Syarikat dan 2006 di Jerman.

Argentina merupakan negara keempat menjuarai Piala Dunia di luar benua selepas Brazil pada 1958, Sepanyol pada 2010 dan Jerman pada 2014.

Dengan keputusan ini maka berakhirlah kejohanan bola sepak Piala Dunia edisi ke-22 Qatar 2022 dan semoga bertemu lagi di Piala Dunia ke-23 Kanada-Amerika Syarikat-Mexico 2026! Jumpa lagi. Majulah sukan untuk negara.


Sunday, December 18

Argentina lwn Perancis - Penutup tirai Piala Dunia ke-22 malam ini!

Pasukan manakah yang akan bergelar juara Piala Dunia ke-22 kali ini? Tidak kira sama ada Argentina ataupun Perancis yang akan merangkul trofi Piala Dunia bagi edisi kali ini, bersamaan dengan obor Olimpik dipadamkan menandakan tamatnya temasya keraian sukan bola sepak Piala Dunia edisi ke-22 di Qatar. Kebetulannya merupakan tarikh istimewa di mana rakyat Qatar beraya sempena Hari Kebangsaan negara itu. Seluruh dunia termasuk Malaysia dah tak sabar rasanya untuk menikmati aksi penutup tirai Piala Dunia kali ini yang bermula jam 11.00 malam ini.

Tahniah diucapkan buat pasukan Croatia kerana meraih tempat ketiga (pingat gangsa) setelah menewaskan Maghribi 2-1 yang akhirnya disahkan sebagai pasukan Afrika dan Arab pertama menamatkan saingan Piala Dunia di tempat keempat.

Kepada semua rakyat Malaysia yang ingin menonton aksi penutup tirai Piala Dunia ke-22, selamat menikmati Piala Dunia ke-22 buat hari yang terakhir. Semoga bertemu lagi di Piala Dunia ke-23 Kanada-Amerika Syarikat-Mexico 2026! Jumpa lagi. Majulah sukan untuk negara.

Monday, December 12

Maghribi sah pasukan Afrika pertama layak ke separuh akhir Piala Dunia!

Pasukan Maghribi akhirnya mara ke separuh akhir Piala Dunia ke-22 setelah menang mengejut 1-0 ke atas Portugal pada Sabtu lalu.


Maghribi melakar rekod sebagai pasukan Afrika pertama layak ke separuh akhir dalam sejarah Piala Dunia sepanjang 92 tahun kewujudannya, sesudah menumbangkan pasukan pilihan Portugal dengan jaringan 1-0. Negara tersebut juga merupakan negara Arab pertama layak ke separuh akhir Piala Dunia, akan tetapi ia bukanlah kali pertama sesebuah negara Islam mara ke separuh akhir yang mana kali terakhir negara Islam layak ke separuh akhir Piala Dunia adalah pada 2002 yang mana pasukan Turki dikecewakan oleh Brazil yang akhirnya menjuarai Piala Dunia ke-17 Korea Selatan-Jepun 2002.

Pada perlawanan suku akhir Maghribi-Portugal tempoh hari, bendera Jalur Gemilang berkibar dalam Stdium Al Thumama dikibarkan oleh salah seorang hadirin dari Malaysia. Kibaran Jalur Gemilang dalam stadium berkenaan tanpa disangka-sangka membawa kekalahan mengejut Portugal di tangan Maghribi 1-0 yang akhirnya menyebabkan pemain-pemain Portugal termasuk Cristiano (Ronaldo) menangis selepas tumbang mengejut dalam perlawanan berkenaan.

Maghribi akan bertemu penyandang juara Perancis pada 15 Disember ini jam 3.00 pagi waktu Malaysia dan akan disiarkan secara langsung oleh RTM (saluran 110/102 MYTV dan 146/102 Astro) dan Astro.

Selamat menikmati Piala Dunia ke-22 buat minggu terakhir!

Saturday, December 10

Brazil akhirnya tumbang di tangan Croatia!


Bekas juara Piala Dunia lima kali, Brazil akhirnya tersungkur di tangan Croatia menerusi penalti 4-2 selepas seri 1-1 dalam aksi suku akhir Piala Dunia ke-22 kali ini. Kekalahan mengejut Brazil di tangan Croatia berpunca daripada sumpahan kucing yang dilemparkan oleh pegawai media Brazil. Diminta kepada semua penggemar bola sepak khasnya dan sukan amnya yang budiman tolong jangan mengutuk dan mencemuh (boo) pemain-pemain Brazil sebab mereka tidak bersalah dalam hal ini.

Sebelum ini, pasukan Brazil tidak pernah kalah di tangan Croatia dalam sejarah Piala Dunia dan saya kira ini merupakan kali pertama bekas juara Piala Dunia lima kali itu tewas di tangan Croatia.

Jangan tak tahu, Cameroon merupakan pasukan Afrika pertama menewaskan Brazil dalam sejarah Piala Dunia. Cameroon menewaskan Brazil 1-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan G pusingan pertama tempoh hari.


Inilah hadirin pada perlawanan suku akhir Piala Dunia ke-22 membabitkan Croatia-Brazil.

Semoga insiden ini dijadikan teladan buat pegawai media khasnya agar tidak mencontohi pegawai media Brazil. Buat semua penggemar bola sepak termasuk yang budiman, selamat menikmati Piala Dunia yang masih lagi berlangsung!