Tuan rumah Piala Dunia ke-22, Qatar sah menjadi tuan rumah kedua tersingkir di pusingan pertama kejohanan berkenaan setelah tewas ketiga-tiga perlawanan di tangan Ecuador (2-0), Senegal (3-1) dan Belanda (2-0) tanpa meraih sebarang mata. Piala Dunia kali ini merupakan kali pertama sesebuah pasukan tuan rumah tewas dalam aksi pembuka tirai kejohanan berkenaan tempoh hari.
Ini merupakan kali kedua sesebuah pasukan tuan rumah Piala Dunia selepas Afrika Selatan 2010. Biarpun tuan rumah tersingkir di pusingan pertama, mereka sudah sedaya upaya untuk buat yang terbaik dalam kejohanan Piala Dunia kali ini. Semoga bola sepak di negara teluk itu sentiasa membangun dan maju.
Mesti klik!
Klik dan daftar! Percuma aje!
Jangan tak daftar! Klik di sini dan daftar! Percuma aje!
Wednesday, November 30
Sah, tuan rumah Qatar tersingkir di pusingan pertama Piala Dunia ke-22!
Sunday, November 20
Piala Dunia datang lagi! (2022) - Bhg. 3 (akhir)
Tinggal beberapa jam sahaja lagi sepak mula Piala Dunia ke-22 akan berlangsung membabitkan tuan rumah Qatar yang buat kali pertama beraksi di pentas Piala Dunia dengan pasukan Ecuador yang akan bermula jam 12.00 tengah malam ini waktu Malaysia dan akan disiarkan secara langsung menerusi TV2, TV Okey dan Astro. Sebelum perlawanan bermula, upacara pembukaan akan berlangsung bermula jam 10.30 malam di Astro dan 10.45 malam menerusi TV Okey.
Selamat menikmati kejohanan bola sepak Piala Dunia ke-22 bermula hari ini hingga 18 Disember! Makan Piala Dunia, tidur Piala Dunia, sembang Piala Dunia, semuanya pasal Piala Dunia.
Thursday, November 17
Piala Dunia datang lagi! (2022) - Bhg. 2
Tinggal beberapa hari sahaja lagi kejohanan bola sepak Piala Dunia ke-22 akan berlangsung.
Ingatkan program realiti nyanyian terbitan Astro iaitu Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) dah habis minggu ini tetapi dilanjutkan sehingga minggu depan susulan kemenangan rancangan tersebut dalam Anugerah Seri Angkasa 2022 menerusi kategori Muzikal Terbaik tempoh hari. Sah-sah GV9 akan jadi mangsa kejohanan bola sepak Piala Dunia ke-22 senasib dengan Akademi Fantasia 4 (AF4) pada 2006 dahulu. Ini mesti permainan Astro kan. Nampak gayanya yang ingin menonton Piala Dunia ke-22 terpaksa bergegas ke kedai/restoran mamak yang menayangkan kesemua perlawanan tersebut secara langsung kerana kebanyakan kedai/restoran mamak tidak pernah menayangkan rancangan realiti hiburan macam ini apabila mereka yang ada Astro dan melanggan saluran sukan pasti menayangkan bola secara langsung. Kalau Sukan Olimpik, mereka akan menayangkannya secara langsung. Kalau bukan musim Sukan Olimpik atau bola sepak Piala Dunia pun, mereka akan menayangkan bola Liga Luar Malaysia khasnya. Saya lebih bersetuju dan berkenan dengan sikap kebanyakan kedai/restoran mamak yang tidak menayangkan sebarang jenis rancangan realiti hiburan baik tempatan ataupun luar negara.
Satu lagi, sehari sebelum saingan Piala Dunia ke-22 bermula, rakyat Malaysia akan menunaikan tanggungjawab kepada negara pada 19 November ini sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan keluar/turun mengundi. Undi adalah rahsia. Kita jaga rahsia kita. Kita jaga privasi kita.
bersambung...